CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24072|Reply: 26

seni rumah melayu tradisional istimewa!!

[Copy link]
Post time 25-1-2009 05:55 PM | Show all posts |Read mode
:victory: Rumah Melayu istimewa
Oleh Hartini Mohd Nawi


RUMAH Melayu tradisional antara warisan seni bina tempatan yang paling berharga dan menampilkan kemahiran serta kreativiti bermutu tinggi.

  RUMAH Melayu tradisional antara warisan seni bina tempatan yang paling berharga dan menampilkan kemahiran serta kreativiti bermutu tinggi.

Sinonim dengan bahan binaan kayu, ia turut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa serta faktor cuaca.

Kini, ramai penggemar koleksi model rumah tradisional Melayu menjadikannya karangan berharga.

Malah, ada yang menjadikan model rumah Melayu tradisional sebagai cenderahati dan hantaran pada majlis perkahwinan.

Melihat keunikan rumah Melayu tradisional sebagai khazanah yang sarat dengan nilai estetika tersendiri dan tidak lapuk ditelan zaman, Mohd Zaidi Ali, 38, berkongsi kemahiran.

Beliau gemar menghasilkan pelbagai jenis model rumah Melayu tradisional yang diwarisi daripada bapanya Ali Alif.

Berbekalkan material seperti bahan terbuang dan produk rimba khususnya daun nipah, buluh dan pelepah kelapa, setiap model rumah dihasilkan hanya mengambil masa lebih kurang 10 hari.

"Jika diteliti secara mendalam, model rumah tradisional Melayu ini memaparkan reka bentuk kediaman sebenar yang menitik beratkan penggunaan ruang.

"Biasanya rumah Melayu tradisional diperbuat daripada kayu dan bertiang, sementara dinding juga berasaskan kayu, anyaman buluh dan beratapkan rumbia serta nipah," katanya.

Mohd Zaidi berkata, binaan rumah Melayu tradisional banyak dipengaruhi faktor alam termasuk menggalakkan pengaliran dan pengalihan udara, penggunaan cahaya semula jadi, mengurangkan pancaran terus matahari dan tempias hujan serta reka bentuk rumah jimat tenaga.

Sama seperti rumah Melayu tradisional, model rumah yang dihasilkannya itu turut memberi tumpuan pada tingkap sebagai mendominasi segenap sudut pandangan rumah.

Ia secara tidak langsung memberikan pengaliran udara secukupnya ke rumah selain ruang dalaman luas serta mempunyai dinding pemisah yang maksimum.

Dalam usaha memberikan gambaran lengkap sebuah rumah Melayu tradisional, semua tingkap dipasangkan langsir, ruang tamu berlampu manakala ruang lain diletakkan almari mini.

Tentunya setiap model rumah Melayu tradisional yang dihasilkan memerlukan ketelitian dan kesungguhan supaya keindahannya dapat diterjemahkan sepenuhnya.

Sementara itu, menghias laman dengan landskap hijau dan batu-batuan sungai turut diketengahkan pada semua model rumah berkenaan sebagai menghargai rutin kehidupan masyarakat Melayu sejak turun temurun.

Bercerita mengenai proses pembuatan model rumah Melayu tradisional itu, Mohd Zaidi berkata kini dia banyak menghasilkan rumah Perak, Kedah dan Melaka.

"Sebelum menghasilkan sesebuah rumah tradisional, saya mendapat maklumat melalui Internet, majalah atau akhbar.

"Saya akan melakukan proses membuat kerangka, dinding bahagian dalam dan luar termasuk reka letak perabot dan aksesori hiasan bagi mewujudkan suasana rumah tradisional yang asli," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah tradisional Melayu bikinan Mohd Zaidi, e-mel kepada hiasannaluri@yahoo.com.




bila aku dah kawen nanti...mmg aku nak bina rumah melayu jenis tradisional camnih... MOSTI best!!  cantik dan sejuk ajer.... ekkkk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 10:30 PM | Show all posts
alamak, ini mcm projek kat universiti dulu jek... adehhh
kena hafal segala mcm nama connection
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 08:39 AM | Show all posts
Ini rumah Melayu lama
sekarang ni kat kampongkampong jarang dah dia orang kekalkan rumah yang sebgini rupa
semuanya mengikut peredaran era zaman kini
Banyak yang berumah batu
Sayang kalau tak dikekalkan rumah melayu lama ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:11 PM | Show all posts

Reply #3 dilaOHdila's post

kitorang dulu kene buat measured drawing utk rumah2 camni...dah beratus2 rumah lama documented dlm arkib department
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 27-1-2009 08:39 AM
Ini rumah Melayu lama
sekarang ni kat kampongkampong jarang dah dia orang kekalkan rumah yang sebgini rupa
semuanya mengikut peredaran era zaman kini
Banyak yang berumah batu
Sayang kalau tak ...


faktor keselamatan tu sndiri m'yebabkn dorang tak gunakn lgi umah jenis mcm nie..
pape pn,umah mcm nie mmg besh,sejuk jer setiap masa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 01:16 AM | Show all posts

Reply #5 z3t_ex's post

faktor utamanya...mahallllllll buat rumah kayu yg berkualiti nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 11:21 PM | Show all posts

