|
Jodoh..
www.iLuvislam.com
az-zahir
editor: kasihsayang
Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.
Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.
Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.
Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.
Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.
Sedarkah kita bahawa Allah ta抋la sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, 搄angan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih ye..saya suka artikel ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak saya nak copy dan post kat tempat lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 dune1989's post
silakan..sama2 kita kongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
good article.......
pasal jodoh ni kan....... kalau kita asyik2 jumpa balik ngan org yg sama walaupun dah berkali2 terpisah dan berpisah...... mungkin kah ada jodoh??
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Samiyusuf at 28-1-2009 12:02 PM
Sedarkah kita bahawa Allah ta抋la sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh...
baru saya tahu..tq pd tuan umah kerana berkongsi maklumat |
|
|
|
|
|
|
|
good article
ladydolph...........the very same question bothering my mind. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dune1989 at 28-1-2009 07:16 PM
erm,saya dulu saya terlalu sayangkan ex saya dulu..
saya selalu berdoa agar saya akan dijodohkan dengan dia..
namun dia pergi juga kerana dia tak tahan dengan saya..
bila dia pergi saya rasa k ...
erm....sabarlah awak....bukan semua yang kita inginkan kita boleh dapatkan.
kdg2 kita selalu namapk dark side....sedangkan masih ada bright side yang perlu kita ambil kira
mcm saya mula2 dulu......hidup dah xserupa hidup.....makan tahun saya dah jadi lebih bahagia....in fact lagi bahagia masa bersama dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
jodoh.. aci x klu aku duk tunggu je sambil berdoa, tapi x wat inisiatif lain utk jumpa jodoh aku?
maslahnya, aku ni jenis malas dah nak kenal2 orang ni, penat dah nak dalami isi ati orang..bukan senag tuh. kalau main rembat je plak sape yang meminang takut jiwa x serasi lak. |
|
|
|
|
|
|
|
kes kita samerla yetta. poca jenis malas nk carik. tp takut kalau2 guna matchmaker nnt x sesuwaii plak..
abih camno tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
matchmaker adalah satu2nye orang yang paling aku nak jauhi... x tau ar kenapa aku x suke.. takut missmatch plak nanti kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yetta at 28-1-2009 09:40 PM
matchmaker adalah satu2nye orang yang paling aku nak jauhi... x tau ar kenapa aku x suke.. takut missmatch plak nanti kot.
agensi ke mksdnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 otakotak\ catat
x.. kawan2, cikgu2 kat sekolah memang cukup rajin bukak topic bab jodoh ni.. mula la nak perkenalkan dengan kawan itu, kawan ini, orang itu, orang ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yetta at 28-1-2009 09:59 PM
x.. kawan2, cikgu2 kat sekolah memang cukup rajin bukak topic bab jodoh ni.. mula la nak perkenalkan dengan kawan itu, kawan ini, orang itu, orang ini...
owh....knp xpercy?
i mean part kwn2....cikgu2 tu mcm seram je |
|
|
|
|
|
|
|
ntah... maybe lagi 1 sebab ialah... belum ada rase nak ke arah kawin2 ni lagi kot...
nape cikkgu2 tu mcm seram plak ek?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|