CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DocYana

[Penulis] Novelis Hlovate

  [Copy link]
Post time 19-3-2009 10:28 PM | Show all posts
ptg td dh tangkap Rooftop Rant..
bau kedai lagi..
bila la nak start baca dengan keadaan yg tak
mengizinkan lg skg ni..
tp bila nmpak Hlovate..mmg tak boleh
nak lepas la..dh jadi peminat
citer2 yg dia tulis..sempoi jea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 02:34 PM | Show all posts
Nota: Saya ambil dari blog sembang- pasal buku untuk peminat hlovate kongsi bersama.

Hlovate tampil dengan karya terbaru beliau berjudul Rooftop Rant. Novel ke-22 terbitan Jemari Seni ini sama sekali tidak menghampakan aku sebagaimana novel-novel beliau terdahulu.

PUAS. Itulah perasaan pertama yang aku rasa usai membaca karya Hlovate yang kelima ini (selepas 5 Tahun 5 Bulan, Schubert's Serenade – Kompilasi 3 cerita dalam Gurindam Jiwa, aA + bB dan Tunas).

Kisah tentang Trisy – Khairul Batrisya Mazni yang terbeban dengan masalah 'kebisingan' di rumahnya. Kisah tentang Jade yang 'bosan' dengan bebelan si ibu. Lalu tanpa temujanji mereka menjadikan puncak Wisma Topaz sebagai lokasi mencari damai di hati.

Tanpa tutur kata, sekadar bicara mata, mereka meterai MoU dalam bahasa diam. "Kau duduk hujung sana senyap-senyap… aku buat kerja aku hujung sini diam-diam. Kau buat hal kau… aku buat hal aku. Aku tak kacau kau… kau jangan kacau aku. Kau faham… aku faham". Hinggalah berlaku insiden yang membuka ruang bicara antara mereka. Membuka hijab yang membawa mereka ke Rooftop Wisma Topaz itu.

"There're times when strangers are like family and family are like strangers" begitulah mereka. Trisy yang sudah bosan tidak diendahkan oleh keluarga dan Jade yang merasakan dirinya terkongkong oleh leteran ibunya. Trisy yang tak pernah ada orang yang mahu mendengar dia bercakap dan Jade yang sangat sabar menjadi pendengar. Menjadikan mereka sahabat yang akrab, yang saling faham apa yang dirasakan tanpa perlu banyak kata, yang saling menjadi penguat semangat antara mereka untuk mencari arah tuju hidup.

Rooftop Rant memperkenalkan aku pada Trisy dan aku jatuh kasih padanya. Aku sukakan Trisy walaupun dia pernah jadi 'jahat' kerana aku faham kenapa dia jadi begitu!. Tapi dia berjaya berubah dan mengubah dirinya kepada Trisy yang seratus kali lebih baik!!.

Aku jatuh cinta pada Jade, walaupun aku tahu dia lelaki yang miskin perbendaharaan kata. Tapi dia ada telinga yang boleh diharapkan untuk jadi pendengar yang baik. Tapi yang paling utama dia pandai melukis kartun, melakarkan isi hatinya yang tak terluah dengan kata.

Aku sedih pada nasib Trisy yang jadi anak 'terbuang'. Aku kesian pada Jade yang sering menjadi mangsa perbandingan ibunya, hidup dalam bayang Along dan adik.

Salahkah Trisy kalau dia hanya inginkan perhatian? kerana dia sudah puas jadi anak yang tidak diendahkan. Salah Jade kah ditakdirkan dia punya abang dan adik yang lebih bijak sedangkan dia hanya biasa-biasa saja?

Aku teringin nak gantikan tempat Jazz, jadi abang pada Trisy. Gantikan Rina dan Tati jadi kakak pada Trisy. Aku teringin nak jadi adik pada Jade yang sungguh prihatin dengan caranya yang tersendiri. Aku jatuh cinta pada Pak Su Wan – pegawai penguat kuasa disiplin, tatasusila dan akhlak – yang tegas tapi baik hati dan suka pakai baju Raihan??!!. hehehe

Aku teringin nak jadi kawan baik Trisy agar dia tidak perlu tanggung segala keperitan hidupnya sendirian. Agar dia ada kawan yang boleh dijadikan tempat meluahkan bicara.

