CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabeYSHa

[BEST]Kisah Seram Di Kilang Perindustrian [PAGE 11-Misteri Kematian Miss SONY]

  [Copy link]
Post time 10-9-2009 12:18 AM | Show all posts
Maka terjadinya peristiwa, aku berkerja berdua sehingga jam 12 tengah malam dan kemudian rakan ku nak balik rumah( kami berdua tinggal bersama) sebab esokdiakena gi Simgapura.
So sekitar jam dua pagi maka tinggallah seunit saja yang hendak diuji.
Aku memasang ganchu pada unit tersebut dan menekan punat suis.
Unit tu pun diangkat sehingga paras dadaku.
Kemudian aku menolak menghala ke tempat yang telah di tentukan.
Satu tangan pegang kekotak suisdan sebelah lagi memegang tepi unit.

Badan aku yang kecil tetapi penuh berotot ( masa tu aku bermain bola sepak dan membina badan dan tidak merokok), tidak mampu untuk menghayun unit yang besar dengan sendirian.

Setelah puas mencuba maka aku pun beralahlah.
Sambil menarik nafas aku memerhati sekeliling.
Kedengaran bunyi besi di ketuk- ketuk dan terlihat aku beberapa rakan sekerja sedang sibuk memasang unit- unit yang lainnya.

Aku memerhati lagi pertolongan yang ku perlu hanyalah seketika iaitu meletakkan unit ke tempatnya dan ini cuma mengambil masa sekitar tiga minit ajer.

Aku berjalan menyusuri beberapa buah unit yang telah siapku uji dahulu.
Aku mengelilingi beberapa unit menuju ke meja operasi yang terletak tidak berjauhan dari tempat aku dan aku tahu bagaimana hendak ke sana walaupun pemandangan tidak memungkinkan lantaran di hadang oleh unit- unit yang tinggi dan besar.

Setelah aku melepasi dua unit aku terpandang seseorang melintasi dari sebuah unit di kiriku.
Aku melajukan langkahku untuk mendapatkannya dan mungkin boleh meminta bantuan yang aku perlukan.
Setelah sampai di tepi unit aku membelok ke kiri.
Aku memandang dan aku dapati dia sedang membongkok membelakangiku.
Aku menghampirimya dan menegur terus meminta bantuan.

"Helo Mat, boleh tolong aku pegang unit.Aku nak adjust sorang- sorang tak laratlah."...

Dari membongkok dia kemudian berdiri.

"Ah..ah..tak per lah, aku sambung besok ajer..." kataku.

Aku pun berpusing dan pergi ke unit yang belumsiap ku uji tu.
Mematikan suis.Memeriksa standard apa yang patut sebelum pulang.
Aku kemudian ke loker, mengambil jaket,memakai topi keledar dan terus keluar ketempat parking menghidupkan motor dan terus pulang ke rumah bujangku.
Keseluruhan operasi persediaan untuk pulang cuma memakan masa lima minit walaupun selalunya aku mengambil masa setengah jam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 12:37 AM | Show all posts
kt ofis aku praktikal dulu pn ade gk kejadian mistik ni...
trus aku x brani nk dok sorang2 dlm ofis walaupun time tngah ari...
g lepak ngn pak guard kt luar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:15 AM | Show all posts
Pada satu ketika yang lainnya, di PJ 1.
Aku selalu gak lepak ngan Pak Gad jika tak der OT.
Selalunya lepas makan malam dan masa tu aku duduk bujang ngan seorang rakan di Sek 14.
(Aziz namanya)
So beberapa malam selama beberapa bulan kemudiannya maka aku kerap lah berada di pos kawalan.

Pada suatu hari di Pj 1 ni, terdapat seorang pekerja yang kemalangan maut dalam perjalanan pulang.
Seorang cina dan kerja dia adalah 'spot weld'

Waktu petang kemalangan,waktu malam dia buat OT.
Selama tiga malam berturut- turut , mesin 'spot weld' beroperasi sendiri walaupun dalam kegelapan kerana sememangnya tak der OT.

Pak Gad mengajak aku bersama- samanya untuk mengunci jam.
Wakaupun kedengaran bunyi 'spot weld' tersebut namun tiada kelihatan apa- apa pergerakan pun di dalam apabila aku mengintai di antara celah- celah kekisi tingkap.

Setelah tiga hari Pak Gad tu bertemankan aku maka dia tidak lagi pergi mengunci jam kerana dia telah membuat pendua.
Jadinya dia hanya mengunci jam hanya di meja bilik kawalan saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 12:44 AM | Show all posts
Beberapa tahun kendian kilang tu berpindah meneruskan operasi di tempat baru iaitu di Bandar Baru Bangi.

