CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4029|Reply: 7

Gempa Bumi di Tonga; updated: 6.4 richter scale!!

[Copy link]
Post time 20-3-2009 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 2-10-2009 11:37

Gempa kuat 7.9 Richter landa Tonga

NUKU'ALOFA (Tonga): Gempa kuat berukuran 7.9 skala Richter melanda Tonga, di Selatan Pasifik pagi ini, sehingga amaran tsunami dikeluarkan.

Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kerosakan besar dikesan berlaku setakat pagi ini.

Gempa berlaku jam 7.17 pagi waktu tempatan (1817 GMT), berpusat di 210 kilometer di barat daya ibu negara Tonga, Nuku'alofa, menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).


Gempa susulan 5.2 Richter juga dikesan berlaku di kawasan sama dua jam selepas gempa pertama.

Penduduk di Nuku'alofa berkata, setakat ini tiada tanda kerosakan besar berlaku atau risiko tsunami.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Tonga, Niue, Kepulauan Kermadec, Samoa dan Fiji, tetapi menariknya semula dua jam selepas gempa berlaku. - AFP




pshawwwwww baru few days ago ajer.... yg volcano kat tonga ni.... mmg ada kena mengena la ngan  earthquake ni.....  sebab volcano + earthquake.. mmg  hand in hand.... especially di negara2 yg terdapat both  volcanic mountain.. dan kat ring of pacific fire.....    yg aku mosykelkan... ni belum ada risiko tsunami.... BELUM LAGI  mate!!!  tapi   ni ler dia  foreboding  benda2 tu akan  muncul  tak lama lagi nih!!!

[ Last edited by  amazed at 20-3-2009 23:20 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 11:12 PM | Show all posts
masyaalah...

7.9...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 11:20 PM | Show all posts
Friday March 20, 2009
Warning of possible S. Pacific tsunami after quake - U.S. agency
WASHINGTON (Reuters) - A warning of a possible tsunami in the South Pacific was issued after a 7.9 magnitude earthquake was registered about 209 km southeast of Nuku'alofa, Tonga, the U.S National Weather Service's Pacific Tsunami Warning Center said on Thursday.

"It is not known that a tsunami was generated," the center said. "An earthquake of this size has the potential to generate a destructive tsunami," it added.

The quake occurred at 1818 GMT at a depth of of 10 km, the U.S. Geological Survey reported.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 08:03 AM | Show all posts
Gempa 7.9 skala Richter di Fiji

NUKU'ALOFA, 20 Mac - Kerajaan Tonga mengeluar amaran tsunami dan mengarah penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Fiji supaya berpindah ke kawasan tinggi ekoran gempa bumi besar dengan kekuatan 7.9 magnitud di Pasifik Selatan, hari ini.

Gempa yang terjadi selepas waktu subuh itu berlaku 210 kilometer di bahagian tengah di selatan tenggara ibu kota Nuku'alofa, Tonga, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa dengan kekuatan 5.3 magnitud juga turut direkodkan di wilayah yang sama hanya beberapa jam selepas gegaran awal.

Penduduk Nuku'alofa berkata, mereka tidak menerima sebarang petanda dan kesan kerosakan atau amaran tsunami selepas berlaku gegaran itu yang berlaku pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.

Di Tonga terdapat beberapa kesan gempa bumi dan di dasar laut persisiran pulau Tangatapu pula terdapat gunung berapi yang bakal meletup, menyebabkan penduduk tidak digalakkan berada di kawasan berkenaan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Tonga, Niue, Kepulauan Kermadec, Samoa Amerika dan Fiji, kira-kira dua jam selepas berlaku gempa hari ini.

