CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5991|Reply: 12

Sapa tau details pasal Syarikat Autumn Paradise ?

[Copy link]
Post time 12-3-2009 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Aku dapat e mail ni... peluang pekerjaan dgn gaji boleh mencecah RM3800. boleh tak sesiapa yang tau, bagi information pasal syarikat yang under kendalian Syarikat Autumn Paradise ni? i'm just want to make sure there's no hanky panky things happen.

From:  [mailto:fast_advertise@yahoo.com]
Sent: Thursday, March 12, 2009 1:59 PM
Subject: RE: JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)



[table][tr][td]SEPATAH KATA DARI PENAJA
Terima Kasih Di Atas Perhatian Anda!
Salam Sejahtera,
Hi, Saya Norhazlin, Penaja Pekerjaan Menaip Dirumah, dengan ini ingin mengalu-alukan minat saudara/i untuk menyertai program kami.
Untuk makluman anda, program ini beroperasi dibawah kendalian Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd (734093-W), beribu pejabat di No 33-C Aman Puri, 52100 Kepong , MALAYSIA .
Mula ditubuhkan pada tahun 2000,syarikat ini telah berkembang dan telah  menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,500 orang ahli. Operasi syarikat kami banyak tertumpu kepada khidmat pengurusan kerja-kerja pejabat secara online dan juga offline. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dimana mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja sebaliknya hanya perlu mengupah kami untuk melakukan kesemua kerja-kerja menaip dan urusan pejabat bagi pihak mereka. Secara tidak langsung mereka bebas dari tanggung jawab untuk menjaga kebajikan pekerja seperti membayar wang KWSP, tuntuan kerja lebih masa, cuti dan sebagainya. Apa yang mereka tahu kerja akan disiapkan oleh kami pada masa yang telah ditetapkan.
Dengan ini juga, mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha-usaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada di dalam negeri mahupun diluar negara.
Berkembangnya perniagaan mereka, maka bermakna lebih banyak pekerjaanya yang kami terpaksa lakukan. Dari itu, pertolongan dari saudara/i amatlah diperlukan.
Maklumat lanjut berkenaan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan ini, adalah seperti di  TAWARAN KERJA MENAIP yang disertakan bersama-sama di bawah ini.
Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi memerlukan penjelasan lanjut,setelah membaca TAWARAN KERJA MENAIP ini,anda juga dipelawa untuk mengajukan sebarang soalan berkaitan kepada saya di alamat email: fast_advertise@yahoo.com
Sekian, Terima kasih.
Selamat Bekerja & Untung Bersama..


Norhazlin Ibrahim Autumn Paradise Sdn Bhd EMAIL: fast_advertise@yahoo.com
TAWARAN KERJA MENAIP
Pemohon Sekalian,
Terima kasih kerana memohon. Dengan bangganya, kami ingin memaklumkan bahawa, permohonan anda untuk bekerja dan seterusnya mendapat bayaran dari kami adalah dengan ini DITERIMA.
TAHNIAH!!! Anda akan dibayar berdasarkan pekerjaan yang anda lakukan untuk kami seperti: 1-       Menaip Invoice, Surat menyurat,dan sebarang kerja-kerja menaip syarikat. 2-       Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan 3-       Menghantar email iklan bagi pihak kami 4-       Melayari internet Untuk kami  dan mendapat bayaran 5-       Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda
Kerja-kerja ini yang 99% adalah berdasarkan kerja MENAIP,adalah mudah dan senang untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat.
Selain itu, kami juga menawarkan latihan & tunjuk ajar secara on-line bagi mereka yang memerlukan, dan ia adalah PERCUMA. Ini secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dibidang IT dan Internet.
BERAPA BANYAK BAYARAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI???

