CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3127|Reply: 80

pak samad vs ppsmi

[Copy link]
Post time 16-3-2009 11:09 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno," ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

"Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

"Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

"Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

"Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim._

(kredit to: harakahdaily.net)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 11:39 PM | Show all posts
hahahaa..... sasterawan negara pun tolak parti ketuatnan melayu yg nyata kencing orang melayu terang2....


jaga melayu kuuunnnuuunnnnnnnnnnnnnnn...........................

piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh mabukkkkkkk.......................
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:46 PM | Show all posts
paksamad dah nyanyuk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:50 PM | Show all posts
Semua Kesatuan Guru Tolak PPSMI
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Semua kesatuan guru tolak PPSMI

KUALA LUMPUR: Semua 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara sebulat suara menolak pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah rendah.

Kepemimpinan semua pertubuhan guru terbabit menyuarakan pendirian sepakat itu atas tiket Majlis Permuafakatan Kesatuan/Per-satuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan sudah mengemukakan memorandum rasmi mengenai keputusan berkenaan kepada Menteri Pelajaran serta Ketua Pengarah Pelajaran.

Pengerusi majlis permuafakatan itu, Jemale Paiman, berkata melalui memorandum berkenaan, mereka menggesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran berkenaan masing-masing di sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Beliau berkata, kesatuan dan persatuan berkenaan sependapat bahawa PPSMI hanya wajar dilaksanakan mulai pendidikan menengah selepas murid mendapat pendedahan, pemahaman serta penguasaan asas yang kukuh dua subjek itu melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda mereka di sekolah rendah.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pelajaran disaran menggunakan semula bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah mulai 2011 membabitkan murid Tahun Satu, sekali gus tidak menjejaskan proses pembelajaran murid sedia ada yang sedang mengikuti PPSMI.

"Cadangan supaya PPSMI dimansuhkan pada peringkat sekolah rendah dalam tempoh dua tahun lagi ialah supaya penggunaan semula bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik dilaksanakan secara terancang, teratur, bukan tergesa-gesa serta tanpa mencetuskan konflik kemudian.

"Memorandum itu dikemukakan kepada Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran melalui Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Zulkifly Mohd Wazir, pada mesyuarat antara majlis permuafakatan dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya yang turut dihadiri semua pemimpin kesatuan serta persatuan guru berkenaan, termasuk dari Sabah dan Sarawak, 20 Oktober lalu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Antara kesatuan dan persatuan guru yang menganggotai majlis permuafakatan itu ialah Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan, Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan, Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Kesatuan Guru-guru Sabah, Kesatuan Guru-guru Sarawak, Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Agama Malaysia Barat, Persatuan Pengelola Pendidikan Sekolah-sekolah Malaysia, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan serta Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Tamil.

Kemelut PPSMI semakin meruncing apabila Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI.

Selain itu, peguam dan juga bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menerusi artikelnya dalam akhbar ini semalam menyatakan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengajaran mata pelajaran teras termasuklah Sains dan Matematik seperti diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Jemale berkata, antara rasional utama gesaan memansuhkan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah ialah murid mesti diberi peluang memperoleh pendidikan awal dalam bahasa ibunda yang 'mesra' dengan kehidupan harian untuk menarik minat, memudahkan pemahaman serta memantapkan penguasaan asas mereka.

Dalam konteks ini, katanya, pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah menyebabkan murid yang lemah bahasa Inggeris bukan saja menjadi mangsa keciciran dalam penguasaan dua subjek kritikal itu, malah berasa tersisih, rendah diri dan seolah-olah dinafikan peluang pembelajaran sama rata.

"Apabila bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah ditukarkan semula kepada bahasa Melayu serta bahasa ibunda kelak, murid boleh diberi pendedahan awal menghadapi pelaksanaan PPSMI di sekolah menengah melalui pembelajaran istilah berkaitan yang banyak diajar menerusi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Dari segi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid pula, ia perlu dilakukan menerusi kemantapan guru, prasarana serta proses pengajaran dan pembelajaran subjek itu sendiri, bukan melalui mata pelajaran Sains ataupun Matematik," katanya









Cikgu2 pon Protes PPSMI..
Hisham dok buat keras kepala
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:50 PM | Show all posts
nyanyuk ? ye ke ? hebat juga ek ramai yang sudi mendengar walaupun dikatakan seperti itu ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:54 PM | Show all posts
sokong terharu sangattttt lepas da abs skola baru nak mansuhkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 16-3-2009 23:54
sokong terharu sangattttt lepas da abs skola baru nak mansuhkan


Anggap la kau 'terkorban' untuk negara
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:58 PM | Show all posts

Balas #1 anak_gayong\ catat

aku rase pak samad ni keen betulkan sikit minda/mindset.
x bermakna pemimpin yg sokong ppsmi tu agungkan bi over bm.
ini semua pasal proses pembelajaran/pemahaman n bahan rujukan/ilmiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 12:07 AM | Show all posts
kalau ppsmi ni dihapuskan maka abis lah riwayat politik be hisham..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:09 AM | Show all posts

Reply #8 fezy's post

1. macam mana nak faham..bahasa ingeris pon ala kadar, ini kan pulak nak mentafsir kembali ke BM..tak ke satu kerja lagi tu..

~ pendapat  ini mewakili pelajar yang tak pandai BI..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:41 AM | Show all posts
sian lak aku pkcik samad ni , dikuda oleh org politik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-3-2009 00:41
sian lak aku pkcik samad ni , dikuda oleh org politik


Profesor-profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMIProf. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:23 AM | Show all posts

Reply #12 ikanbilis's post

knp tak tentang 6 tahun yg dulu , knp skrg , agenda sape yg dia bawa sbnarnya....dorang pun tido mcm bodolah jgk ke   

and thats a fact!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-3-2009 01:23
knp tak tentang 6 tahun yg dulu , knp skrg , agenda sape yg dia bawa sbnarnya....dorang pun tido mcm bodolah jgk ke   

and thats a fact!!


