CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4523|Reply: 4

Ingin Aku Bertemu...

[Copy link]
Post time 27-1-2009 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Ingin sekali aku bertemu dengan Hamid, akan ku tanyakan padanya, bagaimana mampu dirinya melupakan derita dengan mengabdikan diri kepada Allah... Ingin sekali aku bertanya pada nya, apa gerangan rahsianya hingga dugaan yang amat berat itu bisa ia ringankan...

Ingin sekali aku berjumpa dengan Zainuddin, ingin aku bertanya bagaimana mampu dia mencurahkan penderitaannya di atas lembaran-lembaran kertas menjadi karya-karya agung. Ingin sekali aku ucapkan pertanyaan, ingin aku tahu, apa rahsianya, ia menghidupkankembali hatinya yang telah mati...

Ingin sekali aku bertemu dengan Suyono, ingin aku bertanya, apa caranya untuk berjaya dalam hidup. Ingin sekali aku mencungkil rahsianya, berjaya walau dihina, tegak walau dipijak, matang walau dipetik sebelum waktu. Kerana aku kagum, ia dihina di bumi orang, namun dia bangkit,dia bangun, dia berjaya, dia aman walau begitu hebat sekali dugaannya.

Kesemua mereka ini mungkin masih ada di luar sana, menanti untuk aku bertanya rahsia-rahsia itu kepada mereka. Atau mungkin juga mereka itu tiada, kerana mustahil sekali di dunia yang penuh kedurjanaan ini, wujud insan yang sehebat mereka.

Orang seperti Hayati banyak wujudnya, kerana ramai yang bercakap hari ini, bersumpah gila-gila, tapi esoknya sumpah itu dimungkiri. Betapa berat sumpahnya, betapa mahal jaminannya, namun masih ada ruang untuknya berubah hati. Pun begitu, satu hari nanti pasti sesalan menyusul, hatinya kembali kepada sumpahnya. Dan ketika itu, adakah lagi peluang kedua untuk insan seperti Hayati ini?

Begitu lah juga lagaknya insan seperti Leman. Sumpahnya itu menggoncang bumi, bulan bintang berhenti beredar, langit umpama ingin runtuh, namun bila mendapat yang baru, yang sama suku, maka yang lama itu ditinggalnya. Maka ketika itu sesal baru tak bisa mengganti kesilapan lama.

Itulah dia mereka-mereka yang telah menjalani hidup sebelum ku, yang mana hidupnya memberi pengajaran pula pada insan lain. Yang mana silapnya mereka atau betulnya mereka, menjadi buah kalam manusia kemudian seperti ku. Ingin sekali aku mencari mereka ini. Walau untuk seketika cuma, ingin aku tanya pelbagai soalan yang ku fikir bisa merungkai segala persoalan ku mengenai erti penghidupan.

Atau mungkin juga tidak perlu aku mencari mereka ini, kerana dikelilingan ku, sudah ada insan sebegini. Yang menanti untuk aku menemui diri mereka yang sebenar. Siapa tahu, mungkin kamu yang membaca coretan ini, insan yang ingin ku temui?

Segalanya mungkin, sebagaimana mungkinnya Saleh bertemu Hamid, sebagaimana mungkinnya Leman bertemu Poniem, sebagaimana mungkinnya Aziz bertemu Zainuddin. Segalanya mungkin... Segalanya mungkin...

::Inspired by Buya Hamka::

[ Last edited by  homer_simpson at 27-1-2009 03:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 10:46 AM | Show all posts
Ingin aku bertanya kepada diriku, kenapa...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 03:55 PM | Show all posts
aku ingin bertemu dengan dia yg selalu menghiasi mimpi
ku ingin menatap sekeping wajah yang makin kurindu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 06:58 PM | Show all posts
Ingin aku bersamamu...
bercerita tentang kita..
bersama merealisasikan hikayat cinta yg x pernah berkhir..
Terdendang tatkala bait rindu mengalun irama cinta
yang tidak pernah sendiri..
dalam hadir menemani hati..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 11:52 PM | Show all posts
aku ingin bertemu dengamu
untuk menanyakan padamu
wujudkah kasih dan cintamu
terhadap diriku

aku ingin bertemu padamu
untuk mendengar tuturmu
memberikan jawapan itu
walaupun mungkin tidak seperti yg ku mahu...

aku ingin bertemu padamu
melepas rindu terbuku di kalbu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.206687 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list