CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

ZAITON SAMEON THE MOVIE

[Copy link]
Post time 7-11-2012 03:53 PM | Show all posts
Kenapa tak sambung di thread sedia ada saja ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 04:06 PM | Show all posts
byk film tak laku ah..
cam kesian aje
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:47 PM | Show all posts
kalau di hollywood filem2 biograffi begini memang tidak hit di pannggung tapi di majlis award bolot 6 7 award skaligus
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 02:17 AM | Show all posts
MERGE THREAD
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:02 AM | Show all posts
bila tanya ramai yg membebel kata filem-filem malaysia tak best.  murah. sampah segala.  tapi bila bagi filem yang bagus tak nak pulak pergi tengok.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 11:23 AM | Show all posts
my friend kata
dia dgn kawan dia nak tgk citer ni sbb jenis yg suka nak tgk apa jua movie yang ada

tp org wayang xnak open sbb

HANYA DIORANG BERDUA AJE BELI TIKET

bole?? camna nak on kalau 2 org aje.. mcm bazir kot kan space + letrik + aircond.. huhu

mmg sgt sadis.... byk benda kena kaji..
diorg kena sgt2 kreatif memikat peminat.. lagi2 nak bersaing dgn film2 hollywood bollywood kpop tu semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2012 11:24 AM | Show all posts
charlizetheron posted on 8-11-2012 09:02 AM
bila tanya ramai yg membebel kata filem-filem malaysia tak best.  murah. sampah segala.  tapi bila b ...

susah nak memenuhi kehendak manusia skang

pelik2 n demanding
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:23 PM | Show all posts
haiku posted on 7-11-2012 02:13 PM
Kutipan terkini sehingga 05 November 2012 : RM 0.039 juta 

Sumber : FINAS (updated on 06/1 ...

apa kutipan nye RM 0.039 juta!! wow nape kena buat 0.039 juta...

cakap je la RM 39,000..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 09:37 PM | Show all posts
dah tgk semalam

panggung mmg tak ramai la

tp ada la jugak ai kira dalam 12 orang

not bad...tak perfect tapi ok dan bagus juga!

sedih sbb tak dpt sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 09:12 AM | Show all posts
salimrock posted on 8-11-2012 09:23 PM
apa kutipan nye RM 0.039 juta!! wow nape kena buat 0.039 juta...

cakap je la RM 39,000..

hehe .. at least seronok sikit bila sebut perkataan "juta" tu

Collection tinggi sikit daripada filem Leftwing
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:57 PM | Show all posts
dah tak tayang? maknenye kalu aku nak pi tengok skang, dah takde la yer?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 03:00 PM | Show all posts
Ini review yang sangat bagus tentang KEKURANGAN Zaiton Ceritaku.

Zaiton seperti yang diceritakan

Oleh Syazwan Zakariah (syazwan_zakariah@astro.com.my)

Membikin filem berdasarkan kisah sebenar, baik peristiwa mahupun individu, adalah sesuatu yang sangat kompleks. Kerumitan itu bukan saja terbeban pada pasukan rekaan produksi yang merangkumi set, kostum dan sebagainya, malah paling penting kepintaran penulis dalam menyusun cerita dan karakternya. Dalam konteks filem autobiografi, penulis mesti sedar apa yang ingin dicapai. Dia harus teliti dengan setiap perincian individu yang diceritakan, bukan saja dari aspek fizikal, malah mendalami perbuatan dan jiwanya. Dalam durasi kurang lebih dua jam, apa yang ingin dirumuskan dalam naskhah itu amat mustahak. Justeru, selepas menonton Zaiton Ceritaku, saya tidak pasti apa ‘misinya’. Zaiton Sameon yang sebenar muncul pada penghujung cerita, memberitahu bahawa “jangan lupa diri ketika berjaya dan sentiasa ingat mereka yang di bawah”. Tidak ada cacat celanya nilai moral itu, tetapi saya tidak faham dengan apa yang dimaksudkan ‘ketika berjaya’ dan ‘jangan lupa diri’. Ini kerana Zaiton Ceritaku hanya memberi fokus kepada keperitan hidupnya selepas kemalangan - bagaimana dia harus survive dalam keadaan hilang ingatan, harta, keluarga dan segala-galanya. Zaman ‘ketika berjaya’ sehingga dia ‘lupa diri’ tidak jelas, tidak dikembangkan dan tidak diterokai.

