CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Anak Wayang : HAIRI juara, Tahniah!

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2009 10:32 AM | Show all posts
Dayana Diundi Pemenang Pertama!



KUALA LUMPUR, 8 JUN 2009:  Selepas 3 hari diberi peluang untuk undian (AWUNDI), akhirnya peminat program realiti TV Anak Wayang memilih Dayana untuk membintangi drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima, sekaligus menewaskan saingan terdekatnya, Feeya.


Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, yang berwajah iras pelakon Scha Al-Yahya dan Amy Mastura, telah terpilih menerusi undian SMS penonton sejak kelmarin, Jumaat selepas dia dan Feeya dipilih oleh juri profesional iaitu Nasha Aziz, AR Badul dan Rashid Sibir.


Sebelum ini dalam Pentas Anak Wayang, Dayana telah beraksi dengan beberapa tugasan di studio dan sebabak drama sebagai jururawat arahan Prof A Razak Mohaideen.


Selepas terpilih dalam undian SMS, barulah Dayana muncul dalam episod sebenar Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima malam tadi. Turut berlakon dalam siri itu adalah Nanu Baharuddin, Haleeda, Aman Shah, Mustapha Kamal, Puspha Narayanan dan Liza Abdullah.

Minggu ini, 5 lagi peserta akan berentap peluang yang sama seperti Dayana tetapi dengan tugasan kedua iaitu sebagai Mekanik pula. Seramai 5 jejaka kacak dan berbakat akan berentap minggu ini dalam Pentas Anak Wayang, Jumaat ini di Astro Ria yang dihoskan oleh Rusdi Ramli.


Bagi penonton yang ingin mengenali semua calon atau pelajar pertandingan realiti TV ini, jangan lupa ikuti rancangan Sesi Anak Wayang yang dihoskan Nur Fazura setiap Isnin - Rabu di Astro Ria.


Sementara itu, bagi mengundi (AWUNDI) peserta, sila taip AWUNDI NAMA atau AWUNDI <3/5/10>NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 BIEL ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan 1. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.


Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.


Saingan Anak Wayang telah bermula sejak 5 Jun 2009 dengan watak jururawat, 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 11:01 AM | Show all posts
so, minggu ni je dayana berlakon ke? @ smpi bila ek?
pening jgk format anak wayang ni. rupanya, tiap2 minggu ada pemenang.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 07:42 PM | Show all posts
CONGRATS DAYANA
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:58 PM | Show all posts
minggu nie watak mekanik yerkk tak sabar nak tgk biel
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 07:07 PM | Show all posts
AWUNDI AFZAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2009 10:27 AM | Show all posts
Kemenangan Ruby lengkap pencarian
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my



KEJAYAAN Ooi Nor Wen, 22, atau Ruby memegang watak pembantu peribadi dalam program Anak Wayang bukan saja mencatat kenangan manis buat gadis asal Kangar, Perlis itu, malah melengkapkan pencarian lima peserta terbaik program pencarian bakat lakonan terbitan Astro berkenaan.

Empat peserta yang layak sebelum ini ialah Nur Dayana Kamsun, 18, (jururawat); Hafiz Halim, 21, (mekanik); Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, (pengurus acara) dan Afzan A Rahman, 22, (kuncu samseng).

Untuk mendapatkan watak pembantu peribadi bernama Nuri, Ruby terpaksa bersaing dengan Fyzreen Damira Ahmad Farid (Reen), 22.

Tiga lagi peserta yang turut mencuba nasib untuk watak sama ialah Noorarlinda Lajis, 23, Nur Amira Mohd Kamil, 18, dan Nurin Aziana Jamali, 21.

Ruby mendahului peratusan undian penonton sebanyak 63.37 peratus.

Pengumuman secara simbolik dilakukan apabila wajah Ruby disiarkan menerusi drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada Isnin lalu, jam 8.30 malam.

Ruby ketika ditemui dalam sidang media diaturkan Astro Isnin lalu berkata, dia langsung tidak menjangkakan kemenangannya kerana persaingan sengit diberikan Reen.

"Saya tidak sangka akan dapat watak ini kerana berdasarkan komen pengarah serta kru terbabit, agak sukar untuk mereka membuat keputusan memilih seorang antara kami.

"Justeru apabila nama saya diumumkan menang, memang terkejut sangat. Kejayaan ini juga bagai impian jadi kenyataan kerana sudah lama meminati lakonan terutama Janet Khoo. Lebih manis apabila saya akan berpasangan dengan idola saya itu sebagai pembantu peribadinya," katany.

Pemilik Ijazah Seni Kontemporari (Teater) dari Universiti Tasmania ini berkata, Anak Wayang adalah percubaan pertamanya menyertai produksi luar.





Sebelum ini Ruby hanya bergiat aktif sebagai pelakon di kampus khususnya sewaktu mengikuti kursus Diploma Seni Persembahan dan Media di Universiti Sunway.

