CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: doden

kedudukan golongan para artis di dalam Islam

[Copy link]
Post time 14-2-2009 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 14-2-2009 09:50 PM
mmbawa maksud perbuatan dia ler... adeh..

Cakap betul-betul la. Jangan lak macam orang mabuk malam-malam minggu ni...

Perbuatan dia atau orang yang buat benda tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 10:21 PM | Show all posts

Reply #41 juwaini's post

perbuatan dgn buat xsama ker...:@ :@ :@


~ mabuk amende lak ..   In tak mamam tapai tau...:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 14-2-2009 10:21 PM
perbuatan dgn buat xsama ker...:@ :@ :@


~ mabuk amende lak ..   In tak mamam tapai tau...:@


Ish, abaikan je la.. Susah cakap dengan orang mabuk tapai ni... :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:34 PM | Show all posts

Reply #43 juwaini's post

memang nak kena... :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 14-2-2009 10:34 PM
memang nak kena... :@ :@ :@ :@ :@


Dia yang bercakap pelik-pelik, nak marah orang plak... :kant: :geram: :kant: :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:53 PM | Show all posts

ape la

owang mintak pendapat .. nih kowang g gaduh sesama kowang lak.. kalau nak gaduh p r bukak benang baru n gaduh puas2 kat sana keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2009 10:58 PM | Show all posts

ikut pandangan haku ler

kalau artis nih..

kalau rambut da dedah2.. men peluk2 bukan muhrin sesama artis ( biar pun dowang berlakon anak ngan mak ke bapak ngan anak ke.. still bukan muhrim k )

tu belum cite yang macuk pub g clubbing.. yela dowang cakap " i semayang 5 waktu xtinggal, i tolong anak yatim" tapi adakah amal dowang diterima?? ni kite xyah bincang, kang sia2 je wat dosa kering xpasal2 depa dapat pahala preee..

tuk guru haku kata, kalau kite beramal, walaupun ianya tersembunyi.. tingkah laku kite n perbuatan kite akan mencerminkan amalan kite samada diterima atau tak..

kalau semayang tapi pastu perangai cam hantu, terkinja sana sini ..hmmm leh nilai sendirik la ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 11:02 PM | Show all posts

sambungan

ape2 hal pun tuk guru haku pesan gak.

" wahai anak ku, sebelum menilai owang,nilai diri kamu sendiri....
sebelum kamu menegur owang, tegurlah dirimu dahulu adakah kamu sendiri dapat menerima teguran....
dan sebelum kamu menjatuhkan hukuman, ingatlah siapa dirimu, adakah layak kamu menjatuhkan hukuman...
ingatlah, perbaiki diri kamu jika kamu owang len memperbaiki diri mereka"


sedih seh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by ajim_encem at 14-2-2009 10:53 PM
owang mintak pendapat .. nih kowang g gaduh sesama kowang lak.. kalau nak gaduh p r bukak benang baru n gaduh puas2 kat sana keh


Takpe... Gaduh untuk ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by ajim_encem at 14-2-2009 11:02 PM
ape2 hal pun tuk guru haku pesan gak.

" wahai anak ku, sebelum menilai owang,nilai diri kamu sendiri....
sebelum kamu menegur owang, tegurlah dirimu dahulu adakah kamu sendiri dapat menerima ...


Nabi Isa pun ada kata, "biarlah orang yang paling tidak berdosa antara kamu yang merejam/baling batu dulu"...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 02:42 PM | Show all posts
Hadis-hadis nabi Muhammad berkaitan dengan hal ini(tanda-tanda kecil kiamat)


1.Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku beberapa kelompok manusia yang akan menghalalkan zina, sutera, arak(khamar) dan muzik-muzik.-Hadis Bukhari dalam kitab sahihnya dan dalam Ash Sahihah Al Albani, no 91
(sungguh menyedihkan semua ini telah berlaku, membenarkan apa yang di ramalkan Nabi Muhammad, malah sungguh menitiskan air mata, apabila ada orang ahli agama tu mengatakan jadi pelacur tu boleh di atas prinsip 'boleh','semuanya boleh kalau buat hukum ikut kepala sendiri', memperkenalkan prinsip baru,'matlamat menghalalkan semua cara'

2.Pengambilan para penyanyi wanita ( biduanita)

3.Munculnya wanita-wanita yang tidak berpakaian, iaitu; wanita-wanita yang menutup sebahagian dari tubuhnya dan membuka sebahagian yang lain, atau mereka yang memakai pakaian-pakaian yang sempit dan tipis, dengan demikian mereka belum beerti menutup aurat.

