CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5845|Reply: 14

technology bley tahu rahsia cap jari!!

[Copy link]
Post time 2-3-2009 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Cap jari penentu potensi diri

Oleh ADHAM SHADAN

Analisis cap jari membantu mengenal pasti kecenderungan seseorang menerusi fungsi otak.







"SELAMA ini memang ada kawan-kawan yang memuji esei-esei yang saya tulis. Mereka kata penulisan saya kreatif. Tapi, saya tidak tahu pula yang ia memang bakat yang ada dalam diri saya," kata Nor Azliza Ahmad Zaini, 27, yang merupakan pentadbir perakaunan di sebuah firma guaman. Gadis berkaca mata itu merupakan graduan diploma Sains.

"Kini, saya yakin dengan bakat itu dan berusaha untuk membangunkannya. Teruja sekali rasanya untuk menulis sebuah novel. Sudah lama saya berkeinginan melakukannya," ujar Nor Azliza ceria saat ditemui di pejabat Airborne Discovery (AD), syarikat penganalisa bakat dan potensi diri menerusi cap jari di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Nor Azliza merupakan salah seorang pelanggan yang mendapatkan khidmat mengesan bakat diri di syarikat itu.

Cerita Nor Azliza, melalui analisis cap jarinya, dia diberitahu dirinya lebih banyak menggunakan otak sebelah kanan yang membawa potensi kreatif berbanding otak sebelah kiri yang membawa kecenderungan logik, sains dan matematik.

"Hasil ujian cap jari itu agak mengejutkan kerana selama ini saya fikir saya lebih ke arah sains, tetapi saya rasa tidak mustahil sebab saya juga sedar yang saya boleh menulis sebelum ini. Cuma ia tidak dikembangkan kerana saya rasa ia mungkin kebolehan yang biasa-biasa sahaja.

"Memandangkan ia ada kaitan dengan unsur genetik mungkin saya peroleh sifat kreatif daripada ibu yang berbakat menggubah bunga," katanya.
Ujian cap jari yang dilakukan AD ialah satu analisis saintifik mengungkap kecenderungan genetik seseorang dengan mengukur biometrik menerusi cap jari. Ia merupakan kaedah terkini dalam mengenal pasti bakat, potensi dan perwatakan seseorang individu.



AIRBORNE DISCOVERY
5A, Tingkat 1, Blok 2, Pusat Perniagaan Worldwide, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-5511 7971.


Menurut Pengarah Urusan AD, Hanizah Ujang, kaedah penentuan bakat itu telah digunakan di Amerika Syarikat (AS) sejak suku abad lalu.
"Kaedah ini telah diguna pakai di AS sejak 25 tahun lalu. Ia merupakan teknologi yang diguna pakai bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA)," kata Hanizah.

"Kini, ia dibawa ke negara ini dan ia telah terlebih dahulu diperkenalkan di Singapura dan Indonesia," tambahnya lagi.

Hanizah menjelaskan, pembentukan pola cap jari manusia menggambarkan cara kerja atau fungsi-fungsi bahagian otak. Dengan menganalisis cap jari, bakat atau kecenderungan semula jadi individu yang tersimpan dalam otak dapat diketahui.

"Ini adalah satu kaedah untuk kita mengenal pasti bakat semula jadi yang ada pada diri kita. Dengan cara itu, kita boleh mengetahui 'permata' dalam diri kita dan menggilapnya," kata beliau.



SEORANG pelanggan melihat keputusan analisis pada tapak tangannya.


HANIZAH UJANG


KAEDAH analisis cap jari dapat membantu ibu bapa menetapkan sasaran yang tepat berhubung kebolehan anak mereka.


ANALISIS cap jari Fauziah Ahmad Daud menunjukkan dia memiliki kebolehan interpersonal yang tinggi.


KERJAYA pilihan Raja Mazian bersesuaian dengan personaliti beliau.

Analisis cap jari yang dibuat di AD meliputi penilaian dominan otak kiri atau kanan, sensitiviti pembelajaran, potensi kecerdasan majmuk (multiple intelligences), bidang keahlian yang berpotensi untuk dirangsang dan beberapa penilaian lain.

Apabila individu mahu melakukan analisis cap jari, penganalisis akan mengambil cap setiap jari tangan dengan satu alat pengimbas. Apabila jari diletakkan pada pengimbas ia akan segera memaparkan rupa cap jari di monitor komputer.