Itu semua terpulang kepada anda. Jika anda rajin dan berdedikasi, pulangan sebanyak USD1000 atau RM3,800 sebulan/mingguan/harian tidak menjadi masalah.
Untuk Proses Pembayaran, kami akan melakukannya pada setiap 7th hb setiap bulan ke akaun bank anda. Butiran lanjut mengenai akaun bank anda akan kami minta sebelum anda memulakan tugasan nanti.
Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dengan akaun bank luar pesisir melalui internet seperti Paypal, Stormpay dan sebagainya, untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami dan anda
Kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, peluang kenaikan pangkat kepada Penyelia (Supervisor), Pengurus dan sebagainya juga ada disediakan.
Program Kerja Menaip yang kami sediakan ini pada dasarnya adalah percuma, tetapi disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh, maka pihak pengurusan syarikat sepakat utk memperkenalkan Konsep
deposit wang Cagaran (refundable deposit) kepada  semua bakal pekerja baru.
Melalui konsep ini setiap peserta yang benar-benar berminat, dikehendaki untuk membuat bayaran deposit wang Cagaran (refundable deposit) sebanyak USD20.00 atau RM50.00 dimana wang yg dibayar ini akan dipulangkan balik kepada anda sebaik sahaja pendapatan bulanan anda mencecah RM100. Jumlah ini bolehlah dianggap kecil jika dibandingkan dengan perolehan bulanan anda nanti yg boleh mencecah sehingga RM3,800 sebulan. Kami percaya melalui tugasan pertama sahaja anda sudah mampu untuk mencapai had minima yg ditetapkan ini dan seterusnya memperolehi kembali wang cagaran beserta pendapatan bulanan anda itu nanti.
Diharap anda memahami kedudukan kami yang terpaksa melayan ratusan pelanggan setiap hari.
Dari itu, hanya mereka yang berminat, dan mempunyai keinginan yang tinggi SAHAJA akan diberi TUGASAN ini..
Jadi Buktikanlah kesungguhan anda dalam menerima pekerjaan ini.
HARUS DIINGAT JUGA!!! TAWARAN KERJA MENAIP INI HANYA SAH UNTUK TEMPOH 3 HARI SAHAJA, BERMULA DARI TARIKH SURAT INI DIHANTAR, KEPADA ANDA.
Kami menanti pengesahan dari anda.
Terima kasih


Norhazlin Ibrahim Autumn Paradise Sdn Bhd
Nota: Jika masih tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan, saya ingin mempelawa anda, untuk mengikuti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 03:16 PM | Show all posts
siasat JGN terpedaya.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 03:23 PM | Show all posts

Reply #2 crossfire's post

tu la pasal.... aku mintak no fon , dia tak nak kasi. aku carik no phone ni kat TM directory, takde plak berdaftar. tu  yang aku tak sedap hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:25 PM | Show all posts
still kena bayar gak RM50.

kalo ko rasa ko nak try gak, bleh la kot. tapi 50 pun still duit gak.

apa kata ko try dulu, then ko cakap ngan aku!

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by diarimerah at 12-3-2009 15:23
tu la pasal.... aku mintak no fon , dia tak nak kasi. aku carik no phone ni kat TM directory, takde plak berdaftar. tu  yang aku tak sedap hati


huh!

kalo dah camtu kekdahnya, baik takyah je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:40 PM | Show all posts
Ni penipuan cara berkhemah   jgn dok boh duit kat depa...besa kena juga tapi tempat lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2009 03:46 PM | Show all posts
mende ni dah selalu dapat.. tp cam x yakin je.. takut kene tipu.. rm50 tu tinggi gak nilainye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:50 PM | Show all posts

Balas #1 diarimerah\ catat

no...no...no....
jgn percaye....
scam....!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 03:52 PM | Show all posts

Balas #1 diarimerah\ catat

report polis....
ade name penuh n no acc lg...
biar polis siasat..
diorang dibiarkan makin menjadi2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 04:26 PM | Show all posts
penipu je ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 02:55 AM | Show all posts

Balas #1 diarimerah\ catat

Saya pun ada dpt emel ni last 1 or 2 weeks ago. Memule cam interested, then 2nd reply yg mcm awak post tu, mcm was was jer nak cuba. Yerlah zaman skang ni, scam pelbagai jenis bentuk muka ada. So berhati hatilah yer
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 04:53 PM | Show all posts
mcm2 penipuan skang nehh.. la ni guna cr lebih behemah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 09:02 PM | Show all posts
Ini hanyalah kajian saya melalui permerhatian. Tiada bukti yang boleh di beri sokongan.

- Mereka menawarkan kerja menaip dengan gaji lumayan. Pendaftaran hanya RM50 sahaja.
- Anda mendaftar dengan RM50, Anda akan mendapat pulangan apabila pendapatan anda mencapai RM100.
- Setelah mereka memastikan pembayaran anda, Mereka akan memberikan tugasan pertama anda iaitu dengan menghantar mesej yang sama kepada orang lain. Mesej yang sama iaitu kerja 'menaip dengan pendapatan RM3800 sebulan'
-Setiap yang membayar RM50, anda akan beroleh RM1.
-Anda akan diberi tugasan 'menaip dengan pendapatan RM3800 sebulan' itu selepas anda mendapat pendapatan RM100.
-Bersamaan dengan anda mencari 100 orang yang mendaftar dan membayar di bawah anda.
-Seterusnya saya x habis study lagi. Kena suruh Aidid Mu'addib tolong explain lebih sikit.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.469941 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list