CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: karambunai

Synchronized Swimming

[Copy link]
Post time 10-10-2009 07:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2009 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2009 07:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2009 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:19 AM | Show all posts
sukan ni pelik tapi menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 12:42 PM | Show all posts
Sumbangan terakhir Katrina




Kuala Lumpur : Kejayaan menghadiahkan emas buat Selangor selain mempertahankan emas dimenanginya dua tahun lalu cukup bermakna buat atlet negara, Katrina Ann Abdul Hadi pada penyertaan terakhirnya dalam Sukan Malaysia (SUKMA).



Katrina mempamerkan gaya bersahaja, hasil pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa dengan menyapu bersih lima pingat emas Sukan SEA dalam acara renang berirama tahun lalu, digunakan sepenuhnya untuk menguasai acara teknikal solo apabila mengumpul 75.64 mata.


Dia menewaskan saingan utama, Tasha Jane Taherali dari Pulau Pinang yang meraih 70.24 mata manakala atlet Wilayah Persekutuan Jacquelin Eng, gangsa, 66.24 mata.

“ Saingan agak sengit terutama daripada Tasha. Dia rakan duet saya dan kali ini apabila turun sebagai pesaing, pastinya saya akan menerima tentangan.


“ Apapun saya gembira dapat mengekalkan emas ini namun agak sedih kerana ini SUKMA terakhir, ” katanya.


Katrina yang pernah menyumbangkan emas dalam acara gimnastik artistik SUKMA 2004 dijangka tidak berdepan masalah merangkul satu lagi emas apabila turun dalam acara duet hari ini.

Mengulas perancangan seterusnya selepas ini, Katrina yang berusia 21 tahun bakal menyertai Kejohanan Terbuka Hong Kong September ini dan Kejohanan Asia Pasifik di Malaysia pada November.


Bagaimanapun dia yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan tangan agak kecewa apabila Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memilih untuk tidak menghantar wakil menyertai Kejohanan Dunia di Barcelona, Julai ini.

Sementara itu, Selangor meraih emas keduanya menerusi Lee Yhing Huey yang mengungguli kategori rutin bebas solo selepas meraih 74.20 mata, menewaskan wakil Pulau Pinang, Emanuelle Mah Thilda (69.9) dan Foong Yan-Nie, Wilayah Persekutuan gangsa (66.2).


Emas terakhir dipertandingkan semalam dalam acara rutin teknikal berpasukan menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara selepas mengumpul 70.9 mata, menewaskan Pulau Pinang (69.7) dan Wilayah Persekutuan (63).



- Harian Metro -




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 02:03 PM | Show all posts
Katrina gembira dalam duka





Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my



ADA nada sedih diraut wajah atlet tumpuan Selangor, Katrina Ann Abdul Hadi meskipun berjaya menyumbang pingat emas pertama dalam acara renang seirama di kolam Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Selepas bertanding sejak usia 15 tahun, edisi ke-16 pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur itu menjadi penampilan terakhir buat atlet kebangsaan itu.

Katrina meraih dua emas dalam acara itu pada 2004 dan 2010.

“ Memang sedih sebab Sukma adalah temasya yang banyak mengajar saya mengenal kekuatan dan kelemahan teknik renangan saya.

“ Jadi, untuk meninggalkan pentas Sukma, ia sangat sukar. Ia sangat sentimental, ” katanya yang meraih emas pertama buat Selangor dalam acara rutin teknikal solo semalam.

Bagaimanapun, Katrina akan menjadikan kemenangan ini sebagai pencetus semangat untuknya bertanding di pentas antarabangsa terutama selepas kembali beraksi secara aktif sejak April lalu.

“ Saya sudah keluar dari zon kecederaan secara sepenuhnya sejak Februari lalu. Jadi, doa saya selama ini dimakbulkan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali pada prestasi dahulu,” kata atlet berusia yang akan menginjak usia 21 tahun pada Ogos nanti.

Mengakui agak kecewa tidak dapat beraksi pada Kejohanan Renang Dunia yang akan berlangsung dari 19 Julai hingga 4 Ogos ini, Katrina akan menebusnya dengan menyertai Terbuka Hong Kong pada September serta Kejohanan Asia Pasifik menjelang November nanti.

“ Agak kecewa sebab kecederaan saya sudah pulih dan saya berada pada tahap terbaik untuk beraksi di kejohanan dunia tetapi malangnya, pasangan duet saya, Emanuelle Mah pula mengalami kecederaan pada bahu.

“ Apabila ia berlaku, saya ada meminta kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk membenarkan saya beraksi dalam rutin solo tetapi malangnya, mereka tidak membenarkan dan membuat keputusan untuk tidak menghantar pasukan renang berirama.

“ Satu bahagian, memang bukan rezeki saya dan sebahagian lagi, agak terkilan. Terkilan kerana sekali lagi, renang berirama Malaysia tidak berpeluang beraksi pada kejohanan berprestij itu.

“ Jika tiada penyertaan, saya bimbang imej pasukan renang berirama negara akan tercalar di hadapan juri kerana jarang-jarang menyertai kejohanan yang bertaraf lima bintang.

“ Bukan itu sahaja, tanpa kejohanan besar dan ternama, bagaimana atlet renang berirama mahu membuktikan kredibiliti yang dimiliki mereka ? " kata Katrina yang merupakan antara atlet senior pasukan kebangsaan.

Untuk itu, Katrina kini meletakkan sepenuh tumpuan kepada dua kejohanan tersebut dan mahu membuktikan renang berirama masih mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.

“ Saya cuma boleh berharap semuanya berjalan dengan lancar dan kami mampu mempersembahkan yang terbaik pada dua kejohanan tersebut kerana untuk tahun ini, hanya itu sahaja peluang kami beraksi dalam kejohanan antarabangsa walaupun ia bukan taraf Kejohanan Dunia, ” tambahnya yang merangkul lima emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.




- Kosmo -





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065207 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list