CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK Bukit Selambau: TERKINI ; PKR MENANG!!!

[Copy link]
Post time 17-2-2009 01:09 PM | Show all posts
aku slalu sgt jengah bkt selambau ni kalau aku balik kampung... aku tgk melayu mmg ramai kat situ compare tu kaum lain....
tp haku lupa plak nak jengah2 estet sbb byk gak estet kat kaw. bkt selambau ni...

[ Last edited by  harimau76 at 17-2-2009 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 01:15 PM | Show all posts

Reply #10 harimau76's post

ko tak nampak diaorg itu sebab la
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 02:18 PM | Show all posts
amanah putrihanglipo....geli tangok aku dgr....amanah konon....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 05:24 PM | Show all posts
PASrah je la.....

parti hamPAS x de calon...

prrrffftttthhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by airfilterbersih at 17-2-2009 05:24 PM
PASrah je la.....

parti hamPAS x de calon...

prrrffftttthhhhh



pstt...dgr2 pas nk tanding kt bukit lanjan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 07:01 PM | Show all posts
Whoever chosen will be problem-free, says Azizan

ALOR SETAR: Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak has asked Pakatan Rakyat component parties in the state to accept whoever is picked to contest for the Bukit Selambau state seat.

He said that although the DAP and PKR have submitted names, the final decision would be left to the party leaders.

揚AS is out of the picture because we are not fielding anyone. We know that DAP wants to put up its candidate and PKR also wants to have its candidate but in the end we hope that only one candidate will be named to represent Pakatan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2009 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by ryosakazaki at 17-2-2009 06:37 PM


pstt...dgr2 pas nk tanding kt bukit lanjan


pssstttt...

bole caye ke ngan party munafik???

(berbisik....)
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 02:23 AM | Show all posts
Originally posted by airfilterbersih at 18-2-2009 01:03 AM


pssstttt...

bole caye ke ngan party munafik???

(berbisik....)


PAKAI SORBAN TINGGI TAKKAN MUNAFIK KOT

(isk..terkuat plak cakap)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 17-2-2009 11:23 AM
kalau UMNO nak letak juga, letak ler

kalau Melayu setakat 50% selalunya akan letak samaada calon India atau Cina

lain bg UMNO, 70% kawasan Melayu pon letak org Cina mcm kat GERIK


tulah namanya politik mufakat...terbukti orang melayu baik dan bertolak ansur....coba kalu kawasan majoriti cina macam Parlemen Tanjung, Jelutong, Bukit Gelugor kat Penang letak calon melayu..mao cina undi ka???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 08:38 AM | Show all posts

Reply #15 amazed's post

wuhh dashat!! letak monyet leh menang???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 12:11 PM | Show all posts
Problem free. Problem boleh dicipta oleh UMNO, dan boleh dipadam oleh UMNO. Setakat timbalan perdana menteri pun tersungkur dalam penjara sg. buloh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by gede-bab at 18-2-2009 08:36 AM

tulah namanya politik mufakat...terbukti orang melayu baik dan bertolak ansur....coba kalu kawasan majoriti cina macam Parlemen Tanjung, Jelutong, Bukit Gelugor kat Penang letak calon melayu..mao cina undi ka???


perghhhh, kalau BN dikatakan bertolak ansur

P52 BAYAN BARU - Melayu 40% jer - PKR menang lawan MCA

P111 KOTA RAJA - Melayu 50% - PAS menang dengan majoriti 20 000 lawan MIC
majoriti terbesar tu di Selangor

tak nak komen ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 01:55 PM | Show all posts
Sabtu Februari 21, 2009
Jangan kempen bermati-matian sampai tidak tegur - Rafidah

Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mahu anggota pergerakan itu memberikan lebih tumpuan kepada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah pada 7 April berbanding pemilihan parti Mac ini.

Katanya pada ketika ini beliau lebih bimbangkan mengenai Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilihat semakin hilang sokongan rakyat.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah bagaimana untuk mendapatkan semula sokongan akar umbi dan menyakinkan golongan muda bahawa BN merupakan parti yang dapat menjamin masa depan negara.

"Bagi saya, itu (pilihan raya kecil) adalah keutamaan, dan saya dah "lupakan sementara" fikiran saya mengenai pertandingan pada pemilihan parti dan fokus kepada pertandingan dua pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota exco Wanita Umno yang berlangsung kira-kira dua jam semalam.

Katanya apa yang lebih membimbangkan beliau ialah perkembangan politik negara ketika ini.

Rafidah berkata mesyuarat hari ini diadakan khas bagi membincangkan persediaan menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil itu secara terperinci.

"Kita yakin dengan kerjasama dari Wanita BN, dan parti-parti komponennya, kita boleh mengambil alih atau mengambil balik Bukit Gantang dan Bukit Selambau," kata beliau.




harap pidah pun sundrik mau ingat ler  pasal   ketua wanita tu  ekkkkkkkkkk   

Katanya Wanita Umno akan memberikan sokongan penuh kepada siapa juga calon yang dipilih pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Mengenai pemilihan parti, Rafidah menasihatkan anggota pergerakan itu yang berkempen supaya "tidak bermati-matian" sehingga ke peringkat "tidak bertegur sapa".

