CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20983|Reply: 101

Kecoh sekampung kerana Zaiton Sameon

[Copy link]
Post time 25-1-2009 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Masa pergi ke Sabah atas urusan kerja minggu lalu, Niezam dapat satu panggilan telefon yang mendakwa penduduk dari kampung Melayu Subang, Selangor. Pemanggil itu merayu-rayu minta Niezam tulis sikit mengenai satu benda penting yang nak Niezam sampaikan ini.

Yang membuat panggilan telefon tu hanya mahu dikenali dengan nama samaran dia sebagai Kak Mala saja. Tapi bukan Normala Shamsuddin atau Normala Hamzah wartawan Utusan tu! Jangan silap pula ya.

Kata Kak Mala, dia sebenarnya tak sampai hati nak mengadu perkara ni tapi dia dah tak boleh nak pekak telinga dia lagi bila penduduk di kampung tu heboh bercerita kisah penyanyi Eton atau Zaiton Sameon.

Menurut Kak Mala, Eton sekarang dijaga oleh sebuah keluarga angkat di kampung tersebut hampir setahun yang lalu. Keluarga angkat itu boleh terbuka hati nak jaga Eton kerana kasihan dengan nasib dia yang terabai.

Jadi sebagai manusia, keluarga tersebut pun ambil Eton duduk bersama walaupun mereka tak ada pertalian saudara.

Gara-gara Eton dijaga oleh keluarga itu, penduduk kampung mula rasa kurang selesa kerana takut benda-benda yang tak elok berlaku. Niezam tanya Kak Mala apa benda tak elok yang dia maksudkan?

"Maksud Kak Mala, tak manis la bila ada bukan muhrim tinggal di rumah tu. Walaupun yang menjaga Eton tu orang yang sudah berumah tangga, tapi orang kampung sudah mula bercerita itu dan ini. Harap Niezam faham ya maksud akak ni," katanya.

Menurut Kak Mala lagi, ada beberapa penduduk dah panggil keluarga angkat itu supaya menyerahkan semula Eton kepada saudara-maranya.

Bila dengar cerita ni rasa sedih juga sebab ingatan Eton sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Kalau tak ada orang nak jaga Eton, tentulah hidup dia semakin susah dan bertambah melarat.

Tapi yang jadi tanda tanya sekarang ni mana pergi adik Eton iaitu Shahril Sameon? Kalau dulu Shahrillah orang yang banyak tolong kakak dia tu walaupun mereka pernah dihalau dari rumah pusaka peninggalan keluarga di Rembau, Negeri Sembilan.

Niezam ingat lagi Shahril terpaksa menumpang di rumah kawan dia di Cheras tak lama dulu semata-mata nak jaga kakak dia tu. Tapi bila Shahril tak ada, nampaknya kehidupan Eton menjadi semakin derita. Bukan saja seperti dibuang tetapi adik kesayangan dia pun dah hilang entah ke mana. Nasib baiklah ada juga orang nak jaga Eton. Tapi sayangnya bila ada orang ambil berat, orang kampung tak suka pula?

Harap-harap Eton tidak terus menderita. Kasihan juga bila difikir-fikirkan nasibnya. Di mana Eton nak 'menaruh harapan' lagi lepas ni?

NIEZAM: Kecoh ada wartawan kena kurung dalam bilik mandi.


p/s...cian plak dengar nasib kak eton tu..adik badik dia mana.. org leh amik kesempatan atas kelemahan beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 07:36 AM | Show all posts
mcm2 artiss kite ni erk...

