CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21845|Reply: 47

Bila kawan jadi kekasih

[Copy link]
Post time 12-2-2009 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Bila kawan jadi kekasih

Jika khuatir persahabatan didatangi kebencian, pertimbangan harus berasas akal

JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.

Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?

Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?

Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.

Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.

Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.

Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.

Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.

* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.

* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.

Kontra

* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.

* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?

Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.

Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.

Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.

sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:26 AM | Show all posts
kawan jadi kekasih??? best jugak coz kwn kite dah kenal hati budi nyer dan dah selesa bercerita semua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:31 AM | Show all posts
Masa blaja kat u dulu aku ade bestfriends 5 orang. 2 lelaki 3 perempuan. Kat mane ade kawan2 pompuan adeler 2 orang kawan lelaki aku ni bertempek. Habis ajer blaja, entah mcamman salah sorang bestfriend pompuan aku nih bercinta laks ngan best friend lelaki aku nih. Pastu kawen, anak dh dua dah... Yg sulong skang dah 6 taun. Ok jerk, aku tgk loving couple lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:38 AM | Show all posts
satu jerk aku nk tgelak beso, masa bkawan dulu cakap 'aku, ko' bila dh kawen ..."bang minum air" yg lelaki plak balas "jap lagi la yaaang".... kekkekekek

[ Last edited by  acikia at 12-2-2009 11:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by acikia at 12-2-2009 11:38 AM
satu jerk aku nk tgelak beso, masa bkawan dulu cakap 'aku, ko' bila dh kawen ..."bang minum air" yg lelaki plak balas "jap lagi la yaaang".... kekkekekek





xkan da kwen pown ko aku   durhaka lak

tp mse kawan ko aku lagi besh.....kos cam besh ah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 02:35 PM | Show all posts
kawan jadik kekasih?
tak pernah lagik.. nk try gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2009 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by acikia at 12-2-2009 11:38 AM
satu jerk aku nk tgelak beso, masa bkawan dulu cakap 'aku, ko' bila dh kawen ..."bang minum air" yg lelaki plak balas "jap lagi la yaaang".... kekkekekek


anda geli hati ke jelez?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:24 PM | Show all posts
bestnya kwn jd hubby @ bf ni......kita dah taw sume mende....so xyah la nak majuk bnd2 yang kecik.......da azalinya cam tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:50 PM | Show all posts

Balas #7 pinklollipop\ catat

aku kawen awl setaun dr kawn aku tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:01 AM | Show all posts
kalau kwn sendiri jadi scandal kita cmne lak??...cm kita dah ada psngan.then kwn kita yg bf kita tak kenal cm dari kwn biasa,dia turn jadi scandal..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 12:28 PM | Show all posts
mmg best kalau kawan jd kekasih.. sbb kita dah tahu perangai sebenar.... masa kawan2 tentunya tak kontrol2.... just being ourselves... heheh.. but mesti la awkward mula2 nya kot sbb dah terbiasa jd kawan... takes time to adjust la kan...bg aku mmg aku suka konsep mcm ni...... serasi tu penting.........aku nak si dia or eventually a hubby tu jd kawan baik, kekasih, teman sejati, companion, protector aku........insyaallah.............

tp kalau clash lak ada 2 kemungkinan yg berlaku..... sakit sgt cuz at the same time hilang kawan... kalau takleh terima as kawan sahaja la.... but kalau dua2 rasa ok walau dah clash.... malah in some cases masa berkawan lebih rapat dr masa berkasih.... no hal.... mcm kes aku satu masa dulu la... lepas kita clash lagi rapat jd kawan.... and he's still one of my besties till today......i guess kami lagi serasi jd kawan dari jd kekasih......



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:39 PM | Show all posts
best la kot kalo selama berbest friend tu masing2 da menyimpan perasaan..bole la on...tapi kalo 1 side je got feeling but e other side x de feeling pun cam x best..ada ckit susah...elok2 kawan baik bule tukar jadi kawan x baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 11:32 AM | Show all posts
huhuh....

best gak klu kwn jd kekasih...

cz kite dh tau perangai dia camne..selok belok dia camne..

memula ofcz rs pelik tp dh lame2 akan jadi ok...

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 05:54 PM | Show all posts
tak semudah yang kita sangka....

erm...but aper2 sebuah perhubungan bermula dengan persahabatan...n kenal mengenali...

ikatan tak rasmi....n rasmi kit(tunang) after that baru lah yang serasmi nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 11:23 AM | Show all posts
kawan jadi kekasih....
skg jadi suami....ok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:22 AM | Show all posts
start dgn kawan, then jadi abg angkat, then jadi bf..
so far aku suka je..sbb dia dh masak dgn perangai aku..so tak yah nk cover2 lagi...bila aku start nk merajuk sket pun dia dh boleh detect n tau mcm mana nk handle perangai aku yg kdg2 cranky ni..
aku pun sng nak faham pasal dia...dari dulu2 kitorg practice frankly speaking on everything..helps a lot if we r arguing on something..tak perlu jd hipokrit semata mata nk jaga hati masing2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 02:40 AM | Show all posts

Balas #1 Samiyusuf\ catat

suka.. suka.. suka...
kite dah kenal dia and dia dah kenal kite..
senang sket kalo nak diskas apa2..
sebab time berkawan dolu2 kesefahaman telah terbentuk..




cewahh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 01:14 PM | Show all posts
erm.....seronok ker bila kawan jadi kekasih ..


oh....bosan nya diriku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 02:20 PM | Show all posts

Balas #18 six_heart\ catat

oke je.......































.............. kot..
selalunya kita berkawan ngan seseorang yg sama minat ngan kita..
so, bila kawan menjadi kekasih.. banyak aktiviti yg leh dibuat bersama..
kita pun leh jadi diri sendiri, takyah nak kontrol depan kekasih dah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:47 PM | Show all posts
tak best ah. dah selalu bersama nti bosan lak.  lgpon aku kalau aku anggap org tu skadar kwn, borak pon gune 'aku ko ' je. tp kalau aku tangkap lentok ngan seseorg tu, mula la ber 'saya awak'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.447200 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list