CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cak!

Setuju kah Sistem Beraja Malaysia Dimansuhkan?

 Close [Copy link]
Post time 13-2-2009 11:59 AM | Show all posts

Reply #195 silencekiller's post

Yeake, apa tanggungjawab sultan2 nei??? Dok mmerintah? Nope... PM/MB n kabinet/Adun jea yg buat kerja mmerintah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 12:03 PM | Show all posts

Reply #198 silencekiller's post

sbenar nyer hang yg kurang paham maksud pmimpin...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:07 PM | Show all posts
adik tak setuju sultan dimansuhkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by yaminz at 13-2-2009 11:59 AM
Yeake, apa tanggungjawab sultan2 nei??? Dok mmerintah? Nope... PM/MB n kabinet/Adun jea yg buat kerja mmerintah...


kang aku cakap bodoh..marah plak

Pi belajar sejarah balik la ek...Sultan tu Ketua Agama Islam...paham ke tak?? ..kalo dia tak menunaikan tanggungjawab dia..tu urusan dia ngn Allah..

Kalo ada org nak bagi aku tanggungjawab macam tu,..serius, aku tak sanggup

hang pi belajar balik..hang tau tugas Sultan & Agung tu,...aku malas nak cerita details
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 13-2-2009 02:52 AM


org iran, perancis, jerman, india, rusia tak nyesal pun. mrk lagi bangga negara derang dah buang raja yg zalim. bangga sebab mrk bangkit dgn kuasa rakyat.

mana ko tau derang tak menyesal??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:16 PM | Show all posts

Reply #204 silencekiller's post

kata bengap kan sian lak...

Baik studi history, perlembagaan

Kalo nak jadi ketua agama, ulama pun bole jadi ketua agama...

Dlm konteks Msia, yg copy direct dari pjajah (da ler kena jajah, copy lak dr penjajah...) Sultan hanya simbol, dulang lagi skali simbol tidak mpunya kuasa utk mmerintah... Kuasa mmerintah negeri/negara dtangan KM/MB/PM dan swaktu dgnnya...

Tanggungjawab sultan/agung:
1) Mjadi ketua agama -> no meaning... Mpgunakan agama ada ler...
2) Mjadi ketua adat istiadat -> tiada kaitan dgn mmerintah negeri/negara...
3) Mlantik MB/PM -> Dlm konteks Msia, wlupun sultan/agung xsuka MB/PM 2, dier tpaksa mlantik...
                           -> Sultan/Agung bole reject 3 kali, kali k-4 bakal MB/PM tu automatik jd MB/PM...
4) Mmecat MB/PM -> Tiada kuasa langsung mmecat MB/PM...

In realiti -> tugas sultan/agung hanya SIMBOL/BONEKA HIDUP...
      
Konteks Pmimpin lak -> sesorg yg mpunyai kuasa untuk mmerintah, mmimpin dlm ssuatu organisasi...

[ Last edited by  yaminz at 13-2-2009 12:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by silencekiller at 13-2-2009 12:07 PM


kang aku cakap bodoh..marah plak

Pi belajar sejarah balik la ek...Sultan tu Ketua Agama Islam...paham ke tak?? ..kalo dia tak menunaikan tanggungjawab dia..tu urusan dia ngn ...

serius aku pon tak sanggup nak pegang peranan ni.. sungguh besar.. sebab semuanya akan dipersoalkan kepada mereka sebagai pemimpin.. besar taklifnye..

dalam Quran ada Allah sebut mmg ada sesetengah manusia ni Allah angkat menjadi pemimpin.. mereka adalah golongan2 diraja ini... sebab biasanya golongan raja ini diwarisi daripada keturunan.. kat mana2 pun ko tgk mcm tu.. dari zaman dulu.. bukan semua org takdir hidupnya menjadi raja.. see? Allah Maha bijaksana.. al_Quran begitu sempurna..

[ Last edited by  eddysheddy at 13-2-2009 12:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by yaminz at 13-2-2009 12:16 PM
kata bengap kan sian lak...

