View: 3166|Reply: 13
|
KE MANA PENDIDIKAN MESTI DIARAHKAN?
[Copy link]
|
|
KE MANA PENDIDIKAN MESTI DIARAHKAN?
Berbagai usaha dan kertas kerja telah dibuat oleh pakar-pakar pendidikan dunia untuk menangani isu gejala sosial dikalangan remaja dan pelajar. Namun hasilnya masih jauh. Bahkan yang berlaku adalah saling menyalahkan antara satu pihak terhadap pihak lain. Guru menyalahkan ibubapa. Ibubapa pula berkata guru dan sistem yang salah. Pemimpin pula merasa sistem yang telah ada itu tak berjaya bukan kerana sistemnya tapi kerana guru yang tidak menghayati sistem, dan ibubapa yang tidak mendukung. Siapa sebenarnya yang bersalah?
Bila kita tinjau kembali ke belakang, sebenarnya hasil dari pendidikan di negara-negara umat Islam di dunia, telah berbuah lebat. Walaupun disebut negara Islam, namun sistem pendidikan yang digunakan tidak menjurus pada Tuhan. Termasuk juga yang berlaku di Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957. Pendidikan yang ada hanyalah hendak membuat anak didik maju seperti di negara-negara yang maju secara material seperti Korea, Jepun, Barat, dan lain-lain.
Dengan kata lain pendidikan hanya bertujuan melahirkan robot-robot pembawa kemajuan material. Kerana hanya memikirkan kemajuan material, akhirnya manusia sendiri terkejut dengan kerosakan yang berlaku. Bila pembinaan akal menjadi fokus utama maka pembinaan akhlak, pembinaan kasih sayang, perpaduan, kerjasama, kejujuran tidak difikirkan.
Oleh karena sistem seperti ini sudah berjalan lama maka buah sudah banyak dan sudah berperanan. Setengahnya sudah menjadi ibu dan ayah, pemimpin, setengahnya sudah jadi kerani, DO, professor, pensyarah, dan lain-lain. Hasil dari pendidikan telah berperanan dan mempunyai kemampuan yang berbeza-beza mengikut kelulusan masing-masing, namun keluar dari sistem yang sama. Yang tidak sama hanyalah dari segi pencapaian akal: ada yang sederhana ada yang rendah, ada yang tinggi. Tapi perangai, akhlaknya sama. Iaitu akhlak dan perangai yang jauh dari Tuhan. Sedangkan benda yang tak baik itu orang jahat pun tak setuju.
Akhirnya yang terjadi adalah saling menyalahkan. Akhirnya guru susah hati kerana ibu bapa, ibu bapa susah karena perangai guru sama dengan perangai ibu bapa. Guru, ibu bapa salahkan sistem, pemimpin susah karena mereka, tapi ibubapa pun susah kerana pemimpin. Masing-masing tak boleh beri penyelesaian karena masing-masing pun bukan buah dari sistem pendidikan yang betul, dan masing-masing bukan pendidik yang baik. Jadi salah-menyalahkan tidak akan berbuah penyelesaian, sebaliknya setiap golongan samada ibu bapa, guru, pihak berwajib, kena menyedari bahwa satu-satunya jalan adalah kembali mengambil Tuhan sebagai rujukan dalam segala hal termasuk untuk mewujudkan pendidikan.
Sebagai contoh, selama ini pelaksanaan pendidikan adalah untuk melahirkan orang pandai sahaja. Sedangkan Tuhan mahu manusia dididik dengan tujuan agar anak didik kelak menjadi manusia-manusia yang berakhlak mulia, bersungguh-sungguh dalam ibadah, benci dunia, boleh berkasih sayang, bantu membantu dan juga maju dalam pelajaran/ilmu.
Tetapi dunia hari ini hanya hendak menjadikan orang pandai. Bila difokuskan itu, orang tidak fikir lagi kasih sayang, kerjasama, tidak fikir masa depan. Untuk mendidik manusia supaya pandai sahaja, adalah hal yang mudah. Tapi apa ertinya orang pandai tapi perangai macam syaitan?
Dunia bukan boleh diselamatkan hanya dengan orang-orang pandai sahaja. Bahkan ramai orang yang bertambah pandai maka akan bertambah berat kejahatan yang dibuatnya. Tidak pandai pun tidak apa kalau akhlak dia, cinta Tuhan, boleh berkasih sayang dan lahirkan perpaduan.
Pelajar yang punya otak yang baik barangkali dia boleh pandai tetapi belum tentu dia boleh buat kerja. Boleh jadi dia jenis orang yang jumud (beku). Belum tahu dia seorang yang boleh beribadah dengan baik. Belum tentu dia boleh berkasih sayang dengan semua orang. Belum tahu dia boleh sabar dengan semua ujian yang Allah berikan dan belum tahu dia benci dengan dunia. Jangan-jangan dia gila dunia. Kalau begitu dia bukanlah calon pelajar terbaik.
Namun sudut kepandaian inilah yang diambil oleh negara dalam menilai seseorang. Kerajaan menganggap kejayaan itu adalah berjaya dalam pelajaran. Sebab itu ditumpu ke arah itu. Pelajar yang pandai akan dibelai-belai hingga akhirnya lahirlah manusia sombong. Dia rasa dia 憇uperman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pendidikan mestilah membentuk peribadi. Dalam menjayakan pendidikan, antara faktor2 yang terlibat adalah: yang Mendidik, Yang belajar (pelajar itu sendiri), Sistem pendidikan, dan Persekitaran |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dulu pendidikan dah very rounded.. ada akademik, sekolah ugama, budak kalau nakal senang kena rotan, ada pembentukan peribadi.
