CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40808|Reply: 112

Siapa yang Akan Masuk Syurga ??

[Copy link]
Post time 31-1-2009 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Firman Allah Taala:

ألم.ذلك الكتاب.لا ريب فيه .هدى للمتقين.الذين يوء منون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون.والذين يؤمنون بما أنزل اليك وما أنزل من قبلك وبالآخرة يوقنون. اولئك على هدى من ربهم وأولئك هم المفلحون

Yang bermaksud:

揂lif Lam Miim. Ini Kitab (al-Qur抋n) yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa; (yaitu) mereka beriman kepada yang ghaib, dan yang mendirikan sembahyang, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka; dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Qur抋n) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin tentang (adanya) akhirat; mereka itulah yang tetap akan mendapat pertunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 11:44 AM | Show all posts
terima kasih..saya ambil ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 11:49 AM | Show all posts
Adakah orang islam seorang sahaja yang masuk syurga???


Kesian lah orang kat pulau terpencil yang tak pernah sampai pendakwah islam ...... free aja masuk neraka nanti
nanti mereka akan kata," Kami kat pulau terpencil ini tidak pernah diberi petunjuk sedangkan orang lain ada nabi, ada Internet"
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 01:17 PM | Show all posts
Adakah allah cipta banyak syurga untuk manusia?  satu untuk muslim, satu untuk kristian n satu untuk yahudi dan lain2??? g2 ke?
syurga juga untuk  binatang?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 01:53 PM | Show all posts
apa pun di dalam islam, tiada siapa yang boleh masuk syurga lagi sampai sekarang sehingga mereka semua di kumpulkan di padang mashyar kalau yang ada dosa tu di masukkan ke dalam api neraka dulu, melintasi titian siratul mustaqim iaitu satu helai rambut yang di potong kerat 7, kemudian barulah umat-umat selain islam akan di hitungkan amalan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 02:13 PM | Show all posts
Islam agama yang lengkap dan unggul.setiap PERSOALAN DAN PERMASALAHAN ada jawapan dalam AL-QURAN dan HADITH serta KUPASAN ULAMA.



Persoalan sekecil-kecil masuk ke tandas sehinggalah ke permasalahan Negara dan alam semesta semuanya telah termakub dalam ISLAM.



ISLAM bukan hanya agama RITUAL sahaja di mana penganutnya melakukan sesuatu ritual atas dasar ikutan nenek moyang tanpa mempersoalkan WHY? WHY? AND WHY?



ISLAM merangkumi SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.



Sebelum aku menjawab soalan ini,perlu kita ingat bahawa ALLAH MAHA ADIL.



Allah tidak akan sesekali menghukum kaum(orang) yang jahil(yang tidak tahu apa-apa).



TETAPI Allah mengingatkan betapa PENTINGNYA mencari ilmu.



Darjat manusia di sisi Allah diukur dengan keimanan seseorang.keimanan datang SELEPAS mencari ilmu.



Ahli ibadat yang tidak mempunyai ilmu,hanya melakukan amal tanpa memahami sebab di sebalik setiap amal ditakuti mudah tergelincir dengan pujukan syaitan.



Ilmu mengeluarkan manusia daripada kejahilan.



Persoalan yang dikemukakan-siapa yang akan masuk syurga?



Allah telah berfirman dalam Al-Quran dan merupakan ayat yang jelas.tersurat dan bukan tersirat bahawa-
Orang yang beriman kepada rukun iman dan melakukan rukun islam.



Secara general, lakukan perkara yang Allah suruh dan tinggalkan perkara yang Allah larang.



Kedengaran mudah bukan?



Tetapi hakikatnya, usaha yang istiqomah diperlukan dalam medapat keredhaan Allah.




PERSOALANNYA SEKARANG:



Cukupkah dengan hanya beramal soleh seseorang itu masuk syurga?



Tidak dan tidak dan tidak.



Seseorang itu masuk syurga di atas RAHMAT DAN REDHA ALLAH.



