CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

Diari aktiviti harian seorang andartu : jom share!

   Close [Copy link]
Post time 22-3-2009 11:21 PM | Show all posts
sebenarnya tujuan hidup kita bukan berkahwin, walaupun pada sunnah nya memang manusia dianjurkan berkahwin.. jadi apa kah tujuah hidup kita? ni sendiri kena fikirkan...

kawin bukan matlamat hidup, bukan juga sebagai penyelesai masalah, malah berkahwin ni menyebabkan tanggungjawap kita menjadi berat, yang kalau kita tak sanggup menyebabkan kita memikul beban dosa yang lebih berat. tapi jangan pulak kata saya tak sokong perkahwinan. kalau boleh berkahwinlah, tapi kalau belum ada jodoh, jangan sesekali menjalani kehidupan dengan kesedihan. jadi andartu juga boleh masuk syurga, lagi best, dapat bidadara syurga. bergantung pada amalan hidup kita, bukan pada kawin atau tidak.


dalam hidup kita nak mencari ketenangan. ketenangan lahir dari dalam diri sendiri, tak kira apapun status diri, sama ada bujang, andartu, duda, janda ataupun berkahwin. jangan kita letakkan kebahagian pada orang lain atau benda lain.
tapi ketenangan hidup hanya akan kita dapat bila kita menjalinkan hubungan yang baik dgn sang PENCIPTA. mustahil kita dapat hidup bahagia dan tenang bila kita membelakangkan ALLAH.

jadi pada saya, kita perlu buang ketepi kesedihan bila melihat orang bersuami & berkeluarga. yakin lah pada RUKUN IMAN yg ke-6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. Allah Maha Mengetahui. yakin dan berserah. pegang kuat2 kepadaNYA. jangan kita ber "kalau- kalau-kalau".
cakap memang senang, tapi nak melaluinya memang payah. saya dah pun melaluinya. saya pun berdoa bertahun2....minta pada Allah. time tu, mcm rasa tak makbul je doa saya....tapi saya sedar kesilapan saya, saya tak 100% berserah kepada Allah.

then, saya terbaca kita kena mengakui lah kesilapan kita pdNYA, minta KEAMPUNAN dariNYA. lepas tu saya banyak buat solat sunat: solat taubat, hajat dll. saya beli buku solat2 sunat.

bila time sedih2 tu, saya flashbak balik diri saya, banyak dah kesilapan diri saya. dalam hal jodoh ni, saya dulu banyak lukakan hati orang lain. saya dulu banyak terima lamaran dari lelaki, semua saya tolak sebab tak sesuai, rasanya lebih dr 20 kot.

pada masa tu, saya pasrah lah, mungkin ni balasan untuk saya. saya terima dugaan ni.....amazingly, bila saya mengaku kesilapan dan dosa2 saya yang lain, bertaubat dan saya belajar mengikhlaskan hati saya menerima kenyataan bahawa ada kemungkinan saya akan hidup seorang diri sampai tua, kali ni, saya sungguh2 terima...i.e. REDHA. saya redha dengan ketentuanNya, saya rasa tenang sangat. tiba2 saya rasa kasih sayangNya, saya nampak semua dari perspektif yang positif...susah nak explain, tapi saya rasa bahawa saya ada Penolong yang sentiasa MELIHAT saya, MENYAYANGI saya, yang MAHA BERKUASA. apa pun tak kan terjadi tampa izinNya. tak yah risau. saya dah tak perlu bergantung kepada manusia, tapi saya bergantung kepada PENCIPTA kepada manusia.

keyword ialah REDHA. redha dengan segala ketentuan Allah. once kita dah redha, tak de lagi dah kerisauan.