4.Apabila harta rampasan perang(milik umum) dikuasai oleh segelintir orang, amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada ibu bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin satu kaum(bangsa) adalah orang fasik di antara mereka , seorang lelaki di hormati di sebabkan kerana orang takut akan sifat jahatnya, arak(khamar) biasa di minum, sutera biasa dipakai(oleh orang lelaki), munculnya para penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat yang terkahir ini melaknat umat yang terdahulu, maka ketika itu hendaklah merkea menunggu kedatangan angin merah dan pembalikan bumi atau keburukan  bentuk-betuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti kawat yang terputus maka jatuhlah bijiannya secara beriringan.-Hadis riwayat Tarmizi dan Ali dan Abu Hurairah dan ia berkata ini adalah hadis Gharib.

5."Akan muncul di akhir zaman umatku orang-orang yang berkenderaan duduk di atas beberapa pelana yang berbentuk seperti kenderaan perjalana, mereka berhenti dengan kenderaan tersebut di depan masjid, wanita-wanita mereka berpakaian tetapi mereka adalah telanjang-di riwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Al-Muztadrak

6.Fifnah(godaan dan kemaksiatan) telah memasuki setiap rumah orang Arab dan juga selain mereka seperti televisyen dan nyanyian-nyanyian yang memasuki setiap rumah

7."Aku menghitung enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat, iaitu:kematianku, kemudian penakluakan Baitul Maqdis, kemudian kematian massa seperti penyakit Qu'as kambing, kemudian melimpahnya wang(harta) sehingga apabila seorang diberi gaji sertaus dinar maka ia tetap tidak puas(cukup), kemudian munculnya fitnah (godaan dan kemaksiatan) yang memasuki setiap rumah-rumah orang Arab, kemudian adanya gencatan senjata(pendamaian antara kamu dengan bani Asfar(Eropah dan Amerika), kemudian mereka mengkhianati kamu, mereka akan menyerangmu di bawah 80 bendera dan di bawah tiap-tiap bendera itu terdapat dua belas ribu orang tentera"-hadis riwayat Bukhari dalam kitab sahihnya dari Auf bin Malik.Diriwayatkan oleh Ahmad dan tabrani dari Muaz Dan Di dalam As-Albani nombor 188.

[ Last edited by  doden at 15-2-2009 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by ajim_encem at 14-2-2009 11:02 PM
ape2 hal pun tuk guru haku pesan gak.

" wahai anak ku, sebelum menilai owang,nilai diri kamu sendiri....
sebelum kamu menegur owang, tegurlah dirimu dahulu adakah kamu sendiri dapat menerima ...



Ntahlah!..betul gak pesanan nih..nak menilai orang lain, kena nilai diri kita dahulu..

Sebenarnya banyak gak karya2 seni dorang seperti lagu ataupun filem cereka atau drama mempunyai unsur2 dakwah dan nasihat. Contoh seperti karya2 Rashid Sibir seperti Quran Buruk, Tanah Kubur dan banyak lagi mempunyai banyak unsur2 dakwah yang patut kita renungi dan ambik iktibar. Kalau drama, aku memang suka tengok karya beliau sebab banyak menginsafkan diri aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by ajim_encem at 14-2-2009 11:02 PM
ape2 hal pun tuk guru haku pesan gak.

" wahai anak ku, sebelum menilai owang,nilai diri kamu sendiri....
sebelum kamu menegur owang, tegurlah dirimu dahulu adakah kamu sendiri dapat menerima ...

apa yang di katakan oleh ajim encem tu benar, memang benar.Banyak lagi istilah istilah atau mutiara kata yang boleh di ambil dalam hal ini.
Tetapi kena ingat lah satu perkara, benda ini bukannya umum.Kiranya ada ketikanya kita kena menegur orang juga, jika tidak tegur, adakah kita sanggup melihat perkara yang keji, zina, maksiat di depan mata kita?Tengok surat khabar kosmo baru-baru ini; pasangan ntah buat apa benda ntah depan masjid putrajaya, masjid klcc sempena hari Valentine day.Yang menyedihkan pula tu, yang memakai tudung pun sama-sama telentang.Dahlah buat benda yang tak senonoh depan orang ramai tu dah satu zina, ini buat pula di hadapan rumah Allah.Jadi, jika semua orang memegang prinsip di atas, ibarat akan berterusanlah orang-orang sebegini.Akan bertambah banyaklah anak-anak bunian lahir...Ini terjadi kerana sikap orang Islam khususnya di Kuala Lumpur yang mementingkan diri, terlalu terpengaruh dengan istilah "jangan jaga kain orang","manusia tidak layak menghukum, hanya Allah boleh menghukum","biarlah, itu urusan dia dengan tuhannya"..