Baik studi history, perlembagaan

Kalo nak jadi ketua agama, ulama pun bole jadi ketua agama...

Dlm konteks Msia, yg copy direct dari pjaj ...

mmg ulamak boleh menjadi ketua agama..

tapi lebih baik sultan je jadi ketua agama
ulamak sebagai penasihat agama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 12:23 PM | Show all posts

Reply #205 eddysheddy's post

Mmg diorg xmyesal lagi HAPI...
Siap lagi revolusi mjadi hari kbangsaan bg negara2 tbabit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:24 PM | Show all posts

Reply #208 eddysheddy's post

Lebih baik???? Org JAHIL agama leh jadi pmimpin agama k   ... Mmg rosak, Umat akhir zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by yaminz at 13-2-2009 12:24 PM
Lebih baik???? Org JAHIL agama leh jadi pmimpin agama k   ... Mmg rosak, Umat akhir zaman...


tak yah cakap umat akhir zaman deknon..
dari zaman kesultanan melayu melaka awal dulu.. sultan yg mula2 masuk islam ada penasihat agamnya yang digelar maulana..
ulamak2 jadi penasihat agama sultan..
ada ulamak tu sendiri jadi pemimpin agama?

sama je mcm sekarang jugakkan halnya? takde kene mengena umat akhir zaman sebab dulu pon mcm tu..
adakah semua org yg menjadi ketua agama itu org yg betul2 arif ttg agama? zaman abbasiyah zaman uhtmaniyyah dulu adakah semua pemimpin agama mereka arif ttg agama? bukankah mereka tetap mempunyai penasihat2 agama mereka?
tak payah studi perlembagaan pun boleh dapat jawapan..
studi sejarah pun dah cukup..

[ Last edited by  eddysheddy at 13-2-2009 12:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:33 PM | Show all posts

Aku cuma menyampaikan dan harap Melayu sedar what they are getting into...

DAP SEDANG MEMIMPIN REVOLUSI MEMBUANG SULTAN

Apakah Tujuan Tersirat Karpal Saman Sultan Perak

DAP akan sentiasa mengambil kesempatan! Dalam pilihanraya ke 12, Mac 2008 Perak ditakdirkan jatuh kepada Pakatan Rakyat apabila BN hanya mampu mempertahankan 28 kerusi berbanding PR 31 kerusi iaitu gabungan , PAS (6), DAP (18), KeADILan (7).

Disebabkan DAP memenangi majoriti 18 kerusi sepatutnya atas dasar demokrasi DAP yang menjadi Menteri Besar berbanding 2 parti sahabatnya itu. Tetapi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan kehendak Sultan mestilah Melayu dan Islam layak menjadi Menteri Besar Perak. Dengan kata lain, dengan pembahagian kerusi yang ada sekarang sampai kiamatlah DAP tidak boleh menjadi MB, kecuali DAP berjaya mengalahkan calon-calon UMNO di kawasan majoriti Melayu dengan meletakkan calon-calon Melayu.

Sebab itu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membantah perlantikan Setiausaha PAS Perak Muhammad IR Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang di dalam blognya membantah calon MB yang diperkenan oleh Sultan Perak atas alasan PAS mempunyai kerusi yang sedikit jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Dalam kes yang lain Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Dalam hal ini, Pok Nik hanya berani mengeluar kenyataan sahaja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa pun kepada Karpal. Kenyataan itu hanya menjadi penyedap halwa telinga sahaja.

Kenapa DAP beriya-iya sangat hendak menyaman Sultan Perak sedang DAP jugalah yang menentang Nizar sewaktu hendak menjadi MB. Sekarang DAP pula menjadi hero mempertahankan pulak MB besar ini. Sebabnya kerana Nizar adalah kuda tunganggan DAP Perak sewaktu menjadi MB dan perletakan Nizar menjadikan 18 kerusi DAP hanya sebagai pembangkang dan kehilangan 6 kerusi exco.

