CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

PRK Penanti : BN tak bertanding

[Copy link]
Post time 28-4-2009 12:56 PM | Show all posts
tetiba jer tak ada RASUAH haha

sah2 ler si Fairuz tu sampai dihalang ke luar negara tup tup kata dia BERSIH haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2009 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by gede-bab at 28-4-2009 12:38
tak memusuhi PKR tu ok ler..tapi tanda tanya kenapa dia dituduh rasuah (oleh orang PKR sendiri)..dan didapati namanya bersih...kan patut dia kekal kat penanti dari buat pemilu kecil...

ada apa ...

Dia tak mau kekal sebab tak mau mengeruhkan lagi suasana... nanti ada pihak yang menangguk di air keruh pulak... hehehe..

[ Last edited by  pentaga at 28-4-2009 15:12 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 05:28 PM | Show all posts

Reply #62 pentaga's post

laa..gitu ker...ada orang rasuah mati-matian tak ngaku...dia pula SPRM kata bersih matia-matian letak jawatan....

siapa yang menangguk di air keruh tu??? yang kena buang dari jadi ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai ka???

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 05:30 PM | Show all posts

Reply #61 DTECCONAN's post

entah ler Conan..orang PKR juga yang report...ada report ada edisi siasat...tul???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 05:35 PM | Show all posts
Jgn cakap banyak. Kalau berani masuk lawan la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 01:43 AM | Show all posts
DUN Penanti: Biro Politik Umno tangguh mesyuarat         
            Rabu April 29, 2009         
         
                      Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Biro Politik Umno yang dijadual akanmengadakan mesyuarat esok bagi memutuskan sama ada Umno akan meletakkancalonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti bulan depan ditangguhkan sehingga Isnin depan.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangguhan tersebut.
"Sepatutnya Biro Politik akan bermesyuarat esok, tapi ia terpaksaditangguhkan kerana Datuk Seri (Mohd) Najib (Tun Razak) mengadakanlawatan ke Brunei.
"Jadi Biro Politik akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin minggu depan," katanya kepada mStar Online.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei.
Najib yang juga Pengerusi Biro Politik dijadual akan mempengerusikanmesyuarat itu nanti bagi menetapkan pendirian Barisan Nasional (BN)mengenai pilihan raya kecil Penanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calonbagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan,hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, MohammadFairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatansebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.
Maklumat yang diperoleh daripada lawan web Umno juga memberitahumesyuarat berkenaan akan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. AhmadZahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri MohdShafie Apdal.
Selain itu mesyuarat tersebut juga bakal dihadiri oleh ketuapergerakan sayap-sayap parti, Setiausaha Agung, Bendahari Agung danSetiausaha Kerja serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri.
Antara perkara lain yang dijangka akan turut dibincangkan ialah mengenai situasi politik semasa.
         
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2009 01:50 AM | Show all posts
DUN Penanti: Umno putuskan esok
   
            Rabu April 29, 2009         
         
                      Oleh ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Keputusan sama ada Umno akan meletakkancalonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti bulan depan dijangka diputuskan esok.
Biro Politik Umno bermesyuarat petang esok.
Mesyuarat tersebut dijadual dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya pukul 5 petang.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut.
"Ya, esok Biro Politik akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada BN(Barisan Nasional) yang diwakili Umno akan bertanding atau tidak dalampilihan raya kecil Penanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calonbagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan,hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, MohammadFairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatansebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.
Maklumat yang diperoleh daripada lawan web Umno juga memberitahumesyuarat berkenaan akan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. AhmadZahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri MohdShafie Apdal.
Selain itu mesyuarat tersebut juga bakal dihadiri oleh ketuapergerakan sayap-sayap parti, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, KetuaPenerangan dan Setiausa Kerja serta Pengerusi Badan Perhubungan UmnoNegeri-negeri.
Antara perkara lain yang dijangka akan turut dibincangkan ialah mengenai situasi politik semasa.
Kelmarin, Muhyiddin berkata, keputusan sama ada BN akan bertanding pada pilihan raya kecil Penanti akan ditentukan oleh Najib.
Muhyiddin berkata, Najib akan mengadakan perbincangan dengan BiroPolitik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelummengambil keputusan tentang perkara itu.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, PerdanaMenteri akan berbincang dengan Biro Politik dalam tempoh terdekat inidan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya.
Semalam, PKR mengumumkan nama bakal calonnya, Mansor Othman iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang.
Selain Mansor, kerusi itu dijangka akan turut ditanding bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:21 AM | Show all posts
PKR bukan parti paling popular di Penanti - Tun Abdullah         
umaat Mei 1, 2009                    
                      KEPALA BATAS:Cadangan PAS untuk meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini menunjukkan PartiKeadilan Rakyat (PKR) bukan parti paling popular di kawasan itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata walaupunDUN Penanti yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh adalah kubukuat PKR, ternyata terdapat pengundi yang mahu kawasan itu diwakili PAS.
"Apa yang disuarakan PAS Permatang Pauh itu adalah suara akar umbidan saya percaya ada penduduk di situ ada perasaan dan kecenderunganuntuk memilih calon tertentu yang mewakili parti tertentu," katanyakepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlangbagi kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan PAS meletakkan calon untukbertanding pada pilihan raya kecil itu walaupun PKR telah mengumumkancalonnya.
Selasa lepas, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkanTimbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56,dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan rayakecil DUN Penanti, pada 31 Mei.
Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yangjuga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin.
Abdullah berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan tiada kesepakatandi kalangan parti dalam pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordinberkata parti itu tetap mahu meletakkan calon mereka pada pilihan rayaitu.
Katanya tindakan itu adalah permintaan akar umbi dan Pemuda partiitu sendiri telah mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding.
DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar, 72.68 peratusdaripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan0.71 peratus lainlain bangsa.
Di KUALA LUMPUR, Anggota Parlimen Jerlun, Datuk MukhrizMahathir berkata pertelingkahan mengenai calon yang sesuai untukbertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinanghanya sandiwara parti pembangkang.
Beliau berkata pertelingkahan seperti ini sering berlaku setiap kali pilihan raya kecil diadakan.
"Di peringkat awal, selalunya adalah sedikit berita-berita seperti ini, seolah-olah ada pertelingkahan antara mereka.
"Tetapi akhirnya sebelum penamaan calon, akan ada satu kata sepakatantara mereka yang kononnya mereka sudah bersatu dalam hal ini, padahalpada hemat saya ini semua sandiwara sebenarnya," katanya kepadapemberita selepas pelancaran awal Intrade Malaysia 2009 di sini hariini.
Mukhriz berkata walaupun akhirnya parti-parti komponen dalam pakatanpembangkang itu berjaya mencapai kata sepakat, ia hanyalah sekadaruntuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang mewakili parti-partikomponen dalam pakatan tersebut.
"Saya percaya akhirnya calon PKR juga yang akan bertanding mewakilipakatan pembangkang kerana sebelum ini calon mereka juga dan saya taknampak bahawa PAS akan berjaya dalam hasrat mereka untuk menamakanseorang calon untuk Penanti nanti," katanya. BERNAMA
         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2009 08:03 PM | Show all posts
Hanya 5,000 boleh iringi calon         
              Ahad Mei 3, 2009         
         
