CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16169|Reply: 21

Sukan Olympik Mini (August 2009)

[Copy link]
Post time 30-1-2009 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dexa at 17-9-2009 09:22

28 Januari, 2009

Olimpik Mini, Platform Atlet Ke Olimpik

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Atlet pelapis dan atlet elit negara pada masa akan datang mungkin terpaksa berentap sesama sendiri bagi merebut tiket ke Sukan Olimpik apabila Sukan Olimpik Mini diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) mulai Ogos ini.


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berbanding Sukan Malaysia (SUKMA), temasya sukan tersebut bakal dijadikan acara tahunan dan mengkhususkan kepada pertandingan acara-acara Olimpik sahaja.

"Tumpuan akan diberikan kepada acara yang Malaysia berpeluang menang pingat di Olimpik seperti memanah, menembak dan angkat berat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif khas atlet remaja di sini, Rabu.

Dalam perancangan jangka panjang, kontinjen luar negara juga mungkin akan dijemput bagi merancakkan saingan dalam Sukan Ompilik Mini ini, katanya.

Katanya, temasya SUKMA dilihat tidak sesuai lagi dijadikan sebagai medan tapisan ke Sukan Olimpik disebabkan banyak acara sukan yang dipertandingkan tidak mempunyai status antarabangsa seperti silat, bola jaring dan sepak takraw.

Dalam majlis tersebut, sejumlah RM20,800 diagihkan kepada 24 atlet yang merangkul pingat pada Festival Olimpik Remaja Australia (AYOF) Kelima minggu lepas dan Sukan Komanwel Remaja (CYG) di Pune, India, tahun lepas.

-- BERNAMA


************************************************************************************

bagus juga ada mini olympic nih...
god knows - athletes kita tak pernah dapat apa2 kat olympic
dari dulu sampai la ni... mungkin  ni boleh bawa perubahan, who knows -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 06:43 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

quote sket apa yg pak menteri tuh cakap :

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, Mini Olimpik Malaysia yang dicadangkan ketika Konvensyen Sukan Kebangsaan, bakal diadakan pada Ogos depan dan memberi masa dua minggu kepada MSN memperincikan butiran temasya sukan itu.

"Mini Olimpik Malaysia lebih memberikan tumpuan kepada acara yang dipertandingkan di Olimpik dan menjadi satu lagi temasya sukan selepas Sukma yang sebelum ini dilihat sebagai medan membentuk pelapis negara," katanya.


so .. dalam masa 2 minggu neh akan dapat segala details aa

heharap mini olimpik neh dapat aa capai matlamat sebenar :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 07:00 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 30-1-2009 01:32 AM

Katanya, temasya SUKMA dilihat tidak sesuailagi dijadikan sebagai medan tapisan ke Sukan Olimpik disebabkan banyakacara sukan yang dipertandingkan tidak mempunyai status antarabangsaseperti silat, bola jaring dan sepak takraw.


ntahapaper jek aa men3 sorang neh ..

padahal sebenornya dia yg 'dOwngrade'kan SUKMA tuh .. dia lupa ker statement dia hari tuh?

"Kami berpendapat dan bersetuju bahawa 31 acara adalah terlalu banyakbagi SUKMA. Malah, sukan paling hebat di dunia pun, Sukan Olimpik,hanya mempunyai 28 acara dan Sukan Komanwel mengandungi kurang 20 acara.

"Tiga puluh satu jenis acara ini tak tau standard apa," katanya padasidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa TertinggiSUKMA di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

dan disokong plak oleh pengarah MSN :

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pengurangan acaradi Sukma itu dapat mengatasi masalah logistik yang dihadapi olehpenganjur terutama bagi sebuah negeri yang kecil seperti Melaka.

Menurut Zolkples, sudah tiba masanya penganjur lebih memilih hanyaacara-acara yang penting seperti sukan teras sebagai keutamaan di Sukma.


tuh blom listkan lagik pasal peraturan & syarat baru yg dibwat hari tuh! adoyaiiii~
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 12:26 AM | Show all posts
Persatuan sukan ragui penganjuran 'mini olimpik'

PERSATUAN Sukan Kebangsaan melahirkan keraguan cadangan penganjuran 'mini olimpik' oleh Kementerian Belia dan Sukan yang dijadualkan Ogos ini kerana bimbang kejohanan kebangsaan yang dikelolakan persatuan sukan kurang penting.

