CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dcc01

Alternative Plan: Upgrading a merchant vessel to Naval Auxiliary Ship

[Copy link]
Post time 12-6-2009 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 08:41 PM | Show all posts
untuk tujuan khusus melindungi kapal2 lain daripda ancaman lanun jer.bknnya perang konvensional..anyway,dah cukupla setakat nak jaga dari lanun2 somali tuh...bak kate aku,kalu nak race dgn kancil, wira pun adh cukup..xyah skyline,membazir jer


Originally posted by Laxamana. at 11-6-2009 15:21
Konsep kapal aux ni mungkin untuk tujuan kegunaan khas mengawasi kapal MISC di Teluk Aden saja kot? Dengan pembiayaan sebahagian nya ditanggung juga oleh MISC. Perkembangan yang positif untuk TLD ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:48 PM | Show all posts
Aku berlumba dgn KLSreview sapa publish dulu pix nie...





[quote]KAPAL AUXILIARY  TLDM BUNGA MAS 5 BELAYAR KE TELUK ADEN
- BUKTI KERJASAMA STRATEGIK TLDM DAN MISC


LUMUT, 22 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:05 PM | Show all posts
Sorry aaa... ramai sgt Paskal, GGK, Paskau.. so aku decide edit mosaic suma.



All Pixs credited to RMN!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:08 PM | Show all posts
83# standupper


wow...pakai superliynx....

BTW...BM5 belayar solo ke kesana..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:17 PM | Show all posts
dah macam Helicopter Carrier
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2009 11:21 PM | Show all posts
Aku berlumba dgn KLSreview sapa publish dulu pix nie...



http://i646.photobucket.com/albums/uu183/sta ...
standupper Post at 22-6-2009 22:48


dan aku berjaya menjadi orang pertama mencilok untuk diletak dalam blog ehehhehehehhe


dengan credit offcourse.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:29 PM | Show all posts
87# mmc

Credit kat Navy wei....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 11:31 PM | Show all posts
Btw.. aku syok tengok KD Perak belayar alongside BM5!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:50 PM | Show all posts
87# mmc

Credit kat Navy wei....
standupper Post at 22-6-2009 23:29


tak leh..fasal sorce dari ko kat cari weh..tapi dah link kat sini dapat gaklah Navy credit tu weh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:24 AM | Show all posts
84# standupper

tak nampak apa pun stand..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 10:45 AM | Show all posts
selamat bertugas dgn jayanya n selamat kembali
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:53 AM | Show all posts
Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 awasi keselamatan kapal dagang Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelayaran Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 (BM5) ke Teluk Aden semalam membuktikan kerjasama dan perkongsian strategik antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin berkata perkongsian strategik itu turut menggabungkan kekuatan pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia termasuk TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diserap ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) bagi menjaga keselamatan kapalkapal dagang Malaysia di Teluk Aden.

"Kapal BM 5 telah melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menjadi kapal dagang pertama yang ditranformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM.

"BM 5 yang bersaiz 132.8 meter panjang dan mempunyai lebar 22.7 meter berupaya beroperasi dalam kelajuan lebih 17 knot. Kapal ini turut dilengkapi dengan 'hangar' bagi menempatkan pesawat Superlynk dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun ofensif apabila diperlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ahmad Kamarulzaman berkata kapal itu telah memulakan pelayaran sulungnya dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 8.10 pagi tadi dengan diketuai Komander Ahmad Zaki Abdullah bersama-sama 59 krew kapal. Katanya, usaha menyerapkan salah sebuah kapal MISC ke dalam inventori TLDM adalah satu langkah yang bijak dan merupakan penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan aset dagangan negara.

"Kapal Auxiliary ini mempunyai keupayaan yang tinggi dan secara tidak langsung ia dapat memastikan kapalkapal dagang Malaysia dan kepentingan aset maritim di Teluk Aden tidak diancam," katanya.

Kapal Auxiliary BM 5 itu dijangka beroperasi di Perairan Teluk Aden dalam tempoh tiga bulan sehingga penghujung September ini.

