|
PRK Bukit Selambau: TERKINI ; PKR MENANG!!!
[Copy link]
|
|
Balas #21 katowjo\ catat
mende2 yg fitnah tu la yg dijaja2 tak abis2....
takde bukti pun dakwaan incik/cik kato tu yerrrr.... kes anwar n mat sabu.....
bkn saja geng2 muda, makcik pakcik kt kampung tu pun tak caya mende2 nipu niiii....... incik/cik kato jek yg pecaya bulat2....... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu..bukankah mat sabun orang ke-2 lepas karpal singh yg kata anwar ni peliwat dan main bini orang dulu??
hehehhe....tu tak fitnah lak hanglipo????
patutla sekarang semua dah jadi PAKATAN RANJANG...baik untuk bissnes harakah yg kuat iklan seks tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam akan menerajui Malaysia.....
Bersabarlah wahai perjuang Islam.... |
|
|
|
|
|
|
|
DUN BUKIT Selambau Kedah
SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita PPP Kedah, G. Sarala menawarkan diri untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Beliau mengumumkan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon bebas beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian yang akan diadakan pada 29 Mac dan 7 April depan.
"Saya memutuskan untuk menerima cabaran selepas menerima panggilan daripada pengundi tempatan.
"Saya orang tempatan di sini (Bukit Selambau). Saya pasti saya boleh mendapatkan sokongan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Sarala keluar daripada PPP beberapa hari lalu.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau optimistik bahawa sokongan pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum yang lalu sudah dikenal pasti.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Bukit Selambau mempunyai seramai 35,140 orang pengundi berdaftar dengan pecahan peratusan kaum Melayu (50.2 peratus), India (29 peratus) dan Cina (19 peratus).
++++ Bekas Ketua Wanita PPP umum tanding DUN Bukit Selambau
sumber : mstar.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu Februari 14, 2009
Pilihan raya kecil dipastikan selamat - Syed Hamid
JOHOR BAHARU: Pasukan polis akan membuat persiapan rapi bagi memastikan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang bakal diadakan serentak pada 7 April ini adalah selamat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Katanya kedua-dua pilihan raya kecil itu masing-masing di Perak dan Kedah dijangka memerlukan tenaga pasukan polis yang ramai.
Hari penamaan calon bagi kedua-dua kawasan ialah pada 29 Mac.
Beliau menyeru semua pihak agar mematuhi undang-undang sepanjang tempoh proses pilihan raya agar ketenteraman awam dapat dijaga dengan baik.
"Kita gunakan sistem demokrasi, jangan mengambil tindakan yang luar dari batasan undangundang. Ikutlah peraturan, ikutlah arahan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), peraturan pilihan raya dan nasihat bagi membolehkan pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan tertutup antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno dengan ketuaketua Umno Johor, dekat sini hari ini. BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tetapkan tarikh Pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan pandangan sedemikian ketika dihubungi mStar Online.
"Kita tidak nampak mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya kecil ini. Ini kes langsung...ada kekosongan, SPR harus adakan pilihan raya (awal)," kata Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.
Tambah Nasaruddin, Umno memerlukan masa yang banyak kerana berhadapan dengan masalah dalaman termasuk soal pemilihan.
"Ini babitkan dua isu iaitu pilihan raya Umno dan pilihan raya parti. Kita lihat pilihan raya rakyat, Umno lihat pemilihan Umno," katanya.
Mengenai pemilihan calon, pihaknya belum lagi memutuskan soal itu.
SPR hari ini mengumumkan tarikh pilihan raya kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang kosong awal minggu ini akan diadakan secara serentak 7 April ini, manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 29 Mac.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.
Bagaimanapun, pemilihan tarikh tersebut dilihat sesetengah pihak dipengaruhi oleh BN dan Umno memandangkan Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada 26 hingga 28 Mac ini.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menafikan perkara tersebut.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan SPR mengadakan dua pilihan raya kecil itu serentak dalam masa dua bulan lagi mempunyai kaitan dengan penyerahan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.
Beliau berkata, tarikh 7 April depan dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung Umno 26 Mac ini.
"Sebenarnya, ia mahu diadakan (selepas hampir dua bulan) kerana mahu memberi peluang kepada (Datuk Seri) Najib menjadi Presiden (Umno) dan pada masa yang sama, perhimpunan agung (umno) dapat 'diselamatkan'," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Dr Syed Husin berkata, jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.
"Tidak ada banyak beza jika BN kalah (dalam dua pilihan raya itu) semasa Abdullah masih menjadi Perdana Menteri tetapi sokongan kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi goyah.
"Bagi mereka yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri, mereka akan membantah dengan lebih kuat lagi," katanya.
Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah kedua-dua kerusi tersebut dibiarkan kosong selama hampir dua bulan kerana ia akan memberi peluang kepada Pakatan untuk lebih bersedia.
"Kita akan lebih fokus dan membuat kerja pada setiap masa sedangkan Umno perlu menghadapi banyak perkara," katanya.
Berhubung calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, Dr Syed Husin berkata, kemungkinan besar calon bagi Parlimen Bukit Gantang adalah daripada PAS dan DUN Bukit Selambau adalah daripada PKR memandangkan kerusi tersebut masing-masing telah diperuntukan untuk kedua-dua parti itu.