Rasa bimbang dan ragu ini diluahkan ketika Mesyuarat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam, dengan persatuan sukan terutama yang terbabit dalam 'mini olimpik' ini kerana kurang pasti apakah objektif temasya seperti ini dan bagaimana dengan kedudukan Sukan Malaysia (Sukma).

Justeru, MOM akan mengemukakan kepada pihak Kementerian dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) pandangan persatuan sukan kebangsaan mengenai temasya berkenaan.

"Persatuan sukan kebangsaan berdebat dengan agak panjang mengenai 'mini olimpik' ini dan kebanyakan mereka melahirkan keraguan mengenai penganjuran," kata Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi. "Kebanyakan mereka berpendapat ia seperti menganjurkan Sukma.

"Dalam hal ini, Presiden MOM (Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar) menyatakan bahawa Sukma pertama yang dianjurkan pada mulanya bersifat mini olimpik dengan terbuka kepada semua peserta tanpa ada had umur tetapi selepas didapati ia tidak mencapai objektif, maka barulah had umur dikenakan.

"Dan persatuan sukan berpendapat bahawa Sukma dengan hak umur yang digunakan sekurang-kurangnya berjaya untuk mencapai objektif dalam mencungkil atlit remaja dan apakah mini olimpik yang dicadangkan ini akan mencapai sasarannya.

"Persatuan sukan juga berpendapat dengan penganjuran mini olimpik ini mereka berasa bimbang ia akan menjadikan kejohanan kebangsaan yang mereka anjurkan menjadi kurang penting kerana semua tumpuan adalah kepada pertandingan ini.

"Justeru, ada persatuan sukan mencadangkan supaya kejohanan kebangsaan yang mereka dimasukkan sebagai pertandingan mini olimpik yang boleh menjadikannya lebih meriah dan menguji atlit masing-masing," kata Kok Chi.

+ perlu ke tak perlu? orang nye pendapat : lebih kepada tidak kot
kalau cuma ndak cungkil atlit remaja, macam dah banyak jek temasya sukan neh .. cam SUKMA, AYOF ..
so manfaatkan aa yg tuh .. pastuh, cuba beranikan hantar pelapis gih sukan antarabangsa
dedahkan eawal .. nanti idok aa sampai ke tahap 'dah terlambat' baru ndak hehegeh kasik pendedahan

+ penganjur tuh satu hal .. pastuh KOSnya plak satu hal yg lain
heharap pertimbangkan aa hehabes pasal nih .. sedangkan banyak persatuan sukan pon merungut tak cukop budget kan

+ kalau pasal persediaan ntok gih olympic plak : dah banyak jugak sukan peringkat antarabangsa
tiap satu jenis sukan pon ada kejohanan memasing .. tuh blom temasya sukan bebesor lagik
pastuh asek guna yg senior jek .. ntah nyer bila ndak guna atlit yg junior

+ orang rasa deme kena start balance aa ..
contoh kalau hantar skuad negara gih memana kejohanan, balancekan senior-junior
macam .. kalau tournament tuh kuota 10 orang : hantar aa senior 6 orang, junior 4 orang
camtuh baru aa bleh kasik pendedahan kat yg memuda tuh .. adeh aaaaa ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 06:12 AM | Show all posts
慚ini Olimpik mantap atlit抂/size]
+ berita harian

SAINGAN Mini Olimpik Malaysia yang dicadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertengahan tahun ini, mampu menjadi landasan terbaik memantapkan persiapan atlit negara meskipun sebelum ini terdengar rungutan persatuan sukan mengenainya.

Pengarah Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara, Abdul Jalil Abdullah berkata, kertas cadangan mengenai mini olimpik yang berkemungkinan diadakan antara Jun dan Julai ini, sudah diserahkan kepada KBS.

揗emang kita ada mendengar rungutan persatuan sukan dan perkara ini turut dibangkitkan ketika kami mula merancang Sukma sebelum ini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 06:28 PM | Show all posts
MOM kembali sokong 'Mini Olimpik'
+ utusan malaysia

SELEPAS melahirkan keraguan mengenai penganjuran Mini Olimpik yang diilhamkan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) kini berubah fikiran dengan bersedia memberikan sokongan untuk memastikan kejayaannya.