Menyaman Sultan Perak adalah untuk mencabar orang Melayu dan UMNO khususnya yang dikatakan sebuah parti yang mempertahankan Institusi Raja Perlembagaan di Malaysia. Ianya juga dilihat sebagai melihat reaksi UMNO setelah UMNO Terengganu sendiri pernah 'menderhaka' kepada YDP Agong mengenai isu Pok Yeh yang tidak dilantik menjadi MB.

Menyaman Sultan Perak juga adalah untuk menanam rasa benci kepada Sultan yang tidak adil seolah-olah Sistem Feudal telah dikembalikan semula. Kerajaan sekarang seolah-olah tidak mempraktikan Sistem Raja Berpelembagaan dan Raja mempunyai kuasa mutlak dan menafikan hak dan suara rakyat.

Perasaan ini mula ditanam dan disemai secara halus di dalam hati dan sanubari Melayu yang pro PAS dan PKR. Perasaan yang sama sudah lama tertanam di kalangan orang bukan Melayu. Demontrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran di Kuala kangsar semalam melihat taktik DAP dan Karpal telah berjaya. Rasa benci dan marah kepada Sultan telah dicetuskan oleh Melayu PAS dan PKR sendiri.

DAP akan menggunakan isu ini sebagai membuktikan hanya DAP sahaja yang berani. DAP sekarang menjuarai politik Malaysia dengan mengalahkan UMNO, PAS dan PKR. Hanya DAP sahaja di lihat banyak membawa isu-isu rakyat dan ianya satu-satu Parti Politik di Malaysia yang berani mencabar Raja-Raja Melayu walaupun kita tahu di belakangnya adalah Anwar dan Hadi.

Inilah kempen terbesar dan terawal DAP sebelum menjelang Pilihanraya ke 13 nanti. Menanam rasa benci kepada Institusi Raja ini sangat merbahaya. Ianya adalah kearah Malaysia sebagai sebuah negara republik. Malaysia sedang menuju ke arah revolusi rakyat seperti mana yang berlaku di Iran pada 1979. PAS Malaysia memang menjadikan Iran sebagai negara contoh mereka. Jika Melayu PAS dan Melayu PKR sudah bergabung dengan DAP perkara ini tidak mustahil berlaku dalam waktu terdekat jika pemimpin-pemimpin Melayu khususnya hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja.

NGO-NGO Melayu hilang entah ke mana? Ada NGO yang sanggup membuat demontrasi tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains tetapi apabila Karpal menyaman sultan, NGO ini menyorokkan diri. Bukankah Bahasa dan Institusi Raja Melayu itu terletak dibawah Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga. Perjuangan seperti ini tidak istiqomah.

Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada daripada parti politik kecuali PAS dan DAP yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh DAP, badan-badan atau pertubuhan Melayu supaya bangkit menentang karpal dan DAP bagi mengikis tujuan jahat mereka menanam rasa benci kepada Sultan.

SAYA MENGHARAPKAN AGAR AKTA HASUTAN DIGUNAKAN UNTUK MENAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU YANG MENGHASUT RAKYAT MEMBUAT DEMONTRASI DAN SUDAH TENTU KE ARAH MEMBUAT REVOLUSI MEMBUANG 9 ORANG RAJA-RAJA MELAYU.

DAP berpendapat agak sukar untuk DAP memerintah Malaysia selagi:

1. Adanya Institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara yang perlu banyak di pinda.

2. Tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Perkara ini DAP telah berjaya apabila PAS dan PKR sudah berada bersama mereka.

Seperti mana Anwar, Karpal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berhasrat untuk menjadi PM Malaysia.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:35 PM | Show all posts

from one of pakatan blog

From one of the pro-Pakatan blogger

http://muststopthis.blogspot.com ... ng-and-country.html


Can you see it?


Sunday, February 08, 2009
Loyalty to King and Country


Given the circumstances, I stand by HRH Sultan of Perak. Though he is not my current King, he was years ago. I always saw him as one who is knowledgeable, and regal, of course.

