CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sofea

ROD/RAILING CURTAINS

[Copy link]
Post time 25-11-2009 04:07 PM | Show all posts
white ade tanya kat kedai kt shah alam...1 kaki 80sen...apa beza dengan yang 2-3 ringgit ni???
whiteroselady Post at 25-11-2009 12:08


RM2 sekaki termasuk railing + roller + supporter,

kalau kedai tu jual 80sen termasuk semua tu sekali memang murah giler la,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 08:40 PM | Show all posts
nak tanya kalau nak buat double layer utk tingkat bentuk half heksagon (lebih kurang camni la) mmg tk sesuai guna rod kayu utk night curtain ke? kene guna 2 layer aluminium rail ke? mcm susah jer bile nak pasang langsir nnt
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 09:39 AM | Show all posts
selama ni tgk abah je pasang railing. skrg... masuk umah sendiri.. baru ku tau nk pasang railing tu camne. cumanye.. aku takde drill yg beso... so masa org polycarbonate dtg install..  mintak dorang tebukkan siap2 kt tiap hujung tingkap.

pastu saya ukur sendiri lebar tingkap tu... extrakan sket dlm 2 inci... then gi hardware n belila railing tu ngan segala part dia tu. masa tu dia jual sekaki rm1.20 tak termasuk klip apa smua. total utk 13 panel tingkap tak sampai pon rm100. so kira okla... pengalaman baru. bila dah ada rumah sendiri... kenela berjinak2 ngan hardware.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 08:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by Iman_Baby at 2-1-2010 20:25

Alhamdullilah, permulaan tahun baru yg sangat baik buat kami. Artikel pasal kedai kami keluar di Harian Metro hari ini 2 Jan 2010, segmen Variasi - Dekotaman, m/s 6.

Semoga tahun 2010 ini,  Allah permudahkan segala urusan dan beroleh lebih byk kejayaan buat kita semua..

http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexv_html


PERABOT dan hiasan dalaman walaupun kadangkala dianggap elemen kecil dalam seni dekorasi, ia mampu mencipta suatu kelainan jika bijak menyusun di kediaman.


PERABOT dan hiasan dalaman walaupun kadangkala dianggap elemen kecil dalam seni dekorasi, ia mampu mencipta suatu kelainan jika bijak menyusun di kediaman.

Bagi pemilik Iman Home Decor, Rosni Otho, keberanian pemilik kediaman menampilkan kelainan dekorasi dengan sentuhan kreativiti dapat memberi kelainan yang menarik.

"Setiap individu mempunyai kreativiti tersendiri dan tidak perlu terikut-ikut dengan konsep penataan di kediaman lain.

"Suasana yang cuba dicetuskan perlu praktikal, selesa dan sedap mata memandang, selain memberi keceriaan kepada penghuni," katanya.

Kebijaksanaan memilih perabot dan aksesori hiasan perlu disesuaikan dengan latar dinding untuk memberikan keseimbangan tatahias untuk segenap ruang.

Bagi memberi imej yang santai dan ringkas, susun atur perabot dan aksesori hiasan perlu diolah kemas serta teratur.

"Jangan malu memilih perabot atau aksesori yang murah asalkan ia sesuai dengan susun padan yang anda mahukan.

"Ruang santai perlu diberi wajah yang lebih sederhana untuk mewujudkan suasana tenang dan damai," katanya.

Ketika sibuk menyusun dan menentukan kedudukan aksesori di rumah, jangan lupa elemen cahaya terutama penggunaan lampu yang sesuai.

Bagi menzahirkan fungsi utama sesebuah ruang, pemilik perlu memikirkan kaedah yang praktikal dengan meletakkan lampu di tempat atau ruang perlu supaya sesuai dengan konsep dekorasi.

Pilih lampu yang sesuai bagi memastikan penggunaan warna dinding, kemasan lembut, perabot dan aksesori hiasan dapat ditampilkan dalam suasana lebih selesa.

Bagi bilik remaja lelaki, konsep santai dan sempurna paling menarik diketengahkan manakala bilik anak gadis, dicadangkan menggunakan tema gaya Inggeris.

Mengenai Iman Home Decor, ia menawarkan pelbagai perabot dan aksesori hiasan dalaman bergaya Inggeris.

"Tidak semestinya gaya Inggeris hanya berlatarkan bunga semata-mata kerana kreativiti memilih corak petak dengan pilihan rona harmoni tetap menarik perhatian.

"Sentuhan kreatif atau menghasilkan sendiri aksesori hiasan seperti alas meja, langsir dan sarung kerusi pastinya memberikan kepuasan paling bermakna," katanya.

Berada di Iman Home Decor, anda berpeluang mengambil idea yang diketengahkan untuk kediaman sendiri.

