CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118057|Reply: 436

Konspirasi : USA Tipu Dunia Tentang Pendaratan Di bulan -

[Copy link]
Post time 16-2-2009 06:50 AM | Show all posts |Read mode
AS tipu dunia mendarat di bulan?



TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan
AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969.


LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.

Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.

Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.



TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan
misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa
tidak ada dalam gambar.


Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.

Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.

Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.

Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.

Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi


******************************************************************************************

banyak dah baca theories pasal kemungkinan yang america duped the world regarding
menjejak kaki ke bulan tahun 1969 dulu tu... -
kajian ni tak pernah berhenti.. dan banyak juga proof yang menunjukkan sebenarnya neil
tak sampai ke bulan pun... etc etc....   walaupun astronaut tu sendiri mengatakan dia
sampai ke bulan... dan ceritakan pengalaman dia di sana... bla bla bla ding dong ding dong -

there's always two sides of the story ... nak tengok juga apa argument dari kawan2 tentang
benarkan america dupe the world mengenai perkara ini -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 07:37 AM | Show all posts
tentang tak kelihatan bintang tu, adalah kerana cahaya matahari pagi adalah sangat terang....sebab ketika itu waktu siang, bukan malam....

even kita kat sini waktu malam pun, kalau duduk kat town, dah susah nak nampak bintang, kena tunggu black out baru nampak bintang....

tapi yg kat bulan tu, adalah waktu siang terang berderang......tentulah lagi tak nampak....
jangan salah sangka, kat bulan walaupun siang, langitnya tetap gelap sebab tak ada udara nak pantul cahaya....

so nak tau siang ke malam kena tengok tanah.....tanah je yg boleh pantul cahaya kat bulan....langit dia , malam ke pagi ke, hitam gak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 08:15 AM | Show all posts
Check balik episod khas Mythbusters....

Dan sebab kenapa aku kata memang manusia sampai kat sana...banyak tapi aku bagi tau dua ni
1. Soviet Union sendiri mengakui pendaratan tersebut
2. Nak auta tu sekali boleh la...masalahnya ada 6 lagi misi ke bulan lepas Apollo 11.

BTW boleh mintak mod bod History pindahkan thread pasal moon landing/moon landing hoax ke sini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 01:57 AM | Show all posts


blh ker bendera berkibar...
ada angin ke kat bulan tuh.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 06:14 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 16-2-2009 08:15 AM
Check balik episod khas Mythbusters....

Dan sebab kenapa aku kata memang manusia sampai kat sana...banyak tapi aku bagi tau dua ni
1. Soviet Union sendiri mengakui pendaratan tersebut
2. Nak ...



manusia mendarat 11 kali after that tu.... nak tengok gak gambar2 yang lain
kalau dapat buat perbezaan - would be great -

personally saya rasa betul yang neil dah menjejak kaki ke bulan -

kalau ada argument tentang tu - saya suka baca juga - macam cerita
di post #1 tu -
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 07:48 AM | Show all posts
Persoalan yang menarik untuk di fikirkan di sini adalah , sekiranya benar manusia dah berjaya mendarat 11 kali di bulan , maka apa yang menyebabkan mereka stop terus sesudah tu , bukankah sekiranya mereka benar-benar dah miliki teknologi ke bulan maka mereka akan expand lagi la kan keupayaan mereka ni untuk buat base camp ke di bulan , dan buat berbagai-bagai experiment di bulan mengenai berbagai perkara dari hanya cuma collected sampel batu bulan seconet tu aje .

Memang perangai scientists america yang suka buat kajian itu ini di tempat yang orang jarang dapat pi , contoh macam kat antartika ( baca article kat bawah ni ) , jadi kenapa pulak mereka tak buat benda yang sama di bulan ? Mereka tak minat nak tau lebih lanjut ka mengenai geology bulan ? Tak minat nak kaji lebih lanjut ka environment bulan ? Kenapa kat antartika aje depa kalut nak pi buat base camp , kalau kat bulan depa dah ada teknologi nak pi dan mendarat dulu tu , maka sudah semestinya sekarang ni depa akan pi lagi kerap , dan dah sepatutnya terpacak dah pun haih base camp depa tu di sana dengan berlungguk saintis depa dok tengah sibuk buat kajian itu ini . America suka jual snake oil , gee I don't buy it

____________________________________________________________________________________

Scientists to Study Antarctica's GeologyPosted on: Tuesday, 6 November 2007, 12:59 CST
ST. LOUIS -- A group of Washington University researchers will head to Antarctica later this month to learn more about the continent's geologic origins.
The group will install 10 seismographs that will provide data to help other scientists build better climate change models, Douglas Wiens, a Washington University professor and team leader said.
"We have no idea what's beneath the ice," Wiens told the St. Louis Post-Dispatch. "No one has even taken any rock samples. It's thought that when the Earth's climate started to cool millions of years ago, the first glaciers in the world formed in these mountains."


