CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kucing_surender

ada sesiapa stay kat uk?

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2009 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by ninik99 at 12-3-2009 19:08
opps... sorry lah tuanku (tuankucing), haku pi suggest tempat2 murah pulak.... lupa.. tak semua orang cam haku.

jangan harrods made in china sudah.

aku pun sama cam kau lah..mana ada keturunan raja di raja nih!husband aku g london dia bawak balik biskut cap harrods
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 05:08 PM | Show all posts
ninik 99,nko kerja kat gas and oil ?gaji lumayan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:17 PM | Show all posts

Reply #24 kucing_surender's post

takkkkk............. dan haku tak pasti. aku agak agak lumayan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:20 PM | Show all posts
ala.. sowi la kucing, aku ni nama jerk dok mencester tapi satu hape pong aku tak tau . errrrr lain le kalo ko tanya progrem tibi.. haaaa yg tuh aku expet
aku pong lom ada anak laie.... so tak tau le

kalo ko dtg mencester bole aku kawan2 ngan bini ko (errr ko jantanz kan hihihi)

gaji pro kat sini? errrr ntah le. aku ni makan tanggung berak cangkong kata laki aku. camner nak bayo bill, bayo sewa.. sume aku tak tau dan aku takmo tau. kang kalo aku bebuat sebuk... tetiba laki aku soh kongsi2 plak hahahhaha

soklan seterusnya?

ko tanya ninik tuh... dia tuh dah bule PR kt sini hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by penmerah at 13-3-2009 23:20
ala.. sowi la kucing, aku ni nama jerk dok mencester tapi satu hape pong aku tak tau . errrrr lain le kalo ko tanya progrem tibi.. haaaa yg tuh aku expet
aku pong lom ada anak laie.... so tak ta ...

hadoiii   tergelak aku baca nko nyer reply..
:handshake: eniway ,salam perkenalan..kalau jadik ke sana insyaallah..kanku warwarkan.......pengamatan surveyku..memang kat sana ramai malaysian..cam meriah eh..
eniwei,aku paling ske tengok program jemie oliber tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 12:02 AM | Show all posts
penmerah,
aku pun tanam anggur gak..nanti boleh join kelab rombongan cik kiah hokei
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2009 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by ninik99 at 13-3-2009 23:17
takkkkk............. dan haku tak pasti. aku agak agak lumayan kot..

ninik99, kelas swimming ada tak?spt biasa kalau ada yg community lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by kucing_surender at 14-3-2009 00:02
penmerah,
aku pun tanam anggur gak..nanti boleh join kelab rombongan cik kiah hokei


haaa.... bagus2. ghamai sikit kawan2 aku kat sini
aku ni, lepas subuh and anto laki kat pintu utk dia pi kije.... aku sambung membuta sampai kul 1pm. bagus kalo ko dtg sini. ramai sikit kawan2 duvet aku hahahhaha
errrr ko suka rancangan jamie oliber? haaaa ni sudah bagus. bole le aku dan ninik dtg umah ko utk test masakan ko hehehhehe

ko dok le area pakistan. kalo ko malas masak, dapurmu bole dipindahkan ke kedai depa huhuhuhu (seperti yg daku buat). kt sini aku fenin lalat sikit kalo masak memasak ni. asap masakan berlegar2 kat dapur. abis busuk baju, rambut sume. aku kan setiap kali kene masak... mmg berasap le pala otak ni .. busyuk arrr.... tapi nak buat camner... ekonomi skarang tak menentu, ramai kengkawan yg balik mesia. so aku kenelah berjimat cermat. tak dapek la nak beli pinggan royal2 tuh sume. stakat soping2 tingkap jerlah yg haku mampu.

ko jgn lopa bawak ikan bilis, kicap sesiap. pastu kopok ikan, kopok ubi sume bawak. penting tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2009 03:00 AM | Show all posts
Originally posted by penmerah at 14-3-2009 00:50


haaa.... bagus2. ghamai sikit kawan2 aku kat sini
aku ni, lepas subuh and anto laki kat pintu utk dia pi kije.... aku sambung membuta sampai kul 1pm. bagus kalo ko dtg sini. ramai sikit kawa ...

awat nak kena bawak kicap?adoi kat sana takda kaa kicap kipas udang tuh?berat botol tuh..takat kopok,serunding bleh ler..aku kat mesia skang ni mane nak heran benda2 tuh ..nanti dok ober the sea baru le merasa
hari nih jadi zombie gara2 tunggu lakiku balik dr kl dengan bas..konon nak jimat duit hahahaha..dah burn 40 hinggit noo,gara2 tersalah beli tiket,budget visa die siap awal tp lambat gak..hiks..sib baik bukan pound hehehe..tulah aku dah suh naik air asia die takmo..redem enrich pon die takmo..ade aku kesah?aiman tak kesah lorh!
aku plaks kena amik die jap2 lagi nih..tido kang tak terbangun plaks..
haku tak reti masak ler..lama dah tak praktis nih semenjak balik mesia..aku byk petik jari pastu semua datang..tu yg jadik membesar bagai johan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 03:05 AM | Show all posts
area pakistan kat mane yer?
dah google cost sewa rumah..tp ana still fenin
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:49 PM | Show all posts