The ultimate and final reason seseorang masuk syurga ialah RAHMAT DAN REDHA ALLAH.



Of course, untuk mendapat rahmat dan redha Allah, kita perlulah melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.



Simple.

Persoalan seterusnya:



Bagaimana dengan nasib manusia yang TIDAK DATANG kepada mereka seorang penyampai????



Persoalan ini turut dibahaskan dalam ISLAM.



Sebelum aku pergi lebih lanjut, umum mengetahui bahawa Allah MAHA PENYAYANG dan TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENGANIYA hambanya.
Maka sesuai dengan sifat Allah yang penyayang dan TIDAK ZALIM, Allah akan AMPUNKAN SEMUA DOSA KECUALI MEMPERSEKUTUKAN ALLAH.



Terlalu banyak dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa ahli kitab(iaitu Nasrani dan Yahudi) yang berpegang teguh kepada Injil ASAL dan tidak sesekali mempersekutukan Allah.



Nasrani yang tidak menggangap Jesus itu tuhan---àmudah difahami,amat reasonable permintaan Allah.Allah tuhan.manusia ciptaan Allah bukan tuhan.-syurgalah tempatnya



Yahudi yang berpegang teguh kepada ajaran taurat ASAL.-syurgalah tempatnya.



Sebab itu ramai pendeta(rabbi/priest) Nasrani dan Yahudi yang berpegang teguh kepada ajran kitab taurat dan injil Allah khabarkan berita gembira kepada mereka iaitu syurga.



Kematian kanak-kanak non-muslim yang belum baligh

Sehinggakan persoalan tentang kematian Kanak-kanak yang belum baligh/mumayyiz dan BUKAN BERAGAMA ISLAM telah terjawab dalam Islam.
Allah JANJIKAN SYURGA KEPADA MEREKA.



Maha Suci Allah.




[ Last edited by  sixret at 31-1-2009 02:30 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 02:13 PM | Show all posts
sambungan

Orang non-muslim yang gila

Hanya orang yang berakal sahaja yang akan dihitung/diadili/being judged by Allah di akhirat nanti.hanya orang yang berakal sahaja yang diberi pahala dan dosa.

Hanya orang berakal sahaja dihitung amalan mereka.

Orang yang dilahirkan cacat otak-terus masuk syurga.

Orang gila ketika dewasa(islam atau non-muslim)-terus masuk syurga kerana dosa-dosa mereka sebelum itu terhapus dengan ujian gila yang mereka hadapi.

Allah Maha adil.

Berakal

Boleh berfikir

Berakal

Boleh berfikir

Atas setiap tindakan masing-masing.

Penghapusan dosa di dunia-kifarah

Jika kita berasa sakit secara fizikal,perasaan,fikiran-àitu semua ujian Allah hasil tindakan manusia,Allah hapuskan dosa-dosa.
Setiap manusia menghadapi ujian yang berbeza-beza sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Manusia non-muslim?

Allah sentiasa member ilham dan hidayahnya kepada non-muslim yang berakal dan sedar tentang kewujudan Islam.

GERAK HATI,GERAK RASA untuk mengkaji.

Natural instinct mengikut logic akal tentang perlakuan mereka dalam agama hindu, kristian,Buddha to name a few.

Mana logiknya menganggap monyet dan gajah sebagai tuhan?



Mana logiknya beragamakan prinsip ciptaan manusia tanpa membawa untuk mengenali tuhan pencipta alam?


Mana logiknya agama yang menganggap manusia sebagai tuhan?



Gerak rasa ketika mengikuti ritual agama….your heart and mind will say “WHAT AM I DOING RIGHT NOW?”


UNTUK MEMUASKAN JAWAPAN KAMU….


Manusia yang berakal pasti akan MENGKAJI.





Manusia yang duduk di pulau,di tengah hutan yang tidak pernah mendengar tentang Islam.