                      SPR, polis setuju hadkan rombongan hari penamaan calon elak masalah
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalanpada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada5,000 orang.
Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.
Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
"SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yangbertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supayamengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada haripenamaan calon tidak melebihi 5,000 orang," kata Timbalan PengerusiSPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.
Aspek itu juga telah disentuh pada pertemuan dengan parti-partipolitik 23 April lalu tetapi soal bilangan hanya dipersetujui Khamislalu dalam pertemuan dengan polis.
Beliau memberitahu, walaupun 5,000 penyokong dibolehkan mengiringicalon sehingga kawasan pekarangan pusat penamaan calon, hanya 50 orangsahaja akan dibenar memasuki khemah tetamu khas di dalam pusat penamaancalon.
Lazimnya, himpunan ribuan penyokong calon menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil.
Sambil menyifatkan bilangan yang diputuskan itu sebagai munasabah,kata beliau, SPR menyerahkan kepada polis untuk mengambillangkah-langkah sewajarnya untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
"Oleh kerana perkara ini tidak disebut dalam mana-mana peraturanpilihan raya, jadi apa yang SPR boleh buat ialah mengharap dan merayukepada parti-parti politik agar memastikan kehadiran tidak melebihi5,000 orang.
"Bagaimanapun apabila polis melaksanakan pendekatan ini di luarkawasan (pusat penamaan calon), terserah kepada pihak polis untukmengambil tindakan mengikut kuasa dan tanggungjawab mereka," katanya.
Wan Ahmad mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambahdan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukankeselamatan sejak kebelakangan ini.
"Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada haripenamaan calon akan bertambah... mungkian beribu-ribu orang dan ia akanterus bertambah," kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasapilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangorermatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau,Kedah.
Kata Wan Ahmad, pihaknya mahu mengambil langkah-langkah proaktif sebelum keadaan bertambah buruk pada masa depan.
Jelas beliau, parti-parti politik sebenarnya telah diminta mengambillangkah mengawal emosi dan perlakuan para penyokong tetapi keadaantidak berubah.
"Apa yang kita boleh buat ialah merayu kepada parti-parti politik yang bertanding mematuhi keputusan yang dicapai ini," katanya.
"Kami memerlukan kerjasama parti-parti politik... kerjasama sangat diperlukan," katanya.
Selain pendekatan itu, SPR telah memutuskan untuk melarangparti-parti politik mendirikan pondok panas dan berkempen pada haripengundian berlangsung.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pulamenyifatkan nasihat yang diputuskan oleh SPR itu sebagai langkah baikuntuk mengawal situasi semasa pilihan raya kecil khususnya penamaancalon.
"SPR sudah memberikan nasihat dan kami berharap mereka akan mematuhinasihat ini," kata beliau sambil menambah bahawa Ketua Polis Negeri danKetua Polis Daerah akan memaklumkan parti-parti politik mengenaipendekatan baru ini.
Musa juga menghadiri pertemuan dengan SPR Khamis lalu.
         