[ Last edited by  batricia at 22-3-2009 23:37 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 11:34 PM | Show all posts
sukabajukebaya & nanas,
tak de cerita sangat pun (kalau cerita nanti 3 hari 3 mlm tak abis), saya cuma share apa yang pernah saya lalui, kot2 lah boleh bagi inspirasi pada orang yang senasib dengan saya.

tapi sekarang, saya dah pun bersuami, alhamdulillah..syukur pada Allah, rupanya jodoh saya lambat sebab nak dapat suami idaman yang terbaik untuk saya, saya malu pada Allah kerana pernah bersangka buruk kepada Allah dulu. dulu saya selalu persoalkan kenapa saya lewat kawin, kenapa Allah duga saya, kenapa mcm ni kenapa mcm tu....

tapi tu lah, bila dah rapat dan memperbaiki hubungan dengan Allah, dan mengakui kekuasaannya, mengakui kita insan yang sangat lemah yang sentiasa memerlukanNya, saya dapat rasakan nikmat hidup. akhirnya, bila jodoh sampai, baru saya betul2 faham .. sungguh!!!...ALLAH MAHA MENGETAHUI. tak yah susah2 nak membayangkan kehidupan pada masa depan, kalau mcm ni kalau mcm tu....hanya yakin dan tawakkal padaNya, janji pada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik, ikut syariat, usaha takat yang mampu, the rest...tak yah fikir lagi...TERIMA JE...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 12:05 AM | Show all posts
pada saya lah, kalau kita sunyi, cari lah penghibur hati dari diri sendiri, tak yah keluar duit kesana sini.

untuk leon, kalau baca sekali imbas, nampak nya macam menyedihkan je hidup awak tapi, mcm yang saya cakap semua bergantung kepada diri sendiri, kita boleh cipta kebahagiaan sendiri walaupun dalam penjara.

saya harap leon jadi lah anak yang taat. memang nampaknya macam parent leon lah penyebab leon tak de teman, terperap dan memendam rasa. tapi ingat lah, bahawa syurga kita di bawah tapak kaki ibu. biar kita tak de harta tapi ada keredhaan dari ibu bapa.
kita boleh mendapatkan prince charming & harta dunia, tapi kita tak akan mendapat bahagia tanpa keredhaan ibubapa. saya pun dah lalui zaman ni, dulu saya degil sangat, banyak buat mak saya menangis. hidup saya tak happy pun walaupun saya dapat apa yang saya nak denganmelawan mak sendiri.
banyak perbuatan mak saya yang saya tak setuju, tapi sekarang saya belajar redha dan menerimanya. mereka adalah orang tua kita, taat lah....dan berdoa lah pada Allah, Allah berkuasa atas segalanya termasuk ibubapa kita, mintalah pada Allah supaya dilembutkan hati mereka.

tapi jangan expect semua akan berubah sekelip mata bila dah berdoa, jangan sesekali give up. terima bahawa ini lah ujian hidup kita, ini adalah qada & qadar , hanya orang yang BERSABAR akan merasa nikmatnya.
minta supaya kita diberikan petunjuk dan hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 12:22 AM | Show all posts
lagi satu saya nak tambah, dulu2 time single, saya selalu berangan2. panjang angan2 saya sebab malam selalu byk free time kan....
oooo...yang ni kena buang habit ni...terutama bila time nak tidur, dulu saya nangis2 sambil fikir benda yang sedih2..

tapi sikap ni salah sangat. sebab dari apa yang saya baca masa 1jam sebelum kita tidur dan baru bangun dari tidur sangat kritikal...lupa lah sebab apa, malas nak cari buku tu...tapi time tu jangan fikirkan yang negatif, kena fikirkan yang positif je.

tip dari saya, bila nak tidur tu, jangan fikir benda lain, ZIKIR is the best. betul ni. banyak yang kita boleh baca. yang paling senang ialah YA ALLAH...baca sebanyak mungkin, kalau boleh sampai tertidur, tapi baca dengan tasbih kat tangan. sebab kalau ada tasbih, kita akan commit nak habiskan zikir tu, kalau tak leh sangat, buat 100 kali je.