When I took part in the bersih march, I honestly believed in the cause to ask the intervention from the royal household to ensure free and fair elections. On March 8, it was indeed free and fair. I was also told on that day, that the King did mobilise a mechanized division to the palace grounds to ensure the safety of the people gathered there. Though, today, I seriously doubt that it happened. In fact, those who would like you to think that the 'people power' that came about will be able to change the government from BN to PR. So to convince you, statements like this are made. Well, I was a happy camper then.

I was sure my King would protect his subjects. But to the extent of believing in the next guy just to convince yourself?

And now, given the turnaround in Perak, I stand by HRH Sultan of Perak in his decision. Though, again, you are lead to believe that HRH was 'co-erced' to make this decision, I have confidence in him to have made a knowledgeable one.

Let those who wish to commit treason carry on with their actions. I am sure if one thing, if HRH made the decisioin to dissolve the Perak assembly, he would have been hailed a hero by PR and thier supporters, and BN would have to accept it. Not stage a sit in, and not hold on to power, as in the case of the MB.

I still support change, but if BN changes to rule better, I am also in support of it.
Annuar has been beaten in his own game, one that he has convinced himself that he has mastered. He certainly did not see this coming, and is now as usual, singing the 'victim' song.

I don't support stone throwing and crowd incitement to obtain power.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by abimiy at 12-2-2009 04:30 PM
Daripada mansuh baik kurangkan bilangan raja raja nih..

aku suggest, raja negeri negeri sebelah utara satu.. selatan satu.. timur satu.. dan agung satu..

tapi raja gopal, raja solai, raja ...


mcm ok je tuh...hehehhee...tp sukar utk dilaksanakan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:37 PM | Show all posts

Sultan buat keputusan Pro-PR juga

http://perisik-rakyat.com/2009/0 ... 6092495290686340928


Sebenarnya Cikgu kamu tak berbohong. Cuma disebabkan kamu mengaji sekolah maka sukatan pelajarannya setakat sekolah je la. Kes di Perak ni bukan tahap level sekolah.

Biar saya ingatkan apa yang terjadi sebelum Nizar (ala yang memohon untuk menderhaka tu la ) dipilih jadi MB.

Di Perak kemenangan PKR ialah majoriti mudah. Bukan 2/3. Taukan apa itu majoriti mudah? Harap harap Cikgu anda sempat mengajar takat tu atau pun harap-harap kamu tak ponteng waktu bab ni keluar pi buat air untuk Ceramah Mat Sabu memaki hamun orang.


Apabila majoriti mudah berlaku, mana-mana pihak yang ada majoriti atau tidak, yakni bermakna BN atau PR boleh buat permohonan untuk menubuhkan kerajaan sebab keadaannya samar-samar.

Maknanya BN dan PKR masing masing boleh memohon untuk tubuh kerajaan. (bab ni susah sikit mungkin Cikgu kamu tak tau, kamu kena tanya loyer, bukan loyer sebarangan kena tanya loyer yang arif undang undang perlembagaan. Loyer yang membela orang meliwat biasanya tak arif bab ini.)

Maka dalam keadaan ini taraf BN dan PR adalah sama masing masing boleh memohon untuk tubuh kerajaan. PR yang dikepalai oleh DAP pun memohonlah sambil berkata "AMPiiiiiiuuuUN tuanku Patik ini pohonlah kasik buat ini Perak kerajaan Negeri kirana kami-kami ini ada cukup orang orang yang dimana rakyat Perak telah pilih untuk kasi bikin" Ini surat kami dan kami mau MB pun dari DAP" Sila Tuanku tengok surat kami." AMPIUUUUUN tuanku. (p/s Kami janji tak bikin industri khinzir besar-besaran kami bikin dekat itu Kedah, Kedah itu kerajaan rakan kami musti dia kasi punye)

kui kui gaya bahasa atas tu rekaan aku je, aku pasti Bahasa Melayu dan adap DAP amat TIP-TOP sebab tu boleh kawan dengan PAS. Ala orang PAs kan baik baik.... kengkawan PAS pun metilah baik juga.