Terdapat babak pembukaan yang menunjukkan Zaiton selesai membuat persembahan, kemudian disorak dan dipuji di belakang pentas. Babak seterusnya, dia ditimpa kecelakaan jalan raya. Bayangkan jika saya tidak mengenali langsung siapa Zaiton Sameon. Adakah dengan hanya satu adegan awal tadi sudah cukup untuk membuatkan saya percaya dia penyanyi yang sangat gah, masyhur dan ‘berjaya’ satu ketika dulu?

Sepanjang filem berputar, penulis skrip Ainon Arif dan pengarah Esma Daniel lebih selesa untuk mempamerkan ‘ketidakwarasan’ Zaiton dan orang-orang sekeliling yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Lalu, saya merasakan, bukankah lebih relevan jika Zaiton pada penghujung cerita sepatutnya memberitahu, “jangan pinggirkan insan seperti saya”? Saya pasti banyak kekangan yang perlu dihadapi sepanjang pembikinan autobiografi. Sama ada kisah itu dari orang yang masih hidup ataupun sudah mati, tentu banyak perkara sensitif yang harus dijaga dan diambil kira. Begitu pun, ia berbalik semula kepada kreativiti penulis untuk memanipulasikannya. Saya kurang jelas mengapa era kegemilangan Zaiton tidak ditunjukkan. Kewujudan watak seperti komposer, penari pengiring, pemuzik, peminat atau wartawan barangkali dapat membantu; sekurang-kurangnya memberi idea kepada penonton siapa Zaiton ketika di kemuncak. Ainon seperti malas untuk memikirkan soal ini dan menganggap penonton sudah terus kenal. Saya juga kurang jelas mengapa nama sebilangan watak, misalnya adik-beradik Zaiton ditukar. Bukankah ini berdasarkan kisah benar? Alasan untuk menutup aib keluarga seakan tidak munasabah. Atau adakah filem ini separa fiksyen? Saya berkata demikian kerana seingat saya, selepas kemalangan, Zaiton tidak pernah menjadi duta produk kecantikan, apatah lagi kesihatan.

Namun, di dalam filem ini, dia ditawarkan menjadi jurucakap produk Kilauan Platinum. Saya mungkin silap tetapi saya merasakan ‘realiti’ itu sangat janggal. Kesulitan dan kesengsaraan Zaiton hanya ditunjukkan menerusi siri babak dia ‘ketagih’ menyanyi, tidak kira di kenduri kahwin, gerai durian mahupun di tepi jalan. Babak-babak ini seharusnya mengundang simpati, tetapi kebanyakannya menjadi bahan ketawa. Salah penonton atau penulis yang silap mengolahnya? Zaiton Ceritaku mempunyai banyak ruang untuk penonton merasai penderitaan penghibur ini. Kisah Zaiton kehilangan anaknya - bagaimana dia berasa trauma dan terigau-igau - barangkali lebih menyayat hati, berbanding penonton menyaksikan dia ke hulu ke hilir menyanyi seperti tidak tentu arah. Sebenarnya Zaiton Ceritaku adalah cerita Zaiton yang sekarang. Generasi hari ini sepatutnya diberi peluang untuk mengenali siapa Zaiton yang dulu. Dari aspek pengarahan, Esma banyak membuang masa dengan syot-syot yang tidak membantu penceritaan, seolah mahu mengisi durasi dengan bingkai-bingkai cantik tetapi tidak bermakna. Misalnya, babak ketika Zaiton terlentang di tengah-tengah jalan dan tidak dipedulikan. Saya tidak pasti signifikannya. Lebih mengelirukan apabila ‘establishment’ diberi kepada seorang wanita muda yang tidak penting pun untuk babak itu. Begitu juga babak penamat di mana Zaiton berbual dengan seorang gadis yang asalnya watak tempelan.

