CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

PRK Penanti : BN tak bertanding

[Copy link]
Post time 18-4-2009 06:25 PM | Show all posts
Najib Tidak Tolak Kemungkinan BN Tidak Sertai Pilihan Raya Kecil Penanti

PEKAN, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.

"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 09:32 AM | Show all posts
Terima kasih kerana menghabiskan duit rakyat untuk PRK yang tidak perlu.

DSAI, di mana janji anda utk menghadapi krisis ekonomi demi rakyat jika sejumlah perbelanjaan yang besar digunakan untuk tujuan ini.


Anda menuduh BN suka membazirkan duit rakyat tapi anda sendiri tidak lari dari perangai anda dalam BN.


Cakap tak serupa bikin....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by munark at 19-4-2009 09:32
Terima kasih kerana menghabiskan duit rakyat untuk PRK yang tidak perlu.

DSAI, di mana janji anda utk menghadapi krisis ekonomi demi rakyat jika sejumlah perbelanjaan yang besar digunakan untu ...

buat pilihan raya bukan membazir..tetapi  beli undi untuk menang itulah pembaziran...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 02:13 PM | Show all posts
Penanti: BN wajar 'pulau'?         

                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) wajar tidak meletakkancalon untuk bertanding bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti jika berpegang kepada prinsip tidak mahu mengikut rentak agendapolitik Pakatan Rakyat termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti UtaraMalaysia, Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tindakan kemungkinanBN tidak meletakkan calon menunjukkan rasa putus asa dan kekecewaanterhadap PKR yang hanya mempermainkan proses demokrasi dalam negarasekaligus cuba mengheret rakyat dalam agenda politik mereka.
"Pilihan raya kecil ini bukan agenda negara. Ini agenda PKR danagenda ini langsung tidak menyumbangkan apa-apa kepada agenda negara.
"Jika BN tidak mahu meletakkan calon, ia sememangnya wajar jikamemikirkan kenapa mereka perlu bertungkus-lumus untuk menjayakan agendaPKR yang hanya memikirkan kepentingan politik mereka tanpa mempedulikanrakyat dan wang begitu banyak akan dibazirkan," katanya ketikadihubungi mStar Online.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkataberkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan rayakecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.
Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen PermatangPauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, MohammadFairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkatpascasiswazah.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, pilihan raya kecil itusengaja mahu diadakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat bagi menunjukkankeangkuhan mereka yang sejak Ogos lalu telah memenangi empat pilihanraya kecil iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang sertaDUN Selambau.
Katanya, pilihan raya kecil ini juga merupakan sebahagian daripadasiri pukulan politik PKR kepada BN untuk mewujudkan perang psikologi dikalangan rakyat bahawa BN kononnya ditolak dan tidak lagi diterimarakyat.
"Mereka gunakan cara ini untuk mempermainkan rakyat.
"BN dan Umno kini sedang dalam proses pemulihan dan Anwar tidak benarkan itu berlaku," katanya.
Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. AhmadNizammuddin Sulaiman turut bersetuju jika BN tidak bertanding dalampilihan raya kecil Penanti itu.
"Saya merasakan tindakan tidak mahu bertanding itu wajar dan iamungkin diambil sama ada kerana tidak mahu menghabiskan banyak wanguntuk satu tujuan yang tidak perlu atau mahu mengekalkan integritinyayang telah beberapa kali kalah pada pilihan raya kecil sebelum ini.
"Peluang BN untuk menang memang tipis kepada itu adalah kubu kuat PKR. Semua penyokong mereka ada di situ," katanya.
Selain itu, kata beliau, mungkin juga BN tidak mahu meletakkan calonkerana sememangnya pilihan raya itu nanti akan melibatkan banyakbelanja.
"Rakyat pula dipermain-mainkan secara secara sengaja kerana pilihanraya ini diadakan kerana ADUN itu sengaja meletak jawatan, bukan keranameninggal dunia atau hilang kelayakan," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, ProfMadya Dr. Ghazali Mahyuddin juga berpendapat bahawa tindakan BN tidakmeletakkan calon di Penanti merupakan sesuatu yang wajar memandangkankawasannya itu sememangnya kubu kuat PKR.
"Memang besar kemungkinan, BN akan kalah di kawasan itu... jadi lebih baik mereka tidak meletakkan calon di situ.
"Saya rasa kalau ini menjadi kebiasaan bagus juga di mana kalautempat itu kubu kuat pembangkang, BN tidak payah bertanding dan begitujuga sebaliknya," katanya.
Bagaimanapun pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti MalaysiaSabah, Zaini Othman menyifatkan kenyataan bahawa BN kemungkinan tidakakan bertanding adalah tidak wajar dan agak mengejutkan.
"Kalau prinsip demokrasi yang kita tekankan, tindakan BN tidakmeletakkan calon merupakan sesuatu yang tidak wajar kerana kita perlumemikirkan kepentingan penduduk di DUN Penanti," katanya.
Beliau berkata, pilihan raya kecil itu merupakan gelanggang untukPerdana Menteri menguji penerimaan rakyat terhadap Kabinet rakyat dankerajaan rakyat yang dibawanya selepas mengambil alih tampuk kepimpinannegara.
Katanya, BN tidak perlu memikirkan pilihan raya itu sebagai salahsatu helah pembangkang, sebaliknya berusaha untuk menarik kembalisokongan rakyat di kubu kuat PKR itu.
Soal peletakan jawatan ADUN kawasan itu adalah masalah dalamanpembangkang, kata beliau sambil menambah, "lupakan rentak yangdimainkan pembangkang kerana bukankah ini masanya BN meraih semulasokongan penduduk."
"Apa yang penting, kepentingan rakyat perlu didahului serta dijaga dan itu mengatasi perkara-perkara lain," jelas beliau.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 02:14 PM | Show all posts
Guan Eng tidak gembira dengan perkembangan semasa ekoran Fairus letak jawatan         
                      PULAU PINANG:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadibeliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutanpeletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan KetuaMenteri 1 (TKM1) dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penantibaru-baru ini.
Bagaimanapun Lim berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatanpembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yangberlaku.
"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapiada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu adapilihan raya kecil.
"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya(pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulasmengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan MohammadFairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.
Lim sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar "Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban" di sini hari ini.
Mengenai pemilihan calon TKM1, Lim berkata: "Kita hanya tunggucadangan dari beliau (Anwar)... saya telah beri masa kepadanya untukbuat cadangan."
"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini.
Ada banyak juga khabarkhabar angin mengenai barisan ADUN yang adayang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1," katanya.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawaBarisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan rayakecil DUN Penanti nanti, Lim berkata, terpulang kepada BN keranaMalaysia mengamalkan sistem demokrasi.
"Dalam sistem demokrasi kita ada pilihan untuk berbuat sesuatu, samaada hendak bertanding atau tidak itu terpulang kepada BN, itulahkebebasan yang ada dalam demokrasi," katanya.BERNAMA
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 02:15 PM | Show all posts
Penanti: BN mungkin tidak tanding Pakatan menang mudah?
   