Mengenai cabaran membawakan watak Nuri, kata Ruby, sebagaimana dikehendaki dalam skrip, Nuri adalah wanita yang sangat misteri. Orang takkan tahu apa yang ada dalam dalam fikirannya.

"Untuk menjayakan watak ini, saya harus banyak bermain dengan ekspresi supaya penonton sedar bahawa kewujudannya bukan sekadar pembantu peribadi, tetapi ada sesuatu agenda tersembunyi," katanya.

Mengharapkan kehadiran sebagai pelakon bukan Melayu terima penonton serta masyarakat negara ini, Ruby yang ingin menjadikan lakonan pekerjaan tetap berharap keberaniannya menyertai pertandingan Anak Wayang menjadi pemangkin di kalangan remaja bukan Melayu untuk menceburi arena seni tempatan.

Kata Ruby, ramai remaja bukan Melayu turut berbakat dan bercita-cita menjadi pelakon, tetapi tidak tahu platform untuk mengembangkan bakat mereka.

Sementara itu, Reen yang tenang menghadapi keputusan itu, mengakui gembira dengan kejayaan Ruby yang sudah dijangka dari awal.

"Saya tidak kecewa kerana bagi saya menang atau kalah adat pertandingan. Walaupun tidak berjaya di Anak Wayang ini, saya akan mencuba benda lain. Misalnya berusaha mendapatkan peluang berlakon dengan produksi lain.

"Sekarang pun saya sudah menerima tawaran, tetapi masih dipertimbangkan dan tergantung kepada keputusan Astro. Apapun, saya seronok dengan kejayaan Ruby kerana dia seorang yang berbakat," katanya.

Dalam Pentas Anak Wayang yang disiarkan Jumaat lalu, mereka dibantu Norman Hakim, Farouk Hussein dan Diana Danielle untuk menjayakan watak pembantu peribadi.

Sementara itu, Eksekutif Produser (Drama) Anak Wayang, Foo Chee Yeong berkata, kemenangan Ruby itu bermakna tiada sebarang penyingkiran akan berlaku pada Pentas Anak Wayang minggu ini.

"Pada Jumaat ini, akan diperkenalkan lima peserta yang berjaya merebut lima watak utama yang ditawarkan. Penonton boleh mengundi mereka sebelum undian di tutup pada 19 Julai.

"Kemudian kami akan menyingkirkan dua peserta dan mereka yang tersingkir tidak akan muncul dalam episod Kecuali Cintamu yang seterusnya manakala tiga peserta yang masih kekal akan bersaing untuk melangkah ke peringkat akhir pada 31 Julai nanti.

"Mulai Jumaat ini juga undian dilakukan 100 peratus oleh penonton dan tiada lagi undian juri undangan. Bagaimanapun, mereka memainkan peranan sebagai pengkritik supaya penonton boleh membuat pilihan tepat," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2009 06:12 PM | Show all posts
AWUNDI Hairi tuk jadi Top 2!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 07:59 PM | Show all posts
aku tengok hairi berlakon jadi prg buta semalam, nangis2 aku sungguh menyentuh hati...

tgk dia jadi india tu pun lawak gak...

oleh itu afundi hairi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 09:11 PM | Show all posts
hairi mmg best waktu die jadi buta tuhh...yg hafiz jadi pondan pown besttt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2009 10:31 AM | Show all posts
Dua H berentap di final Anak Wayang
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

PENCARIAN Anak Wayang akan berakhir malam ini apabila salah seorang daripada dua pesertanya yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir iaitu Mohd Hairi Safwan Aznan atau Hairi, 21, dan Hafiz Halim, 21, bakal dinobatkan dengan gelaran Anak Wayang.

Antara dua jejaka ini siapakah yang bakal bergelar juara hanya akan diketahui menerusi episod akhir yang akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria jam 9.30 malam.

Kuasa menentukan juara yang bakal membawa pulang sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, tawaran berlakon di dalam 60 drama di saluran Astro, dua tiket penerbangan ke Los Angeles, seunit kamera Canon, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro itu 100 peratus ditentukan penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Manakala naib juara pula akan menerima wang tunai RM5,000, trofi sumbangan Astro, seunit kamera Canon dan LCD TV 42 inci.

Hairi dan Hafiz yang ditemui Isnin lalu mengakui semakin berdebar menanti malam penentuan. Tidak terjangkau di fikiran perjalanan mereka dalam Anak Wayang berakhir sejauh ini, lebih-lebih lagi 23 peserta lain yang mencuba nasib dalam program yang pertama kali diperkenalkan ini juga bukan calang-calang kebolehan mereka.

Bagaimanapun di saat genting begini, rasa bangga dan berdebar terpaksa ditolak ketepi kerana mereka mahu memberikan fokus kepada latihan sebagai persiapan untuk berada di pentas akhir nanti.