Wahai saudaraku, ingatlah satu peristiwa ketika Malaikat menjatuhkan bala bencana ke atas suatu negeri suatu masa dahulu, berkata lah salah seorang malaikat ini, "haruskah kita menjatuhkan bala bencana ke atas begeri itu?", tanya malaikat tersebut.Jawapan malaikat satu lagi,"ya".
Bertanya kembali malaikat yang lagi satu tu,"walau ada orang yang beriman dan beramal soleh di dalamnya", jawab malaikat lagi satu tu,"Ya, apabila dah terlalu banyak sangat maksiat yang bermaharajalela ataupun orang islam yang beramal soleh tu tak nak pergi berpesan kepada kebenaran"

Lihatlah disini, bila bencana Allah itu sampai ke atas satu penduduk, dah tidak kira ada yang beramal soleh atau tidak, jika kebenaran tidak mahu lagi di sampaikan.Jika kemaksiatan terus bermaharajalela, dosa pahala dah tak tahu lagi yang mana satu.Bencana Allah itu memanglah di di jawab oleh sains bagaimana ia berlaku tetapi ingatlah Allah itu Maha Berkuasa tiap-tiap sesuatu.Janganlah kita terlalu pentingkan diri dan salah faham kepada konsep Jaga Kain di dalam Islam....

[ Last edited by  doden at 16-2-2009 10:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 10:17 PM | Show all posts
Ntahlah!..betul gak pesanan nih..nak menilai orang lain, kena nilai diri kita dahulu..

Sebenarnya banyak gak karya2 seni dorang seperti lagu ataupun filemcereka atau drama mempunyai unsur2 dakwah dan nasihat. Contoh sepertikarya2 Rashid Sibir seperti Quran Buruk, Tanah Kubur dan banyak lagimempunyai banyak unsur2 dakwah yang patut kita renungi dan ambikiktibar. Kalau drama, aku memang suka tengok karya beliau sebab banyakmenginsafkan diri aku.


Dalam hal ini, aku tak hendak menyentuh kerana kalau ia bertujuan hendak bagi mengambil iktibar baguslah.Pengajaran dan sesuatu yang menginsifatkan itu bagus.Tetapi apabila Nabi Muhammad menyentuh mengenai nyanyian, hati-hati lah kita semua.Janganlah cepat sangat terpengaruh dengan orang yang tidak mantap ilmu agamanya yang mengatakan semua yang haram menjadi halal, di atas prinsip matlamat menghalalkan apa-apa cara, semua 'boleh', boleh buat hukum ikut kepala sendiri.Malah, baru-baru nie di kejutkan dengan hukum seorang ahli agama tu menghalalkan pekerjaan menjadi pelacur.Mungkin maksud dia lain bila di dalam keadaan darurat atau apa.tetapi adakah dia boleh berfikir semua orang akan faham dengan apa yang dia cakapkan?Malah, sungguh menyedihkan seorang pelacur membawa keratan akhbar "hukum atau fatwa" baru dari ahli agam tersebut.Tapi kalau dalam rancangan itu ada yang seksi-seksi, berkemban,minum arak.Memang lah tiada manusia perfect..Tapi seperti yang di katakan, ambil iktibar, pengajaran...Takut yang tidak boleh berfikir ambil iktibar khususnya anak-anak remaja yang berjiwa memberontak akan meletakkan agama sebagai musuhnya dan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa akan terpengearuh sekiranya tiada bimbingan ibu dan bapa.Manalah mereka nie tahu kan mengenai ambil iktibar atau pengajaran di usia mereka yang tidak matang.Tetapi ialah tiada manusia perfect, nanti di tuduh berfikiran jumud pula, 'sempit'..