                      Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Buat julung kali dalam sejarah pilihan rayanegara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untukmenolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil.
Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaancalon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencubanasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.
Kali ini suasana agak berlainan.
Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagianParlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti KeadilanRakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BNberkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan rayakecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensussemua parti komponen BN.
Jika ia menjadi kemungkinan apakah Pakatan Rakyat, yang akan menurunkan calon PKR, akan menang mudah tanpa bertanding?
Ataupun pertandingan tetap diadakan jika ada calon Bebas pula yang turun gelanggang.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, BN perlu melihat terlebihdahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atausebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya takketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepasmenghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat ParlimenPekan di Kuantan semalam sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteripada 3 April lalu.
Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akanmengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemudengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkaraitu.
"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalautak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang denganpresiden-presiden parti komponen BN," kata beliau dipetik Bernama.
Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.
Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejakpilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan rayakecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.
Malah syor yang sama pernah diutarakan ketika kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding Ogos lalu.
Ketika itu syor agar Umno dan BN tidak meletakkan calon diutarakan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Kali ini, Najib berkata, BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.
"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali inisatu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kitadapat mengesannya.
"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.
Jumaat lalu, Najib berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.
Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat Rabu inibagi menentukan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penantidi Pulau Pinang ekroan keputusan penyandangnya, Mohammad FairusKhairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatanKhamis lalu.
"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan bolehdisifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyatpada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kataNajib.
Malah Jumaat lalu, Najib juga berkata, berdasarkan PerlembagaanPersekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkanpilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimenitu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugasdan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.
Bagaimanapun, beliau berkata meletak jawatan adalah bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.
Khamis lalu, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.
Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagimembersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkanbeliau melanjutkan pelajaran.
         
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2009 03:07 PM | Show all posts
TAHNIAH ler BN
harap2 PKR menang percuma hehe tak membazir ler duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 06:03 PM | Show all posts
baguih la BN xnk lwn..tp da kne soung ngan tok det..jgn jd pengecut..huhuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 06:13 PM | Show all posts
pakatan rakyat dari awal sampai skrang memang menghabiskan duit rakyat.bukti baru memerintah dah beli keta camry.beli lembu sesuka hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 06:19 PM | Show all posts
beli lembu bg dekat rakyat tu membazir haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 06:25 PM | Show all posts

Balas #30 DTECCONAN\ catat

beli lombu tu dapatla komisen skit
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by hilawatie at 19-4-2009 06:25 PM
beli lombu tu dapatla komisen skit

komisen apanya, harga lembu RM 2 ribu jer haha
lagi bagi bg dekat Cina RM 1 juta masa pilihanraya kan haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 07:06 PM | Show all posts
Khalid membeli lembu  pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 07:09 PM | Show all posts
BN perlu bertanding DUN Penanti: Dr Mahathir

RAUB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan nasional (BN) perlu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, di Pulau Pinang.