Siri kejayaan Operasi Fajar atau 'Ops Fajar' yang dilaksanakan TLDM sebelum ini terbukti apabila TLDM berjaya menyelamatkan dua buah kapal MISC iaitu MT Bunga Melati 5 dan Mt Bunga Melati 2 yang ditawan lanun tahun lepas.

MT Bunga Melati 5 bersama 41 anak kapal iaitu 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina ditawan lanun di perairan Teluk Aden, dalam pelayaran dari Singapura ke Yanbu, Arab Saudi.

Sepuluh hari sebelum itu, MT Bunga Melati 2 yang membawa muatan minyak sawit bersama 39 anak kapal, turut ditawan lanun di perairan yang sama. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 09:57 AM | Show all posts


http://www.youtube.com/watch?v=-qm0x96n7Zw
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:50 PM | Show all posts
Percaturan TLDM dalam menangani masalah di Teluk Aden berjaya!!! Syabas Inspektor Shahab!!!


Tiga Negara Kagum Operasi Bunga Mas 5 Kawal Keselamatan Laluan Dagang

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Tiga negara -- Jepun, Korea Selatan dan Jerman -- menyatakan hasrat untuk mendalami dan mengaplikasi kerjasama strategik Tentera Laut Diraja Malaysia Malaysia (TLDM) dan MISC Berhad (MISC) dalam mengawal keselamatan laluan dagang di perairan Teluk Aden, Somalia.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata perkongsian strategik antara dua pihak itu dalam operasi kapal bantuan pelbagai guna Bunga Mas 5 jelas menunjukkan negara sentiasa komited menghadapi konflik di perairan.

Beliau berkata Menteri Pertahanan Jepun menyatakan hasratnya untuk mendalami dan mengikuti langkah perkongsian strategik yang digunapakai negara ini ketika pertemuan mereka pada September lepas.

Jerman pula menghantar surat dengan menyatakan minat yang sama, manakala Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Laut Korea Selatan turut melahirkan rasa kagum mereka, katanya.

"Ketiga-tiga negara memandang tinggi keupayaan Malaysia dalam mengendali kapal 'auxiliary' (pelbagai guna) dengan cara perkongsian strategik yang juga telah mengharumkan nama negara apabila ia dijadikan contoh komuniti maritim dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara Pemakaian Pangkat pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dari MISC di Kementerian Pertahanan di sini Khamis.

Pada majlis itu, sepuluh krew MISC yang akan bertugas di Bunga Mas 5 mulai Januari ini dipakaikan pangkat, antaranya Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Armada MISC, Kpt Rajalingam Subramaniam yang dipakaikan pangkat Komander (Kehormat) PSSTLDM sementara Pegawai Memerintah Bunga Mas 5, Mohd Nazri Sharif pula dipakaikan pangkat Komander PSSTLDM.

Beliau berkata latihan yang diterapkan ke atas krew MISC itu dalam mendapatkan tauliah sebagai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) menjamin peningkatan tahap disiplin mereka.

TLDM turut berhasrat untuk menambah keanggotaan Rejimen Pakar Perkapalan PSSTLDM kepada 5,000 orang, berbanding 3,001 ketika ini, katanya.

Abdul Aziz berkata Isnin ini, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) akan menyampaikan Anugerah Keberanian Luar Biasa bagi mengiktiraf kejayaan dan keupayaan TLDM mengawal keselamatan kapal dagang Malaysia serta negara lain di laluan Teluk Aden.

"Anugerah itu tentunya amat membanggakan negara khususnya TLDM sendiri kerana pengiktirafan sebegitu bukan begitu mudah untuk diperoleh," katanya.

Sementara itu, Kpt Rajalingam berkata tiada negara di dunia selain Malaysia yang berjaya menjalin kerjasama seperti MISC dan TLDM dalam mengoperasikan kapal auxiliary.

"Semasa saya di London bagi Persidangan Kapal Tangki Antarabangsa minggu lepas, saya berasa amat bangga apabila Pengarah Angkatan Tentera Laut Eropah telah meminta kesemua 140 peserta delegasi memberikan tepukan kepada MISC," katanya.