Bermula dengan mengambil cap ibu jari kiri sehingga ke ******king kiri, ia diikuti dengan mengambil cap ibu jari kanan sehingga ke ******king kanan.
Selepas selesai data cap jari dimasukkan ke dalam komputer, pekerja terlatih atau penganalisis akan mengesan tiga titik pada telapak kedua-dua tangan dan mengukurnya menggunakan sejenis pembaris bulat yang dinamakan saintograf. Lampu suluh khusus turut digunakan untuk mengenal pasti titik berkenaan.

Setelah semua data dimasukkan ke dalam komputer, segala proses pengiraan dijalankan oleh komputer yang telah dimuat turun dengan perisian khusus.

"Selepas pengiraan dilakukan oleh komputer, ia akan mengeluarkan laporan analisis dan penganalisis akan berbincang dengan pelanggan tentang laporan tersebut serta menyarankan garis panduan yang boleh dilakukan untuk menggilap potensi dirinya," jelas Hanizah. Katanya, proses analisis dan rundingan dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit.

Menurut Hanizah, sejak mula beroperasi Disember tahun lalu, pihaknya telah menganalisis kira-kira 1,000 sampel cap jari. Kaedah itu boleh dilakukan kepada individu berusia empat tahun ke atas.

Kaedah itu juga dapat membantu ibu bapa mengesan potensi anak-anak dan mengelakkan mereka melakukan kesilapan dalam menetapkan matlamat buat anak-anak.

"Salah seorang pelanggan saya merupakan seorang bapa. Dia telah menetapkan anak-anaknya untuk mencapai sasaran kerjaya tertentu. Anak pertama jadi doktor, anak kedua juruterbang dan anak ketiga pensyarah. Tapi selepas kami melakukan imbasan cap jari anak-anaknya, semuanya jadi tunggang terbalik. Anak pertama berpotensi jadi juruterbang, anak kedua jadi pensyarah dan anak ketiga jadi doktor.

"Dengan cara ini ibu bapa dapat menetapkan sasaran yang tepat, sesuai dengan potensi semula jadi yang dimiliki anak itu," katanya.

Namun, jika ibu bapa tetap mahukan anaknya berkerjaya tertentu walaupun tidak sesuai dengan kebolehannya, ia masih boleh diteruskan. Cuma, mereka perlu tahu bahawa usaha yang berlipat kali ganda perlu dilakukan.

Adakah syarikatnya pernah melakukan ujian cap jari pada seseorang yang pakar dalam bidangnya? Hanizah berkata, pihaknya pernah melakukan penilaian ke atas pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud.

"Daripada analisis cap jari, agihan potensi kecerdasan majmuknya menunjukkan bahawa beliau mempunyai potensi yang tinggi dalam verbal-linguistik yang memberikan kebolehan pengucapan bahasa. Beliau juga memiliki kebolehan interpersonal yang tinggi. Beliau sememangnya seseorang yang berbakat dalam bidang lakonan," katanya.

Hanizah menjelaskan, agihan kecerdasan majmuk akan memberitahu tahap kebolehan seseorang dalam logik-matematik, verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal, kinestetik tubuh, visual-ruang, muzikal dan naturalis.

"Jika seseorang itu mencatatkan kadar yang tinggi pada kinestetik tubuh, misalnya, ia bermakna mereka berpotensi dalam bidang pergerakan badan seperti ahli sukan dan penari," katanya.

Apakah kelebihan ujian penilaian bakat cap jari berbanding ujian-ujian yang lain? "Kaedah ini tidak dipengaruhi oleh faktor luaran.

"Ia mempunyai tahap ketepatan yang tinggi kerana berasaskan cap jari. Ia langsung tidak dipengaruhi oleh faktor luaran seperti tahap kesihatan atau mood pelanggan ketika penilaian dilakukan. Dalam kaedah menjawab senarai soalan oleh kaunselor, kadang-kadang dipengaruhi oleh perasaan individu ketika itu.

"Bagaimanapun, perlu diingat kaedah ini bukan untuk mengetahui seseorang itu pandai atau tidak. Sebaliknya, ia ialah kaedah untuk mengesan bakat atau potensi semula jadi yang ada pada individu. Setiap manusia dijadikan Allah terbaik dan kita mahu mengesan bidang yang menjadi potensi individu itu," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis di AD, Ahmad Sirat berkata, kaedah itu amat bagus bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

"Masyarakat tidak lagi tertumpu kepada satu dua bidang. Mungkin cara inilah yang digunakan oleh AS untuk mewujudkan manusia yang hebat dalam bidang yang berbeza-beza," katanya.

Kata beliau, kaedah itu seharusnya digunakan oleh ibu bapa untuk mengesan potensi diri anak-anak dan seterusnya membangunkan potensi mereka itu sejak awal lagi.