Tapi sekarang, pasal nak measure sangat performance, maka terikat dgn peperiksaan dgn GPA. Yang tak boleh measure terus diabaikan. Nak mendidik disiplin pun susah, asyik kena report polis. Mak bapak pulak asyik style akademi fantasia, sikit2 nak nangis...anak nangis je terus lembik. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apapun bidang, pendidikan itu dakwah... tapi berapa ramaikah yang melakukannya? |
|
|
|
|
|
|
|
isu tak pernah habisss....
mak/ayah kat sini pun masih takleh nak ubah mentaliti berteraskan periksa, so cemana?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa sebenarnya penulis artikel ini? Nampak macam copy & paste......... Maaf kalau anggapan Hami silap.
Pada Hami, artikel ini banyak retorik. Rasanya kefahaman tentang akal dan ruh kurang tepat juga.
Walaubagaimanapun, dengan ringkasnya, pada Hami pendidikan terbaik harus total.....harus membolehkan seseorang mencapai matalamat penghidupan di dunia dan akhirat kerana Hami percayakan tentang akhirat. Matalamat itu penting....apabila dah ada maka barulah boleh dirancang jalan ke situ.
Sekian dahulu sebab dah lewat ni. Esok kena bangun awal, nak ke Putrajaya. :victory:
[ Last edited by hamizao at 12-3-2009 01:23 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 hamizao\ catat
i agree with you. cara huraian akal dan ruh tidak dibuat dengan baik - or perhaps this is part of the article.
Anyway - pendidikan sepatutnya comprehensive dan total. Merangkumi keperluan fizikal, rohani, emosi, intelek. Tokoh seperti Imam Ghazali, dll - adalah contoh terbaik bagaimana proses pendidikan harus diaplikasi. Bertunjangkan roh, jiwa tetapi terus menggunakan kebolehan akal - menerokai lautan sebanyak mungkin cabang ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hamizao at 12-3-2009 01:22
Siapa sebenarnya penulis artikel ini? Nampak macam copy & paste......... Maaf kalau anggapan Hami silap.
Pada Hami, artikel ini banyak retorik. Rasanya kefahaman tentang akal dan ruh kurang tepat juga.
Walaubagaimanapun, dengan ringkasnya, pada Hami pendidikan terbaik harus total.....harus membolehkan seseorang mencapai matalamat penghidupan di dunia dan akhirat kerana Hami percayakan tentang akhirat. Matalamat itu penting....apabila dah ada maka barulah boleh dirancang jalan ke situ.
Sedikit sambungan...
PENDIDIKAN YANG TEPAT | Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science).
Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.
Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.
Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana ia mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.
Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.
Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.
Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya para pemimpin Islam bersidang dan berbincang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang perkara yang remeh-temeh sahaja yang sekadar memenuhi keperluan fizikal, akal dan nafsu semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
well ke arah .................
pendidikan - yg objektifnyer lebih holistik and disusuli dgn kerangka kurikulum yg sememangnya diteliti untuk menghasilkan produk yg ikram, kamil, encyclopaedic, analytical and critical, etc etc...u know |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 1-4-2009 11:08
Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.
Di Malaysia ibu bapa cenderung untuk membebankan sistem pendidikan agar anak mereka menjadi sempurna. Kalau anak mereka rosak akhlak pun sistem pendidikan atau guru2 di sekolah tidak memainkan peranan yg betul.....
Sebab itu kem2 motivasi atau khemah ibadat mendapat sambutan sebab ibubapa tiada masa untuk membentuk keperibadian anak....
Pembentukan modal insan negara tidak boleh bersandarkan sistem pendidikan semata2 tanpa sokongan institusi keluarga dan pihak2 lain... |
|
|
|
|
|
|
|
pendidikan tue subjektif....persekitaran,ibu bapa,guru,masyarakat sama2 main peranan....kena saling melengkapi.....yg penting sekali,mantapkan kerohanian mereka dgn sebaik mungkin kerana aqidah memainkn peranan besar dlm membentuk sahsiah pelajar yg cemerlang. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu kata " dah tak mau belajaq nakbuat cam mana, buat pening kepalajer nak paksa, silap2 keta aku kena calaq" buat yg mana patut udah le.. cukup bulan dapat gaji."
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by satrianaga at 12-4-2009 12:00
Cikgu kata " dah tak mau belajaq nakbuat cam mana, buat pening kepalajer nak paksa, silap2 keta aku kena calaq" buat yg mana patut udah le.. cukup bulan dapat gaji."
Kadang2 cikgu2 ni menjadi sandaran dengan tanggungjawab yang sangat tinggi untuk mendidik golongan yang sememangnya tak dapat didik lagi.....
kalau dah tahap kebaran sering tercabar mcm mana nak mendidik lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Hami dapati topik ini dan apa yang dikomen oleh Mawar Merah (MM) meliputi beberapa isu. Oleh kerana itu Hami ingin memberi pendapat one by one sahaja. Terima kasih MM kerana membawa topik ini.
MM banyak menekankan betapa mustahaknya pendidikan akhlak. Hami tak nafikan keperluan itu. Tetami Hami agak risau sedikit dengan examples yang disebutkan........
Satu2nya MM beranggapan bahawa akal tidak sama dengan akhlak dan ia berpendirian akhlak itu hanya "berdekatan" dengan Tuhan. Oleh kerana ini board Pemikiran, Hami rasa perkara ini boleh banyak dikupas lagi. Satu darinya ialah akal ialah sebahagian dari akhlak. Ia membantu minda dan minda menggerakkan anggota dan fungsi receptif kita.............
Saya akan sambong..................GTG |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|