View: 13073|Reply: 5
|
Mencari Waris Tok Abdul Jabbar
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Saya sedang mencari waris-waris Tok Abdul Jabbar Bin Tok Othman.
Banyak daripada mereka berasal dari Muar dalam garisan masa 1770-1830.
SALASILAH TOK ABDUL JABBAR BIN TOK OTHMAN [1967]
Adalah zuriat Tok Abdul Jabbar bin Tok Othman bin Tok Ahmad bin Tok Biazid (Bendehara Paduka Raja Johor) bin Tok Hamzah (Bendehara yang akhir di Melaka dan juga digelar Bendehara Tepok).
Mengikut cerita orang tua-tua dahulu, Tok Abdul Jabbar ini ada banyak isteri, tetapi nama-nama isteri-isterinya tiada saorang pun tahu nama-nama mereka.
Adalah nama anak Tok Abdul Jabbar yang dapat diketahwi, ialah seramai dua puluh orang seperti berikut:
[1] Tok Muhammad Tahir [A]
[01132] anak Daik
Sila lihat Zuriat Tok Muhammad Tahir.
[2] Yang anak Telok Belanga Singapura.
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[3] Kamal Jalal [C]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[4] Sara [D] Anak Muar, Johor
Dapat anak (1) Orang Kaya Laji (2) Hassan (3) Lija (4) Hussein.
Keterangan: Sara binti Tok Abdul Jabbar bersuamikan Temenggong Daik. Duduk di Kota Buruk, Muar, Johor. Tiada anak. Kemudian bersuamikan Penghulu Abdul
Jabbar
Benut, Pontian. Dapat anak (1) Orang Kaya Laji. Selepas Penghulu Abdul Jabbar mati, dia balik ke Kesang, Muar. Kemudian bersuamikan Muhammad bin Kumbang. Dapat anak (1) Hassan (2) Lija (3) Hussein.
[5] Yahaya [E]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[6] Sulaiman [F]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[7] Ibrahim [Pandak] [G] Anak Daik,
Dapat anak (1) Abdul Majid (2) Abdul Samad (Dato Pengawa Barat) (3) Aishah (Ibu kepada Dato Mustapha [00849]) (4) Muhammad (Dato Istiadat) (5) Endut (6) Mubin.
[8] Norisah [H] Ibu kepada Wak Basok dan Wak Hussein, keturunan Bugis.
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
(9)Abdul Latif
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[10] Abdul Rahman [J]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[11] Abdul Hamid [K]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[12] Sa抋diah [L] anak Daik
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[13] Wok [M]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[14] Ismail [N]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[15] Abdullah [O]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[16] Haji Mohamed [P][001295] anak Indragiri
Dapat anak ( 1 )
Haji Kassim
( 2 ) Andak
( 3 )
Kalthum
( 4 )
Chik
(5 ) Hawa
( 6 )
Awang.
[17] Eluk [Q]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[18] Kamariah [R]
[001296] anak Daik
Dapat anak ( 1 ) Abdul Rahman ( Dato Penghulu Balai, Daik ) ( 2 ) Dagang.
[19] Ali [S]
Dapat anak ( 1 ) Samah ( 2 ) Abdullah ( 3 ) Ismail ( 4 ) Jiwa ( 5 ) Awang
( 6 ) ******. [SF]
[20] Pahang [T]
Tiada tahu dimana ada anak cucunya.
[ Last edited by waris1919 at 13-2-2009 04:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana aku nak tahu ek aku ader sangkut paut ker tak
kturunan atuk aku pun aku tak tahu sangat...
lau belah mak aku, aku tahulah asal selangor...tu pun aku tak tahu dtg dari mana... |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana aku nak tahu ek aku ader sangkut paut ker tak
Pergi ka siapamoyanganda.com dan lihat salasilah di situ, mungkin ada nama yang dikenali yang boleh dipautkan
kepada keluarga anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi ka siapamoyanganda.com dan lihat salasilah di situ, mungkin ada nama yang dikenali yang boleh ...
waris1919 Post at 13-2-2009 04:17 PM
salams...waris1919 dari mana asalnya?ada dimana? |
|
|
|
|
|
|
|
waris1919 replied at 13-2-2009 04:17 PM
Pergi ka siapamoyanganda.com dan lihat salasilah di situ, mungkin ada nama yang dikenali yang boleh ...
Mcm mana nak hubungi waris 1919
|
|
|
|
|
|
|
| |
|