Bekas Pengerusi BN itu berkata jika tidak ia bermakna BN sudah mengaku kalah.

"Saya fikir kalau kawasan BN kita bertanding tapi bila kita ingat kawasan parti lawan sebab tu tak nak bertanding," katanya di sini hari ini.






belom aper aper dah takut nak tanding   LMFAO  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:26 AM | Show all posts
Kalau BN xbertanding... mmg xlayak jd pemerintah.

Mengaku kalah sebelum bertanding...

bapokkkk... pondaaannn... tarak teloqqqq.. bacuuuuuulllll... anu taraaaakkkk...









Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:31 AM | Show all posts

Reply #33 hilawatie's post

rasuah lah tu kasi org kg daging korban....
aku halalkan jer

ni baru rasuah
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 10:08 AM | Show all posts
Kekosongan disengajakan? SPR syor kaji undang-undang pilihan raya kecil         
                      Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Sudah mula wujud trend kekosongan disengajakanuntuk diadakan pilihan raya kecil? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkankekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimensengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau punindividu tertentu.
Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalusengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omarberkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikanalasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.
Daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan rayaumum 2008, dua pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauhdan DUN Bukit Selambau diadakan disebabkan penyandangnya mengosongkankerusi tersebut.
Kedua-duanya telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang menurunkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).
SPR bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan pilihan raya kecil keenam iaitu membabitkan DUN Penanti.
Kekosongan Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti berpunca daripada keputusan penyandangnya meletakkan jawatan.
Tiga kerusi lain kosong disebabkan kematian penyandang.
Justeru jelas Wan Ahmad, sudah tiba masanya peruntukan undang-undangsedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkankerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalahdalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorangdapat dielakkan.
"Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu,antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankandengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya... sayasetuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula," kataWan Ahmad ketika dihubungi mStar Online.
"Malah saya sangat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melihatpada 'loop-holes' ini agar kecacatan ini tidak digunakan untuk tujuankepentingan diri dan kepentingan tertentu," katanya.
Beliau yang juga bekas Setiausaha SPR memberitahu, situasi politiksudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakankekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.
Kini menurut beliau, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalamtempoh 60 hari sebaik sahaja sesuatu kekosongan wujud tidak kira apapuncanya.
"Saya berpendapat bahawa perlu ada dasar baru dalam hal ini...kerajaan perlu menentukan dasarnya (mengenai klasifikasi dan skopsesuatu kekosongan itu).
"Sebaik sahaja adanya dasar sedemikian, Jabatan Peguam Negara bolehmenggubal undang-undang yang sesuai, dan jika ada undang-undang sesuai,kami di SPR akan menguatkuasakan undang-undang itu nanti," katanya.
Beliau juga menambah, pilihan raya kecil juga menyebabkan amalanberlebihan berpolitik selain secara langsung dan tidak langsungmenyebabkan kestabilan dan perpaduan negara terjejas.
Pindaan yang dibuat dua dekad lalu hanya melarang wakil rakyat yangmelepaskan kedudukan mereka sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen daripadabertanding untuk satu tempoh selama lima tahun.
Selain itu, juga terdapat peruntukan di mana pilihan raya keciltidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahunsebelum mandat semasa berakhir.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:08 AM | Show all posts
Penanti: Pakatan dakwa BN bimbang         
                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa BarisanNasional (BN) sebenarnya takut untuk menghadapi pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, justeru menyatakan kemungkinantidak akan meletakkan calon.
Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution berkata, kekalahan BNkepada Pakatan Rakyat dalam empat pilihan raya kecil secaraberturut-turut sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, KualaTerengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau menyebabkan BNtidak yakin untuk terus bertanding.
"Tindakan itu didorong oleh keadaan politik semasa yang mana merekadiselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecilsebelum ini.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, BN tumpas secaraberturut-turut seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Onlinenhari ini.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata,berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan rayakecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen.
Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen PermatangPauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, MohammadFairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkatpascasiswazah.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata,jika BN bertanding di Penanti, parti itu akan bertanding sebagai calon'underdog' dan hal itu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada BN.
"Soal pembaziran wang rakyat dan PKR main-main seperti yang dikatakan Najib itu tidak timbul sebenarnya.
"Alasan sebenarnya adalah BN tidak mahu masuk sebagai calon underdog," katanya.
Beliau berkata, jika BN tidak meletakkan calon sekali pun, itu tidak bermakna proses demokrasi dalam negara ini sudah mati.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan pilihan rayakecil hanya perlu diadakan jika berlaku kematian juga tidak bolehditerima kerana sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernahdiadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yangketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkanbeliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan SriMuhammad Muhd Taib pada 1997.
"BN tidak boleh lupa sejarah. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata,beliau berasa hairan dengan kenyataan Mohd Najib itu kerana katanya, BNadalah parti yang paling berminat untuk bertanding sekiranya berlakupilihan raya kecil.
"Sejak 50 tahun lalu, setiap kali adanya pilihan raya kecil, BN lah yang paling berminat untuk meletakkan calon.
"Kenapa kali ini tidak berminat pula? Itu betul-betul membingungkan saya," katanya.
Dr. Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, tindakan Fairusmeletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti adalah disebabkan tidak tahandengan tekanan yang dihadapi berikutan siasatan yang dijalankanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah.
"Siapa yang menghebohkan perkara itu kalau tidak Umno.
"Janganlah sudah baling batu kemudian sembunyi tangan. Selepas sudah memberi tekanan, kini tidak mahu bertanding pula," katanya.
Beliau berkata, alasan BN bahawa pertandingan itu nanti hanyamembazirkan wang rakyat juga tidak harus timbul kerana perkara itutidak pernah dibangkitkan sebelum ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliauamat menyokong tindakan BN untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti.
"Jika alasannya adalah tidak mahu membazir, saya amat menyokong kerana ia adalah satu tindakan politik yang rasional.
"Tidak semestinya setiap kali pilihan raya kecil, parti pemerintah mesti meletakkan calon," katanya.
Beliau yang juga ADUN Salor berkata, tindakan itu pastinya akanmemberi laluan mudah kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUNtersebut.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:10 AM | Show all posts
Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti
   