Anda yang berminat sila kunjungi Iman Home Decor di No 10, Jalan Suakasih 1/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor atau layari www.yourimanhomedecor.blogspot.com.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:19 PM | Show all posts
salam semua,saya nak tanya skit pasal railing ni..saya ada tanya satu kedai ni..dia letakkan harga ni..
sebut harga memasang railling
sekaki railling rm 3.00 ....sekaki rod rm14.00
harga diatas termasuk harga barang dan kerja pemasang dari mula mengukur sampai siap.
korang rasa murah ke mahal tu??harga tu skang harga promosi hari raya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 06:09 PM | Show all posts
Reply 44# Iman_Baby

blog tak bole bukak pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 03:27 PM | Show all posts
ish menariknye benang ni..saya sgt suke..
saya nk pasang railing kt umah gak..
hm..masa kt umah sewa tu drill sendirik je tp pinjam kwn punye..
letih betul..kalo kte beli semua kt hardware..biasa ade ke khidmat pemasangan skali ek?
kalo ade nk minta die wat skalila..

pastu nk minta pendapatla..
utk curtain sliding door,rumah saya tu tgi ground floor 10feet tp sliding door tu 6.5kaki je tgi..perlu ke saya wat langsir sampai syiling?
cam byk sgt lebihnye atas tu..
puas pk nk ltk rail tu cane..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:56 AM | Show all posts
rasanya kalau sampai atas lagi cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 12:02 PM | Show all posts
Anis dah beli railing gak...kaler coklat (aluminium gak tapi kaler coklat)..kat living depot 1 kaki RM3.50 (complete lah dgn acessori dia )...anis pi kat kedai hardware Tukang kat seksyen 4 tambahan, benda yang sama sekaki RM2.50....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 03:50 PM | Show all posts
aduyai...rod kayu langsir ruang tamu i patah lah plak...camane nak buat nie...dah le nak dekat raya dah nie...nak buat sendiri tak reti lah...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by naaim at 30-8-2010 09:41


MAKITA HR2470 SDS Plus Rotary Hammer Drill

- 3 function (Rotary/Rotary Hammer/Hammer)
- Forward/Reverse rotation
- Variable speed
- Torque limiter
- Double insulated

saya beli kat kedai hardware dedekat umah baru rm490. pasal drill lama saya (5 tahun guna drill cap ayam)dah rosak.
senang gile nak drill.. pastu beli ler alu curtain rail batang2, sendiri potong, gergaji besi baru rm10. tangga 6' baru rm80... bende2 mcm drill n tangga ni mmg satu keperluan utk semua org...

lepas kira2, jimat lebih 60% dari rate org yg tukang pasang... yelah nama pon upah org, sure dia mark up kos dia + upah + surcharge + pk nak beli baju raya anak hehehehehhehe....

yg saya upah so far utk rumah ialah keje2 yg konfirm sy tokleh buat cth keje2 wiring elektrik, wardrobe etc.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 12:09 PM | Show all posts
kat mana nak beli rod langsir kayu yg panjang 12 kaki ehh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:18 PM | Show all posts
kat mana nak beli rod langsir kayu yg panjang 12 kaki ehh..
bawanghitam Post at 30-8-2010 12:09


Rasanya tak perlu beli hingga 12' panjang.. u beli 6 kaki dan sambung ditengah.. kat tgh tu kan ada support/ corbel dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:55 AM | Show all posts
Reply 54# maizana


    tu ler. da beli dah kayu tu 6 kaki x 2. sebelom ni dok piker, camne ler nak combine tgh tu. lepas tu dgr tokei tu cakap, baru paham. rapatkan jer rail kayu tu. tapi sebenarnya tak joint pon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply 51# naaim


    inciik..semlm try drill utk master bedroom..skali terbesarla plak lubang tu..
pkai bosch nyer drill tu..aduyai..my hubby xexpert kot..

apa petua nk senang drill..pastu nape slalu sekerat je bleh? nk sampai hjg tu pyh betul..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:18 AM | Show all posts
Reply 55# ewinana


    lubang terbesar? pakai drill bit yg besa kah? no poblem, letak je wall plug yg saiz besor... or gulung2 kertas n sumbatkan..

masuk separoh? drill bit dah tumpol kot.. err drill bit = mata drill
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 10:40 AM | Show all posts
Reply 56# naaim


rasanye cam pkai yg sama saiz dgn pastik ltk skru yg hitam tu..
oo..ada jual ke yg besar?kalo camtu skru pon kne bli bsr gakla ye?
katala nk tebuk lubang lain..lubang tu tutup dgn silikon ok x?

hm..pkai yg baru mata tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 57# ewinana


    tutup pakai sealer jer, ala yg mcm adunan kuih tuh, ade jual kat kedai hardware kaler putih.... ckp nak buat tutup lubang paku kat dinding....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:13 PM | Show all posts
aku beli yang raling..rod kayu tuh kat area nilai 3..
erm...6 kak 6 inci..
2 dia bg aku 100+pengikat langsir..
mcm murah..sbb kedai lg satu dia kira 1 kaki rm7..kalu 12 kaki dah 84
ntah ler
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:33 PM | Show all posts
salam,

saya org baru di sini, nak tanya pendapat..saya upah org utk pasang rod kayu and rail biasa utk satu rumah utk RM2,400 and dah campur upah jahit langsir (french pleat for night and day curtain) dan harga kayu dan aluminum ....rasa2 ok ker? btw rumah saya semi-d 2 tingkat...harap ada yg dpt membantu memberi komen ..tk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.727805 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list