Semasa perpindahan dan setting maka terdapatlah beberapa insiden jugak.
Guard yang mengawal di waktu malam bertemankan dua ekor anjing jenis German Sherphard dan sekor lagi jenis Labrador.

Yang membuat aku tergelak tu, kedua-dua ekor binatang ni lari masuk ke bilik pengawal dan aku dapati ekor mereka di masukkan ke celah di antara dua kaki belakang.

Nanti aku ceritakan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:21 AM | Show all posts
apsal ko x jd mintak mamat tu tlg ko??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:56 AM | Show all posts
Urmm... kesah yang haku nak citerkan neh... Kilang SONY area Prai, Penang (Mainland ha )...

Citer neh pung haku dengar dari kawan lama haku yang kebetulan keja kat kilang HITACHI (tak jauh dari ...
BabeYSHa Post at 16-3-2009 12:23


aku dulu buat practical dekat sony electronic nih..aku buat practical kat bahagian Purchasing Department...lama dah..... sebelah tu Sony mechatronic kot.....  aku ada dengar gak citer nih..... pompuan tu mati kena bunuh..sombong tak sombong tu tak tau la..tapi mayat dia orang jumpa kat dalam troli besar 4 segi tu... kaki tertonggeng kat atas kaalu tak silap...diorang suspek orang india (rasanya india kot)... siap masuk court ..... takde bukti dia yang salah.... so sony kena bayar ganti rugi selama dia tak kejer.. tak silap 3- 4 tahun kot..... pakcik kayooo la jawabnyer....

tu yang aku dengar la..betul ke idak aku tak tau.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 04:01 PM | Show all posts
apsal ko x jd mintak mamat tu tlg ko??
ell768 Post at 11-9-2009 10:21


mesti mamat tu sesuatu kannn
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 07:20 AM | Show all posts
apsal ko x jd mintak mamat tu tlg ko??
ell768 Post at 11-9-2009 10:21


Bila mamat tu berdiri,....

kepala dia tak der....

tak nampak kepala...

Kebiasaannya kita akan tengok dan pandang orang di mukanya...

Nih ...kepala tak der ,..nak pandang kat maner....?

Tak der darah dan tak der apa-apa ...just macam wiped off ajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 12:00 PM | Show all posts

Kenangan di kilang C*N*N,Perai Penang

kisah ni terjadi waktu aku 1st bergelar minah kilang pertengahan 2003..seronoknya sbb dpt lari dr dunia buku yg memenatkan otakku..huuhu..sj cari pengalaman keja kat kilang org kata bes..yekeeee??aku pun cubalah dgn 2 geng aku..bulan pertama keja ok,bulan ke 2 ok,tapi.........masuk bulan ke 3,mulalah bermulalah segalanya.
aritu kami keja shift pagi,stat kul 7am.smpai sj kat kilang dh dgr suara jerit2..aku n geng cuak tp wat mcm besa.tatau lg.nak masuk ja surau unt solat subuh coz kami sampai awal,kat umah takdan solat,geng2 otai kilang sekat takble masuk.aku jenguk masyaAllah pnuh awek2 kilang tgh dirawat.ada yg tegelak2 sorang2 mcm org mamai,ada tgh tarik rambut sndiri,ada yg dok sengih sorang2 n ada pak guard tgh dok jampi air.Sorang kwn shift pg cita depa histeria mlm td,puncanya nampak sorang awek rambut panjang dok balik tiang dlm kilang.aku mula serem.tp keja mcm biasa bila pikir keja siang mana da antu.tp sangkaanku meleset.tgh dok khusyuk keja kwn aku nmpak sorang ni dah dok atas lantai n tunduk n bdn dia mcm tgh meratib.dia cuit aku soh tgk,pelik,n tgh dok pelik tu leader line tu pi cuit minah ni terus apalagi melalak la..jerit2 sampai tekeluar tudung yg dia pakai.n huru hara la jdnya.semua pakat nangis..aku pegang tgn kwn aku baca apa yg patut.brg elektronik abis besepah atas meja.baru ja nak ok,sambung pulak jerit kat ujung sebelah kanan.kena lg sorang,tgh2 dok kalut tu jerit lagi sorang sampai mcm bersambung2.kami dihalau keluar ke pintu pak guard.kena tunggu situ..dlm dok keluar tu sorang2 makhluk tu ambik..jerit ja n terus rebah atas lantai n meracau2.masa tgh kumpul tu kami dibekalkan dgn surah yasin.soh baca,tp yg sedeynya ramai awek2 kilang yg tatau baca juz pegang sj.kami dgr sorang senior cita puncanya dr pekerja vietnam yg mkn buah pelam.buah pelam ni byk penuh tepi2 kilang n buahnya ckup byk.geng2 pendatang ni pi kait buah tu n mkn wat cicah dgn bebudak lain.n org yg pertama kena histeria geng2 mkn buah pelam ni la.puncanya..bila dipangil ustaz,ustaz berkomunikasi dgn makhluk tu makhluk tu cakap depa jolok buah pelam terkena anak dia ats pokok tu.anak dia lari sbb sakit dia cari tak jumpa dia mengamuk la.,pastu makhluk tu ckp bas kilang pg2 masuk kilang langgar abis anak dia.ada yg kepala sampai terkeluar dia bubuh balik.ish22..aku dengar mcm nak tegelak.pastu minah2 kilang yg takda kesedaran sivik pi cabut pokok2 bunga dlm tu dia marah.dia kata cuba ampa manusia org masuk ke umah ampa tak bagi salam,marah tak?dia soal ustaz mcm tu..bijak makhluk ni.hehehe..rupanya pokok2 bunga kat situ umah makhluk tu..ish2.mujur tgn aku tak gatai pi cabut daun2 kat situ.yg kesiannya awek yg makhluk tu masuk dlm bdn dia masa tgh berkomunikasi.lebam2 n pas makhluk tu kuar mmg out of service bdn sampai org kena papah.lembik.ada lg cita sbnrya.part2 kat ujung yg bes tu.tp aku tak larat taip.ingatkan sikit.byk rupanya yg aku tak cita lg.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:09 PM | Show all posts
eee seram plak aku baca..
aku x dpt bayangkan bila berdepan dgn budak2 hoisteria...