saya dulu pernah mengalami depression yang berat. sebab saya pernah kecewa bercinta, gagal dalam perniagaan sampai ke satu tahap rumah kereta semua nak kena lelong. mcm2 dugaan hidup. saya mesti nangis punya kalau nak tidur, kadang2 sampai tak keluar bilik, duduk dalam selimut sehari suntuk.

sekarang saya dah tau dah, semua bermula dari minda kita, hari esok dimulakan dengan malam ni, bila nak tidur saya paksa diri tak berfikir, hanya berzikir ( saya baca surah al-ikhlas 100 kali, Ya Allah 100x, Subhanallah 100X, istighfar 100x, Ya Rahman, dll) saya ulang2 sampai tertidur...(tvmesti tutup kalau tak kita tak leh nak fokus).
bila celik mata, saya sambung lagi, ikutlah, kalau nak cepat saya buat 1 round je kadang2 saya buat byk2. saya dapati bila saya amalkan ni, saya lebih ceria untuk hari tu, saya lebih bertenaga, lebih rajin, lebih happy...rasa ringan kepala...

bila saya malas, jadi balik perangai lama, i.e: tak de mood, nak marah, sedih tak tentu pasal.

sekarang memang saya amalkan zikir ni. saya cadangkan pada yang ada problem mcm saya, amalkan lah zikir...apa2 pun boleh, sebab kan niat kita nak mengingati Allah, memang sesungguhnya mengingati Allah adalah yang sangat utama.

kalau time saya malas2, saya tutup mata, saya zikir, insyaallah, lepas tu saya rasa mcm lain tau...cuba lah ya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:29 AM | Show all posts
Baru jumpa thread ni. Menarik. Saya pun dah masuk golongan ni jugak. Belum lagi desperate nak kahwin sebab tengah belajar lagi. Saya simpati dengan nasib leon. Bersabarlah.

Mungkin sebab saya sambung belajar maka parent saya tak paksa kahwin lagi. Kebetulan saya ada kakak yang tak kahwin lagi juga. Berat hati bila tengok most of friends (dan juga exbf) dah kahwin siap ada anak. Sedih tapi apa boleh buat belum ada jodoh. Bukan tak berusaha cuma belum jumpa yang sesuai.

Saya nak share sikit kisah saya walaupun dah masuk 30 tapi masih duduk hostel kat U (bilik kecil kena share 2 orang lagi) sebab tak mampu nak sewa rumah sendiri. Saya ni tak berapa suka sewa share dengan rumah orang mungkin sebab bila usia dah meningkat dan sambung belajar peringkat tinggi perlukan privacy dan masa untuk belajar. Walaupun dapat scholarship tapi apalah sangat duduk KL ni mana cukup. Saya asal dari keluarga berada tetapi masa saya final year undergraduate keluarga saya ditimpa masalah kewangan yang besar hingga kami hilang tempat tinggal. Sedih dan pilu hingga tak terkata. Tapi rezeki di tangan Allah, saya dapat kelulusan yang baik dan ditawarkan scholarship untuk buat master. Duit yang saya dapat tiap-tiap bulan saya bagi pada mak n bapa saya supaya dapat tanggung kehidupan mereka. Tak banyak tapi adik-beradik lain membantu jadi agak cukup untuk mereka berdua.

Sekarang saya dah sambung pelajaran ke peringkat PhD. Bukan apa saya ini cita-cita saya untuk menuntut ilmu disamping saya dapat membantu keluarga saya kelak dan juga untuk menjamin masa depan saya. Mungkin sebab masalah keluarga saya agak serius tapi sesiapa yang kenal saya, saya boleh jadi peramah dan mudah mesra. Cuma saya susah nak terima lelaki sekarang. Tambahan kebanyakan yang bujang tak berapa matang dalam menhadapi kehidupan yang mencabar ni. Kalau ada pun kebanyakan suami orang atau duda. Dan bukan saya nak mengutuk orang bujang, tapi kebanyakan mereka melihat anak dara tua sebagai peluang untuk diambil kesempatan.