The team's base camp will be built 250 miles north of the South Pole, in a region of Antarctica that has only been explored by a Russian team 50 years ago and last year by a Chinese group.

http://www.redorbit.com/news/science/1133103/scientists_to_study_antarcticas_geology/

[ Last edited by  blastoff at 17-2-2009 07:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2009 08:25 AM | Show all posts

Reply #6 blastoff's post

Rasanya salah satu sebab ialah ongkos...dan satu lagi sebab ialah fisiologi manusia sendiri. Itu antara sebab kenapa walaupun dah berbiji2 probe sampai Mars tapi nak hantar manusia masih teragak2 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 08:30 AM | Show all posts

Reply #4 musang_pulut's post

Dalam Mythbusters dah tunjuk camne jadi camtu....

1. bnedera tu ada frame tu yang tegak belah atas
2. 'kibaran' tu sebenarnya hasil daripada proses pemasangan bendera - kira tu renyukan bendera yang belum tegak betul sebab tiada udara yang menghasilkan geseran. Lagipun astronaut yang ambil gambar tu mesti nak ambik shot yang cun.....

Dan akhir sekali...kalau betul bendera tu berkibar sebab kipas angin...apasal debu kat kaki dia tak terbang pun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 08:36 AM | Show all posts

Reply #5 dexa's post

Wiki kan ada...heheh.

Atau google aje images untuk Apollo 11, Apollo 12, Apollo 14, Apollo 15, Apollo 16 dan Apollo 17
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 17-2-2009 08:25 AM
Rasanya salah satu sebab ialah ongkos...dan satu lagi sebab ialah fisiologi manusia sendiri. Itu antara sebab kenapa walaupun dah berbiji2 probe sampai Mars tapi nak hantar manusia masih teragak2 ...


So you percaya depa dah pernah mendarat ke bulan sebelum ni ke atau tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:08 AM | Show all posts

Balas #4 musang_pulut\ catat

la......bendere tu berkibar atau dia tak cukup berat untuk layu ke bawah?

apa nak diheran? graviti kan rendah, so kalau kembangkan bendera tentulah dia susah nak jatuh/layu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:08 AM | Show all posts
baru ni aku ada tgk kt History Channel
Slot History Secret

MMg nmpak mcm betul diorang moonwalk kt bulan ni................

Mcm monyet pon ada....miahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:10 AM | Show all posts

Balas #10 blastoff\ catat

saya remain 50-50.....

cuma hujah seperti tak nampak bintang atau bendera berkibar nampaknya tak boleh diguna pakai utk menafikan hal ini....

maknanya perlu alasan yg lebih konkrit utk menafikan.....if not, sy remain 50-50 dan terbuka.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:13 AM | Show all posts

Balas #12 musang_pulut\ catat

tu arr.....

michael jackson je yg boleh moon walk kat bumi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:37 AM | Show all posts
to think back that they were thousand kilometres from earth that day, landing in some places which is far away, it make me feels creepy and so alien just by seing those picture.......

yet, where there is land, the view just look like the earth....dusty, sandy and nothing weird....

even in mars, the view of the surface look ordinary.....   you guys have seen it rite?

I wonder if someday, there is planet which we encountered, the surface will look like something that we ve never seen before....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 10:26 AM | Show all posts

Reply #10 blastoff's post

Percaya la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 07:00 AM | Show all posts
pandai betol tipu ore d'ore nih :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 12:37 AM | Show all posts
a very long (very long!) article (3 parts) explaining this matter

http://www.lunaranomalies.com/fake-moon.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 02:23 AM | Show all posts

Reply #16 alphawolf's post

?? percayaaaaaaaaa laaaaaaaaaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 05:07 PM | Show all posts

Balas #18 saden\ catat

bila tengok2 gambar tu, dan cuba letakkan diri kita kat mereka, sesungguhnya, perjalanan tu sangat jauh...

perjalanan paling jauh pernah aku pergi pun dalam masih di bawah 600 kilometer.....tu lapaling jauh....

yg ni sampai bumi nampak kecil.......

cuba pikir2 balik, nak pergi bulan, calculation untuk landing di bulan, dengan mengambil kira pergerakkan roket, pergerakkan bulan, campur2 motion law dalam fizik sket......tapi tu semua atas kertas.....dalam situasi sebenar,nampak macam banyak uncertainty....bagi aku la, layman......sebab aku tak tau camna diorang terbang ke sana.....

tapi last2 diorang sentuh jugak tanah kat bulan tu.....perrgh!!! meremang bulu tengkok aku bila pikir balik.....

dengan teknologi zaman tu, seolah2 ia perjalanan maut ke lautan angkasa.... tapi last2 semua terselamat........

dahsyat kan diorang....jauhnye bulan~......

let say lah, kita anggap betul lah yg diorang penat sampai sana.....
dan diorang sabung nyawa pergi sana jauh2......tapi bila balik, ada orang kata diorang duduk kat area 51.....mesti yg astronout tu rasa bengang giler kan....

[ Last edited by  ussopp at 19-2-2009 05:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082484 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list