Benda nie dah pun dijelaskan, rajin2 lah mencari yek...ini antara derang punya penjelasan...

"Ada juga sesetengah pihak yang menyatakanmengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyaklagi pihak-pihak lain yang 'bising' dan mendesak sejak 2003 agar PPSMIdimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu,tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehinggalapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untukmenggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.
Malah sebelum 2003 juga pelbagai seminar, kongres serta forummeminta supaya bahasa kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan itudilaksanakan dengan tegas dan sebaik-baiknya. Selain itu, kami jugaselalu tegaskan dan jangan ada yang menyangkan GMP ini menentang bahasaInggeris. Malah kita mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggerisdi sekolah- sekolah dipertingkatkan kaedah pengajarannnya. Ia harusdiperbaiki supaya pelajar-pelajar kita terutama di sekolah kebangsaandan sekolah jenis kebangsaan di luar bandar dapat menguasai bahasa inidengan baik setelah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selama 11tahun."



sumber : tranungkite.net
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:46 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-3-2009 01:23
knp tak tentang 6 tahun yg dulu , knp skrg , agenda sape yg dia bawa sbnarnya....dorang pun tido mcm bodolah jgk ke   

and thats a fact!!


bantahan2 awal sejak dari tahun 2002 lagi dari kalangan penggiat sastera..Pengarang Rahman Shaari ( pensyarah UKM) menulis Novel "BUROK" yang merupakan satira kepada gerakan Anti PPSMI..
KRONOLOGI PPSMI                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                1. 19 Julai 2002 -     PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasildaripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawahpentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir B. Mohamad.
2. 2003               -      Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia  dilaksanakan secaraberperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 denganperintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendahdan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolahMenengah.
3. 2007                -      Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah.
                             -     Kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambilpeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkanpeningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains danmatematik
4. 2008                -      Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Rendah
                             -     518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian PenilaianSekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan sains danmatematik dalam bahasa Malaysia,Inggeris, Cina atau Tamil atau lebihdari satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 orang murid (31% daripadakeseluruhan pelajar) menjawab kertas sains dalam bahasa Inggerissementara untuk kertas matematik, bilangannya adalah 238,153 orang(46%).
                             -     Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri MohdArshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa sebanyak 31.1%murid-murid yang menguasai pembelajaran itu dari kalangan mereka yangtinggal di bandar.
5. April 2008     -      Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakantidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan.
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.   31 Jan 2009 -     GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusatmembeli belah Sogo  di Jalan Tuanku Abdul Rahman.      
7.  Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato'Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata PPSMI tidak sah di sisiundang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 AktaPendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dantujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.      




tapi hishamudin buat pekak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:48 AM | Show all posts

Reply #14 highcastle's post

Ala, belum kau bg jawapan pun akud ah agak jawapan yg akan dibagi.....

Baca soalan aku baik2.....

KENAPA TAK DIBUAT DEMO DAN RUSUHAN , 6 TAHUN DULU MASA PPSMI NI NAK DIBUAT , POLISI DAH DITUKAR KE

KENAPA TAK SEHEBAT MCM HARI NI, KENAPA...KENAPA BUAT SENYAP2 JE DAN HARI NI EKNAPA NAK KECH DAN BUAT RUSUHAN BAGAI...

aku respek dgn dr m, 6 tahun dulu dan skrg pun polisi dia tetap sama, macm tu baru buat org respek dan buat keuptusan sndiri , bukan jd kuda tunganggan


6 tahun dulu tuan dia lain , skrg tuan sudah lain , psl tu jd mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-3-2009 01:48
Ala, belum kau bg jawapan pun akud ah agak jawapan yg akan dibagi.....

Baca soalan aku baik2.....

KENAPA TAK DIBUAT DEMO DAN RUSUHAN , 6 TAHUN DULU MASA PPSMI NI NAK DIBUAT , POLISI DAH DIT ...


kau salahkan pak lah lemah???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 02:01 AM | Show all posts

Reply #17 ikanbilis's post

Tak kira apa pun yg aku tuju , tp core yg aku citer ialah psl prinsip

Org yg x ada prinsip mmg x layak jd pemimpin


Snang je penulis2 tua ni buat citer dongeng konon2ya dorang buat bantahan 6 tahun dulu , tp bantahan mcm mana, knp dorang takut nak merusuh dan buat demo ganas mcm skrg , knp tak dizahirkan kebencian dan protes tu 6 tahun dulu mcm yg dibuat skrg , kenapaaaaaa


I rest my case
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 02:07 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 17-3-2009 02:01
Tak kira apa pun yg aku tuju , tp core yg aku citer ialah psl prinsip

Org yg x ada prinsip mmg x layak jd pemimpin


Snang je penulis2 tua ni buat citer dongeng konon2ya dorang buat bant ...


Analoginya macam pesakit barah..sakit bermula dari satu sel, merebak ke sel2 lain..menjadi parah lalu membawa maut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 02:09 AM | Show all posts
Snang je penulis2 tua ni buat citer dongeng konon2ya dorang buat bantahan 6 tahun dulu , tp bantahan mcm mana, knp dorang takut nak merusuh dan buat demo ganas mcm skrg , knp tak dizahirkan kebencian dan protes tu 6 tahun dulu mcm yg dibuat skrg , kenapaaaaaa




diorang takut ngan dr. mahathir kot time tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.676597 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list