CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 33587|Reply: 44

Sejarah Beruas, Perak -

[Copy link]
Post time 21-4-2009 06:25 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah tidak ternilai

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN



KOLEKSI tembikar tidak ternilai harganya yang dijumpai tertanam
di beberapa kawasan sekitar Beruas. - UTUSAN/NORSHARUDDIN SAPIAN


BERUAS 20 April - Mengikut buku Sejarah Perak karangan Tun Seri Lanang, Beruas yang terletak kira-kira 48 kilometer dari Lumut, Perak dibuka oleh Raja Acheh, Malik Al Mansur pada kurun ke-15 selepas diusir dari istana kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang.

Selepas penat belayar akhirnya rombongan Malik Al Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang dikenali pokok beruas. Bermula dari sinilah Beruas mendapat namanya.

Mengikut catatan sejarah, di sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara.

Malahan menurut pengkaji sejarah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kira-kira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud lebih awal lagi daripada kerajaan Melayu Melaka.

Kewujudan kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara itu boleh dilihat berdasarkan kesan sejarah peninggalannya yang masih wujud di beberapa kawasan sekitar Beruas malah banyak artifak purba ditemui penduduk.

Kesan tinggalan itu juga menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Melayu Beruas, terletak di Kampung Kota, kira-kira tiga kilometer dari Pekan Beruas.

Di Kampung Kota, kesan peninggalan bersejarah seperti perkuburan raja dipercayai milik Raja Beruas I dan Raja Beruas II serta ratusan kubur lama masih jelas kelihatan termasuk tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas.

Bagi memastikan khazanah yang tidak ternilai itu terus dipulihara, pihak Muzium Negara telah mengambil langkah dengan menubuhkan Muzium Beruas bagi menempatkan pelbagai artifak kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara yang ditemui di sekitar pekan itu.

Muzium berkenaan yang terletak di tepi jalan besar Beruas-Taiping itu dibuka kepada orang ramai secara percuma setiap hari mulai 9.30 pagi hingga 5 petang termasuk pada setiap Sabtu dan Ahad bagi memberi peluang kepada pengunjung dari negeri berhampiran untuk melihat bahan bersejarah yang dipamerkan di situ.

Pengarah Muzium Negeri Perak, Nor Janati Ibrahim berkata, bangunan Muzium Beruas itu dulunya sebuah mahkamah kemudian dijadikan pula pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kawasan Beruas.

Menurutnya, kerja awal pembaikan dan ubah suai dijalankan awal tahun 1994 dengan dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan melalui Jabatan Muzium.

Nor Janati berkata, selepas kerja ubah suai selesai dijalankan, pada 23 Mei 1995, bangunan itu diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara, Mohd Zulkifli Abdul Aziz kepada kerajaan negeri Perak menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika itu, Datuk Abdul Habib Mansor.

Muzium Beruas kemudian dibuka kepada orang ramai mulai Julai 1995 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Antara bahan awal yang dipamerkan ialah pelbagai artifak lama hasil dari projek penelitian sejarah Beruas fasa pertama oleh Jabatan Muzium, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Peminat dan Pengkaji Sejarah Manjung (PPPSM) yang dibiayai kerajaan negeri Perak pada 25 November hingga 25 Disember 1991.

Turut serta dalam projek itu ialah Prof. Datuk Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Menurut beliau, bahan yang dipamerkan kepada pengunjung turut diperoleh hasil sumbangan penduduk tempatan dan ada juga beberapa artifak yang dibeli daripada orang ramai.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat lebih 300 koleksi barangan iaitu pinggan mangkuk tembikar yang dipercayai berasal dari China, Belanda serta England, periuk tanah, batu giling, wang tampang timah berbentuk kura-kura dan barangan tembaga ditempatkan untuk pameran di Muzium Beruas.

Menurutnya, selain itu, sepucuk meriam tembaga seberat 128 kilogram yang diperoleh dari Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketika kerja-kerja pembersihan untuk mendalamkan Sungai Beruas pada 1986 lalu turut dipamerkan.

"Dengan adanya penemuan baru barang-barang purba di sekitar Beruas, khazanah bersejarah dan koleksi muzium akan bertambah.

"Ini akan menarik kunjungan ramai pelancong termasuk pelancong asing ke sini secara tidak langsung merangsang perkembangan ekonomi penduduk tempatan," katanya.

Mereka yang berminat berkunjung ke Muzium Beruas boleh menghubungi Kurator Muzium Beruas menerusi telefon di talian 05-6740160 dan faksimili 05-6740160 untuk sebarang pertanyaan.