Alhamdullilah sepanjang saya melanjutan pelajaran saya dapat menjejakan kaki merata dunia untuk menghadiri persidangan dan mengembangkan ilmu yang ada. Tak rugi sambung belajar ni. Pandangan sinis dari masyarakat setempat memang sentiasa ada dan tak boleh dielakkan. Kena banyak-banyak bersabar. Bohong kalau dikatakan saya tak pernah menangis kerana selalu dikritik kerana tak kahwin lagi (ini berlaku di tempat saya belajar).  Sebabkan saya duduk bilik hostel yang share tak boleh menangis dibilik so terpaksalah menangis sorang-sorang di toilet atau shower.

Saya sekarang bersyukur apa yang ada sekarang. Walaupun banyak dugaan tapi saya yakin jodoh tetap ada dan ianya akan datang dengan sendiri. Lambat atau cepat semuanya atas usaha kita dan ketentuan Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 10:17 AM | Show all posts
thanx kpd yg sudi share..

masalah aku skrg ni... aku di dlm dilema... perlu ke aku move hidup aku ni... maksud aku, aku tukar tpt keja, hidup jauh sket dari parent, carik bf (kalo masih ada yg saki-baki laa..), pastu start bisnes sendiri & carik duit byk2, beli rumah sendiri, pastu bleh tolong2 sket parent aku.... TAPI kalo aku buat mcm ni serupa DERHAKA kat parent aku sbb diaorg x akan sekali2 bagi aku klua drp umah ni... huhu...

If aku x move & sekadar berserah nasib tanpa apa2 usaha... hidup aku lagi 10-20 tahun akan dtg tetap mcm ni sampai aku menopaus...ok ke??!! Pastu bila parent aku dh x de lg, if aku masih x kena sakit mental, aku pergi menyerahkan diri ka rumah kebajikan org tua2...aci ke??! Maklum la, umo dh byk, dh pencen x bleh keja, sakit tulang blkg seme... gaji kecik, KWSP pun kecik... cukup2 utk buat belanja batu nesan & tembok kubur aku je nnt.. boleh??!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2009 10:50 AM | Show all posts

Balas #146 leon_mclaren78\ catat

Leon, pada pendapat saya apa kata mula sikit-sikit dulu? Sambung belajar ke? Tak pun ambil kursus jangka pendek dulu supaya dapat keluar dari kepompong kehidupan secara perlahan-lahan. Bagi saya, bila membabitkan orang tua tak boleh terburu-buru nanti hati mereka terluka. Saya faham dilema leon. Mungkin juga boleh buat bisnes kecil-kecilan dulu dari rumah contohnya buat bisnes on-line ke? Rasanya bisnes mcm ni mudah dibuat dan modal pun tak banyak (boleh join forum wanita melayu). Pilih aje bisnes apa yang leon nak buat.

Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni sedikit sebanyak membolehkan leon keluar dan mengurangkan kebosanan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 10:59 AM | Show all posts
aku ni dah kawin n dah ada anak ni lagi rindu zaman bujang...mcm2 aku leh wat.... ....paling best banyak tido la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2009 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by cepheid at 23-3-2009 10:50
Leon, pada pendapat saya apa kata mula sikit-sikit dulu? Sambung belajar ke? Tak pun ambil kursus jangka pendek dulu supaya dapat keluar dari kepompong kehidupan secara perlahan-lahan. Bagi saya, ...



emm.... terus terang aku akui...otak aku ni dh tepu nk study lg! Dulu ms nk amik degree pun merangkak... penah tfikir nk quit je sbb mmg betul2 dh give up (pointer rendah gile), tp last2 tpaksa extend semester, pastu kena repeat paper yg dpt karipap2 tu... dpt la cukup2 mkn... grad 2nd class, lower plak tu! Pointer CGPA di bwh 2.4... nyawa2 ikan!   Ni... loan MARA pun blom setat bayar... tahun lepas dpt bayar RM200 je sbb gaji kecik sgt... nk wat loan lg kew?!