Kalau boleh aku nak jadi jari yang boleh tolong sapu air mata Trisy di kala dia tak berdaya. Aku nak jadi bahu yang boleh jadi tempat Trisy bersandar. Aku nak jadi telinga yang boleh mendengar keluh kesah Trisy.
Aku rela jadi mata yang boleh mengawasi Trisy daripada segala perbuatan yang tak terjangkakan. Kerana sesungguhnya Trisy penuh dengan kejutan.


Tapi semua itu mustahilkan?? Kerana semuanya itu hanyalah sebuah CERITA!. Lakaran idea kreatif penulis yang menjadikan kisah Trisy dan Jade ini 'hidup' dalam layar minda aku.

Begitulah penangan Hlovate pada aku kali ini!. Aku jadi larut dalam perasaan tatkala membaca Hlovate bercerita tentang bicara bumbung antara Trisy dan Jade. Berhikayat melalui mata penanya.
Sungguh. Aku seakan jadi sebahagian daripada Trisy berkongsi rawan. Aku seakan jadi sebahagian daripada Jade berkongsi keserabutan. Bersama-sama mereka menangis hiba, bergelak ketawa, mengeluh kesah bahkan bermuhasabah diri. Berkongsi segala emosi bersama-sama Trisy dah Jade. Aku bersatu menjadi mereka, melawan 'jerangkung-jerangkung' yang jadi penghalang untuk mereka bangkit menjadi manusia yang baru, berubah menjadi insan yang lebih baik! Yang berkali-kali lebih baik daripada masa silam mereka.


Buat Hlovate… Tahniah!! kerana Rooftop Rant bukan sekadar novel tetapi ia sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Rooftop Rant yang padat dengan informasi, yang sarat dengan pengajaran hidup yang membuatkan aku berfikir bukan sekali tetapi berkali-kali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:44 PM | Show all posts
AKU BELI ROOF TANK TAPI CERITANYA TAK MENGANCAM MACAM LIMA TAHUN LIMA BULAN.  TAPI OK LAH JUGA.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:57 PM | Show all posts
nak belilah jugak buku baru halovate ni   dah baca review, ada memacam ye
ada yg kata citer ni berat sikt, ada yg kata best selera x sama kot
tapi halovate punye pasai, min cari jugak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 05:26 PM | Show all posts
bagi aku cerita ni " real"
karekter Trisy & Jade dan situasi mereka boleh berlaku di mana saja
seperti novel Hlovate yang sebelum ini , dalam RR banyak ilmu di kongsi

tp aku belum sempat baca sampai habis lagi buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 08:33 PM | Show all posts
dalam proses nak dapatkan rooftop rant..
rata2 baca dari komen dari internet citer ni best..
tahniah utk hlovate krn penghasilan novel2 yg segar dan yg mpunyai kelainan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2009 09:44 PM | Show all posts
I dah abis baca ROOFTOP RANT best juga citer nya walaupun pada permulaan tak faham tapi lama2 comprehend juga. BI digunakannya cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 11:43 PM | Show all posts
harap one day dia akan publish versus n apa ntah kedflop punye cte tu...
tu mmg mangaiiiii best gle lah.
n wat kolaborasi mcm yg dia pnh ckp...penulis lain buat kedflop nye cte..tp dr view awek dia tu.ala....bestnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 02:21 PM | Show all posts

Reply #168 brookemcqueen's post

yg versus tu best kan ...igt kan dia nk publish citer tu dulu..rupanya kuar citer lain...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by otakotak at 17-3-2009 11:09
huhu....nsb baik sy xslh tafsir....


anieza kenal ke hlovate?


x kenal..tp dr cara dia...n baca gaya dia kt blog mmg nampak 100% pompuan.....
xtau la plak klu tersalah teka..hehe..tp sy tetap rasa dia pompuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by aniesza at 24-3-2009 14:21
yg versus tu best kan ...igt kan dia nk publish citer tu dulu..rupanya kuar citer lain...........


yup!cara dia olahkan wtk minn edina dlm plawanan dgn diri seniri antara mnt n wasiat tu best sgt. tp yg plg i suke cte kedflop la!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:33 PM | Show all posts

ni pulak pengakuan ikhlas dari aku...