Perubahan itu tercapai selepas mesyuarat tiga pihak - Majlis Sukan Negara (MSN), MOM dan NSA untuk memperincikan butiran Mini Olimpik, yang antara lain adalah berteraskan kepada kualiti dengan penyertaan berdasarkan kepada syarat kelayakan yang akan ditentukan badan induk kebangsaan sukan terbabit.

Dengan hanya membabitkan lapan sukan - akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, gimnastik, lumba basikal, memanah, menembak dan olahraga - penyertaan adalah berasas kepada kelayakan yang ditentukan NSA, bukannya berdasarkan kepada mewakili negeri.

揝elepas mendengar taklimat dan pertemuan dengan MSN, MOM berpendapat temasya Mini Olimpik perlu diberi sokongan dan kita harus mencuba dahulu untuk melihat keberkesanannya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2009 07:21 PM | Show all posts
Atlit tidak boleh elak
+ harian metro

ATLIT lapan acara sukan di Mini Olimpik yang berlangsung dari 26 Jun hingga 4 Julai ini, perlu meluangkan diari mereka daripada sebarang kejohanan lain bagi mengelak temasya sukan berkenaan hilang seri.

Temasya julung kali itu dilihat sebagai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melahirkan atlit yang benar-benar berkualiti dan bersedia untuk Sukan Olimpik, dengan matlamat awal meraih emas pertama di London pada 2012.

Perkara ini turut mendapatkan perhatian Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) yang sudah pun memaklumkannya kepada persatuan sukan terbabit.

Menurutnya, MSN sudah memberikan persatuan terbabit tempoh sehingga Rabu depan bagi mereka mengkaji mengenai acara yang bakal dipertandingkan dan penyertaan atlit dalam temasya sukan itu kelak.

揝aya sudah menegaskan perkara itu kepada persatuan terbabit supaya memastikan semua atlit elit dapat bertanding dan pada peringkat ini semuanya bersetuju.

揃iarpun skuad badminton mungkin menghadapi kejohanan Terbuka Indonesia tetapi saya berharap agar Datuk Lee Chong Wei dapat menyertainya,
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 11:27 PM | Show all posts
May 05, 2009

Mini Olympics Will Be Held As Scheduled


KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- The Mini Olympic Games, the platform for national athletes vying for places to the 2012 London Olympic will be held as scheduled on June 19-27.

Olympic Council of Malaysia (OCM) honorary secretary Datuk Sieh Kok Chi said all eight sports associations have agreed to stick to the orignal date.

"Badminton, cycling, archery, shooting, athletics, swimming, weightlifting and gymnastic will be competed at four venues in the Klang Valley," he told Bernama here Tuesday.

The date became an issue after it was found to be the same as the Indonesian Open Super Series Championship.

Sieh said the Badminton Association of Malaysia (BAM) have three choices.

It could cancel participation in Indonesia, attend the Mini Olympics on another date or skip it altogether.

OCM would meet next week to consider a BAM proposal to have the badminton Mini Olympics on July 4-5.



-- BERNAMA



dexy... kena tukaq  tarikh tu ekkkk... june bukan ogos.. dah tukar lak tarikh dia...  wokeyyy :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2009 06:50 AM | Show all posts
Hanya atlet terbaik - MSN

Oleh Norzie Mohd. Khasbi


KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) semalam mendapat jaminan daripada persatuan sukan bahawa semua atlet terbaik negara akan beraksi pada Mini Olimpik yang bakal berlangsung pada 29 Julai hingga 9 Ogos ini.

Selepas jadual asal temasya terpaksa diubah gara-gara ada sukan yang mempunyai komitmen dengan pertandingan antarabangsa, MSN tidak mahu masalah yang sama berulang selepas tarikh baru dikeluarkan.

Malah, pemangku Ketua Pengarahnya, Ab Jalil Abdullah berkata, MSN sendiri akan membuat tapisan ke atas nama-nama atlet yang dihantar oleh persatuan bagi memastikan ia benar-benar memenuhi standard kejohanan.

Walaupun Mini Olimpik sekadar kejohanan domestik yang menampilkan atlet tempatan, namun standard acara yang dipertandingkan perlu dijaga bagi memastikan matlamat utama penganjuran dapat dicapai.

