CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5576|Reply: 4

Penggunaan Water Scooter/Jet Ski Oleh Agensi-Agensi Beruniform

[Copy link]
Post time 18-2-2009 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Aku baru perasan PDRM pun ada menda ni dan bagi navy aku pernah jumpa atas kelas Laksamana, aku ingat Bomba aja yang ada fasal nak buat ala-ala baywatch..



Soalan aku, bagi bomba kalau tak silap aku penggunaan fasal jadi mini fire-tug (yaka tapi tengok gambar tak ada rupa pun ) tapi untuk agensi2 lain apa kegunaan jet-ski ni sebenarnya...kalau untuk patrol aku rasa masak main dalam air ni..ada orang boleh terangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2009 12:06 PM | Show all posts
Hmm...dapat dah apsal PDRM ada jet-ski ni..

Polis marin tingkat kecekapanOleh Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my


Kemudahan jet ski membolehkan anggota bertindak pantas banteras jenayah di laut

USAHA membanteras dan mencegah jenayah negara bukan hanya perlu ditumpukan di daratan. Ini kerana kedudukan geografi negara ini yang dikelilingi perairan mendedahkannya kepada jenayah laut, yang mana jika tidak ditangani dengan sistematik dan berkesan, ia pasti boleh melumpuhkan ekonomi negara.

Perairan negara sebenarnya mempunyai pelbagai khazanah marin yang berharga, malah lautan negara juga menjadi laluan penting industri perkapalan. Keadaan itu sebenarnya mendedahkan perairan negara pada pelbagai ancaman. Keadaan laut yang luas terbentang mengundang penjenayah laut untuk menjalankan aktiviti mereka, menyeludup barangan terlarang, mengambil hasil marin secara haram serta melakukan kegiatan pelanunan.


BERANI: Polis marin sebagai antara agensi yang bertanggungjawab mengawal keselamatan perairan negara
Ini semua perlu ditangani dengan cekap dan berkesan bagi memastikan perairan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan aman, lebih-lebih lagi penjenayah kini semakin canggih, malah menggunakan kenderaan atau sistem yang moden untuk melarikan diri selepas melakukan sesuatu jenayah di laut.

Bagi menghadapi pelbagai cabaran ini, polis marin sebagai antara agensi yang bertanggungjawab mengawal keselamatan perairan negara tidak terkecuali melaksanakan pemodenan peralatan dan meningkatkan keupayaan mereka bagi membolehkan pasukan itu bertindak pantas memerangi dan menumpaskan jenayah di lautan.

Berikutan itu, polis marin melengkapkan pasukannya dengan jet ski berkuasa tinggi, yang mampu mencecah kelajuan 130 kilometer sejam (km/j) bagi memudahkan anggotanya tiba di lokasi kejadian, berbanding menggunakan kapal ronda bersaiz besar.

Kenderaan baru itu bukan hanya mampu memendekkan waktu bertindak ke atas setiap laporan jenayah laut, malah sesuai digunakan untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jika berlaku sesuatu bencana.

CEPAT DAN TANGKAS: Menyelamat mangsa bot yang terbakar antara tugas pasukan ini.

Ketua Polis Marin Wilayah Utara, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan, berkata pihaknya menerima enam jet ski dengan masing-masing dua buah di Pangkalan Polis Marin Bukit Malut, Langkawi; Kampung Acheh, Lumut dan Pulau Pinang, manakala dua unit lagi di tempatkan di Putrajaya.

Jet ski itu dibeli menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Setiap jet ski berharga RM116,000 itu boleh dinaiki tiga anggota lengkap bersenjata dan ia boleh rapat ke pantai dan kawasan perairan pulau yang sempit serta berbatu.

Majlis pelancaran jet ski itu disempurnakan di Langkawi, Kedah, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu adalah Pegawai Pemerintah Polis Marin Kedah/Perlis, Deputi Superintendan Salehuddin Mat Zaman.

Kemudahan terbaru itu dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan serta mengimbangi keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di darat dan udara.

Zainul Abidin berkata, jet ski seberat 450 kilogram (kg) setiap satu itu juga boleh memuatkan 60 liter bahan api dan mampu beroperasi selama lapan jam tanpa henti selain berkeupayaan membawa muatan mencecah 270 kg pada satu-satu masa.

Serentak penerimaan kenderaan itu, pasukan elit juga ditubuhkan bagi memantapkan pasukan Polis Marin Wilayah Utara. Seramai 18 anggota diketuai Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan ditugaskan mengendalikan jet ski itu.

BERSEDIA: Gaya menarik unit jet ski Polis Marin Wilayah Utara sempena pelancaran pasukan itu di Pangkalan Polis Marin Bukit Malut, Langkawi, baru-baru ini.

Mereka pada bila-bila masa boleh diarah bertindak secara berkumpulan walaupun berada di pangkalan berasingan. menangani pelbagai kes membabitkan perairan negara, terutama aktiviti SAR, yang sehingga kini mencatat lebih 32 kes sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Antaranya, enam kes membabitkan usaha menyelamatkan mangsa bot karam di Kedah dan Perlis, Pulau Pinang (sembilan kes) dengan sebahagian besar membabitkan kes terjun jambatan, Perak (13 kes) dan Selangor (empat kes).

Zainul Abidin menambah, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukan jet ski itu yang boleh diarahkan bertugas pada bila-bila masa untuk melakukan SAR secara berpasukan atau individu.

Beliau juga berpuas hati apabila ujian yang dijalankan mendapati jet ski berkenaan mampu memendekkan waktu bertindak polis marin apabila cuma mengambil masa antara 15 minit dan 20 minit untuk tiba di Pulau Payar, berbanding 30 minit hingga 45 minit menggunakan bot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 12:48 PM | Show all posts

Reply #1 mmc's post

benda ni kalau signifikan kan ialah mcm operasi pakai motosikal...cuma aplikasi dia dlm air...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 02:01 PM | Show all posts
Polis guna gak jet ski diorg untuk ops sar lemas macam baru nie kat Kuala Ganu. Lebih fleksible kalau tepi pantai berbanding guna bot biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 02:11 PM | Show all posts
Boleh tahan gak. Maritim Msia ada pakai tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 2.692717 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list