Reply #29 kucing_surender's post

ada... kalo untuk budak2, banyak aktiviti2 free kt community centre, macam macam especially cuti skolah. kat skolah sini, year 5 & 6 memang kena belajar swimming kat skolah seminggu sekali, so bawaklah swimming short/suit anak2 hang tu tau, kalau dah ada.

untuk mak budak pun banyak aktiviti cam swimming, main masak2, aerobic, yoga etc kat community centre tau! ikut larat tak larat jer..  nanti ko bole ajak si pen ni gi excercise sikit, jangan duk buat taik mate jer...  ampun pen..

weii, kicap cap kipas udang tu tak yah bawak la... ape la pen ni, kat manchester, kedai woo sang (
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:00 PM | Show all posts

Reply #32 kucing_surender's post

nak tengook rumah, ko google gumtree manchester, gi kat house to let.. type area cheetham hill or crumpsall (kalo ada la..). nilah 2 kawasan popular orang melayu kat sini. lain2 yang berdekatan cam blackley, moston, newton heath..

haku bagi contoh jer ni.. boleh la ko nengok2 contoh rumah kat sini. tapi kalo ko dah confirm nak mai sini suruh jer si pen tu carikan rumah.. deal sendiri ngan landlord pakistan, murah sikit dari dalam gumtree tu. si pen tu orang kuat kat bukit che tam ni tau... jangan main main!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:42 AM | Show all posts
errrr ko nak dok mana kucing?
kat bukit cheetham ni ada komuniti melayu namanya MCCH (malaysian community cheetham hill). sllnya kalo org baru nak dtg...depa bole tulun carikkan umah etc. haku tak join sgt MCCH almaklum le aku ni anti sosial. aku ni penyegan dan pemalu.coba ko google MCCH, pastu bole email depa tanya umah kt sini (kalo ko nak dok cheetham or crumsal) or aku ghasa diorg musti ada kaki utk area2 lain.

errrr... nik, kicap ada jual kat kedai ahpek yek. aku idok le tau . ko ni sampai rege kicap pong terer yek. ni musti kaki jln ni .

apsal visa laki ko lmbt siap? bape hari siap tuh? tensen yek tunggu visa ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:19 PM | Show all posts

Reply #35 penmerah's post

aku memang kaki ronda... tu belum masuk nama2 kedai cina kat glasgow, london, dll lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 03:12 AM | Show all posts
suki baru beli laptop haritu..kat currys.
sebab sekarang tukaran wang asing dah jatuh.. (GBP1=RM5+ gitu) so takde la beza sangat kalau nak beli kat UK. kalau dulu memang la kalau beli kat mesia lagi murah. tapi bestnya kat malaysia ada freebies segala..kat sini,tarak. sume kene beli - antivirus, microsoft office.. lagipun diorang kan strict pasal piracy and things..so everything kene make sure original. haritu nyaris suki nyer laptop (laptop lama) diorang taknak baiki sbb diorang ingat my OS is pirated. sampai la suki bawak original CD dia.. mana ada pirate2..

Baca la cross-perspective suki membeli laptop! hahaha
http://nurinkhairi.blogspot.com/2009/03/buying-laptops-in-uk_06.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by ninik99 at 14-3-2009 22:49
ada... kalo untuk budak2, banyak aktiviti2 free kt community centre, macam macam especially cuti skolah. kat skolah sini, year 5 & 6 memang kena belajar swimming kat skolah seminggu sekali, so ba ...

howah best ! Best !:victory:
aku ni pantang kalau ada free program utk anakku cepat ajo ku capai ..
kat oz dulu siap ada toy library di mana nko org tak perlu @ sebelum nko decide nak beli toy memahal utk anak nko org ,ko pinjam le dulu..hygenic ngan tak ajo walaupun mata kasarnya nampak bersih tp sebelum wat masuk rumah aku basuh dan spray dgn anti bacterial.. tunjukrajin kunun  ...term die antara tiga hari hingga la 3 bulan..best ajo!manyak save duit dek non!
haa bagusle  ada kelas swimming,anak aku ni tak reti2 swimming..maklumle bundanya pun bukan kaki renang.. ,dulu penah gak join kelas swimming tp sempat satu round aje, apesal eh rasa gayat ajo duk dlm air..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2009 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by penmerah at 15-3-2009 00:42
errrr ko nak dok mana kucing?
kat bukit cheetham ni ada komuniti melayu namanya MCCH (malaysian community cheetham hill). sllnya kalo org baru nak dtg...depa bole tulun carikkan umah etc. haku t ...