Rafidah, yang akan ditentang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti dari 24 hingga 28 Mac ini, berkata beliau tidak berasa bimbang kerana proses pemilihan diadakan setiap tiga tahun.

Beliau juga berkata adalah tidak adil untuk mengaitkan pemimpin tertentu dengan calon tertentu pada pemilihan parti nanti.

Mengenai kemelut politik di Perak, Rafidah berkata Wanita Umno mengutuk tindakan pemimpin pembangkang yang diketuai bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang biadap terhadap Sultan Perak dan melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Wanita Umno juga, katanya, memandang berat perbuatan Speaker DUN Perak V.Sivakumar yang menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 03:08 PM | Show all posts
Ahli perniagaan Perak tanding bebas pilihan raya Bukit Selambau





IPOH: Seorang ahli perniagaan, Datuk Thasleem Mohd Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Thasleem, 59, yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), berkata, hasrat beliau untuk bertanding dibuat selepas mendapat desakan dan permintaan daripada ramai pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya mendapat banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan dan penduduk Bukit Selambau, Sungai Petani dan Alor Setar supaya bertanding berdasarkan komitmen saya kepada masyarakat selama ini...selepas memikirkan semasak-masaknya permintaan ini dan tanggungjawab yang perlu digalas itu, saya bersedia untuk bertanding," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Thasleem yang juga pernah menganggotai MIC dari 1975 hingga 2007 dan menjadi Penasihat Kimma selama dua tahun dari 2007 adalah ahli perniagaan yang berasal dari sini.

Thasleem berkata, beliau juga adalah Presiden Masjid India Muslim Ipoh, penasihat kepada Jamaah Malabar di Johor, penasihat Persatuan India Muslim Kelantan dan lebih 17 pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Beliau berkata, keputusannya menawarkan diri sebagai wakil rakyat adalah kerana mahu memperjuangkan kebajikan rakyat terutama golongan India Muslim yang masih tidak mendapat perhatian sewajarnya.

"Saya yakin dapat meraih sokongan pengundi kawasan itu kerana saya akan menumpukan kepada usaha-usaha memastikan kebajikan masyarakat membabitkan semua kaum diberikan perhatian," katanya.

Thasleem berkata, sebanyak 120 wakilnya telah bergerak dan membuat tinjauan di kawasan DUN Bukit Selambau sebelum beliau memulakan kempen sebaik penamaan calon pada 29 Mac.

Dengan pengumuman Thasleem, seramai tiga calon bebas bakal bertanding selepas ahli perniagaan, R Loganathan, 43, dan bekas Ketua Wanita Parti Progresif Rakyat (PPP) Kedah, G Saralah, 33, membuat pengumuman serupa sebelum ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 8 Feb lalu.

Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S Krishnan dengan majoriti 2,362 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Pengundian bagi pilihan raya kecil berkenaan akan berlangsung pada 7 April, jika ada pertandingan.

Ia diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak. - Bernama




agak2 ada ler pertandingan  3-4-5 pepenjuru nih!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 03:58 PM | Show all posts
Wanita Umno yakin menang Bukit Selambau: Rafidah




ALOR SETAR: Pergerakan Wanita Umno yakin pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, sama ada daripada Umno atau MIC, tidak akan menjadi masalah kepada usaha BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata, Wanita Umno akan patuh kepada pucuk pimpinan dan menyokong calon yang dipilih mewakili BN.

Katanya, Wanita Umno yakin rakyat khususnya pengundi di Bukit Selambau dapat menilai mana lebih baik antara BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

" Pergolakan politik di Perak mungkin memberi kesan terhadap pilihan raya kecil ini tetapi saya yakin rakyat mampu membuat keputusan tepat," katanya selepas majlis ramah mesra dan perjumpaan calon-calon Exco Pergerakan itu dengan perwakilan dari Kedah dan Perlis, hari ini.

Hampir semua calon yang bertanding jawatan dalam pergerakan itu pada Perhimpunan Agung Umno Mac depan termasuk Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang akan mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita, hadir pada majlis itu di Bangunan Tunku, di sini.

Rafidah berkata, Wanita Umno akan mengadakan perjumpaan dengan Wanita Umno Negeri serta Wanita bahagian Merbok dan semua cawangannya bagi membincangkan pengagihan kerja hari ini.

Katanya, perbincangan dengan Wanita MIC dan MCA akan diadakan berasingan kerana separuh pengundi Bukit Selambau adalah bukan Melayu dan sebahagiannya tidak tinggal di Bukit Selambau.

"Kita tetap berusaha walaupun pengundi yang menentukan keputusannya tetapi kita akan mengenalpasti masalah dan di mana mereka berada supaya setiap isu itu ditangani sebaik mungkin untuk memuaskan hati mereka," katanya.

Beliau berkata, Wanita Umno juga akan bekerja keras dan memberi fokus yang sama untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Pilihan raya kecil Bukit Selambau di Kedah dan Bukit Gantang di Perak akan diadakan serentak pada 7 April.

Penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac depan. - Bernama



aku tak sabaq lak nak baca  komen kak pidah  bila BN kalah nanti....  LMFAO  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by airfilterbersih at 17-2-2009 05:24 PM
PASrah je la.....

parti hamPAS x de calon...

prrrffftttthhhhh




umno ada calon kerrrrrrrrrrr. tunggguuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2009 07:47 PM | Show all posts
Seorang lagi calon Bebas mahu tanding DUN Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Seorang ahli perniagaan, T Chandrarajan, 40, dari Bandar Laguna Merbok, di sini, menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, 7 April ini.

Ia menjadikan enam individu setakat ini yang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam, pada 9 Februari lalu.

Chandrarajan yang terbabit dalam perniagaan insurans berkata, kesediaannya bertanding atas tiket bebas kerana berpendapat dia mampu memberi khidmat kepada masyarakat di Bukit Selambau.

"Saya menerima banyak permintaan daripada penduduk pelbagai keturunan di Bukit Selambau yang meminta saya bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Walaupun tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik, saya yakin masih mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala 7 April untuk membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

Sebelum ini, lima individu, iaitu ahli perniagaan, M Khanapathy, 49; Pengurus Pemasaran, L Sarala, 33; pelakon drama sambilan Tamil, RPS Kalaimani, 52; kontraktor, R Loganthan, 43, dan ahli perniagaan yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, 59, turut menawarkan diri bertanding sebagai calon bebas pilihan raya kecil itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:29 PM | Show all posts
Bkt Selambau: 8 calon India tawar diri wakili PKR
http://www.malaysiakini.com/news/99283

Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 3:00pm
Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.

Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).

Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.

Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.

Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.

Pilihan pucuk pimpinan

Dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.

Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.

Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti.

Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir pemilihan calon yang bertanding akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.


N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai) lebih baik berada di PARLIMEN drpd di DUN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2009 05:17 PM | Show all posts
Umno sokong pilihan BN untuk Bukit Selambau

KUALA LUMPUR: Umno Kedah berikrar memastikan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tanpa mengira siapa calon yang terpilih, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, UmnoK edah, khususnya Bahagian Merbok, di mana terletaknya Bukit Selambau, sudah memberikan jaminan itu dan komited dalam memastikan kemenangan calon BN.

Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya, V Arumugam. dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.

Hari penamaan calonbagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 29 Mac manakala pengundian pada 7 April.

Kerusi itu secara tradisinya diperuntukkan kepada MIC untuk bertanding atastiket BN tetapi sejak beberapa minggu lalu, beberapa pemimpin Umno setempat memberikan pandangan yang kerusi itu patut ditandingi oleh Umno.

"Soalan siapakah calonnya tidak timbul. Calon itu boleh daripada mana-mana parti komponen BN dan Umno akan menerima keputusan pucuk pimpinan BN. Memilih calon adalah hak pucuk pimpinan BN," katanya selepas mesyuarat pengurusan Umno dengan badan perhubungan Umno Kedah di sini, pagi tadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 08:12 AM | Show all posts
Calon UMNO pilihan terbaik Bukit Selambau


ALOR SETAR 7 Mac - UMNO Bahagian Merbok tetap berpendirian bahawa calon UMNO adalah yang terbaik untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, 7 April ini.

Ketuanya, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, maklum balas para pengundi di situ pada masa ini menunjukkan calon UMNO paling sesuai membawa cabaran BN di kerusi berkenaan.

"Maklumat-maklumat terkini yang kami kumpul mendapati kalangan akar umbi termasuk pengundi Cina dan India berpendapat calon UMNO yang terbaik mewakili mereka.

"endirian UMNO bahagian juga dibuat berpandukan kepada perkembangan politik semasa di dalam negara termasuk politik dalam MIC sendiri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Kerusi DUN Bukit Selambau dikosongkan oleh penyandangnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan pada 9 Februari lalu.

DUN Bukit Selambau merupakan bekas kubu kuat UMNO dengan menyaksikan bekas wakil rakyatnya, Datuk Badri Yunus mengekalkan kedudukannya sejak 1986 sebelum diserahkan kepada calon MIC, Datuk V. Saravanan pada 1995.

Berdasarkan komposisi kaum, bangsa Melayu merupakan penduduk majoriti di kawasan itu iaitu 51 peratus, diikuti India (27 peratus) dan selebihnya adalah kaum Cina serta masyarakat Siam.

Tajul Urus bagaimanapun berharap MIC tidak tersalah anggap pendirian UMNO bahagiannya kerana mereka bersedia menerima apa juga keputusan pucuk kepimpinan BN mengenai calon di situ.

Katanya, jika BN mahu menyerahkan kerusi DUN Bukit Selambau kepada calon UMNO, ia mesti dibuat atas persetujuan semua pihak termasuk MIC dengan menyerahkannya secara sukarela.

Tegasnya, UMNO Bahagian Merbok memberi jaminan akan menyokong mana-mana calon daripada parti komponen BN yang akan bertanding di Bukit Selambau.





mimpi ajer worang BN nak menang....   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.099011 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list