Maaf ye kengkawan.....

aku ada beli aA+bB lepas baca review kat sini. aku mengharapkan jalan cerita yang berjaya membuatkan jiwa aku terbuai...kalau part sedih aku boleh menangis..kalau part lawak aku boleh ketawa....MALANGNYA....aku rasa tak best. aku ambik masa seminggu untuk habiskan novel tersebut. aku tak suka sangat istilah-menjulingkan mata, double jerk, angkat kening sebelah..uish..tak feel la baca buku tu....KAlau ADA JODOH berjaya membuaikan aku n ambik masa sehari semalam je untuk habiskan buku tersebut..
pendapat saya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by Mija at 24-3-2009 15:33
Maaf ye kengkawan.....

aku ada beli aA+bB lepas baca review kat sini. aku mengharapkan jalan cerita yang berjaya membuatkan jiwa aku terbuai...kalau part sedih aku boleh menangis..kalau part l ...



selera lain-lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by minahleter at 24-3-2009 15:42



selera lain-lain


yup..btol min...:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 04:53 PM | Show all posts

Balas #173 minahleter\ catat

sokong

tak perlu mintak maaf...
kan ke minat n selera masing2 berbeza.
kalau i pun...i akan kata tak suka cite yg terlalu agungkan watak..terlalu perfect,sgt tak ori.
tp tak dlm cte yg hlovate buat.
istilah2 tu i tak ksh sbb i suka ilmu yg dia selitkan dlm tu skalik...
dia mayb taktau..tp dia leh kata sebarkan ilmu n bedakwah secara halus dr situ...
not that im saying penulis len tak wat gtu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 04:59 PM | Show all posts
lain org lain seleranye...

cam bulat lak, bulat suke cara penulisan hlovate yg bersahaja tapi still nampak yg dia tu seorg yg educated... cerita nye x terlalu serious... so, kite boleh baca dgn santai... & x boring...

sesetgh penulis menulis dgn terlalu serious... kengkadang ok jugak cerita2 cam tu.. tapi rasenye karya hlovate ni kite boleh baca bile2.. x yah ikut mood...

tu just bulat nye 2 cents... ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 10:14 PM | Show all posts

Reply #175 brookemcqueen's post

tu la..lain orang may be minat genre yang lain...bagi shigem, shigem ok je dgn writing hlovate nie...rileks je..kadang2 bace gelak sorang2 gak...lagipun dah start ikut hlovate nye writing since dier publish dekat web lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:17 AM | Show all posts
nak tanya, novel hlovate ni sequel ke? coz bolehlah dah beli banyak buku dia..
5T 5B, Tunas, aA+bB, Rooftop Rant.. Kakak ai soh baca tunas dulu pastu sambung aB+bB... ok tak?
Setakat ni dah baca 5T5B (yg ni citer lain kan?) n Tunas baru suku...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:30 AM | Show all posts
tunas tu cerita nye sebelum aA+bB...

kalau bace terbalik pun x pe...



sebab mmg tunas keluar lepas aA+bB pun...

yg 5t5b & rooftop rant tu totally different story...
tapi watak 5t5b tu ala2 gak la tu... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:46 PM | Show all posts
yes dah gaji... sejurus pasni nak g kedai buku beli TUNAS
wpun aku tak berapa nak masuk sangat ngn novel2 Hlovate ni
tapi... org lain baca.. aku pun mesti baca gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.338649 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list