emm tak tahu lagi..ni baru dok survey...kalau area che' tam pun ok..aku sebenarnya risau gak kot2 tak menjadi,maklumle tgh gawat skang ni,doakan utk aku erk!tempat aku skang ni nama je cuti sekolah..jln mmg jem,tp bila masuk kedai orang tarak wooooo..
penmerah,lakiku nak ke us sbb tu die dok sebuk wat visa..bulan ni bulan depan bz je manjang..ada sbb gak nape aku suh die sambung belajar,aku nak suh die rilek skit..idakle sibuk kesana kemari aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 05:30 PM | Show all posts

ni info yg aku dpt dr web MCCH

Berikut ialah sedikit panduan petua untuk anda yang bakal/sedang menetap di Cheetham Hill.

Sebelum ke Cheetham Hill
Barang-barang yang perlu dibawa
Dokumen-dokumen penting seperti:

Salinan asal surat rasmi dari penaja
Salinan asal surat tawaran dari universiti
Pasport - setiap ahli keluarga
Sijil lahir - setiap ahli keluarga
Rekod kesihatan - setiap ahli keluarga (jika ada)
Salinan Sijil Nikah - (jika berkenaan) dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris yang telah disahkan (certified translation)
Lesen memandu - sila baharui jika perlu
Juga perlu dibawa ialah pakaian tebal cukup untuk keperluan semasa beberapa hari pertama di United Kingdom. Sila lihat ramalan cuaca di sebelah (dan laman web berkaitan) untuk maklumat lanjut.

Barang-barang yang tidak perlu dibawa
Banyak barang-barang yang boleh didapati dengan mudah di sini. Perkakas dapur, kelengkapan bilik tidur dan pakaian tebal agak sukar untuk dibawa kerana had penerbangan tetapi boleh didapati dengan mudah dan pada harga berpatutan. Terpulanglah kepada anda samada anda perlu membawa barangan tertentu atau tidak.

Maklumat lanjut boleh didapati di dalam dokumen bertajuk "Tips ke UK" ini yang mengandungi pesanan penting daripada Penghulu MC-CH. Dokumen ini adalah dalam format PDF dan memerlukan Acrobat Reader. Jika komputer anda tiada Acrobat Reader, sila "download" daripada www.adobe.com

Tiba di Cheetham Hill
Dari lapangan terbang ke Cheetham Hill
   Biasanya pengangkutan akan disediakan oleh pihak MC-CH (sila pastikan perkara ini telah diuruskan dengan penghulu MC-CH dua minggu sebelum anda berangkat). Bergantung kepada keperluan anda, beberapa orang ahli MC-CH akan menunggu di lapangan terbang dengan kereta mereka untuk membawa anda ke Cheetham Hill. Perkhidmatan ini diberi secara sukarela oleh ahli-ahli berkenaan.

   Walaupun begitu, MC-CH telah menetapkan bahawa sedikit saguhati (token) perlu anda berikan (melalui AJK MC-CH) kepada ahli-ahli berkenaan sebagai menampung kos serta menghargai penat-lelah dan masa meraka. Sila baca dokumen "Tips ke UK" untuk keterangan lanjut.

Penginapan sementara
Apabila tiba di Cheetham Hill, anda biasanya ditempatkan di rumah ahli MC-CH yang telah bersetuju menjadi "host". Penginapan ini adalah sementara sahaja dan lebih berbentuk kepada tempat persinggahan untuk menghilangkan rasa letih dan "jet lag". Biasanya anda akan bermalam di rumah "host" anda dan dari beliaulah biasanya anda mendapatkan "first hand information" tentang kehidupan di Cheetham Hill.

AJK MC-CH yang ditugaskan akan melawat anda pada masa ini untuk melihat bentuk bantuan lanjut yang boleh diberikan seperti membeli keperluan dapur dan bilik tidur dan sebagainya.

Penginapan tetap
Pihak MC-CH akan berusaha mencari rumah sewa yang sesuai untuk anda jika dimaklumkan beberapa minggu sebelum anda tiba. Jika dimaklumkan terlebih awal tentang tarikh, saiz keluarga dan sebagainya, keperluan ini biasanya dapat disediakan. Namun, bergantung kepada masa, rumah sewa yang sesuai mungkin mudah didapati atau tidak.

Biasanya pada "peak season", iaitu sekitar bulan September, rumah sewa agak sukar didapati pada harga yang berpatutan. Pada masa-masa yang lain, agak mudah. Oleh itu, perancangan yang baik dan maklumat yang tepat tentang kedatangan anda amat penting.