[ Last edited by  t@t at 25-1-2009 07:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:39 AM | Show all posts
simpati aku....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:43 AM | Show all posts
kesiannyer...
nak tolong pun ader org marah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:49 AM | Show all posts
kesian kat dia....semoga byk yang bersimpati dan dapat menghulur bantuan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:59 AM | Show all posts
sbb tu artis kene beringat time diaorg tgh ngetop nih. simpan rete skit2. jgn asik nak joli je.kang dah sakit/tak laku, ingat kwn2 nak tlg ker?sedara pn jauhi kan diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2009 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove07 at 25-1-2009 07:59 AM
sbb tu artis kene beringat time diaorg tgh ngetop nih. simpan rete skit2. jgn asik nak joli je.kang dah sakit/tak laku, ingat kwn2 nak tlg ker?sedara pn jauhi kan diri.

       kita sbagai insan biasa hendaklah sntiasa beringat juga...kita blm tau nasib kita masa depan...susah atau senang...hanya Allah yg menentukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 08:20 AM | Show all posts
mana perginya segala persatuan ke karyawan artis ni..?

tak nak campur tangan ke dlm hal kebajikan artis..? ke kes zaiton ni tak relevan lagi dah..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove07 at 25-1-2009 07:59 AM
sbb tu artis kene beringat time diaorg tgh ngetop nih. simpan rete skit2. jgn asik nak joli je.kang dah sakit/tak laku, ingat kwn2 nak tlg ker?sedara pn jauhi kan diri.



jeton ada insurans senarnya.. tapi tak tau cemana duit tu tak dapat... nak kata dia tak nyimpan... dah berapa lama... abis dah duit dia pun....

tapi... kes yang paling sadis... sesuai ngan yang ko tulis... R Azmi lah... dia asal dari kerabat raja... tapi, pasal minat nyanyi... terus kena buang...
menyanyi taim ngetop tu okei la... bila dah lama... muncul penyanyi lain.. dia mula tak de keje mana....

las-las dia meninggal kat umah orang je... ada guru besar ke hapa yang bagi dia tumpang duduk.... huhuhu... meninggal kat umah dia tu la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:24 AM | Show all posts
kesian nyer...kena buang sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:29 AM | Show all posts
shahril tu cuma anak angkat pd family kak eton je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:35 AM | Show all posts
Apsal karyawan tak support kak Eton ni...

Try ler carikan rumah macam Arwah Ibu Yusni dulu...pastu dptkan seorang pembantu...

Susah2 hantar kat Hospital sebb keadaan dier belum pulih sepenuhnya...

Kak Eton pun dah takyah nak nyanyi2 duduk jer berehat dah boleh benor mengatur hidup kearah
kematian...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:36 AM | Show all posts
moga kak eton tabah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:40 AM | Show all posts
BIAR r org nk tolong dy 2.. xda mentaliti langsung org kmpung 2, ntah2 org yg merepot 2 saje je nk cari publisiti murahan.. cam la org yg menolong 2 mintak duit kt dy unk tlg zaiton smeon 2..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 10:00 AM | Show all posts
sian dia..
dia takda insurans cover masa kemalangan ke?
anak dia meninggal dia tak dapat claim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 10:23 AM | Show all posts
kesian dia..dia pun kan ada kakak. kakak dia Lili tu pun xnak jaga jugak ke? xkan adik sorang pun xleh jaga. bukan banyak pun setakat makan minum kak zaiton tuh jeh. nak bekerja pun dia masih belum betul2 pulih. mungkin mmg dah nasib dia. harap pihak2 tertentu akan membantu meringankan hidup dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 10:59 AM | Show all posts
aku tak faham citer nih sebenarnya apa yg eton buat umah kakak angkat dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 11:03 AM | Show all posts
kesian ...tapi dh keluarga angkat dia nk jaga..biarlah...drpd xde org jaga langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 11:03 AM | Show all posts
sbnrnye kenapa adik dia tak mau jaga dia...bg aku kalau ade org nak jaga, shahril patut berterima kasih la kat family tu...minah ni sihat ke tak sihat...kalau mental prob, sejauh mane probnye....hopefully still blh control lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 11:06 AM | Show all posts
pun tak faham...... dia berbogel ke dalam rumah tu, kena jual, suami isteri tu bapa dan ibu ayam ke, kena paksa nyanyi buat show?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068276 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list