Macam ustaz aku dari Universiti Yarmoule, Jordan kelulusan syariah dia memetik hadis nabi mengenai subhah,

maradhu asy-shubhah (maksud: pengakit dilemma/kebimbangan/keraguan) seperti
(1)al-Jahlu (kebodohan dan kejahilan);
(2)al-Irtiyab (keraguan atau tidak menentu);
(3)al-Inhiraf (penyimpangan dan penyelewengan);
dan (4)al-ghaflah (kelalaian atau kealpaan).

apabila sesuatu yang haram bertemu yang halal, maka ia akan menjerumus kepada yang haram.(perbetulkan aku jika salah maksud mengenai subhah)..Macam konsert nasyid atau mendengar tilawah al-Quran.Niatnya bagus, matlamatnya bagus ingin memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran mengenai hukum tajwid,bagaimana ia di laksanakan dengan sempurna dan lain-lain.Tiba-tiba tiada syarat yang mengariskan lelaki dan perempuan duduk berasingan.Lelaki dan perempuan duduk bercampur antara satu sama lain.Kira dah masuk shubhah lah tu.Dah menjerumus kepada yang haram walaupun niatnya hendak mengderngar tilaway al-Quran tetapi caranya tidak di halalkan.Bila benda yang haram di halalkan kembalilah semula kepada kerajaan Antartuk.Ntah apa ntah nama dia..Jadi, huraian aku nie aku rasa kau boleh faham bila di kaitkan dengan statement di atas.

[ Last edited by  doden at 16-2-2009 10:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 03:36 PM | Show all posts
aku tertanya-tanya adakah pendapatan yg didapati daripada hasil menyanyi, menari, berlakon itu halal? sebab artis ni ramai kata mereka sekadar mencari rezeki yg halal...

maksud aku menyanyi yg bukan lagu2 kebaikan dan diiringi muzik dan tarian2 serta bercampur lelaki dan perempuan bkn muhrim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 11-2-2009 12:11 AM


Kalau saya sendiri secara peribadi, mengelak dari menilai orang lain. Sebab kita ni bukan Tuhan untuk menilai kedudukan orang kan?

Tapi sekadar untuk dijadikan panduan dan pengajara ...

ha setujuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2009 05:34 PM | Show all posts
aku tertanya-tanya adakah pendapatan yg didapati daripada hasilmenyanyi, menari, berlakon itu halal? sebab artis ni ramai kata merekasekadar mencari rezeki yg halal...

maksud aku menyanyi yg bukan lagu2 kebaikan dan diiringi muzik dan tarian2 serta bercampur lelaki dan perempuan bkn muhrim.


Itulah yang menjadi permasalahannya, kadang-kadang aku duduk berfikir sendirian aku menangis dengan keadaan begini.Betapa jahilnya sesetengah dari kita memikirkan hal ini.

Kalau nabi dah kata haram, mengapa pula ada sesetengah orang kita boleh menjadikannya halal katanya mengikut keadaan.Di tafsir pula sebenarnya tidak haram tetapi haram dengan keadaan suasana.

Ingatlah, di antara 72 golongan yang akan masuk api neraka nanti adalah salah satunya adalah golongan yang menghalalkan apa yang di haramkan....Berhati-hatilah kita dengan sesetengah pandangan ahli agama yang ingin mengecap popular bila menjawab persoalan orang umum mengenai yang halal dan yang haram.Berhati-hatilah dengan orang-orang begini kerana begitu banyak hadis nabi yang sahih mengenai hal ini.Mereka menghujahkan pula hadis-hadis nabi ntah dari mana sumbernya yang mengatakan Nabi mendukung Aisyah untuk melihat majlis keramaian yang tiada muzik-muzik dan nabi pun nak bertanya.
Orang-orang begini bila dalam hal ini mereka sanggup mengatakan hadis yang tidak sahih menjadi sahih mengikut selera mereka, tetapi apabila tidak kena dengan selera dan hawa nafsu mereka, hadis yang sememangnya sahih yang nyata pun akan di gelar hadis yang tidak sahih berdasarkan menghukum ikut kepala sendiri.Berhati-hatilah dengan orang macam ini.Hadis-hadis nabi menerangkan pengharaman ini begitu banyak sekali sekaligus menepis semua hadis-hadis ntah datang dari mana dan sekadar di buat-buat untuk memenuhi selera mereka dan membuat tafisiran yang mengelirukan.Berhati-hatilah..
.Aku tahu aku bukan perfect 100%.Tetapi timbul kesedaran di hati ini aku tidak akan lagi mendengar seberang bentuk nyanyian yang melalaikan sebelum aku mati nanti.