Pendaftaran
Setiap ahli keluarga anda yang akan tinggal di UK perlu mendaftar dengan Sekim Kesihatan Nasional (NHS - National Health Service). Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana klinik (GP) berdekatan. Jika anda telah membuat peemerikasaan kesihatan di Malaysia, sila bawa dokumen-dokumen berkenaan. Ini akan memudahkan proses pendaftran NHS anda.

Persekolahan adalah percuma di UK. Anak-anak boleh didaftarkan di mana-mana sekolah yang berhampiran. Penggal sekolah bermula pada bulan September tiap-tiap tahun. Biasanya, kanak-kanak yang berumur 3 tahun pada 1 September akan dibenarkan memasuki tadika (kindergarten). Kanak-kanak yang berumur 6 tahun akan memasuki tahun 1. Biasanya kedua-dua tadika dan sekolah rendahnya diuruskan di tempat yang sama. Bahagian tadikanya dikenali sebagai "infants" dan bahagian sekolah rendah dikenali sebagai "juniors".

Oleh kerana permintaan yang tinggi dan juga masa ketibaan anda ke UK yang di luar masa pendaftaran, sedikit masa mungkin diperlukan sehingga anak-anak anda mendapat tempat persekolahan. Akan tetapi biasanya perkara ini dapat diselesaikan. Antara sekolah-sekolah rendah yang terdapat di sekitar Cheetham Hill ialah:

Temple Primary School
Cheetham Hill Community School
Cheetwood Primary School
Marlborough Road Primary School
Untuk sekolah menengah:

Abraham Moss High School
Pastinya ibu-bapa ingin yang terbaik untuk anak-anak. Untuk mengetahui kualiti sekolah-sekolah di atas, bolehlah rujuk di www.dfee.gov.uk.

Peta Cheetham Hill  


--------------------------------------------------------------------------------

Bermastautin di Cheetham Hill
Berikut ialah panduan ringkas untuk membeli-belah di sekitar Cheetham Hill. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi warga MCCH yang berpengalaman.

Barangan harian dengan harga berpatutan:

Smitfield Market : ikan dsb.
Manchester Cash & Carry : beras, susu segar, barangan runcit dll.
Manchester Super Store : nappies (diapers), barangan runcit dll.  
Longsight Market : kain ela - banyak pilihan;  
Ismail Quilt - duvet, cadar dsb.
Car-boot sales terdekat:

British Aerospace
Rugby
Bolton
Smitfield.
Hospital terdekat:

Booth Hall Children's Hospital (795-4567)  
North Manchester General Hospital (795-7000)
G.P. terdekat

63 Bellot Street, Cheetham (205-3847)
Collegiate Medical Centre, Brideoak Street. Cheetham (205-4364)
Lower Broughton Health Centre, Salford (839-2725)
Higher Broughton Health Centre, Salford (792-2142)
26 Temple House, Cheetham (205-8178)
Rochdale Road Practice (205-4777)
72 Crescent Road, Crumpsall (740-9864)
53 Crescent Road, Crumpsall (740-2213)
3 Shirley Road, Cheetham (795-0200)
Oakleigh Medical Centre, Ashtree Rd, Crumpsall (740-1226)
Panduan Makanan Halal & Haram - Ini ialah dokumen yang menyenaraikan makanan halal dan haram di UK (dokumen asal adalah dalam format Microsoft Word's .doc)

Nestle Product - Vegetarian List - Ini ialah dokumen yang menyenaraikan produk keluaran Nestle yang sesuai untuk vegetarian (terhad kepada ahli MC-CH eGroup sahaja)


--------------------------------------------------------------------------------

Pulang ke Malaysia
AP kereta - Email daripada seorang warga MC-CH tentang persediaan dan prosedur membawa pulang kereta ke Malaysia. (Terhad kepada ahli MC-CH eGroup sahaja)


--------------------------------------------------------------------------------

Maklum-balas ahli-ahli MCCH diperlukan untuk mengemaskini maklumat-maklumat di sini.
Sila email webmaster
ps:credit to MCCH
tq penmerah,ninik99 bg add ni..very good info..

[ Last edited by  kucing_surender at 17-3-2009 17:38 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by sukitena at 17-3-2009 03:12
suki baru beli laptop haritu..kat currys.
sebab sekarang tukaran wang asing dah jatuh.. (GBP1=RM5+ gitu) so takde la beza sangat kalau nak beli kat UK. kalau dulu memang la kalau beli kat mesia ...

sukitena,owh laptop kat sana murah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 07:26 PM | Show all posts
Ada had berapa orang anak ke kat UK?. Kalau macam kat China satu keluarga sorang anak je,kan...melainkan kalau dapat kembar..tapi kalau kat UK?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.164669 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list