                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberilaluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyatuntuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpadicabar.
Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnyabersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkanpertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma.
"Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.
"Jika ini dilakukan, ia akan memberi pilihan kepada penduduk diPenanti untuk memilih calon yang boleh mewakili mereka sekaligusmembuka ruang demokrasi kepada mereka," katanya ketika dihubungi mStarOnline, hari ini.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkataberkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan rayakecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.
Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen PermatangPauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, MohammadFairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkatpascasiswazah.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata,pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan rayakecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsungtidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.
Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteriberkata, keputusan Fairus meletakkan jawatan kerana sebab peribadi itumerupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat.
"Kalau nak bertanding untuk tujuan berkhidmat, beliau perlu sentiasabersedia menghadapi tekanan dan perlu tahan dengan segala cabaran,"katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkantindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat.
"Mereka (PKR) mahu mengadakan pilihan raya kecil ini kerana krisis dalaman yang dihadapi mereka.
"Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Bagaimanapun, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya.
Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jikakepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihatpolitik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhisebarang keputusan yang diambil.
"Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusiitu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BNdi kawasan itu.
"Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN," katanya.
Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu(UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BNtidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuatpembangkang.
"Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BNtidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukandisebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasanpembangkang.
"Pada saya, biarlah parti yang berjaya menawan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu yang terus memegang kerusi itu.
"Sebaliknya, kita perlu menumpukan dan mempertahankan kerusi yang kita menangi seperti di DUN Batang Ai," katanya.
         

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:13 AM | Show all posts
Guan Eng tidak gembira dengan perkembangan semasa ekoran Fairus letak jawatan         

                      PULAU PINANG:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadibeliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutanpeletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan KetuaMenteri 1 (TKM1) dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penantibaru-baru ini.
Bagaimanapun Lim berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatanpembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yangberlaku.
"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapiada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu adapilihan raya kecil.
"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya(pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulasmengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan MohammadFairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.
Lim sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar "Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban" di sini hari ini.
Mengenai pemilihan calon TKM1, Lim berkata: "Kita hanya tunggucadangan dari beliau (Anwar)... saya telah beri masa kepadanya untukbuat cadangan."
"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini.
Ada banyak juga khabarkhabar angin mengenai barisan ADUN yang adayang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1," katanya.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawaBarisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan rayakecil DUN Penanti nanti, Lim berkata, terpulang kepada BN keranaMalaysia mengamalkan sistem demokrasi.
"Dalam sistem demokrasi kita ada pilihan untuk berbuat sesuatu, samaada hendak bertanding atau tidak itu terpulang kepada BN, itulahkebebasan yang ada dalam demokrasi," katanya.BERNAMA
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.108732 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list