Katanya, pemilihan atlet mestilah dibuat berdasarkan ranking mereka, bermula dari pemain elit, diikuti pelapis elit.

"Apa yang saya faham selepas mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan sukan, semua atlet terbaik tanah air patut mengambil bahagian pada Mini Olimpik.

"Datuk Lee Chong Wei perlu beraksi dalam badminton, begitu juga dengan sukan lain, atlet terbaik mereka kena ambil bahagian,'' katanya pada sidang akhbar di MSN, semalam.

Katanya, beliau sukar untuk menerima sekiranya ada persatuan sukan yang meminta pengecualian beberapa atlet utama apabila tiba hari kejohanan kerana tarikh baru yang dipilih telah dipersetujui bersama.

Mengakui saingan sukan seperti badminton mungkin kurang kompetitif kerana kebanyakan pemain sudah kerap kali bertemu sesama sendiri dalam sirkit kebangsaan, Jalil berkata, MSN mungkin pertimbangkan untuk menjemput atlet luar negara bagi acara tertentu.

"Saya akui mungkin untuk sukan seperti badminton persaingannya agak kurang, tetapi pada masa akan datang kita boleh cadangkan dijemput atlet dari luar negara untuk menjadikan saingan lebih kompetitif.

"Namun, harus diingat Mini Olimpik ini amat penting dan membantu buat sukan-sukan lain yang tidak punya banyak pertandingan antarabangsa seperti angkat berat, menembak, memanah atau akuatik,'' katanya lagi.

Edisi sulung Mini Olimpik sebelum ini dijadual pada 19-27 Jun, namun ia terpaksa ditunda gara-gara bertindih dengan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Indonesia.

Menurut Jalil lagi, kejohanan 12 hari ini akan melibatkan 1,450 atlet serta pegawai daripada lapan jenis sukan iaitu akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, memanah, menembak dan olahraga.

Katanya, kejohanan akan diadakan di venue berbeza, namun sebahagian besar diadakan di sekitar Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

"Bagi acara basikal trek, ia akan berlangsung di Veledrome Cheras, manakala lebuh raya diadakan di sekitar Putrajaya,'' katanya.

Jalil juga mengesahkan bahawa jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang antara atlet elit yang bakal mengambil bahagian pada edisi sulung Mini Olimpik, namun seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng tidak beraksi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 09:07 PM | Show all posts

...TEMASYA MINI OLIMPIK 2009 ...

TEMASYA MINI OLIMPIK 2009                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                               


Latar Belakang Temasya
TemasyaMini Olimpik adalah hasil daripada resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan2008. Tujuan temasya ini adalah untuk memberi peluang kepadaatlet-atlet negara yang mempunyai ranking tanpa had umur untukbertanding dalam satu kejohanan.
Selaindaripada itu, temasya Mini Olimpik ini juga dijadikan sebagai mediumbagi atlet-atlet yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi untukbertanding serta memeriahkan suasana sukan di kalangan rakyat Malaysia.Bagi peringkat awal, lapan (8) buah Persatuan Sukan Kebangsaan sepertiPersatuan Renang Amatur Malaysia, Persatuan Menembak KebangsaanMalaysia, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Persatuan MemanahKebangsaan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, Persekutuan AngkatBerat Malaysia, Persekutuan Gimnastik Malaysia dan PersekutuanKebangsaan Berbasikal Malaysia dipilih untuk Temasya Mini Olimpik 2008.Kriteria Persatuan Sukan Kebangsaan ini dipilih adalah berdasarkanpotensi untuk meraih pingat emas di Temasya Sukan Olimpik sejajardengan sasaran program ‘Road To London 2012’.

Vanue Kejohanan
KesemuaPersatuan Sukan Kebangsaan telah bersetuju secara dasarnya mengenaivanue cadangan asal di mana temasya ini akan berlangsung dan tiadapindaan dilakukan setakat ini. Berikut adalah vanue yang telahditetapkan oleh pihak persatuan :-
i
Akuatik
Pusat Akuatik ,Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
ii
Badminton
Stadium Juara, Bukit Kiara
iii
Berbasikal
Trek
Veledrom Cheras
Lebuhraya
Lebuhraya Putrajaya
iv
Memanah
Majlis Sukan Negara Bukit Jalil
v
Menembak
Lapang Sasar Menembak Subang
vi
Olahraga
Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil
Vii
Angkat Berat
Gim 3, Majlis Sukan Negara
viii
Gimnastik
Gim 3, Majlis Sukan Negara