Kita tahu kita masuk syurga atas RAHMAT ALLAH.[lihat penerangan di atas]

Kita tahu ORANG JAHIL tidak akan DIBERI DOSA ATAS KESILAPAN.[lihat penerangan di atas]

Maka, selagi manusia/kaum yang duduk di pulau atau di tengah hutan tidak MEMPERSEKUTUKAN ALLAH
DENGAN.....


Mencipta patung untuk disembah


Menyembah orang kenamaan contoh raja di kalangan mereka.

Menyembah binatang-binatang

Menyembah bulan

Menyembah matahari

Menyembah pokok

Menyembah makhluk halus

Menyembah hantu

Menyembah lingam.

DAN

Manusia yang tinggal di pulau atau jauh dalam hutan mempercayai bahawa ada SATU KUASA YANG MENCIPTA ALAM SEMESTA INI DAN MENJADIKAN MEREKA DAN MENURUNKAN REZEKI KEPADA MEREKA DAN TIDAK MENGANGGAP KUASA INI DIMANIFESTASI KEPADA BENTUK HAIWAN,MANUSIA,BULAN,BINTANG.

LAYAKLAH MEREKA MENDIAMI SYURGA ALLAH ATAS RAHMAT ALLAH JUA.

MEREKA TAHU TUHAN ITU WUJUD---TETAPI MEREKA TIDAK TAHU UNTUK MENGENAL TUHAN YANG SEBENAR,MEDIUM ISLAMLAH YANG MENERANGKAN “TUHAN” ITU SECARA LOGIK AKAL,TIDAK MEMANIFESTASIKAN TUHAN KEPADA BENTUK CIPTAAN SEPERTI HAIWAN.



THE SUPER POWER-THE ALMIGHTY POWER.


YOU CAN CALL ALLAH ANYTHING……


YOU CAN CALL …..HIM SUPER POWER


OR


SUPREME POWER


OR


GOD ALMIGHTY


OR


POWER OF UNIVERSE.


As long as mereka sembah tuhan pencipta alam
Layaklah mereka mendiami syurga atas rahmat Allah jua.


KESIMPULANNYA,


Daripada kita bersangka buruk terhadap Allah, pernahkah KITA CUBA UNTUK “MENGENAL”ALLAH?

Semua jawapan ada dalam ISLAM.Kajilah Islam dengan mata hati yang terbuka.






[ Last edited by  sixret at 31-1-2009 03:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:21 PM | Show all posts
Nampaknya kafir berakal tiada peluang masuk syurga Allah lah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by cabang at 31-1-2009 09:21 PM
Nampaknya kafir berakal tiada peluang masuk syurga Allah lah?


masalahnya,pernahkan kafir berakal mengaku Allah itu Tuhan?

kalau Allah yang menjadikan syurga tidak dianggap sbagai tuhan,bagaimana Allah ingin redha terhadap kafir berakal yang telah diberi tiupan hidayah dan ilham selama 40 tahun mereka hidup sehingga hati mereka menjadi keras?

kafir berakal LEBIH RELA bertuhankan MANUSIA DAN HAIWAN,bagaimanakah kafir berakal LAYAK menduduki syurga Allah?

kembali kepada perkara pokok.......

AJARAN KAFIR BERAKAL ADA KONSEP SYURGA DAN NERAKA?


Manusi diberi akal untuk berfikir,tetapi ada ajaran yang tidak mahu penganutnya berfikir-Sephiroth
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:26 PM | Show all posts

Balas #7 sixret\ catat

Alhamdulillah................WELL SAID....


to cabang, THE SUPREME GOD IS TOO SUPREME......

kami orang Islam diberi satu ilmu untuk mempercayai Tuhan itu sangt bijak dan adil.........sesiapa saja boleh diselamatkan dn masuk syurga.......

cuma Islam adalah adalah ilmu tentang ketuhanan yang latest dan terakhir......yang menutup semua agama lain yang mana ada unsur2 yg tidak benar di dalamnya.....

sebab tu kami kena sebarkan.......dan betulkan yg mana yg salah.....

dan kami juga tidak lupa, Tuhan adalah sebaik2 hakim......syurga adalah untuk semua orang yang baik2.....
dan Tuhan yang supreme itu juga lebih tahu siapa yg baik siapa yg tidak walaupun apa agama nya.....

cuma walaubagaimanapun, Islam kena juga diajar dan disebar........

