CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6214|Reply: 21

Didakwa : Abai kucing

[Copy link]
Post time 27-2-2009 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Abai kucing,  pemilik didakwa 4 tuduhan



KUALA LUMPUR - Pemilik kucing yang disaman Jabatan PerkhidmatanHaiwan (JPH) di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaanmengabaikan empat ekor kucing Parsi peliharaannya diminta membayar kosrawatan dan penjagaan haiwan tersebut sebanyak RM38,000.

Ketika hujahan di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya,Suhaima Mohd. Noor memohon mahkamah memerintahkan Abdul Rashid Mohd.Othman (gambar) menanggung kos tersebut sejak haiwan itu diambil oleh JPH pada 21 September 2005 hingga 2 Januari lalu.

Abdul Rashid, 54, yang menghadapi empat tuduhan mengabaikananak-anak kucing miliknya, didakwa melakukan kesalahan itu pukul 12tengah hari, 21 September lalu di sebuah rumah No. 65, Jalan Wan Malini1, Sri Petaling di sini.

Ini merupakan kes pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamahkerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya sehingga dua ekorkucing tersebut mati walaupun telah diberikan rawatan oleh JPH.

Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam danputih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucingbetina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucingjantan berwarna putih dan hitam.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yangmemperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulanatau kedua-dua sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 09:55 AM | Show all posts
aii x sangka ader jugak brita gini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 09:55 AM | Show all posts
Kes abai kucing ditentukan 2 April

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.

Majistret Sazlinidayu Kamal Bahrain menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak selesai menggulung hujah masing-masing di akhir kes pendakwaan hari ini.

Dalam kes ini, Abdul Rashid Othman (gambar), 53, didakwa mengabaikan anak-anak kucing jenis Parsi miliknya di rumah No. 65, Jalan Wan Malini 1, Sri Petaling di sini pada kira-kira pukul 12 tengah hari, 21 September 2005.

Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam.

Abdul Rashid didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.

Kes ini merupakan kejadian pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamah kerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya.

Terdahulu, Penolong Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor berhujah bahawa pengabaian jelas berlaku kerana badan keempat-empat ekor kucing diambil dari rumah Abdul Rashid mengalami sakit kulit, sakit mata dan selesema.

Katanya, selain badan yang kotor, muka comot dan tapak kaki yang penuh dengan najis, kesemua kucing-kucing itu juga kurus dan tidak terbela semasa di bawah jagaan Abdul Rashid.

''Kegagalan Abdul Rashid memberi rawatan awal kepada keempat-empat ekor kucing itu menyebabkan penyakit tidak dapat disembuhkan yang mana seekor daripadanya mati pada 4 Oktober 2005 dan seekor lagi pada 18 Februari 2006.

''Sekiranya Abdul Rashid memberikan rawatan dan tidak mengabaikan kucing-kucing itu, Jabatan Haiwan tidak perlu keluarkan kos sebanyak RM38,612 sehingga Januari lalu untuk penjagaan dan rawatan,'' hujahnya.

Sementara peguam Robert Devan pula berhujah bahawa tiada sebarang pengabaian berlaku berdasarkan ubat-ubatan, syampu dan makanan yang disediakan oleh anak guamnya untuk kucing-kucing tersebut.

Katanya, timbul keraguan terhadap identiti empat ekor kucing tersebut memandangkan anak guamnya tidak pernah membuat pengecaman selepas ia diambil dari rumahnya selain tidak dimaklumkan apabila dua daripadanya mati di dalam jagaan Jabatan Haiwan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 10:08 AM | Show all posts
kesian kucing ye.... nasib kucing harus kite bela...
teman tak sanggup nak makan arnab sebab teringatkan kucing..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 10:28 AM | Show all posts
mujur kucing2 kat umah aku berdikari

heheeh kucing kampung gitu laa

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 10:28 AM | Show all posts
i pernah pergi rumah dia nih long time ago...mmg dia ni pembiak kucing.mmg banyak kucing

tapi, yang bela kucing tuh wife dia and bukan dia.kalau tgk wife dia nih, ya Allah mmg hidup dgn kucing!di cium2nya kekucing tuh mcm anak dia sendiri tapi mmg ada antaranya yang kurus, comot dan berpenyakit.masa i pergi tuh dia kata, baru nak mandikan kekucing tuh kalau tak mmg semua bersih jer.itu dia claim lah...

dia tunjuk cat food dia mmg banyak.dia pakai iam.satu tong drum penuh!ubat2 pun banyaklah...

tapi yelah dah banyak sangat macamana nak jagakan.mana nak jaga anak lagi, buat kerja rumah lagi.so berpada2lah.mmglah sayang kucing, tapi make sure yang kita bela tuh, kita mampu nak jaga, cukup makan, sakit diubati etc.janganlah biakkan bebanyak dgn niat nak jual, tapi kekucing tu terabai, mmglah naya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2009 10:34 AM | Show all posts
kucing parsi lak tu yg perlu dijaga, tk mcm kucing lain yg bleh idup berdikari cuma bg mkn jer

kucing parsi ni nk jaga mcm jaga baby
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 10:37 AM | Show all posts
hopefully ini jadi pengajaran kepada offender seterusnya...
tapi samannya, ya Allah... ciputnya! RM200 je...
mcm main2 je .
sepatutnya kalau dah samannya terlalu sikit, cuba penjarakan selama sehari dua atau seminggu.
biar dia rasa peritnya mcm kucing2 tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 12:46 PM | Show all posts
denda 200 je? tak padan dgn penderitaan kucing2 tuh...  undang2 kezaliman binatang kat malaysia nih mmg hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 01:17 PM | Show all posts
kalau mcm tu aku pon sepatutnye didakwa ke....pasal tak sempat nak antar buju g klinik dia dah mati...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 02:59 PM | Show all posts