Tarikh Kejohanan :29 Julai hingga 9 Ogos 2009
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
Berikut adalah cadangan acara yang dipertandingkan mengikut sukan:-

C) Persatuan Renang Amatur Malaysia
d) Kesatuan Olahraga Malaysia
e) Persatuan Badminton Malaysia
f) Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
g) Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia
h) Persekutuan Angkat Berat Malaysia

Penyertaan Atlet Dan Pegawai Teknikal
Penyertaanpada temasya ini terbuka kepada semua atlet terbaik negara tanpabatasan had umur dan bukannya pertandingan antara atlet negeri-negeri.Penyertaan adalah berdasarkan ‘ranking’ terbaik di peringkatkebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:19 AM | Show all posts
jadual tarikh/acara/venue mini olimpik 2009

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:21 AM | Show all posts
Kos Mini Olimpik hanya RM1.1j

AB. JALIL (tengah) menunjukkan  bunting Mini Olimpik 2009  sambil disaksikan barisan atlet negara di MSN, Bukit Jalil semalam.


KOS yang tinggi tidak boleh dijadikan alasan olehpersatuan-persatuan sukan di negara ini untuk tidak menganjurkankejohanan tempatan bagi meningkatkan prestasi atlet masing-masing.

Ini kerana Majlis Sukan Negara (MSN) hanya mengeluarkan belanjaberjumlah RM1.1 juta sebagai kos penganjuran temasya Mini Olimpik 2009yang akan berlangsung mulai hari ini hingga 8 Ogos depan.

Pemangku Ketua Pengarah MSN, Ab. Jalil Abdullah berkata, jumlahperbelanjaan tersebut cukup rendah memandangkan Mini Olimpik melibatkanlapan jenis sukan iaitu akuatik, angkat berat, badminton, lumbabasikal, gimnastik, menembak, memanah dan olahraga.

"Jika kita lihat, ada sesetengah persatuan sukan itu berbelanjasehingga RM1.5 juta bagi menganjurkan satu pertandingan. Itu untuk satujenis acara sukan saja.

"Tetapi kami boleh juga buat lapan acara sukan dengan kos hanyaRM1.1 juta. Jadi diharap ini menjadi panduan kepada mereka untukmelakukan perbelanjaan berhemah. Belanja bila perlu," katanya padasidang media ketika mengumumkan jumlah peserta dan tarikh pertandinganMini Olimpik 2009 di MSN, Bukit Jalil semalam.

Jelas Ab. Jalil, kos yang rendah itu dapat dilaksanakan keranapihaknya tidak terlalu mengadakan banyak upacara atau majlis yang tidakperlu sepanjang Mini Olimpik ini, sebaliknya lebih menumpukan kepadapengelolaan sesuatu pertandingan itu.

"Upacara perasmian pun kita tidak adakan begitu besar. Kita tiadaupacara pembukaan dan penutup secara rasmi, cuma majlis makan malammeraikan ketibaan atlet pada 30 Julai di Stadium Mini MSN," katanya.

Dalam pada itu, Ab. Jalil memberitahu, MSN telah menghantar surat rasmi kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia(KOAM) pagi semalam berikutan tindakan persatuan sukan tersebutmenghantar terlalu banyak atlet iaitu 360 orang bagi menyertai MiniOlimpik kali ini.

"Sudah empat kali kita terima senarai atlet daripada KOAM dansemuanya asyik berubah. Malam tadi (kelmarin), kita tengok senaraiterbaru yang mereka hantar, jumlah atlet olahraga terlalu ramai iaitu360 orang.

"Mereka kena jelas, ini Mini Olimpik. Jadi kena letak atlet yangterbaik saja. Kalau kejohanan olahraga kebangsaan, mereka bolehlahpanggil ramai atlet negeri untuk menyertainya," jelas Ab. Jalil.

Tambahnya, semua persatuan sukan sepatutnya faham bahawa MiniOlimpik ini diadakan sebagai usaha kerajaan untuk memberi tambahankejohanan dan pertandingan kepada atlet-atlet kebangsaan bagi sukanterpilih.