[ Last edited by  ussopp at 31-1-2009 10:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 12:25 AM | Show all posts

Balas #10 ussopp\ catat

terima kasih usopp
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 08:08 AM | Show all posts

Reply #7 sixret's post

well done dear...

clean and clear...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:14 AM | Show all posts
Well said!!

to the questioner... orang yang masuk neraka adalah orang yang taknak masuk syurga walaupun jalan ke syurga telah dibentang di depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 10:47 AM | Show all posts
Mengapa tuhan tidak bagi je hidayah kepada kafir sedangkan dia[allah]  yang control semuanya?





i pun nak tau adakah orang kristian juga menganggap orang yang tak menganut kristian akan masuk neraka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 11:10 AM | Show all posts

Balas #14 cabang\ catat

cabang, kalau kita tengok kat orang2 asli, mereka rata akan percaya kepada satu kuasa asing yang besar yagn tiada rupa, tiada bentuk, tiada nafsu and stuff like that.

setiap manusia memang telah dicipta atas satu "blue-print" yang membenarkan tentang kewujudan Yang Maha Esa. setiap manusia tidak boleh lari daripada hakikat ini.

tetapi manusia itu sendiri kena berusaha untuk mencari jalan yang benar. itulah yang membezakan manusia dan haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 1-2-2009 11:10 AM
cabang, kalau kita tengok kat orang2 asli, mereka rata akan percaya kepada satu kuasa asing yang besar yagn tiada rupa, tiada bentuk, tiada nafsu and stuff like that.

setiap manusia memang te ...


gogo patapon!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2009 02:30 PM | Show all posts
KAMU INI SEMUA TIDAK IKHLAS DENGAN TUHAN......

Kamu terlalu tamak dengan pahala .... (agar lebih ramai Bidadari di syurga boleh kamu tala )

Kamu semua mengharapkan balasan..........

Kamu sujud kerana kamu mahu nikmat syurga (dan Bidadari)......

Kamu memohon ampun kerana kamu takut diseksa.....


Jika tiada syurga atau neraka, adakah kamu akan tetap beriman kepada tuhan?

Jika tiada syura adakah kamu akan sembahyang?

SESUNGGUHNYA AKU TERCIPTA DENGAN TANGUNGJAWAB UNTUK MENGESAKAN ALLAH (sama ada secara rela atau terpaksa, sama ada aku sedar atau tidak)

Jika kau campak aku ke dalam syurga, maka gelaplah nikmat kelazatan syurga

Jika kau campakkan aku ke dalam neraka, maka padamlah segala seksaan neraka

Aku tidak perlu syurga atau neraka

Cuma selepas selesai tanggungjawabku, maka kepadaNYA akan aku kembali, bukan ke syurga, bukan ke neraka ........
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 03:12 PM | Show all posts

Balas #17 WonBin\ catat

jika kau sudah tahu akan hakikat ini, kenapa kau membuka thread ini dan bertanya soalan sebegitu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 1-2-2009 03:12 PM
jika kau sudah tahu akan hakikat ini, kenapa kau membuka thread ini dan bertanya soalan sebegitu?


wonbin nih sape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 1-2-2009 02:30 PM
KAMU INI SEMUA TIDAK IKHLAS DENGAN TUHAN......

Kamu terlalu tamak dengan pahala .... (agar lebih ramai Bidadari di syurga boleh kamu tala )

Kamu semua mengharapkan balasan..........

K ...


nampak gaya engkau macam tahu...then you should have known better that there are 4 types of iman.kita semua ni tahap iman orang awam.

bersatu dengan tuhan-rejoice with god.fahaman hinduism.then, bersatulah dgn tuhan engkau iaitu laknatullah bukan Allah.


christianity/judaism percaya heaven and hell.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.407583 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list