View: 9600|Reply: 54
|
Esok Hari Polis ke 202 Tahun
[Copy link]
|
|
Sempena hari Polis esok jom kite 'buat ucapan untuk abang2, akak2 polis kite... let's start wit me
'Buat Abang dan akak Polis di seluruh M'sia
Jasa mu dikenang
Perit lelah mu ku hargai
Terima kasih buat semua polis kat M'sia ni....:handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Ema_kiki80\ catat
selamat ulang tahun.....
buat polis2 satu malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
skg bos aku dah jadi bekas polis..........
last weekend ada mpv polis main rumah hantar invitation utk perbarisan hari polis kat IPD Kepala Batas.......... |
|
|
|
|
|
|
|
pada abg ku juga....
esok xdpt la tgk wajahmu kat tv1... 7.30 pg lak perbarisan...
going to keje lor....
nyway, epi ari polis...
(nasib bek abah anta along jadik polis...
kalo x, mmg mrempit jela keje nye... ahahahaa.... ) |
|
|
|
|
|
|
|
slamat ulang taun ker 202.............(dah tua roper nyer)
walaupon dah 202 umur nyer.....
tapi power tuuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat semua kawan ku kat Bkt Aman dan IPD Sepang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Utk sahabat2ku dlm PDRM, Selamat Hari Polis... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari polis ni tak de pameran ke |
|
|
|
|
|
|
|
tu lar pasal..tak nampak pun. Boleh minta kurang saman tak?? hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 chuckky\ catat
Tengok MPV jenis MITSUBISHI EVO 10, mungkin ada pelancaranya besokk... (Sang HELANG lebuhraya..... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Ya..kepada abang2 & kakak2 polis...selamat menyambut hari polis.. |
|
|
|
|
|
|
|
...x lupa juga kepada awek2 polis yg lawa2 kat TV pagi tadi...muuuaaaaahhhhzzzzz...!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
KPN Perbaharui Ikrar Sempena Sambutan Hari Polis
Oleh Norshazlina Norazman
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan memperbaharui dan memberikan ikrar semula pada sambutan Hari Polis, Rabu bagi meningkatkan peranan dan prestasi pasukan polis dalam menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.
Beliau secara peribadi akan memperbaharui ikrar itu sejajar dengan hasrat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan misi dan visi ke arah menjadikan PDRM sebagai pasukan yang lebih mantap selain meneruskan kejayaan dan mengatasi kelemahan yang ada.
Pada majlis yang akan berlangsung di Pusat Latihan Polis dan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu juga buat pertama kalinya lagu baru PDRM 'Tegas, Adil dan Berhemah' akan diperdengarkan.
"Antara intipati ikrar yang akan dibacakan nanti termasuklah janji saya dalam menentukan keselamatan negara agar tidak diganggu gugat dengan sebarang ancaman dan anasir luar, tanggungjawab untuk membanteras jenayah, merapatkan hubungan baik masyarakat dan polis selain berjanji menjalankan tugas tanpa penyelewengan, rasuah dan keganasan.
"Saya memperbaharui ikrar itu untuk mengingatkan semula kepada semua pihak termasuk masyarakat tentang peranan yang warga polis mainkan serta betapa seriusnya kami dalam membanteras jenayah," katanya dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di sini malam Selasa.
Beliau berkata dengan ikrar itu, sekurang-kurangnya dapat mengubah tanggapan serong masyarakat terhadap pasukan polis kerana polis sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan prestasi serta mutu kerja yang berkualiti selain berupaya mengurangkan kadar jenayah.
"Masih ada suara-suara sumbang yang menuding jari menyalahkan polis dan memandang serong terhadap kami. Jika masyarakat seringkali menyalahkan pihak polis, itu hanya akan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan satu masa nanti polis tidak dihormati dan penjenayah akan bermaharajalela.
"Justeru pada Hari Polis ke-202 ini, kami berusaha untuk berubah dari kepolisan tradisional kepada kepolisan yang lebih moden dan canggih, sesuai dengan peredaran zaman serta memantapkan lagi jentera kami," katanya.
Antara perancangan untuk masa hadapan PDRM ialah membuat penstrukturan baru di PDRM dengan mewujudkan satu jabatan baru untuk mengawal kegiatan pengganas dan jenayah yang merentasi sempadan.
Selain itu, bagi meningkatkan kebolehan dan tahap kecekapan anggota, pusat-pusat latihan akan diwujudkan dengan mendapat kerjasama dari pakar luar negara seperti Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI).
Beliau berkata bagi mencapai pelan strategik lima tahun, PDRM memerlukan penambahan keanggotaan sehingga 60,000 bagi mengimbangi ratio masyarakat dengan polis.
"Kami hanya mempunyai 106,000 anggota. Kini, kami juga diberi tanggungjawab untuk menjaga perairan dan sempadan negara, justeru kami memerlukan lebih ramai lagi tenaga dan meningkatkan logistik kami," katanya.
Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya lebih rasional dalam pemikiran dan jangan lakukan perkara yang merosakkan keamanan terutama ketika kegawatan ekonomi.