"Sayang jika potensi sebenar yang boleh menjadikan mereka insan hebat dalam sesuatu bidang tidak dapat kita kenal pasti. Potensi tertentu boleh jadi tidak berkembang atau langsung tidak diperlihatkan kerana faktor persekitaran yang membentuk diri individu," katanya.








aku pun nak pi ler  kat airborne nih...  mungken leh ajak bes fren aku si beskot ni... cek cap jari kitorang.... sek 13 dekat ajer nih!!! :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 06:45 AM | Show all posts
lepas dah pegi...citer la kat sini...

pengalaman ujian cap jari

bayaran di kenakan

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 08:57 AM | Show all posts
atok pon nie gie la.. bakat ape pulak eh..rase2nyer jadi angkasawan negara no 2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:24 AM | Show all posts
tilik nasib ke nie? errkk kalo bukan tilik .. kene cas berape ringgit..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:43 AM | Show all posts
Wow! mcm best jeerr... nak try laa... Aku rasa dari kecik smpi skang aku x puas ati ngan kedudukan aku skang, mcm ada somting wrong. Rasa x hepi n x seswai ngan position aku. Asik tukar keje je aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:45 AM | Show all posts

Balas #4 hamx25\ catat

aik..
tingin ke?

tp mcm besh kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2009 02:33 PM | Show all posts
Sorila, aku gaka skeptikal sket.. Bley caye ke menatang scan cap jari nih?

Ape methode basis dorng scan pola cap jari nih & bley ramal potensi org? anatomi & genetik nih bley setakat scan dr jari je? bkn kene amek sampel sel ke? ke alat scan dorng tuh bley bertindakbalas ngn garis2 jari tuh?

Ke dorang wat assumption berdasarkan sample2 yg dorng dah amek sblm nih?

Kalo cthnya sorng budak ni discan ade potensi jadik angkasawan, abes bapak budak nih pakse anak2 die belajaq mcm subject sains utk jd rocket science, padahal budak tuh lebey berminat kpd kesenian & warisan. x pasal2 bdk tuh jd tertekan & tensen...

Kalo keputusan scan tuh anak die cenderung nk jadi mat rempit camno?

Amazed, hang nk p scan cap jari hang ka? mahai dak kena bayaq tuh? al-maklumla zaman tgh gawat nih.. Meh aku kenaikan hg ngn membe aku nih, konsep dia lebey kurang sama gak tp ngn budget yg mampu milik...



[ Last edited by  BeskotCekelat at 2-3-2009 02:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2009 09:11 PM | Show all posts

Reply #7 BeskotCekelat's post

Sorila, aku gaka skeptikal sket.. Bley caye ke menatang scan cap jari nih?  


bley cayer tapi bukan seratus peratus, beskot... tengok persekitaran dan genetik kuarga jugak...  tu pendapat aku ler...

Ape methode basis dorng scan pola cap jari nih & bley ramal potensi org? anatomi & genetik nih bley setakat scan dr jari je? bkn kene amek sampel sel ke? ke alat scan dorng tuh bley bertindakbalas ngn garis2 jari tuh?


secara scientific nyer...  sbb cap jari ni uniq... symbol2 kat cap jari.. ada line2 tertentu...     ni bukan nak scan disease wahai beskot yg bijak laksana... tapi  secara  general   dan sayugia diingatkan  ianya juga bukan tarot card nak tilik nasib....

Ke dorang wat assumption berdasarkan sample2 yg dorng dah amek sblm nih?


stastitically  dan pada aku tak salah tengok result dari sampel2 yg terdahulu........

Kalo cthnya sorng budak ni discan ade potensi jadik angkasawan, abes bapak budak nih pakse anak2 die belajaq mcm subject sains utk jd rocket science, padahal budak tuh lebey berminat kpd kesenian & warisan. x pasal2 bdk tuh jd tertekan & tensen...


aku rasa tak ada ler sampai camtuh... contoh  ayah ko bawak ko gi scan... nampaknyer baguih jadik engineer... tapi... ko minat science gak.. cuma dalam bidang dentistry.....  ko go ahead  buat apa ko minat....yg bab ko kena scan fingerprint jadik engineer tu  still ada connection  sbb ko into science gak  wahai sedaraku yg budiman!!