Beliau berkata kerjasama operasi Bunga Mas 5 yang bermula Julai lepas berikutan insiden rampasan dua kapal tangki MISC tahun lepas menunjukkan sokongan kuat kerajaan, ATM dan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

Tidak lama lagi, Bunga Mas 5 juga akan melebarkan operasi kawalan keselamatan ke atas kapal-kapal berkepentingan negara di Lautan Hindi selain di Teluk Aden, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:23 PM | Show all posts
Tahniah MISC & RMN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 11:28 PM | Show all posts
Fuh! Nak patrol sampai Laut Hindi tuh... Nak kena ada 2nd batch Auxillary Ship nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:45 AM | Show all posts
ini dah bole jadik expeditionary force ni...pre positioned supply (itu pun kalau cukup) kat mana2 guna auxillary ship...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 02:59 PM | Show all posts
Bunga Mas 5 TLDM-MISC harumkan Malaysia

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my



Abdul Aziz Jaafar (kanan) sambil diperhatikan S. Rajalingam (dua dari kanan) bersama para pegawai MISC pada majlis Pemakaian Pangkat para pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kerjasama strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan MISC Bhd. dalam operasi kapal bantuan pelbagai guna, Bunga Mas 5 mengharumkan nama negara apabila ia dijadikan contoh komuniti maritim dunia.

Buktinya, tiga negara kuasa besar tentera iaitu Jerman, Jepun dan Korea Selatan kini mengkaji kaedah perkongsian pintar di antara TLDM dan MISC dalam mengoperasikan Bunga Mas 5, seterusnya berjaya menjaga keselamatan laluan kapal dagang di perairan Somalia.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menjelaskan perkongsian strategik bagi mengawal keselamatan laluan dagang di perairan Teluk Aden, Somalia itu jelas menunjukkan keistimewaan dan pengorbanan kedua-dua pihak.

''Selain Jepun, semasa saya di Korea awal bulan ini, Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Lautnya juga kagum dengan keupayaan Malaysia mengoperasikan kapal bantuan, sementara Jerman menghantar surat menyatakan minat sama," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyempurnakan upacara Pemakaian Pangkat para pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dari MISC di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Armada MISC, Kapten S. Rajalingam.

Dalam perkongsian itu, MISC menyerahkan sebuah kapalnya dengan sewa RM1 setahun yang kemudiannya akan menjadi milik kerajaan Malaysia.

Abdul Aziz menambah, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) akan mengiktiraf keupayaan TLDM dengan Anugerah Keberanian Luar Biasa pada Isnin ini atas kejayaannya mengawal keselamatan kapal dagang Malaysia serta negara lain di laluan Teluk Aden.

Jelasnya, anugerah itu tentunya membanggakan TLDM dan negara kerana pengiktirafan sebegitu tidak mudah untuk diperolehi.

Sementara itu, Rajalingam memberitahu, tiada negara di dunia selain Malaysia yang berjaya menjalin kerjasama seperti MISC dan TLDM dalam mengoperasikan kapal sebegitu.

''Semasa saya di London bagi Persidangan Kapal Tangki Antarabangsa minggu lepas, Pengarah Angkatan Tentera Laut Eropah telah meminta kesemua 140 peserta delegasi memberikan tepukan kepada MISC dan ia amat membanggakan,'' katanya.

Katanya, kerjasama operasi Bunga Mas 5 yang bermula Julai lalu berikutan insiden rampasan dua kapal tangki MISC tahun lepas memperlihatkan sokongan kuat kerajaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

''Selain Teluk Aden, Bunga Mas 5 juga akan melebarkan operasi kawalan keselamatan ke atas kapal-kapal berkepentingan negara di Lautan Hindi tidak lama lagi,'' jelasnya.

Kapal bantuan Bunga Mas 5 yang diubah suai daripada sebuah kapal kontena merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ia dilengkapi hangar menempatkan pesawat Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun menyerang jika diperlukan.

Seramai 21 krew tetap MISC yang diserap serta dilatih sebagai PSSTLDM bertugas pada satu-satu masa sambil dibantu 38 anggota TLDM dan ATM daripada pelbagai kepakaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.185138 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list