Rasanya lebih kemas jika filem ini dibuka dengan perbualan mereka dan ditutup juga dengan perbualan itu, agar lakon layarnya lebih ‘structured’. Bukan sekadar suka-suka mewujudkan sesuatu babak. Momen yang benar-benar menyentuh hanyalah apabila visual asal dipaparkan, misalnya ketika Zaiton menang Anugerah Juara Lagu, gambar-gambar bersama keluarga, ketika kemalangan serta rakaman dia menziarah pusara arwah anak. Selain busana dan tatarias yang harus diberikan penekanan (aura Zaiton dalam filem ini tidak cukup flamboyant dan sepadan dengan Zaiton sebenar), rasanya Ainon juga harus berhati-hati dengan penggunaan kosa kata. Rasanya terma ‘diva’ hanya mula diguna pakai pada era milenium, tidak pada era Zaiton. Saya tidak mahu menyalahkan Nadia Aqilah yang nampak berusaha keras menghidupkan karakter ini. Bakatnya boleh dipuji, lebih-lebih lagi ini filem pertamanya. Perbezaan dari sosok fizikal juga bukan masalah Nadia sebaik saja penerbit dan pengarah memutuskan peranan ini miliknya.

Saya hargai hasrat murni penerbit yang ingin menaikkan semula nama Zaiton dan memberikan penghargaan. Namun, lebih seronok jika rasa hormat itu dapat diterjemahkan dengan cermat, tanpa membuatkan Zaiton sendiri tersinggung atau mempersoalkan kewajaran ketika dia menyaksikannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 11:15 PM | Show all posts
aku dh tgk cerita ni. jika nk dibandingkan dgn filem2 komedi hampas yang ada sekarang, filem ini jauh dihadapan dari semua aspek. syg sbb xdapat sambutan. aku bagi 7/10
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 11:32 AM | Show all posts
byk tak nak tahu kot passal zaiton sameon, sebab tuh tak nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:26 PM | Show all posts
masa awal awal ura ura nak buat citer ni lepas geng:pengembaraan bermula, aku dah beri komen yang filem ni takkan berjaya.
dan ramalan ku benar berlaka
(berjaya dalam konteks kutipan... tapi bila baca review di atas, rasanya dari segi penceritaan pun ada banyak kekurangan)

komen dari seorang yang tidak menonton filem ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:47 PM | Show all posts
RED 666 posted on 7-11-2012 02:07 PM
takleh terlampau detail sgt sebab mungkin ada yg sensitif bagi keluarga eton.

trailer dia, nam ...

bukan detail cerita utk kita tau lebih lanjut apa terjadi...

tapi detail scene shot tu itself.

mcm sayangnye zaiton pada anak dia..,, n scene eksiden tu.. patut boleh tunjuk bnyk shots yang lebih boleh beri impak yang lebih kepada penonton ( mcm cerita org putih tu ). Pengolahan dia simple sangat.

tapi cite ni mmg best.


Last edited by missdirector on 12-11-2012 02:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 02:55 PM | Show all posts
Zizan_Ali posted on 7-11-2012 02:32 PM
kesian sungguh. zaiton ceritaku hanya mampu bertahan selama seminggu tayangan.
industri filem dah  ...

Publisiti tak bagus la.. ramai org tak tau pun cerita zaiton sameon ni.

bila ai cakap.. baru diorang tanya ?? ade ke ?? tak tau pun ??

90% kawan2 kite tak tau.

skang dah tak main dh ke ??

baru je smalam gtau diorang. n semua bercadang nak g tengok.

tv pun tak kuar iklan kan ??




Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 03:30 AM | Show all posts
cian la hai filem2 dlm malaysia ni..bila nk berkembang ntah..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 03:27 AM | Show all posts
missdirector posted on 12-11-2012 02:55 PM
Publisiti tak bagus la.. ramai org tak tau pun cerita zaiton sameon ni.

bila ai cakap.. baru di ...

stuju..kurang promosi sbnarnya..kalo xlepak forum ni mmg xtahu pon psal filem ni..mak sy pon xtaw da filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 09:49 AM | Show all posts
citer ni dah ada kat astro first. sapa2 yg ada astro dan nak tgk citer ni bulehlah langgan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.633256 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list