Kalo keputusan scan tuh anak die cenderung nk jadi mat rempit camno?


secara general nyer... aku rasa kalo scan cap jari ko  ;  harus jumpa untuk jadik mat rempit......

tapi  beskot... aku berpendapat... tak ada istilah 'cenderung' jadik mat rempit  atau penyangak....   scan utk lihat potential....  potential  dalam communication.. potential in numbers... leh jadik  bisnessmen...   tu yang aku rasa  cap jari ni leh  differentiate kan..!!   pendapat aku yang tak seberapa ni ajer.... almaklum masa satu sekolah dulu... aku cuma setakat lulus derejah 3 ajer ...

Amazed, hang nk p scan cap jari hang ka? mahai dak kena bayaq tuh? al-maklumla zaman tgh gawat nih.. Meh aku kenaikan hg ngn membe aku nih, konsep dia lebey kurang sama gak tp ngn budget yg mampu milik...


mahai gak.... tapi kalu  gaji sehari ko tu.. mmg  cukup nak bayaq  benda alah nih... lagi pun bukan dulu ko pernah kata nak banjer aku.... jadik.. aku pikir... tak aper.. aku paksa rela korbankan.. banjer makan tu ; ko bayaqkan ajer.... scan cap jarik nih....

HUH??? kawan ko ada concept cam nih gak ker....... JAP  JAP...  ko jangan carik hal beskot....  ni 'SCAN' aper nih.....  kalu nak 'SCAN' aku punye  anu.....  kirim salam ajer... wokey!!!.... hmmm... ... taaapii....ekkkkk....errr  aaaa  eeee...    hah!!!   'scan' anu pun.. not bad gak.....  ko nih kan.. mentang2 dah masuk  bulan march..... siap ler  otak rembow  ko  dah datang nih!!!  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 11:32 PM | Show all posts

Balas #8 amazed\ catat

owh... itu macam ka?

Tapi kalo cenderng jadi mat rempit fuun potensi baek aper.. manela tau 1 ari nti bley jadik velentino rossi.. So, bapak2 kene belikan anak die beskal BMX siap2, practice make perfect.. Kalo nk lg gempak, beli pocket bike tross.. wakakaka...



ni pelangi yg kuar dr otak hg sempena bln march ni..



[ Last edited by  BeskotCekelat at 2-3-2009 11:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by BeskotCekelat at 2-3-2009 11:32 PM
owh... itu macam ka?

Tapi kalo cenderng jadi mat rempit fuun potensi baek aper.. manela tau 1 ari nti bley jadik velentino rossi.. So, bapak2 kene belikan anak die beskal BMX siap2, practice m ...



jadik mat rempit is better than poking your eyes with da sharp stick   ekkkk.....   kecik kecik jadik rempit... dah besaq  duk bilik sempit...(masuk can)  


citer pasai  nak jadik velentino rossi nih.... pakkal ajer aku failed derejah 4 dulu... bapak aku tak belikan aku beskal chopper..
kalu tak.. bukan beskal ajer aku terrer.... setakat velentino rossi nih.. kira  kacang soya  ajer  beskot... pejam mata  pun aku leh kalahkan dia...     




eniweyyy   aku rasa  kalu tgk kat cap jarik aku.....  patutnyer leh jadik PRESIDENT... tapi aku settle jadik janitor ajer... sbb nanti  obama tak dapat carik makan lak.....   ekk  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 12:59 PM | Show all posts
laaa sape dah pergi tue citerlaaa baca kat s/kbar kosmo cam best je, kat kl je kan bile nak bukak cwangan kat kt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 01:01 PM | Show all posts

Reply #9 BeskotCekelat's post

beskot... bulan march nih... aku... half half..... wokeyyyy  zikir zikir gak.... renbow jangan lufe...  


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 02:14 PM | Show all posts
i nak bertanya beberapa soalan

a) mmglah nilai ( values) dalam cap jari tu dimabil secara objective measurement ( penilaian objektif) maksudnya ada kaedah measured scanning.  Tetapi

akan "KEUPAYAAN" that instrument to analyse the personality / psychometric attributes of a person ni well...
saya nak tanya

i) adakah DATABASE yg ia gunakan SEBAGAI KRITERIA untuk analyse setiap cap jari dan seterusnya menginterpretasi setiap makhluk  tu berasaskan populasi di seluruh dunia ? standardised/ normalised?

i think thsi type of instrument might be based on normative data  but in which population it is based onto still remain a question...

so pengeluar dia tu well.... tak terangkan pun yang ini ..............



b) why CIA must revealed their method of psychonalysis / etc assessment to the public?

well then again, why not , kan ?



c) so instrument ni punya validity and reliability ni i  nak tahu jugaklah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:47 PM | Show all posts
Mahal tak????
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 12:36 AM | Show all posts
macam best ajer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076550 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list