Peserta berasal dari Kedah, Hairi berkata dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tiga tugasan akhir yang akan dipersembahkan pada malam final nanti. Bergelar pelajar Aswara, dia tidak menafikan mempunyai sedikit kelebihan berbanding rakannya yang lain tetapi hanyalah kepada cara mengkaji watak diberikan dengan mendalam.

“Kelebihan saya mungkin dari segi mengkaji watak dari sudut psikologi dengan lebih mendalam tetapi saya tidak begitu arif beraksi di depan kamera kerana lebih terdedah dengan lakonan di pentas yang mana kita boleh bergerak bebas tanpa terikat dengan kamera.

“Sebagai persediaan ke final, saya dan Hafiz akan bekerjasama mengkaji watak kami dan bertukar-tukar pendapat untuk memantapkan lagi persembahan di peringkat akhir nanti. Kami tidak mahu sekadar melakonkan watak diberikan tetapi juga mahu menghayati watak dengan baik.

“Saya tak sangka boleh berada hingga ke tahap ini kerana kuasa memilih terletak di tangan penonton sepenuhnya. Melihat undian SMS yang diperoleh Dayana sentiasa tinggi, saya sangkakan tentu dia yang akan melangkah ke final. Bagaimanapun, saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan lakonan yang mantap sama ada di pentas mahupun untuk video,” kata jejaka yang menjadikan Eman Manan sebagai idolanya.

Pelajar Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang perniagaan, Hafiz pula akan berusaha untuk menghayati wataknya. Kesukaran yang dihadapi adalah mendalami watak walaupun penonton sudah dapat merasai dan menjiwai lakonannya.

Justeru, Hafiz mempunyai formulanya sendiri, setiap kali bersedia untuk beraksi, dia tidak akan bercakap dengan sesiapa supaya dapat menyerapkan karakter yang dibawa ke dalam dirinya. Jika dia mula berbicara, penghayatannya akan berkurangan.

“Saya lebih suka berlakon di pentas teater berbanding TV kerana menghadapi masalah untuk menjiwai watak dalam jangka waktu yang lama. Kalau berlakon teater, tiada istilah ‘cut’ jadi saya mempunyai masa untuk betul-betul meresapkan watak ke dalam jiwa dengan sepenuhnya tetapi di depan kamera tidak. Pengarah bila-bila masa saja boleh sebut perkataan ‘cut’, bila saya baru nak menjiwai kita disuruh pula berhenti," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 02:34 PM | Show all posts
hafiz kiutttapi aku pilih hairii...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 08:58 PM | Show all posts
31# choolakaw

hafiz kiut??

eee...tolong la

aku sokong hairi menang!


weh nape yuzz xde kat red carpet eh?
die kecik ati kot x dpt msk....ye la....sbb hafiz yg dpt ms kuncu samseng tu....
huhuhu.....sedihnye x dpt tgk muka yuzz....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:10 PM | Show all posts
sedap jugak Rusdi nyanyi lagu kasih tercipta......
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:20 PM | Show all posts
aku suke tgk hafiz...tp still hairi  lagi mantap nak banding hafiz
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:34 PM | Show all posts
31# choolakaw

hafiz kiut??

eee...tolong la

aku sokong hairi menang!


weh nape yuzz xde kat red carpet eh?
die kecik ati kot x dpt msk....ye la....sbb hafiz yg dpt ms kuncu samseng ...
babyorange Post at 31-7-2009 20:58

kiut ler jugakk...asal aku nampak jer yuzz tuhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 11:02 PM | Show all posts
betullah besttt rusdi ramli nyanyi tu mesti berlatih ngan sharon kat umah...dulu pun dia pernah rakam album lagu2 lama kan.....
aku tak follow sgt anak wayang nie..tader dlm kamus harian hidup...tak kiralah sapa menang...congratss jer....tapi tak tahan tadi fazura buat muka padahal kamera lum switch kat muka nasha aziz...nak kata tersasul tak jugak....tuler asik gerand gerandd...grandddddddd...ko grand sasul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 11:35 PM | Show all posts
35# choolakaw

ha? bile ko nampak  yuzz?
kt kapet merah ke?
die jalan ngan sape?
nape mase gang kuncu samseng- yanz, murshed & ms reza td....yuzz xde pon

ko nampak die mase bile?
ensem x?
huuhuhuhu......
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 12:28 AM | Show all posts
choolakaw jwb la....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 12:33 AM | Show all posts
aku tak sure sgt muka die tapi aku nampak lerr.....of course ler handsome sumer siap pakai baju kot lagiitapi naper dorang over giler biler waktu menari pesta muda mudi tuhh:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 12:52 AM | Show all posts
yeah! hairi menang!!!

yea...yea! tahniah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.086122 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list