Bila dah artis itu bercakap, inilah punca rezeki saya.Dari pendapatan inilah saya menyara anak-anak.Dengan memekik terlolong itu di namakan rezeki.Tidak tahukah dia rezeki itu di dalam islam kedudukannya halal kah haramkah...Di tambah lagi majalah mangga yang mengembar-gemburkan artis pergi haji,"Tengok dorang tak ada apa-apa masalah pun masa pergi sana", bertambah lagi keyakinan mereka bahawa sumber mereka itu halal.Halal mengikut hukumkepala sendiri.Perkataan mereka telah cepat masuk ke dalam hati-hati anak melayu kita daripada kata-kata dari golongan ahli agama itu sendiri.Wallahualam.

[ Last edited by  doden at 18-2-2009 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 02:54 AM | Show all posts
Benteng yang keenam, bagaimana memelihara rumah anda dari gangguan syaitan dari wahid Abdul Salam baali

Mensucikan rumah dari suara iblis

Allah berfirman

"Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu"(al-Isra':64)

Mujahid berkata bahawa suara syaitan itu adalah Asy'ari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda

"Sesungguhnya ada sekumpulan orang di dalam umatku menghalakan khamar, mereka menamakannya dengan nama selainnya, memainkan di atas kepala-kepala mereka alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, Allah SWT akan menenggelamkan segela sesuatu yang ada di bumi bersama mereka dan menjadikan sebahagian dari mereka seperti kera dan babi" ( Ibnu majah)

Dan rasullulah SAW bersabda:

"Pasti ada di dalam umatku, golongan orang yang menghalalkan penzinaan, sutera, khamar dan alat-alat muzik"(Bukhari)

ibnu Mas'ud r.a berkata:

"Nyanyian-nyanyian itu menimbulkan kemunafikan dalam hati, seperti air menumbuhkan tanaman".

Yazid bin walid berkata:

"Waspadalah kalian terhadap nyanyian(lagu) kerena sesungguhnya nyaian itu mengurangkan rasa malu, menambah syahwat dan menghancurkan harga diri, sesungguhnya nyanyuan itu penganti khamar dan barangsiapa terpukau olehnya akan berbuat seperti diperbuat oleh orang yang mabuk."

Abu Hanifah berkata bahawa mendengar nyanyian itu merupakan kefasikan.

Malik,ketika ditanya nyanyian, berkata bahawa sesungguhnya itu adalah perbuatan orang-orang fasik.

Syafie berkata bahawa nyanyian itu adalah pemainan yang di benci, dan barang siapa yang memperbanyakkan darinya, maka ia tergolong orang yang bodoh yangditolak persaksiannya.

Ahmad bin Hanbal berkata bhawa nyanyian itu menimbulkan nifaq dalam hati, tidaklah nyanyian itu menarik perhatianku.

Dengan demikian telah jelas bagi kita wahai saudaraku muslim tentang haramnya nyanyian, sesungguhnya ia adalah suara syauitan.Apabila syaitan memanggil di dalam rumah maka berkumpullah tentera-tenteranyta dari segala tempat.Maka tinggalkah mereka di dalam rumah membuat kerosakna dan menjadikan perpecahan dan permusuhan di dalamnya.

Maka, apabila di dalam rumah banyak nyanyian beerti syaitan telah bersarang di dalamnya dan menjadikan rumah itu sebagai tempat tiggal baginya.Maka wajib bagimu wahai saudark muslim untuk mensuikan rumahmu dari nyanyian, siaran radio ataupun rancangan televisyen yang tidak berfaedah selain kedua-duanya itu sama sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 06:47 PM | Show all posts
Artikel dari surat khabar Utusan(surat khabar kerajaan)
Ulama sepakat wajib tutup aurat

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN
SAYAsukacita apabila mendengar, mendapat dan melihat berita-berita ramaiartis pergi menunaikan umrah dan juga haji. Artis-artis menjadi idola,model contoh dan ikutan ramai terutama di kalangan anak-anak muda.

Ramai yang bercerita menghebohkan pemergian mereka.