  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:28 PM | Show all posts
akan ada kah foto pemimpin2 umno di penanti nanti ?             
kalau ada, mahu mohon apa pulakkk ?




















Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by hilawatie at 19-4-2009 18:25
beli lombu tu dapatla komisen skit


Yer betul..beli kapal selam scorpene dapat banyak komisen yer tak?? Lepas tu tak larat nak bayar bole bunuh orang pakai
C4..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:19 PM | Show all posts

Balas #71 abangwaja\ catat

YB Penanti ni SPRM kate takde kes nak dakwa dia.. tapi dia lak nak letak Jawatan .. macam main2 je jadi YB orang PKR ni,   Dah dua Piliharan raya kecil sekarang ni kebanyakkannye  sebab Adun dari PKR letak Jawatan.. kenapa yee ?

[ Last edited by  hana82 at 6-5-2009 20:20 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:21 PM | Show all posts

Balas #72 hana82\ catat

Dah dua Piliharan raya kecil sekarang ni  sebab Adun dari PKR letak Jawatan.. kenapa yee ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by hana82 at 6-5-2009 20:21
Dah dua Piliharan raya kecil sekarang ni  sebab Adun dari PKR letak Jawatan.. kenapa yee ?


Senario perletakan jawatan di kalangan ahli-ahli politik lebih lumrah berlaku di Jepun. Apabila pemimpin atau tokoh-tokoh
politik mereka berasakan bahawa mereka tidak lagi mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat,
maka pilihan terakhir adalah meletak jawatan untuk memberi ruang kepada yang lebih berkemampuan. Pada mereka
maruah diri dan kejujuran adalah lebih penting daripada jawatan dan kedudukan politik.

Bukannya macam BN, dah terbabit rasuah pun masih tak mau resign. Contohnya Ali Rustam & KJ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 12:49 PM | Show all posts
Ahad Mei 10, 2009         
                      Bakal calon Bebas Penanti selesa beri khidmat tanpa parti politik         


            PULAU PINANG:Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapanbahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak bolehmemberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.
Beliau berkata, perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan keikhlasanserta kesungguhan dan bukan dibuat secara terpaksa, mencari popularitiatau mahukan nama.
Ketika ditemui Bernama di sini semalam, beliau berkata, wakilrakyat seharusnya berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, bukanmenggunakan status itu untuk mencari populariti dan mengaut keuntunganuntuk diri sendiri.
Ditanya apakah beliau boleh memikul tanggungjawab menjaga kebajikanpenduduk Penanti memandangkan beliau bukan berasal dari kawasan itu,Aminah, 56, anak kelahiran Air Itam di sini berkata itu bukan alasanuntuk beliau tidak memberikan khidmat terbaik kepada mereka.
"Saya mempunyai ramai kenalan dan saudara di sana dan mereka jugasudah mengenali saya ketika saya aktif sebagai Ketua Wanita PartiKeadilan Nasional (KeAdilan) negeri.
"Kekurangan sumber juga bukan satu halangan bagi saya sebab saya dahbiasa berjuang melalui NGO, yang sememangnya dalam keadaan serbakekurangan," katanya.
Ibu kepada empat puteri berumur antara 13 tahun dan 25 tahun itumeninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007 setelah merasakanperjuangan parti itu tersasar jauh daripada landasan awal penubuhannyasekitar tahun 2000.
Sebagai orang yang menjadi antara pengasas dan pejuang KeAdilan diPulau Pinang, beliau melihat perjalanan PKR kini sudah tidak lagi samaseperti dahulu dan kunci utama parti itu iaitu keadilan sudah tidak adalagi dalam parti berkenaan.
"Kalau keadilan masih ada dalam parti itu maka pilihan raya kecil ini tidak akan berlaku," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya,Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepaskerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pascaijazah.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mei sebagaitarikh penamaan calon dan 31 Mei ini untuk pengundian jika terdapatpertandingan.BERNAMA
         
.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 07:15 PM | Show all posts
BN tidak bertanding pilihan raya kecil Penanti
18/05/2009 6:53pm

KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 07:16 PM | Show all posts
4 borang calon Penanti dibeli daripada SPR

GEORGETOWN: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang di sini, sudah menjual empat borang pencalonan untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Penanti setakat ini, kata Pengarahnya, Morat Pora.

Beliau berkata, sejak SPR mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dariapda Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini, empat individu telah datang ke pejabat SPR di Komtar untuk membeli borang berharga RM20 itu.

"Kita tidak tahu borang itu untuk siapa kerana ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada individu yang membeli borang itu ialah Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, yang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

PKR telah mengumumkan bahawa calonnya, Dr Mansor Othman manakala Barisan Nasional belum menyatakan sama ada akan bertanding atau tidak.

Sabtu ini adalah hari penamaan calon manakala pengundian 31 Mei. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 08:33 PM | Show all posts

Reply #78 Syd's post

salah tepek ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:08 PM | Show all posts

Reply #79 DTECCONAN's post

hhahah

ya ampun

dah delete jap
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:49 AM | Show all posts

Balas #23 hammer\ catat

jangan menyokong sampai jadi bebal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.346500 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list