Kalo nk amik master pun bkn bleh selesaikan masalah... x mengubah apa2 keadaan pun sbb --- aku tetap kena duk umah ni... amik master kalo kelas mesti hari sabtu atau ahad kan... aku keja dari hari isnin sampai sabtu... bila masa aku nk rehat2...nk g shopping pun nnt x de masa. Pendek kata menjadikan hidup aku btambah bz, malah menambah beban dlm otak & beban kewangan... nnt aku bertambah2 tensen plak... sbb sblm ni ditimpa masalah kat umah & opis... ni nak tambah plak masalah kat tpt study... huuuuuuuuuuuuu......   

If nk buat master full time... abis tu utang2 aku ni siapa nk bayar??!!! Aku bkn nk bagi alasan, tp ni realiti kemungkinan yg aku kena hadapi nnt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by mynameisdot at 23-3-2009 10:59
aku ni dah kawin n dah ada anak ni lagi rindu zaman bujang...mcm2 aku leh wat.... ....paling best banyak tido la



maap ye kalo cara aku nk komen ni kedengarannya kasar... kata2 mcm awak ni adalah kata2 org yg x pandai nk bersyukur & menghargai apa yg Tuhan dh bagi kat diri awak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 05:02 PM | Show all posts

Reply #144 batricia's post

Kata-kata Indah akk 2 ....menyedarkan sya...percaya x kalo sya ckp yg sya copy and paste all of ur words.....

Anyway ..thsx  sis.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 23-3-2009 12:57



maap ye kalo cara aku nk komen ni kedengarannya kasar... kata2 mcm awak ni adalah kata2 org yg x pandai nk bersyukur & menghargai apa yg Tuhan dh bagi kat diri awak....



akju mintak maap kalo bunyik aku cm x bersyukur..

ekceli yg aku maksudkan ialah tiap sesuatu keadaan tu ada yg best/xbestnyer...i juz want to make u feel better...

mak sedara aku pun dulu kawin masa umo 30-an gak...tu pun selepas aku kawin...aku x penah la selami isik hati dia...tp aku tau la sure penah alami dilema gak mcm akak2 kt dlm ni...tp ye lah dia fokus dgn apa yg dia nak dan dah ada phd..pastu baru kawin...skang ni anak ke-2 tgh 'on d way'....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:08 PM | Show all posts

Balas #144 batricia\ catat

Thanks atas info dan nasihat yang akak berikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:11 PM | Show all posts

Balas #1 leon_mclaren78\ catat

Sabar leon....saya memahami apa yang awak lalui sekarang.... berat mata memandang, tapi berat lagi bahu yang memikul......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:00 PM | Show all posts

Balas #149 leon_mclaren78\ catat

Hi leon, tak semestinya sambung master. Boleh juga ambil short course memasak ke, menjahit, buat kraftangan ke. Kalau tak silap dekat baitulmal atau pejabat mara negeri or kemas ada offer kursus-kursus ni dengan bayaran minimum tak mahal pun. Kita kenalah berusaha tak boleh duduk sahaja dan mengharap perkara baik dan rezeki datang bergolek.

Sekurang-kurangnya awak masih ada rezeki Tuhan berikan pekerjaan dan keluarga untuk hidup bersama. Memang pedih kalau keluarga mcm tu dan sebagaimana nasihat-nasihat orang lain kena banyak bersolat dan berdoa.

Untuk pengetahuan awak masa keluarga saya dilanda krisis, saya hanya dapat gaji RM500 sahaja dan bila dah bagi family berapa sajalah saya dapat. Pernah saya tak makan apa-apa berlapar sahaja. Alhamdullilah semakin hari semakin baik kehidupan saya setelah berusaha. So jangan putus harapan! Lagi satu minta mak leon doakan kebahagian untuk leon. InsyaAllah berjaya sebab doa ibu untuk anaknya mudah dimakbulkan oleh Allah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by cepheid at 23-3-2009 20:00
doa ibu untuk anaknya mudah dimakbulkan oleh Allah...


