View: 3883|Reply: 7
|
Blackberry Pearl Flip 8220
[Copy link]
|
|
Gaya BlackBerry lipat
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

| BlackBerry Pearl Flip 8220 pastinya melengkapkan keperluan kehidupan pengguna di zaman moden.
|
KEHEBATAN fungsi dan aplikasi pada telefon bimbit pintar BlackBerry sememangnya menjadikan semua pihak teruja untuk memilikinya.
Tidak cukup dengan model sedia ada, peneraju rangkaian operator telekomunikasi, Maxis Communications Berhad (Maxis) bersama Research In Motion (RIM) baru-baru ini melancarkan model terkini BlackBerry Pearl Flip 8220.
Bagi menarik minat pengguna, telefon tersebut ditawarkan dalam rekaan lipat dengan bentuk yang cukup bergaya mengikut trend masa kini.
Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Matthew Willsher berkata, pelancaran model berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelanggannya menikmati komunikasi mobiliti terbaik.
揜ekaannya dijamin memberi keselesaan dan keseronokan menggunakan aplikasi seperti panggilan suara, aplikasi multimedia, penghantaran teks mesej dan juga e-mel serta pelayaran Internet,拻 katanya.
Di samping itu, platform BlackBerry tersebut juga menawarkan pengguna dengan kemudahan mengakses rangkaian sosial popular seperti Facebook dan MySpace serta aplikasi mesej pantas seperti Yahoo Messenger, Windows Live Messenger dan Google Talk.
Menerusi saiznya yang kompak serta kombinasi fungsi dan prestasi terbaik, ia pastinya melengkapkan keperluan kehidupan pengguna di zaman moden.
Bagi memberi peluang kepada semua pengguna menikmati kelebihan telefon berkenaan pada harga yang berpatutan, Maxis turut menawarkan harga pakej yang didatangkan bersama-sama pelan promosi.
BlackBerry Pearl Flip 8220 yang dijual pada harga asal RM1,999 kini boleh diperoleh dengan tawaran harga promosi RM1,199 dari 29 buah Pusat Maxis di seluruh negara menerusi pembelian pelan Value 150 postpaid untuk kontrak selama 24 bulan.
Selain itu, Maxis turut mengumumkan pengurangan kos perkhidmatan bagi Pakej Data Tanpa Had BlackBerry dari RM154 sebulan kepada RM120.
Rekaannya yang eksklusif dengan warna hitam berkilat turut disempurnakan lagi melalui kehadiran skrin beresolusi tinggi, sensor cahaya berwarna dan skrin luar yang membenarkan paparan maklumat panggilan, e-mel dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu membuka skrin di bahagian dalam.
Ciri lainnya pula adalah ia menawarkan papan kekunci QWERTY, sambungan Wi-Fi, Bluetooth 2.0, sokongan kepada A2DP, kamera dua megapiksel dengan rakaman video serta kelebihan fungsi sekuriti.
Aplikasi DataViz Documents To Go turut di sediakan bersama bagi membolehkan pengguna menjalankan aktiviti mengedit pada fail Microsoft Word, Excel dan juga PowerPoint.
rega not bad gak blackberry nih~!!! murah dari E66 eniway... cantek pun .. cantek gak.. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
BB flip ni memang good value.
OS 4.6 ni mamang outstanding
Web browser very good dan pantas.
Yahoo Messenger memang the best on BB.
Ada Facebook, Mypace dan Friendster software kat dalam BB.
Boleh view, create, edit Microsoft Office 2007 documents
bateri tahan 2 hari walaupun Yahoo Messenger online 24 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat model pearl 9105 yang bar punya
harga lowest aku tgk rm650 kt mudah
ok ke model ni n harga ni
sape ade pakai
share laaaa
aku suka BB yg kecil
xnak bagak2
jem laaa
tq |
|
|
|
|
|
|
|
ku macam nk beli la yg ni. tp macam keluaran lame sgt. mintak2 thn ni BB kuokan yg mcm ni lg la. n half-qwerty keypads mcm susah jeah =.=''' |
|
|
|
|
|
|
|
btw, harge mahal gile .mem FB ku jual AP less than RM500. |
|
|
|
|
|
|
|
btw, harge mahal gile .mem FB ku jual AP less than RM500.
splitpers0na Post at 26-3-2011 11:01 
itu harga 2009. sekarang dah 2011, OS dia pun dah 'obsolete' sikit :p
kalau minat pearl flip, try going for the 3G model. kalau tak silap harga dia 1.1K je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# rayna_raynes
hahahaha. baru perasan ni thread 2009. haha. ku nak yg flip la. nampak smart. hohoho |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk cari model ni tapi bar punya BB pearl 9105 bar
sape nk jual murah2 pm la aku or email
[email protected] |
|
|
|
|
|
|
| |
|