depa mmg kuat.. pegang 3 4 org pon dia stil kuat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:15 PM | Show all posts
best gak cite ko nih, tapi wat ar perenggan weh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:26 PM | Show all posts
huhuhu cite ko ok jerkk.. tp mata lak rasa nak terkeluar .. perenggan pelisss...

pendahuluan

isi2

penutup


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:31 PM | Show all posts
aku dulu pernah nengok bebudak pompuan kena hysteria masa aku tingkatan 2 kot prep malam kat dewan makan pergh dekat 500 orang dan 1/3 adalah budak pompuan.. pergh mcm pasar malam jadinye.. bila sorang dah kena... melarat kat sorang..lepas sorang sorang kena ... kiri kanan depan belakang last last tak jadik prep...

kataye nampak budak kecik berbulu...

masa tu pelajar lelaki le jadi mangsa kena kejar mende tuh . siap ada warden asrama yang dah bujang terlajak .. ajak bebudak tidor temankan kan dia .. punya lah takut... mereka kepung2 benda itam tuh last2 tak dapat tangkap gak...

ade lah 2 kali berulang kisah tuh ... pastu prep dlm kelas masing2 .. le
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:33 PM | Show all posts
besh2...
tp awat tadok perenggan..
terpaksa guna cursor supaya x lari ayat ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:34 PM | Show all posts
5# warversa

histeria nih.. mmg bersambung2.. kalo sorang kena.. sat lagi.. akan kena lagi sorang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:34 PM | Show all posts
sambung skit lagi.sementara tunggu mesin kain..
n kejadian histeria tu terus jd..ustaz tu buntu.makin bertambah.toilet suma tutup coz ada org nampak makhluk tu merayau2 dlm toilet.aku dh kecut coz aku ni kaki pi bilik air bila time ehem..ehem...huhu..kami tepaksa guna toilet jauh yg tak penah org pi..pastu toilet tu pun tutup juga.ada org dah nampak makhluk tu kat situ.aku tertanya2 gak brapa ramai makhluk ni sebenarnya?suma toilet dia conquer.
mcm biasa histeria terus gak jadi.bapa aku dh larang aku pi keja tp aku nak pi gak coz tu bulan terakhir aku keja.pasni dah tak bepeluang dah masuk kilang..bapa aku bg amaran kalau jd apa2 aku tanggung sendiri..huhu..nasihat bapa aku tak dengar.biasala jiwa muda.semua nak ikut kepala masa tu.
tiba shift mlm,mlm yg aku takkan lupa sampai bila2.mcm biasa histeria makin hebat..mlm tu ramai kakak2 kena histeria..keja di stop serta merta.suma mcm biasa dihalau ke pintu pak guard.setiap hari ustaz ada.aku dgr ustaz tu berkomunikasi dgn makhluk tu.ustaz tanya nama apa?makhluk tu ckp nama dia buah pelam.pandai wat lawak.ustaz ckp lagi,sudah2 la kacau org kat sini.dia kata dia akan kacau n nak amik nyawa sorang kalau ustaz tak dgr ckp dia.iblis syaitan ni byk sgt helahnya.
ustaz hambat soh makhluk2 ni balik.takmau balik jugak.ustaz tanya semua ada berapa?bangsa apa hampa ni?makhluk tu ckp depa yg asal ada 5 branak,yg dok cakap tu mak,sebelah lagi pompuan yg dah dirasuk tu bapa,n lagi 2 org anak dia,anak lg sorang takde sbb tak jumpa lg coz lari kes kena jolok tu.makhluk tu ckp kalau tak dpt gak anak dia dia akan amik nyawa budak yg dia rasuk mlm tu..uii.gilos.
n bangsa depa jawa.patut aku dgr slang makhluk tu ke arah kejawaan.ingatkan budak yg dia rasuk tu indon,tp sebenarnya slang makhluk tu la.
ustaz hambat soh balik,makhluk jawa tu bekeras.ustaz tekan apa ntah kat ibu jari,
makhluk tu melolong jerit.seram aku dengar.mcm suara predator menjerit masa arnold tembak dia..huhu..
pastu masing2 pakat lari pi kat pokok pelam.4 -4 branak tu.n yg terkejutnya depa panjat pokok tu pakai kaki dulu.abis belakang baju kakak2 yg kena rasuk terkoyak sbb kaki naik dulu.aku tgk kesian sgt.benda tu seret bdn kakak2 tu dr kaki dulu.aku terpikir benda tu tido mcm kelawar ka?badan ke bawah,kaki di atas???huhu..ada lg dasat.sat lg aku sambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 12:40 PM | Show all posts
seram ok~ tapi besh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:41 PM | Show all posts
aiyork.. bersambung lagi ker?..