Ok Sultan Azlan pun terima. Lepas tu BN pulak datang. BN mohon juga untuk menubuh kerajaan MINORITI ( kerajaan minoriti dalam proses demokrasi ada woooo jangan ingat majoriti je mesti Cikgu kamu tak hajor bab ni sebab kalau dia tau bab ni mungkin sepatutnya dia jadi loyer bukan jadi Cikgu sebab bab ni rumit sikit) negeri Perak atas alasan PR ialah bukan kerajaan yang stabil dan BN lebih stabil. (eh eh rasanya betul juga kata BN ni tenguk apa dah jadi sekarang lebih kurang 10-11 bulan dah tumbang.)

Sultan Azlan pun terima juga permohonan ini. Jangan lupa kedua-dua ada hak untuk memohon menubuhkan kerajaan negeri sebab keadaan majoriti mudah ini.

mmm Sultan Azlan kena buat pilihan sekarang. Bukan senang sebab kedua-duanya ada locus-standi ( uuuu kalau Cikgu kamu tak hajor bab locus standi ni pegi keluar sat dari dango kamu pi beli kamus) kedua-duanya ada merit dan kedua-duanya layak memohon.

mm macamana ni yek? Kalau pilih BN kerajaan minoriti BN silap silap kena ada pilihanraya semula. Tindakan pertama BN mungkin bubarkan kerajaan. Big problem kalau itu berlaku.

Tapi kalau pilih PR pulak kerajaan rasanye tak stabil. Si PAs nak tubuh kerajaan Islam. DAP pulak sibuk MAlaysian Malaysian nye. PKR pulak sibuk nak tukar Malaysia jadi Republic. Apa hala tuju Kerajaan negeri Perak? susah susah..

Tapi akhirnya beliau pilih PR. Malangnya DAP tak dapat MB sebab Udang-Undang Tubuh negeri Perak tak benarkan bukan ISlam jadi MB. Ye la buatnya Sultan Azlan nak naik Haji nak bawak MB sekali macamana? Pergi majlis tilawah Al-Quran sapa nak iring? Tak pun masa sembahyang raya. Paling teruk masa baca doa kat majlis hanya berdiri tegak dan tangan letak kat anu bukannya nak berdoa sama.

Jadi akhirnya dapatlah Nizar jadik MB.

Akhir kalamnya apakah ini bukan ikut perlembagaan? Adakah ni Sultan lebih memihak kepada BN? Adakah Sultan berat sebelah? Jawaplah sendiri. Pada tahun 2008 BN menerima keputusan ini dengan hati terbuka walaupun boleh diteruskan ke Mahkamah. Boleh BN persoalkan Sultan kenapa tak pilih BN sebab apa yang diutarakan ada merit dan nampaknya betul la apa kata BN ni. 11 bulan je Yooooooop.

Walaupun apa yang teman cerite ni dalam bahasa mudah tapi inya ilah fakta dan betul menurut undang-undang nye. Kalau mike tak percaya, pi la tanya loyer mike pasal hal ni jangan duduk di dango lagi.

Tulah tanah bagi kat orang 999 tahun dapatlah mike duduk dango. Padan muka mike.

Sultan Perak amat yang arif bab-bab ni dan adil untuk semua. Kali ni beliau memilih BN sebab BN dah cukup anggota untuk memiliki majoriti mudah. Adil la tu zzzzz. nak bubar buat apa sebab peruntukkan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak dah memada
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:37 PM | Show all posts
OKlah.. aku rasa puas jugak korang bercakap dan memberi pendapat kan? I think as a mainstream internet forum, we have to obey certain rules, termasuklah tidak bercakap tentang benda2 yg sensitif. Aku tau korang eager nak cakap benda camnie, but as a matter of fact, we are subject to Akta Hasutan dan akta2 lainnya yang boleh menyebabkan pembuka thread dan yg lainnya dibawa ke muka pengadilan. Of course, as a mod, I will also be deem responsible. If I don't act now, there's nothing that can help myself.

So, harap korang faham2lah yer. In case, korang nak berbincang lebih lanjut, korang boleh forwardkan blog korang atau apa2 link forum lain yg membenarkan benda2 macam nie diceritakan. Bukannya di sini. Terima kasih atas pemahaman korang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076638 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list