"Bagi PKR, kita telah menerima banyak permohonan dan cadangan nama untuk calon Bukit Selambau.
"Kita akan menyenarai pendek senarai calon itu dan nama calon yang dipilih akan diumumkan menjelang tarikh penamaan calon pada 29 Mac," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau org Bukit Selambau nak EXCO kat tempat diaorg pilihlah Pakatan Rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
bkt selambau....hmmmm...aku merinduimu..al fatihah buat arwah wan...
datuk aku tu masa dia masih hidup, slalu meingatkan kami cucu-cicit dia yg dia bersyukur dgn kerajaan skrg sbb anak cucu dia sumernya hidup senang...dia pernah citer kat haku yg hamPAS pernah masuk kampung dia utk promote dan depa siap kata yg kalau undi PAS bleh masuk sorga...haku masa tu masih belajar kat u lg...trus aku reject hamPAS tu s'pai skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 harimau76's post
sokonglah UMNO, diaorg promote Islam Hadhari, tak tahu ler masuk syurga ker neraka |
|
|
|
|
|
|
|
PRK Bukit Selambau: update; sorang lagi calon bebas nak tanding!!
February 16, 2009 16:59 PM
PAS Tidak Akan Bertanding Di Bukit Selambau
ALOR SETAR, 16 Feb (Bernama) -- Pas Kedah mengesahkan tidak akan meletak calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Selambau April ini tetapi lebih suka jika pertandingan itu hanya membabitkan parti dalam pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkannya berkata parti-parti dalam pakatan itu telah bersepakat untuk menyerahkan kepada pucuk pimpinan masing-masing bagi menentukan calon yang paling layak dan dari parti mana untuk bertanding.
" Pertandingan antara BN dan pakatan pembangkang akan lebih sengit dan tidak seronok jika ia menjadi pertandingan tiga atau empat penjuru," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi pengerusi DAP Kedah, Thomas Su Keong Siong dan setiausaha parti itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, Isnin.
Dalam perkembangan terkini, beberapa calon bebas dilaporkan berminat bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Kerusi Bukit Selambau kosong selepas V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) melepaskan jawatan pada 8 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac untuk penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 7 April.
Apa yang pasti, katanya, pakatan pembangkang akan meletak seorang calon sahaja, sama ada dari DAP atau PKR.
Katanya pakatan pembangkang pernah melalui pengalaman apabila DAP dan PKR masing-masing hendak meletakkan calon di DUN Lunas pada pilihan raya umum tahun lepas tetapi kerana muafakat, kerusi itu diberikan kepada PKR.
Beliau berkata Pas, DAP dan PKR turut mencapai persefahaman iaitu hanya calon yang berkebolehan, popular dan komited terhadap jawatannya sahaja akan dipilih bertanding.
Thomas Su pula menafikan partinya menetapkan pendirian supaya DAP diberi peluang bertanding di Bukit Selambau.
"Apa yang saya maksudkan ialah DAP tidak kisah sama ada calon kami dipilih atau tidak. Yang penting kami telah mencapai persefahaman dan akan saling membantu dalam pilihan raya itu kelak," katanya.
Beliau yang juga anggota DUN kawasan Pasir Pinji, Perak berkata pihaknya telah mengemukakan tiga nama kepada DAP pusat dua minggu lepas untuk dipilih pada mesyuarat dengan pucuk pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang.
-- BERNAMA
ya lorrrrrrrrr tu tempat ramai indian; bagi ler calon india kat sana... DAP ker.. PKR ker.... pas tarak perlu kat sana.. tapi bagi sokongan pada PR.... ajer ...sapa2 kat sana pun.......gerenti kalahkan calon yg lain!!! :victory:
[ Last edited by amazed at 28-2-2009 07:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 pun yg bertanding lam tiket PR, ok jer... yg penting dptkan calon yg tak leh dijadikan isu oleh pihak lawan.... dan yg buleh jlnkan amanah parti dan rakan lam pakatan......
caiyok PR....... |
|
|
|
|
|
|
|
PKR akan menang mudah disini dan juga di Bkt Gantang tapi BN tetap unggul .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 16-2-2009 11:17 PM
February 16, 2009 16:59 PM
PAS Tidak Akan Bertanding Di Bukit Selambau
ALOR SETAR, 16 Feb (Bernama) -- Pas Kedah mengesahkan tidak akan meletak calonnya bertanding pada pilihan ra ...
sapa kata ramai india?...orang melayu merangkumi lebih 50% ....orang india cuma 29% aja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 gede-bab's post
kalau UMNO nak letak juga, letak ler
kalau Melayu setakat 50% selalunya akan letak samaada calon India atau Cina
lain bg UMNO, 70% kawasan Melayu pon letak org Cina mcm kat GERIK |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 DTECCONAN's post
ko bukan tak tau konan.... depa nak bela ketuanan melayu.... 90% worang india kat kawasan mana2 pung.... masih nak letak melayu lagi wokeyyyyyy LMFAO |
|
|
|
|
|
|
| |
|