CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Rumah Anak-Anak Yatim/Rumah Orang Tua-Tua/Perlindungan Kanak-Kanak etc

[Copy link]
 Author| Post time 8-4-2009 01:40 PM | Show all posts
Rumah Lindungan Kasih        
No. PT 7138-PT 7146
Taman Suria
73000 Tampin
N. Sembilan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 02:08 PM | Show all posts
Pusat Jagaan Negeri Sembilan           

SENARAI PUSAT JAGAAN BERDAFTAR DIBAWAH AKTA PUSAT JAGAAN 1984 DI  NEGERI  SEMBILAN




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 03:08 PM | Show all posts

Balas #21 Syd\ catat

thks syd..
baru nak tepek alamat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 04:14 PM | Show all posts
t.ksh syd..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 03:47 PM | Show all posts
ez dh pergi rumah lindungan kasih kat tampin tu 9hb aritu..xtau knp hati ni nak sgt pergi..tempat tu ok cume ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian..pd mulanya pelatih2 kt situ semua segan maybe mereka x biase dgn org luar dan mereka t'lalu merendah diri..mereka bimbang masyarakat luar xblh menerima keadaan mareka..tapi bila ez ajak mereka sembang,lama kelamaan mereka makin mesra..lebih2 lg boleh dikatakan setiap petang ez meluangkan mase melawat dan minum ptg b'sama..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 03:52 PM | Show all posts
mlm ini rumah lindungan kasih ada buat sambutan hari jadi pelatih yg lahir pd bln april..b'mula 8pm smpi 11pm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2009 12:11 AM | Show all posts

Balas #25 ezzda\ catat

kalau ada amek gambo,

sudi laa tepek kat thead nih dan jugak kat bod NGO ye

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 07:49 AM | Show all posts
Rumah Lindungan Kasih perlu bantuan

TAMPIN 16 April - Masyarakat disaran supaya tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu penghuni-penghuni Rumah Lindungan Kasih di Taman Suria dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sebarang bantuan sama ada dari segi kewangan atau barangan keperluan harian amat dialu-alukan.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh membantu dengan berkhidmat secara sukarela sebagai pembimbing kepada seramai 16 penghuni yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan remaja di pusat jagaan tersebut.

''Saya berharap lebih ramai anggota masyarakat akan tampil memberi sumbangan kepada Rumah Lindungan Kasih," katanya.

Osman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan dan lawatan ke Rumah Lindungan Kasih di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan dan Pegawai Daerah Tampin merangkap Pengerusi Rumah Lindungan Kasih, Datuk Mohd. Yusof Yunus.

Sementara itu, kata Mohd. Yusuf, Rumah Lindungan Kasih yang mula beroperasi pada 1 Januari tahun lalu merupakan sebuah pusat jagaan yang menempatkan penghuni perempuan sahaja.

''Terdapat dua kategori penghuni di Rumah Lindungan Kasih iaitu anak yatim dan miskin serta remaja yang pernah terjerumus dalam masalah sosial.

''Kemasukan ke pusat jagaan tersebut adalah secara sukarela, terbuka kepada semua kaum serta tiada bayaran dikenakan," jelasnya.

Tambahnya, pada masa ini, Pusat Lindungan Kasih memerlukan sumbangan perabot bagi membolehkan kesemua penghuni menjalani kehidupan dalam suasana lebih selesa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2009 09:19 PM | Show all posts
Yayasan Kasih Sayang bantu saudara baru
03-09-2007 09:08:06 AM
Oleh LUQMAN NUR HAKIM MAZLAN

RAMAI di antara kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb, 2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata, sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya," tambah Muhammad Adnan. -- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 05:05 PM | Show all posts


Kediaman Anak Yatim dan Dua抐a
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 02:04 PM | Show all posts
ada satu rumah perlindungan kanak2 di rembau..(dulu dikenali sebagai taman sri puteri utk remaja perempuan bermasaalah)..kalau waghih2 semua nak tau disitu ditempatkan  kanak2 terbiar (ex:anak2 yg dibuang oleh mak ayah)..rumah tu under JKM tapi akak dapt tau mereka bona2 perlukan bantuan..esp nak raya ni..tak de baju raya..makanan...apo yg akak tau JKM bagi peruntukan lamsam utk one year..situla duit makan situ la nak beli pakaian budak2 tu pendek kato eh segalo2 eh kek duit yg seciput dibagi tu..kalau waghih2 nak tambah pahala..berilah bantuan dokek bdak2 tu..anak2 situ antara umo 7-17thn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2009 09:39 AM | Show all posts
Bersahur dengan anak yatim

SEREMBAN 10 Sept. - Seramai 40 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan di Ampangan dekat sini diraikan dalam majlis bersahur sempena Program Indahnya Ramadan baru-baru ini.