"Mini Olimpik ini kita boleh gunakan untuk pemilihan atlet ke SukanSEA di Laos, Disember nanti. Jadi, mereka yang bertanding ini beraksidi atas tiket individu, bukannya di bawah satu-satu kontinjen ataupasukan negeri," katanya.

Mini Olimpik 2009 akan berlangsung secara berperingkat mengikutacara dengan kebanyakannnya berlangsung di sekitar Bukit Jalil kecualiacara badminton di Bukit Kiara, menembak di Subang dan berbasikal diPutrajaya dan Cheras.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 04:32 PM | Show all posts
any update info dari mini olympic?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 05:11 PM | Show all posts
Acara yang masih berlansung

Sukan   : Akuatik Terjun         
Tempat : Stadium akuatik nasional bukit jalil





Sukan   : Akuatik Renang         
Tempat : Stadium akuatik nasional bukit jalil




Lelain jadual pertandingan boleh rujuk di:

http://www.miniolympic2009.com.my


Acara yang telah tamat

a)Badminton
b)Memanah
c)Olahraga (5:00 petang 2 Ogos 2009)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:07 PM | Show all posts
Salam,

Kami paparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin mencantikkan alat
kelamin
mereka. Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
di mana moderator DARSITA menjadi model nya.










Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.

Kami dengan bangga melantik DARSITA jadi model untuk produk kami.



untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my
*boleh juga PM direct pada model kami DARSITA atau nama sebenarnya Yuen Kong.







SIGNATURE................................................................................................
menakjubkan. selepas di sapu krim kelapa dara, kemaluan DARSITA lebih

tembam, lebih berisi, lebih bertenaga dan lebih memberi kepuasan ketika bersama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 08:07 PM | Show all posts
Salam,

Kami paparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin mencantikkan alat
kelamin
mereka. Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
di mana moderator DARSITA menjadi model nya.










Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.

Kami dengan bangga melantik DARSITA jadi model untuk produk kami.



untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my
*boleh juga PM direct pada model kami DARSITA atau nama sebenarnya Yuen Kong.







SIGNATURE................................................................................................
menakjubkan. selepas di sapu krim kelapa dara, kemaluan DARSITA lebih

tembam, lebih berisi, lebih bertenaga dan lebih memberi kepuasan ketika bersama.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:07 PM | Show all posts
Salam,

Kami paparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin mencantikkan alat
kelamin
mereka. Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
di mana moderator DARSITA menjadi model nya.










Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.

Kami dengan bangga melantik DARSITA jadi model untuk produk kami.



untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my
*boleh juga PM direct pada model kami DARSITA atau nama sebenarnya Yuen Kong.







SIGNATURE................................................................................................
menakjubkan. selepas di sapu krim kelapa dara, kemaluan DARSITA lebih

tembam, lebih berisi, lebih bertenaga dan lebih memberi kepuasan ketika bersama.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:07 PM | Show all posts
Salam,

Kami paparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin mencantikkan alat
kelamin
mereka. Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
di mana moderator DARSITA menjadi model nya.










Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.

Kami dengan bangga melantik DARSITA jadi model untuk produk kami.



untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my
*boleh juga PM direct pada model kami DARSITA atau nama sebenarnya Yuen Kong.







SIGNATURE................................................................................................
menakjubkan. selepas di sapu krim kelapa dara, kemaluan DARSITA lebih

tembam, lebih berisi, lebih bertenaga dan lebih memberi kepuasan ketika bersama.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:08 PM | Show all posts
Salam,

Kami paparkan berita baik kepada wanita-wanita yang ingin mencantikkan alat
kelamin
mereka. Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelapa dara
di mana moderator DARSITA menjadi model nya.










Jelas..kemaluan DARSITA lebih tembam, lebih anggun, lebih
mempersona
dan lebih effective ketika bersama.

Kami dengan bangga melantik DARSITA jadi model untuk produk kami.



untuk tempahan, hubungi   
heslina@minyak-kelapa.com.my
*boleh juga PM direct pada model kami DARSITA atau nama sebenarnya Yuen Kong.







SIGNATURE................................................................................................
menakjubkan. selepas di sapu krim kelapa dara, kemaluan DARSITA lebih

tembam, lebih berisi, lebih bertenaga dan lebih memberi kepuasan ketika bersama.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.396168 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list