Aku pernah terdengar ceramah agama dalam tv mengatakan...

" Jika seorg ibu berdoa yg BURUK utk anak...cepat dimakbulkan Allah,
doa seorg ibu bagi perkara BAIK untuk anak agak LAMA dimakbulkan Allah berbanding doa seorg ayah
kpd anaknya utk perkara BAIK adalah lebih CEPAT dimakbulkan Allah..
doa ayah kpd anaknya utk perkara yg BURUK lambat dimakbulkan Allah..."

Itu sebabnya bila ibu menyebut perkara yg buruk pada anak cepat je terjadi..

Walla hualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2009 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by mynameisdot at 23-3-2009 18:36



akju mintak maap kalo bunyik aku cm x bersyukur..

ekceli yg aku maksudkan ialah tiap sesuatu keadaan tu ada yg best/xbestnyer...i juz want to make u feel better...

mak sedara aku pun  ...


Dot... ekceli baru2 ni aku ada dgr ceramah agama sempena Maulidur Rasul... Ustaz tu kata Allah byk bagi hadiah kat kita cuma kita yg x sedar... hadiah2 tu ialah parent kita, suami kita, anak2 kita. Sbb tu kita kena hargai. Aku sedar aku kena hargai parent aku. That's why walopun hati aku ni dh byk kali berkecai & disambung balik, aku masih bersabar & bersabar... kalo ikutkan bisikan syaitan, dh lama aku cabut & tinggalkan je parent aku tu. Aku ni bknnya jenis yg suka kuang aja dgn org tua... sbb tu bila diaorg naik hangin, aku diammm je.. malas nk lawan la sbb my mum ni mulut dia jenis yg suka sumpah2 seranah. Dh byk sumpah2 dia yg tpaksa aku telan, maybe sbb tu hidup aku jd mcm ni sbb dimakan sumpah ibu sendiri. Kdg2 bapak aku pun marah kat ibu aku sbb mulut dia laser sgt sampai kdg2 bapak aku pun terasa hati gak.

Sbb dedua garang gile, aku x berani nk bermesra dgn diaorg. Nk bual2 pun jauh skali... semuanya sbb perangai diaorg yg panas baran, kalo gaduh memasing x mo kalah... sejak zmn aku skolah rendah sampai la skrg... pening kepala aku. Satu lg ibu aku ni jenis yg x biasa susah sejak kecik (menurut apa yg nenek aku bgtau aku), apa nk semua dpt. Agaknya sbb tu la dia x lepaskan aku keja jejauh sbb takut x de 'org suruhan' plak nnt.

Bapak aku plak jenis yg pegang kpd "syurga di bwh tapak kaki ibu".. even masa umo aku dh cecah 30an ni, setiap kali ibu aku ngadu benda2 yg dia x puas ati pasal aku, bapak aku akan panggil aku & paksa aku salam & mintak maaf kat ibu aku. dia suruh aku layan ibu aku mcm org lain... walhal ibu aku layan aku mcm stranger je... aku kekok la... aku dh try tp x boleh, terasa memasing hipokrit je. Tp ada time ibu aku sakit sampai x larat bgn, aku mmg rela hati jaga dia walopun kekok. Penah bapak aku paksa aku gi mandikan ibu aku.. tp ibu aku plak mcm x selesa, aku nk tolong sabunkan bdn dia, dia x bagi, semua nk buat sendiri. Aku tolong siram2 je la masa tu, kecik ati gak rasa sbb tang tu ibu aku x sudi plak terima bantuan aku. Tgk la, dia pun kekok dgn aku. Satu lagi kalo aku yg masak lauk, dia mmg x akan mkn, kalo ada pun jamah sket je. Tp kalo adik aku yg masak, ibu akan mkn mcm biasa. Tp adik jarang blk umah. Sbb tu nowadays dia lebih suka beli je lauk kat kedai, aku sendiri dh lama x masak except masak nasi je la. Kalo hari adik aku nk balik, walopun ibu x brapa sihat, dia berusaha sungguh2 masak yg best2, especially bila hari adik aku bwk bf dia balik skali. Ibu aku ni mmg cerewet gile pasal mkn, walopun dia sakit tp selera mcm org ada bela jin!