Balas #6 ninoZ\ catat

yup...
harga kayu tu yang mahal barangkali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 29-1-2009 11:21 PM
yup...
harga kayu tu yang mahal barangkali



mmg betul mod dila ckp tu....    aku dah lama cadang nak buat log house... mmg aku minat sangat!!!   aku nak guna mahogany ngan merbau...   dulu aku visit kawan aku punyer log kabin near  michigan lake... giler  cantek betui... dia guna rosewood... mmg kelas....     sejak tu ini ler  impian aku nak buat  tradisional house  guna hardwood....   cengal dan meranti pung memang bagus.....  oak, pine pun kuat gak!!!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 01:52 PM | Show all posts
tahun lepas aku pegi ArchiDex. ada jumpe org dr pembalakan industry kat terengganu.
dia kata skrg ni nak buat hardwood mmg mahal sbb supply. everytime kite amek kayu mature kat utan tu, kite kena tanam balik. matured hardwood amek masa dlm 50-70 yrs so bayangkan la org yg buat rumah kayu yg cantik2 nih, kena tebang kayu tua pastu kena tanam benih/anak dia yg amek masa lagi 50-70 tahun nak membesar.
huhuh....pk2 balik mcm tak sampai hati tapi nak jugak rumah melayu lama2 nih aku bakal jugak buat satu hari.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 03:49 AM | Show all posts

Reply #9 redsinner's post

another option..tapi ni kene ghajin betui laa

carik rumah kayu lama2 yg org nak jual..some times dorang jual the whole hse..sometimes dorang jual parts by parts..tapi kene inspect betui2 la
kalau nasib baik bleh dapat kayu lama2 yg baguih..
kalau ade good connection dgn certain kedai kayu/perabot second hands biasanya kita bleh dapat gud info

cuma when it comes to design..mungkin ade material constrain sket la..memana yg kurang tu bleh tambah dgn kayu baru
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:19 PM | Show all posts
rumah rehat my uncle di hulu langat.
seni tradisi melaka.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 06:53 AM | Show all posts

Balas #11 elle_gogo\ catat

Elle.....
NI MESTI DEKAT UMAH DATO hASLAM NIH
sejuk cuaca Langat ni, fresh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:17 PM | Show all posts
Wah elle, bertuah nya uncle u dan u juga boleh tumpang enjoy rumah tu. That's my taste! Hm...aku duk terbayang kita rehat2 ,panggil kawan2 datang lepak kat beranda terbuka tu, main musik. Jamming kumpulan gendang silat..hm...terangkat!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:24 PM | Show all posts
Rumah kayu lama ni kengkawan, memang syok tapi nak maintain rumah lama ni susah sebab orang sekarang dah tak ramai tukang rumah kayu. Aku nak salin lantai beranda pun, jenuh cari orang, tak de tukang.

Dah 5 tahun aku duk ulang(sekali sekala) pergi tenguk satu rumah lama ni . Dah nak roboh di makan anai2. Kerawangnya, masyaalah...tak tau nak cerita.  Dah ditinggalkan sebab tuan mati. Anak2 duk di bandar lain, tak nak jual sebab rumah pusaka tapi tak jaga. Tiap kali aku pergi, semakin rosak dan semakin rosak. Sayang....macam buat kianat je. Jaga tidak, orang nak beli tak mau jual. Tak de lagi dah rumah macam tu. Rumah bekas tok imam....sayang, sayang.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:38 PM | Show all posts

Reply #15 belanga's post

Cantiknya rumah ni. Lepas tu ada pulak aktiviti kesenian kat gambar kedua tu. Macam gambar dalam produk pelancongan gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:11 AM | Show all posts
elle, bumbung rumah uncle u tu dari genting ke, kayu ke apa? Ada tak gambar close up material yang diguna untuk bumbung tu? Saya duk fikir2 nak tukar bumbung rumah Melayu saya ni. Berkenan dengan kepingan2 genting style lama yang macam di rumah2 lama Siam. Tak tau buat dari apa. Boleh tunjuk bumbung rumah your uncle?

Saya malas nak ganti dengan  zink sebab zink sekarang tak tahan dan kalau bubuh bumbung yang biasa moden tu tak sesuai pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2009 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by menshOrihon at 8-4-2009 14:38
Cantiknya rumah ni. Lepas tu ada pulak aktiviti kesenian kat gambar kedua tu. Macam gambar dalam produk pelancongan gayanya.


Betul juga komen u. Tapi produk ape ye?
Sebenarnya tu masa bebudak main sewaktu hari jadi anak saya. Derang main yang menari2 tu pas tu musik berhenti derang freeze. Nampak cam pelancong sungguh ler mungkin sebab multiracial. Bebudak tu ada Melayu, India, orang putih, mixed Melayu  dan orang putih, Siam. Pemain biola Melayu mamak. pompuan gong tu dan anaknya ,orang putih tapi syle Melayu dan pemain rebana tu Pak Belanga ler. Keseronokan di kampung,di rumah kampong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 05:26 PM | Show all posts

Reply #17 belanga's post

salamm..
belanga dah balik mesia ka?


bumbung yg belanga cari tu namanya shingle
kat kelantan/terengganu senang jek nak carik produk nih tapi ade 2 jenis
yg local ada n yg dari siam pun ada
yg dari siam murah sket..

kat haadyai pun bleh carik shingles nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 11-4-2009 17:26
salamm..
belanga dah balik mesia ka?


bumbung yg belanga cari tu namanya shingle
kat kelantan/terengganu senang jek nak carik produk nih tapi ade 2 jenis
yg local ada n yg dari siam pun  ...


Salam. I know shingles tapi Melayu panggil apa eh? Saya suka yang tu. Sekarang ni kat Mesia. Sept. nanti balik US. Seronok juga ulang-alik antara kampong dan kota besar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:09 AM | Show all posts

Reply #20 belanga's post

tak ingatlah kat pilak namanya apa
last time jumpa masa construction kompleks istana somewhere in besut kalau tak salah...nanti me tanya dorang balik
perlu dgn kadar segera  ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.272991 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list