Penyelaras program, Wan Salwati Abdullah berkata, program berkenaan merupakan anjuran bersama Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Seremban serta Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban memberitahu, seramai 50 sukarelawan menyumbang masa dan tenaga bagi menjayakan program tersebut.

''Secara keseluruhannya, program itu berjaya mencapai matlamat menggalakkan ahli-ahli Puteri dan Pemuda UMNO mendekati golongan kurang bernasib baik terutamanya pada bulan Ramadan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Baharudin Jali dan Pengerusi Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan, Kamalul Arifin Abu Kasim.

Yunus turut menyampaikan bantuan Ramadan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian kepada penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan.

Wan Salwati menambah, selain bersahur, para peserta program turut berkonvoi menyampaikan bantuan Ramadan kepada lima penerima sekitar Mantin, Lenggeng, Sikamat, Temiang dan Ampangan.

Dalam pada itu, Yunus berkata, program Indahnya Ramadan memberi ruang kepada pemimpin serta ahli Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Seremban melihat sendiri kehidupan golongan kurang bernasib baik.

''Matlamat program adalah selaras dengan kehendak Islam supaya kita menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan," jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, lebih ramai anggota masyarakat yang lain lebih-lebih lagi syarikat swasta sewajarnya mengambil inisiatif menganjurkan program serupa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 07:36 PM | Show all posts
Maaf tuan tanah. Saya nak war2kan satu perkhidmatan.
Pusat Jagaan Warga Emas untuk orang islam di Wangsa Maju.
Anda boleh hantar orang tersayang semasa anda bekerja.
Hantar pagi, ambil petang atau hantar isnin, ambil jumaat.
Kalau kami berkesempatan, kami ambil, kami hantar.
Biar mereka selamat bersama kami dan rakan-rakan seusia.
Kegiatan pemeriksaan kesihatan, permainan, tazkirah dll.
Penjaga adalah Jururawat Terlatih 15 tahun serta staf terlatih.
Hubungi 0192456517 (Rashid)
http://husna-arrashid.com/
Sedikit sebanyak menjadi pilihan dalam penyelesaian masalah keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:04 PM | Show all posts
nak naikkan balik thread ni.. kot la ada penderma yang nak bagi sumbangan ke kan.. nak tanya gak..

1) kat mana rumah anak- anak yatim yang sangat memerlukan bantuan (sebab kurang sponser).
2) bantuan yang bukan kewangan lak kat mana nak beri? contoh: nak kasi keperluan memasak, alat tulis etc

saya ada terbaca komen kat facebook.. ada hamba allah ni nak bagi sumbangan pakaian terpakai dekat rumah anak yatim. dia call tapi pengurusan sana macam layan tak layan je. hamba allah ni student dan tak mampu beri duit. satu lagi, bila cakap nam bagi sumbangan dekat anak yatim, ada la kawan saya duk kata rumah anak yatim kawasan seremban banyak sponser dah. tak payah bagi pun tak apa. ada lak yang kata anak yatim sekarang dah kaya sebab sumbangan banyak sangat. padahal realitinya bukan semua macam tu kan. tapi kadang- kadang kata-kata orang ni yang melemahkan semangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 01:43 PM | Show all posts
@mobic,

ni ada satu badan amal anak2 yatim..

Asnaf Murni
No. Akaun: 562759105064


Alamat Pejabat:
No 1238 Jalan Nusari Bayu 4,
Taman Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan,
70900 Seremban, Negeri Sembilan

Email:
Badanamalasnafmurni@gmail.com

Tel : 06-693.0010 / 06-792.3599

Tel : 06-792.3598

Fax : 06-792.3599 / 98

En. Mohd : 012-2793598

http://www.badanamal.org/

dlu sy pnah join event yg dianjurkan oleh NGO dgn asnaf murni ni..
mmg diorg mmrlukan bntuan dri segi kewangan utk byr bil api air sekolah dll..


bos saya pn tgh mncari rumah anak2 yatim yg mmrlukan bantuan..
kalau nk diikutkan, rumah anak yatim area ampangan ni, gedung lalang dpn skolah tu,
mmg dh byk dpt bntuan..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.469778 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list