Yangmenyedihkan ramai di antara artis-artis wanita yang telah pergimenunaikan umrah atau haji masih jahil dari segi peraturan agama, hukumdan larangan agama terutama tentang menutup aurat.

Ramai artiswanita cuma memakai selendang atau tudung sebenarnya tidak menutupaurat apabila rambut di hujung kepada terhulur keluar. Ada juga memakaitudung demikian dan memakai pula baju ketat menampakkan bentuk badan.Bukankah tidak menutup aurat itu satu dosa?

(Yang terkena)

JAWAPAN:
DalamIslam bila kita mengajar orang sesuatu kebaikan selagi mana kebaikanitu dilakukan oleh orang selagi itulah kebajikannya akan mengalirkepada kita. Dan apabila sesuatu keburukan diajar kepada seseorangselagi mana orang itu melakukannya selagi itulah tempias dosanya akandisalurkan kepada si pengajarnya.

Namun akal yang boleh membezakan antara baik dan buruk untuk dijadikan panduan dan sempadan.

Kewajipanseorang muslim menutup aurat bukan perkara (khilaf) yangdiperselisihkan oleh ulama. Bahkan menutup aurat adalah wajib bagisetiap muslim lelaki dan perempuan.

Golongan yang mengingkarikewajipan menutup aurat dihukum kufur kepada perintah Allah SWT yangqatie (secara pasti dan muktamad).

Mengikut jumhur ulama wanita yang akil baligh, aurat berasal daripada bahasa Arab, aurah yang bererti kurang.

Didalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajibditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989),al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupunulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita,namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiapwanita Muslim yang baligh adalah wajib.

Jumhur ulamabersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnyakecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup auratdaripada dilihat oleh lelaki ajnabi.

Di dalam al-Quranterutamanya dalam surah al-Nur, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dankatakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekatpandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memeliharakehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuhmereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupbelahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atauanak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagisaudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudaramereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hambamereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dantidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belummengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah merekamenghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dariperhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahaiorang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31)

Persoalannya kenapa ada di antara artis yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji?

Dalamkeadaan sedar pasti dia jawab kerana menunaikan fardu haji, yangbermaksud wajib. Ibadah ini wajib ditunaikan bagi setiap orang islamyang akil baligh apabila sudah cukup perbelanjaan dan yakin terhadapkeselamatan dan aman perjalanan menunaikan seruan haji ini.

Jikajawapan yang diberikan kerana menyahut seruan kefarduan wajibmenunaikan ibadat haji dan yakin bahawa ia diperintahkan oleh Allah.

Suka saya jelaskan bahawa tuhan yang wajibkan haji itu jugalah yang mewajibkan menutup aurat.

Sayajuga hairan dengan muslim yang sebegini hanya mentaati Allah dalamsebahagian urusan agama dan meninggalkan sebahagian yang lain.

FirmanAllah SWT yang bermaksud: Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percayakepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akansebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuatdemikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup didunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksayang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apayang kamu lakukan. Mereka itulah orang-orang yang membeli(mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkanperintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan)akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada harikiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (al-Baqarah:85-86).

Ayat ini menempelak perangai Bani Israel yang berimandengan sebahagian perintah Allah dan mengingkari sebahagian perintahyang lain di dalam Taurat. Yang demikian itu adalah perangai dan sikapBani Israel terhadap ajaran Allah di dalam Taurat.

Mungkin tiada bezanya antara Bani Israel dan umat Muhammad SAW dari segi mengingkari perintah Allah.

Tidakdinafikan ada di kalangan artis tanah air yang mendapat hidayah Allahlalu menutup aurat. Dan ada juga artis yang zaman mudanya bergelumangdengan dunia hiburan sehingga lupa perintah Allah di kala penghujungusia baru sedar akan tuntutan agama.

Sayangnya, usia muda dihabiskan untuk memperagakan tubuh badan. Di kala tiada siapa berahi mula menutup.

Walaubagaimanapun, itulah hidayah Allah. Ini bukan bermaksud di usia muda tiada hidayah.

Hidayah adalah petunjuk dari Allah SWT akan diperolehi oleh mereka yang mencarinya.


[ Last edited by  doden at 27-2-2009 06:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 09:08 PM | Show all posts
bukan apa tau klau kat malaysia ni golongan yg suka naikkan artis,
gossip psl artis, org Islam lah juga.contohnya cuba baca kat bod gossip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069972 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list