Aku bkn nk buka pekung family aku, tp skdr nk bg kowang faham situasi aku & jadikan iktibar... ckp mmg senang... suruh sabar, sabar, terus buat baik sbb diaorg tu parent... tp benda ni umpama 'barah' kpd diri aku dlm diam2... nenek aku sendiri pun kesian kat aku, dia kata dia doakan aku cepat2 klua drp umah aku ni (tukar tpt keja kat negeri lain) sbb dia kesian aku hidup lonely & kena kontrol je. Dulu nenek aku sendiri pun x tahan duk dgn ibu aku sbb asyik kena laser je..sbb tu dia paham & sokong aku. Aku slalu doa kpd Tuhan... kalo tukar keja adalah keputusan terbaik utk hidup & masa dpn aku, aku mohon Tuhan permudahkan. Kalo sebaliknya, aku mohon Tuhan berikan aku kekuatan supaya aku x jd anak derhaka & berikan aku sedikit kebahagiaan! Amiinnn....

[ Last edited by  leon_mclaren78 at 24-3-2009 09:23 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2009 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 24-3-2009 08:56


Aku pernah terdengar ceramah agama dalam tv mengatakan...

" Jika seorg ibu berdoa yg BURUK utk anak...cepat dimakbulkan Allah,
doa seorg ibu bagi perkara BAIK untuk anak agak LAMA dimakbu ...



no wonder....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2009 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by cepheid at 23-3-2009 20:00
Hi leon, tak semestinya sambung master. Boleh juga ambil short course memasak ke, menjahit, buat kraftangan ke. Kalau tak silap dekat baitulmal atau pejabat mara negeri or kemas ada offer kursus- ...


Aku mmg ada hati nk buat mcm2 perkara & penuhkan hidup aku ni dgn aktiviti berfaedah... pernah juga berangan kalo abis waktu opis ptg2 aku nk gi joging sbb bdn aku ni stamina kureng (ada sakit semput), pastu dh melebar semacam je...ingat nk jaga la body shape, tambah2 aku blom kawin lg. Aku dh penah buat skali, g joging dgn member opis, blum sempat apa2 bapak aku kol henpon aku & marah2 suruh aku balik cepat sampai member2 opis aku pelik & simpati dgn aku. Bapak aku mmg pantang kalo aku balik lambat sbb nnt dia nk g surau, siapa nk jaga ibu kat umah... aku kelam kabut balik... kalo tlambat, mmg aku speed gile keta aku sampai penah skali keta aku eksiden disbbkan hal ni. Tp parent aku x penah nk amik iktibar... apa yg diaorg tau, aku mesti cepat sampai umah! Aku nk wat OT pun x bleh... bapak aku mula la merungut kalo tpt keja aku ada function apa2 waktu mlm (buat baca tahlil ke).

Kesimpulannya aku mmg x bleh ada apa2 aktiviti tambahan masa kat umah... semuanya prohibited! Nk wat aktiviti semuanya mesti wat kat umah jugak. So masa lapang yg ada aku main games kat laptop atau nonton tv sampai ngantuk.

[ Last edited by  leon_mclaren78 at 24-3-2009 09:37 ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 01:29 PM | Show all posts
ko nie anak angkat ker??? sori ler ehh... susah nak jumpa mak bapak yang tak sayang anak nieh..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077806 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list