"Pada anggota pula, apa yang saya rencanakan dan polisi yang telah saya gariskan, patuhi dan jalankan tugas dengan sebaiknya.
"Saya akan beri apa sahaja keperluan bagi memudahkan tugas anggota tetapi mereka perlulah memastikan bahawa mereka bebas dari salah guna kuasa, rasuah dan jalankan tugas dengan amanah dan jujur," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada semua warga kerja PDRM diucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Peringatan Hari Polis yang ke 202. Semoga anda terus tegar menjadi pelindung dalam segala ancaman jenayah yang banyak memberi cabaran. Apa jua kelemahan pasukan harus berterusan diperbaiki supaya nama pasukan tetap gah. ANDA SEMUA ADALAH KEBANGGAAN KAMI. Penambahbaikan didalam sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan akan memberi keyakinan kepada rakyat dan negara. Semoga anda semua dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
[ Last edited by yipun78 at 25-3-2009 12:15 ] |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni takder parade ker...
aku nak tengok gayung perang vat69 dan unit selam tempur laa... |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI POLIS KE-202 25 Mac 2009
Posted by Abu Nuha
pc220178Hari ini merupakan sambutan Hari Polis ke 202 (1807-2009).
Saya mengetahui, bahawa antara pelayar blog ini ialah anggota-anggota polis.
Ada yang melayarinya kerana mereka kawan-kawan saya, dan ada juga yang bertindak sebagai pemerhati dan pemantau.
Dalam blog ini pun, saya pernah beberapa kali menyentuh berkenaan mereka.
Bahkan antara artikel yang terawal apabila seorang sahabat baik (SB) berkunjung ke pejabat ini gara-gara teks khutbah berkenaan isu tuduhan zina dan liwat.
Saya juga pernah menyentuh tentang Balai Polis Menumbok dan Putatan dan memberi komentar berkenaan keselesaan mereka bertugas.
Saya sendiri banyak mengenali dan bersahabat bahkan sebilik pejabat dengan mereka khusus ketika di Istana Negeri dahulu. Begitu juga anggota trafik yang selalu mengiringi TYT dan rombongan dalam mana-mana perjalanan. Persahabatan itu berjalan baik sehingga sekarang.
Saya kira semua maklum, PDRM secara umumnya mengalami krisis kepercayaan awam yang amat teruk ketika ini. Ini berdasarkan beberapa tindakan segelintir anggota PDRM yang dipandang zalim dan kejam oleh rakyat.
Isu terkini apabila pasukan FRU menghambat dan menangkap rakyat yang hadir ke dalam ceramah PKR di Bukit Selambau. Ia seolah-olah menjadi sinonim apabila rakyat terpaksa bertempur dengan PDRM yang seolah-olah memusuhi rakyat.
Peristiwa hitam pekat begitu, tidak berlaku sekali tetapi begitu kerap dan akhirnya menjadi sinonim bahawa rakyat menganggap PDRM tidak membela dan menjaga keadilan, keselamatan dan keamanan tetapi membela UBN serta suku sakat mereka.
Saya berdoa semoga polis-polis yang terlibat bertaubat kepada Allah, menginsafi bahawa semua perlakuan baik dan jahat akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil. Insafilah kalimah Allah dan RasulNya yang tersemat pada logo PDRM itu.
Kesempatan ini, dalam masa yang sama saya mengakui masih ramai anggota PDRM yang baik hati. Oleh itu saya mengucapkan selamat hari polis mereka khususnya kepada sahabat-sahabat dan kenalan saya daripada anggota keselamatan pasukan PDRM.
Supt Hj Abd Latif Hj Ibrahim (ADC TYT, Istana Negeri)
DSP Hj Abd Malik Dolisin (Bekas ADC TYT)
C/Insp. Abd Lamat Hj Taman (CSO Istana Negeri)
Sarjan Abu Bakar Kahar (Pengiring TYT)
Koperal Ajim Akim (Pengiring TYT)
Koperal Jamil Dan (PGA Kepayan)
Konstabel Ridzuan Ismail (Pengiring TYT)
L/Koperal Wan Azman Wan Salleh (Pengiring TYT)
Dan ramai lagi di kalangan pegawai dan anggota PDRM pelbagai posisi dan pangkat sama ada kenalan dalam menjalankan urusan rasmi atau pengikut setia dalam kuliah-kuliah dan ceramah di masjid dan surau.
Doa saya agar mereka dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Allah Maha Melihat akan apa yang kita lakukan. Semoga rezeki yang kita terima halal di sisi Allah SWT, lantaran tugas kita menepati kehendak agama.
source: http://abunuha.wordpress.com/200 ... -hari-polis-ke-202/ |
|
|
|
|
|
|
|
PM pandu uji kereta peronda baru PDRM
25/03/2009 10:00am
KUALA LUMPUR 25 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memandu uji kereta peronda baru polis jenis Mitsubishi EVO 10 di padang kawad di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Turut bersama beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya macam mana le org tua tu test keta...bayangkan pak lah buat drift... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 guyfawke's post
|
|
|
|
|
|
|
la...takkan bawak 10 kaki aje...rugi le.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|