Di Fiji, kira-kira 750 kilometer ke barat Tonga, pihak berkuasa mengarahkan orang ramai terutama di persisiran pantai agar berpindah ke kawasan tinggi dengan semua sekolah ditutup dan kakitangan kerajaan di arah pulang ke rumah. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 11:11 AM | Show all posts
Gempa 7.9 magnitud gegar Pulau Tonga



ASAP tebal dan wap menjulang daripada letusan gunung berapi dasar laut akibat gempa bumi kuat melanda Lautan Pasifik.



Kejadian cetus ledakan gunung berapi dasar laut

NUKU'ALOFA: Gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Lautan Pasifik semalam, menggegar dan mencetuskan ledakan gunung berapi di dasar laut berhampiran Pulau Tonga, seterusnya menambah kebimbangan limpahan lahar dan pengeluaran debu.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gempa yang boleh dirasai sejauh 3,000 kilometer di New Zealand itu. Satu amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa, tetapi dibatalkan dua jam kemudian.


"Kami agak bertuah kerana tsunami tidak terbentuk," kata Ketua Seismologi Kerajaan Tonga, Keleti Mafi kepada The Associated Press.

Namun, beliau memberi amaran gempa kuat secara langsung mencetuskan ledakan gunung berapi kira-kira 10 kilometer dari pantai barat daya pulau Tongatapu, Tonga dan mungkin menyebabkan lebih banyak lahar melimpah dan debu disembur keluar ke udara. Asap tebal dan wap menjulang setinggi 20 kilometer ke langit berikutan kejadian gempa itu.

Satu pemeriksaan ke atas gunung berapi itu kelmarin menggunakan bot di lokasi sejauh 3.2 kilometer dari asap yang keluar menunjukkan lahar dengan garis pusat 10 meter terbentuk dari dasar laut.


"Ia mengalir keluar dari laut," katanya, sambil menambah letusan ganas bermakna ia amat berisiko untuk dihampiri.

Gempa itu berlaku kira-kira 200 kilometer di tenggara selatan ibu kota Tonga pada kedalaman 10 kilometer, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Gegaran susulan magnitud 5.3 dilaporkan dua jam selepas gempa pertama.

Pihak berkuasa Tonga berkata, tidak ada laporan kecederaan atau kerosakan daripada 170 pulau di bawah jajahannya.

"Agak menakjubkan dengan magnitud yang begitu besar tidak ada kerosakan dan kecederaan. Kami mungkin mati dengan mudah, jika sebaliknya berlaku," kata komander polis nasional, Chris Kelly. � AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2009 11:03 PM | Show all posts
Gempa sederhana landa Tonga

SYDNEY: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter melanda pesisir pantai Tonga di Pasifik Selatan hari ini, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku jam 12:16 (1216 GMT) itu berpusat di 145 kilometer di selatan ibu negeri Nuku'alofa.

Bagaimanapun, tiada laporan segera diperoleh mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit, termasuk tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini. - AFP



dah 2 kali dalam masa 3 minggu nih.....   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2009 11:38 AM | Show all posts
Gempa bumi kuat di Kepulauan Tonga
02/10/2009


KUALA LUMPUR 2 Okt. — Satu gempa bumi kuat berskala 6.4 Richter melanda Wilayah Kepulauan Tonga pada kira-kira pukul 9.08 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa bumi yang berpusat di latitud 15.82 Selatan dan longitud 174.8 Barat itu terletak kira-kira 7,021km dari barat Davao, Filipina dan 7,717km dari barat Tawau, Sabah.

Keadaan itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu yang akan memantau perkembangan itu.—Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 11:41 AM | Show all posts
02 Oktober, 2009

Gempa Bumi Kuat Di Kepulauan Tonga

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat berskala 6.4 Richter melanda Wilayah Kepulauan Tonga pada kira-kira 9.08 pagi Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa bumi yang berpusat di latitud 15.82 Selatan dan longitud 174.8 Barat itu terletak kira-kira 7,021km dari barat Davao, Filipina dan 7,717km dari barat Tawau, Sabah.

Keadaan itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu yang akan memantau perkembangan itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066060 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list