Balas #7 Dayangku_Azie\ catat

betul..parsi ni dia manja over sgt..sbb dia tau dia yg paling cantik n comel ..rory ada sekor kucing parsi yg lagi 3 ekor kucing biasa jer..memang la dia ni manja terover...dia nak kita layan dia extra dr yg lain..kalau nmpak kita usap yg lain dia sure nak busy body gak..kalau nmpak kucing yg lain tido sebelah rory sure dia dtg n tido atas rory ..

memang kelakar la tgk gelagat dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 05:31 PM | Show all posts

Balas #11 rory1112\ catat

mesti comel... mana gambar kucing2 tu... nk tgk...

dyg kt kg ader kucing siam. kucing parsi n siam ni memang manja... kucing dyg tu asik nk dier jer kita kena ambil berat, klu kita belai kucing lain, dier marah kt kucing tu... tp seronok tgk gelagat kucing2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by AtA_JanE at 27-2-2009 13:17
kalau mcm tu aku pon sepatutnye didakwa ke....pasal tak sempat nak antar buju g klinik dia dah mati...

uiks... ko jgn..... ni dah kira pengakuan ni...... hehhehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 02:59 PM | Show all posts

Reply #8 boocik04's post

mmg la ciput .. maslahnya undang2 yg sedia ada .. xde direvise lagi ... dah bertahun dahhhh .. 200 tu harga tahun 70 an .. mmg la tinggi time tu .. tapi time laaa .. hahaha ...buat lap kaki aje 200 tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 04:36 PM | Show all posts
ape kate org2 yg abaikan kucen ni kite sumbat dia dalam cage n kite layan dia macam kucen yg dia abaikan tuh.:@ geram tol la ngan org tak tahu jaga kebajikan binatang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 11:23 PM | Show all posts
dulu ada orang datang umah aku kata aku abaikan kucing

palotak dia

kucing tepi jalan mmg suka datang umah aku sebab aku bagik makan .. dah tu bukan kucing haku..
siol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 01:24 PM | Show all posts
camne dianggap mengabaikan kucing?
kucing sakit biasa kita dgr.. tp kalau sakit dah bawak pd mati ..itu dikira abai jugak ke?
kalau sakit drastik.. mati pon drastik?? tak sempat bawak jumpe vet atau dah bawak jumpe vet tapi tak bole diselamatkan jugak..sedangkan dah abis byk duit ubat?

akak rasa akak tak abai diorg, tapi kalau diorg sakit & mati.. itu diluar kemampuan & kawalan...
lagi pon bukan kucing parsi or kucing mahal2 pon.. kita kutip kucing jalanan jer... selamatkan stray cat, especially kitten.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:14 PM | Show all posts

Balas #17 leotazz818\ catat

kak mana ada abaikan anak2 bulu akak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 03:02 PM | Show all posts

Reply #17 leotazz818's post

kte menolong pon berdasar kemampuan kte je.. sakit, ajal sume tuh ditangan Allah, cume bleh prevent + berusaha nk mengubati je. kucen nih pon spesis fragile + jangka hayat pon xlame cam manusia...

saye pon xrase kak leo ade abaikan kucen, malah menolong ade la. xmacam certain spesis manusia tuh:-

i) tau nak berlagak. lupe yang dunia nih bkn utk manusia je, ade makhluk len yg nk idup sama termasuk kucen. - kes nak buang kucen ke tempat len supaya tempat dier bersih la kununnye. deyyy, manusia yg homeless pon buang air merata sbb xde umah/tandas.
ii) menunding jari kat orang lain sampaikan manusia len yang menolong nih pon dipersalahkan - marah owg bg makan strays, etc
iii) anggap manusia yang sekadar menolong dalam batas kemampuan tuh kne bertanggungjawab 100% kat kucen tuh - macam kes elysyle

tapi, saye tatau la kes pak rashid nih cane ekceli.. kalu dier mmg sengaja.. 200 engget tuh mmg sket sgt la as denda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 07:12 AM | Show all posts
Lega dibebas atas tuduhan abai kucing

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


SEORANG pegawai veterinar Jabatan Haiwan membawa dua ekor kucing yang didakwa diabai pemiliknya ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif pemasaran automobil menarik nafas lega di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila terselamat daripada empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu, empat tahun lalu.

Sebaik sahaja mahkamah melepas dan membebaskannya di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri, Abdul Rashid Othman, (gambar) 53, terus menunjukkan isyarat bagus ke arah peguamnya, Robert Devan.

Abdul Rashid, yang juga individu pertama dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan berkenaan turut berpelukan gembira dengan ahli keluarga serta rakan yang hadir memberi sokongan.

Bagaimanapun dia yang enggan memberi komen kepada media hanya berkata:" Sudah cukuplah apa yang saya lalui selama ini!"

Sementara itu, Majistret Abdullah Sidek Mohd. Nasir yang membacakan penghakiman yang dibuat Majistret Sazlinidayu Kamarul Baharin berkata, setelah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal menimbulkan isu identiti kucing-kucing tersebut.

"Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, selain tidak direkodkan, kucing-kucing itu turut tidak diletakkan sebarang pengenalan sedangkan mahkamah berpendapat, amat penting untuk haiwan itu dilabelkan seperti mana di bawah Ordinan Binatang 1953.

"Malahan, kegagalan pengecaman ke atas kucing-kucing itu menyebabkan timbulnya keraguan terhadap identiti haiwan tersebut dan terputusnya rantaian bukti kes ini," kata beliau yang kemudiannya mengarahkan haiwan itu diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.189163 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list