CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 41969|Reply: 41

RMN warship collide with Fishing Vessel....

[Copy link]
Post time 11-2-2009 06:35 AM | Show all posts |Read mode
22 Awak-awak Terselamat Dalam Pelanggaran Bot Di Pulau Berhala

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Seramai 22 awak-awakterselamat dalam pelanggaran antara sebuah kapal Tentera Laut DirajaMalaysia (TLDM) KD Handalan dan sebuah bot pukat jerut tempatan diperairan Pulau Berhala, Johor semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, Kapal Diraja (KD) Handalandi bawah pemerintahan Panglima Wilayah Laut 1 yang berpangkalan diTanjung Gelang, Kuantan itu berlanggar dengan bot pukat jerut KNF7192yang membawa lapan awak-awak tempatan dan 14 awak-awak Thailand.

Pegawai Perhubungan Awam Markas Tentera Laut LT Kdr Masliza Maarisdalam kenyataan di sini hari ini berkata pelanggaran itu berlaku ketikabot nelayan terbabit dalam perjalanan balik ke Kuantan manakala KDHandalan sedang berlayar ke kawasan operasi.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, bot nelayan terbabit bocorlalu tenggelam setengah jam kemudian. Punca kemalangan sedang disiasat.

"Kapal KD Handalan bertindak pantas dan berjaya menyelamatkankesemua 22 awak-awak sebelum mendaratkan mereka di Pangkalan TenteraLaut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan (Markas Wilayah Laut 1).

"Setibanya di pangkalan itu, semua awak-awak terbabit telahmenjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Angkatan TenteraTanjung Gelang selain diberi makan dan minum yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata sebuah bas TLDM turut disediakan bagi membawaawak-awak berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untukmembuat laporan berhubung kemalangan itu sebelum mereka dihantar pulangke tempat tinggal masing-masing di sekitar Kuantan.

Sementara itu di KUANTAN, pemilik bot pukat itu, Alyas Ismail, 49,yang membuat laporan polis berhubung pelanggaran berkenaan hari inimendakwa beliau kerugian RM2 juta apabila botnya seberat 68 tan itutenggelam kira-kira 32 batu nautika di perairan Nenasi, Pekan, malamtadi.

Beliau mendakwa bahawa sedang mereka menangkap ikan di perairanberkenaan sebuah kapal TLDM secara tiba-tiba muncul dalam gelap danmelanggar botnya.

Menurut Alyas mereka yang tercampak ke dalam laut hampir lemasmalah seorang daripada mereka melecur di badan akibat dihempap enjinbot.

"Saya berharap TLDM membayar ganti rugi kerana kejadian iniberpunca daripada kapal mereka," katanya ketika ditemui pemberitaselepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Tekong bot itu, Kamaruddin Ismail, 46, berkata alasan yangdiberikan anak kapal TLDM yang mendakwa bahawa radar kapal itu gagalmengesan bot mereka selain menyangkakan bot terbabit sebagai bot negaraasing tidak boleh diterima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Kamaruddin Kutikmengesahkan menerima laporan polis itu dan telah memaklumkan kesberkenaan kepada IPD Pekan untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 08:35 AM | Show all posts
la pulakk..macam2..bro..sbg navy, apa agaknya yg berlaku? boleyke radar xleh kesan? kalo jauh mungkinla kut.tp kalo dah dekat xkan still xleh detect?

atau radar malfunction?bot pukat memang xpasang lampu ke tym memukat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:17 AM | Show all posts
Besar jugak bot tu...68 tan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:23 AM | Show all posts
Ape masalah handalan nih... dua kali dah

Bot nelayan tuh dua kali lebih besar dari handalan, patutnya handalan yang tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:45 AM | Show all posts
nampaknya handalan tak boleh bertugas dlm gelap era milenium nih........






* saja ja aku langgar nak cepat sikit ganti yg baru........
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:54 AM | Show all posts

Reply #5 jofizo's post

hehehe...

taktik lama tuh....kalau nak ganti yang baru, tenggelamkan je buat tukun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2009 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by StealthTuah at 11-2-2009 08:35
la pulakk..macam2..bro..sbg navy, apa agaknya yg berlaku? boleyke radar xleh kesan? kalo jauh mungkinla kut.tp kalo dah dekat xkan still xleh detect?

atau radar malfunction?bot pukat memang xp ...


Assalamualaikum semuer,

Di antara sebab terjadi nya pelanggaran di laut.