hantu pon ada bangsa gak erk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:42 PM | Show all posts
tuan umah.. pasni perenggan pelis..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 12:42 PM | Show all posts
sambung skit lagi.sementara tunggu mesin kain..
n kejadian histeria tu terus jd..ustaz tu buntu.makin bertambah.toilet suma tutup coz ada org nampak makhluk tu merayau2 dlm toilet.aku dh kecut coz aku ni kaki pi bilik air bila time ehem..ehem...huhu..kami tepaksa guna toilet jauh yg tak penah org pi..pastu toilet tu pun tutup juga.ada org dah nampak makhluk tu kat situ.aku tertanya2 gak brapa ramai makhluk ni sebenarnya?suma toilet dia conquer.

mcm biasa histeria terus gak jadi.bapa aku dh larang aku pi keja tp aku nak pi gak coz tu bulan terakhir aku keja.pasni dah tak bepeluang dah masuk kilang..bapa aku bg amaran kalau jd apa2 aku tanggung sendiri..huhu..nasihat bapa aku tak dengar.biasala jiwa muda.semua nak ikut kepala masa tu.

tiba shift mlm,mlm yg aku takkan lupa sampai bila2.mcm biasa histeria makin hebat..mlm tu ramai kakak2 kena histeria..keja di stop serta merta.suma mcm biasa dihalau ke pintu pak guard.setiap hari ustaz ada.aku dgr ustaz tu berkomunikasi dgn makhluk tu.ustaz tanya nama apa?makhluk tu ckp nama dia buah pelam.pandai wat lawak.ustaz ckp lagi,sudah2 la kacau org kat sini.dia kata dia akan kacau n nak amik nyawa sorang kalau ustaz tak dgr ckp dia.iblis syaitan ni byk sgt helahnya.

ustaz hambat soh makhluk2 ni balik.takmau balik jugak.ustaz tanya semua ada berapa?bangsa apa hampa ni?makhluk tu ckp depa yg asal ada 5 branak,yg dok cakap tu mak,sebelah lagi pompuan yg dah dirasuk tu bapa,n lagi 2 org anak dia,anak lg sorang takde sbb tak jumpa lg coz lari kes kena jolok tu.makhluk tu ckp kalau tak dpt gak anak dia dia akan amik nyawa budak yg dia rasuk mlm tu..uii.gilos.

n bangsa depa jawa.patut aku dgr slang makhluk tu ke arah kejawaan.ingatkan budak yg dia rasuk tu indon,tp sebenarnya slang makhluk tu la.

ustaz hambat soh balik,makhluk jawa tu bekeras.ustaz tekan apa ntah kat ibu jari,
makhluk tu melolong jerit.seram aku dengar.mcm suara predator menjerit masa arnold tembak dia..huhu..

pastu masing2 pakat lari pi kat pokok pelam.4 -4 branak tu.n yg terkejutnya depa panjat pokok tu pakai kaki dulu.abis belakang baju kakak2 yg kena rasuk terkoyak sbb kaki naik dulu.aku tgk kesian sgt.benda tu seret bdn kakak2 tu dr kaki dulu.aku terpikir benda tu tido mcm kelawar ka?badan ke bawah,kaki di atas???huhu..ada lg dasat.sat lg aku sambung.



gen dgn tak maluwnyeee wat perenggan tok nomo46 ekk..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.325143 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list