1. lampu navigation tidak di pasang
2. lampu navigation tidak berfungsi
3. radar tidak berfungsi pada ke dua dua kapal
4. anak kapal yg kurang competencc (tidak mahir) di dalam peralatan letronik
5. cuai - tertidur, mabuk
6. sengaja

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:33 AM | Show all posts
7. sengaja nak gatal tangan buat lapuran sebanyak 5 salinan ke C.O.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 10:39 AM | Show all posts

Reply #8 zulupapa's post

sekarang 10 salinan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 11:14 AM | Show all posts
peh bahaya tul handalan ni, kalo kapal seberat 68 tan pun x leh nak detect oleh radar, apatah lagi bot2 kecik.. baru ku tahu nape ramai kebanjiran pendatang di negara kita   Harap navy dapat kuar kan press release lah pas ni utk jelaskan perkara sebenar..

yang ni kapal kelas handalan


[ Last edited by  fadlily at 11-2-2009 11:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:43 PM | Show all posts

Balas #10 fadlily\ catat

nama handalan kena tukar laa........
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:27 PM | Show all posts
speed kills walaupun kat laut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:41 PM | Show all posts

Reply #11 jofizo's post

err..tukar SONDOLAN..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:46 PM | Show all posts
Fellammakkk, Pok Cik tokey kapal konpom dpt gantirugi ... aku rasa lar TUDM settle out of court la. Tp TLDM dh rugi RM 2 juta (atau lbh) ... hah, mana nak cekau bajet oiiii .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:52 PM | Show all posts
Memang handal Handalan nih, selamba je ala2 bot Korea Utara ram Korea Selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by robotech at 11-2-2009 14:46
Fellammakkk, Pok Cik tokey kapal konpom dpt gantirugi ... aku rasa lar TUDM settle out of court la. Tp TLDM dh rugi RM 2 juta (atau lbh) ... hah, mana nak cekau bajet oiiii .....


ppppssssttttttttt..........Pak Cik kapal tu sebetul nya kena CLAIM RM10juta. Yakni kehilangan boat dan juga pendapatan selama 2 tahun. (utk mendapat boat yg baru)   Itu baru berbaloi.......(tu lum lagi claim penangkapan ikan pada malam tersebut serta peralatan spt jala bla bla bla. Jala pung harga libu libu lemon maaaaa)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 03:25 PM | Show all posts

Reply #16 niceghost2005's post

Jala murah; tebar ngan tangan. Pukat yang mahal bang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:34 PM | Show all posts
Handalan tu hanya boleh beroperasi waktu siang dan clear skies je kut macam Nuri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 03:46 PM | Show all posts

Reply #2 StealthTuah's post

Kadar Pengesanan Radar adalah berbeza bg semua jenis radar.....

tidak mustahil untuk tidak mengesan bot nelayan dalam PPI radar.....its all depend on various factors such as inclination of the boat, weather, Radar setting (PW) and the most important factor is the operator....banyak kali jugak aku x detect bot nelayan dalam PPI tapi tup tap tup tap timbul kat depan .....lebih mendebarkan kalau foggy.....

selalunya bot nelayan akan appear as a very small blip on the radar due to the size and erratic movement....bot nelayan ni bukan macam Merchant ship steady on one course for a long time......

tetapi hanya OOW during that watch yang tahu cerita sebenar.....aku pun x tahu the real story behind it....den pun dapat tahu dr course mate den.....

selalunya from my experience....bot nelayan operate dlm kumpulan....dan dari jauh dah boleh nampak lampu deme nih especially yang nak mencandat sotong.......tapi ade jugak yg xde lampu langsung especially bot yg terlalu kecil......x de langsung navigation light.....

bot nelayan mmg selalunya memberi headache kepada OOW in term of manouevering....bila kita kona sini dia pun ikut kona gak....sebab die selalu tukar course and it is very dangerous during night time and especially at narrow waters.....so amik action awal awal pun kadang kadang x effisyen...so kene tunggu agak dekat sampai dua dua nampak masing masing baru cilok cilok......

mungkin jugak sebenaqnya depa dah nampak tapi masa amik action for avoiding collision tuh dua dua pi course yg salah dan belanggaq....i dont know ......  

bot nelayan wajib memasang lampu navigasi dan lampu khas yang menunjukkan deme nih memancing atau memukat....its either hijau putih(memukat) atau merah putih (memancing).....

sekian, untuk makluman

yang tak tahu ape cite sebenaqnya
BRAVOTWOZERO
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #9 tangopapa's post

10 copies??? banyak betul tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.193671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list