**************************************************************************

dulu masa pergi lumut - pergi juga singgap beruas, kecil aje town dia tapi okay la -
saya suka singgah small town macam bidor, sungkai , beruas semua ni -
kalau dapat jumpa dengan penduduk2 asal lagi bagus - banyak cerita depa akan
beritahu tentang kampung or bandar2 tersebut ---
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 12:08 PM | Show all posts
menarik.. slalu gak lalu kawasan beruas tu tp jarang singgah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:21 PM | Show all posts

Balas #3 aizverus\ catat

melayu ke sapa merong mahawangsa ni?
coz aku terbayang pakaian dia ala2 maharaja cina je
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:37 PM | Show all posts
beruas ni kampung saya...kt kampung kilang...ummm...xpenah pn g muzium beruas tuh...nnt balik kpg nk pi la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 02:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:44

salam..saya ingin berkongsi pengetahuan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 08:02 PM | Show all posts
DAri pembacaan di internet

Pemerintahn Sejarah Perak  terbahagi 4 bahagian -

1. First Period Gangga Negara
Negeri jajahan - Dinding , Bruas, Manjung
-wujud sblum abad ke 8 sebelum masehi
-890 kena serang dgn putera dari keturunan dinasti Sailadra Jawa  , Bolaputra serang ,,kalahkan Gannga Nagara tapi berdamai bila berlangsung perkahwinan antara Bola putra dgn puteri Raja Gangga Negara
- tapi kurun ke 11, kena serang pulak dgn Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I atau  Raja Suran) menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.
slps kemusnahan gangga negara - tanah jajahan bruas dgn manjung jadi kerajaan sendri  dan saling berperang
agaknay mula dari sini Bruas ada hubungan diplomatik dgn Melaka  sbb bruas mintak pertolongan Sultan Mahmud untuk melawan K'jaan Manjung
Sultan Mahmud Shah hantar Paduka Tuan - K'jaan Manjung kalah berperang
Tapi masatu ada 3 kerajaan atau pemerintahan kat Perak  - Bruas, Manjung dgn Janin (Hulu Perak bawah Tun Saban )

* Tun Saban Org hindu kah ..? sbb dia menentang pertukaran Adat Istiadat yg dipengaruhi Hindu ke Adat Istiadat Melayu perak

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzaffar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
excerpt from Halaqah
2.  Second Period Zaman Sultan Muzaffar I

3. Third Period Sultan Muzaffar II

4. The fourth period described the lineage of the Perak starting from the reign of the 18th Sultan, Sultan Ahmaddin

sebahagian info dari halaqahdan s sebahagian dari  Wilkinson's treaties of the history of Pre British Perak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2010 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 02:46

Oo begitu...
Kita sembang.ini tiada tercatat dalam sejarah yang dibukukan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 12:07 PM | Show all posts
actually kat beruas ni mcm2 brg sejarah kita leh jumpa
dulu kat umah opah aku ada batu nisan tp pattern dia pelik
arwah opah aku ckp tu kubur org Gangga
tp skrg dah xde dah xtau mane pegi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 11:51 PM | Show all posts
Salam,
tumpang lalu...Beruas kampung saya tp 2thn lepas rumah arwah tok dah jual tp masih ade lg kawan2 n sdara mara kat sana..memang tempat yang penuh sejarah..muzium dia pon comel jek tp masa baru buka dia tak ada banyak sangatla bahan-bahan tp skang tak taula plak..tp kat kg.kota masih ada makam yang dijaga elok..dah lama x jalan2 kat sana..tapi skang pekan dia dah x macam pekan koboi lagi n rumah2 kampung n jalan pon banyak yg dah renovate.. rindu lak kat Beruas
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2010 01:04 AM | Show all posts
berehat di bawah pokok yang dikenali pokok beruas.


bnyak gak nama tempat berasal dari pokok..
melaka,pulau pinang antaranya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 03:52 AM | Show all posts
Reply 9# Misz_Erizawa


    Beruas masih lg mcm pekan koboi & akan jd pekan koboi sampai bila2 tp yg best kat beruas ni sbb ada kedai Rabit mcm2 ada kat kedai dia. Kalau dulu masa kecik2 ada kedai Din kat dpn balai polis dia ada burung yg boleh cakap
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 01:48 PM | Show all posts
aku pun org beruas..
arwah atuk aku peneroka kat sana-kpg pintu gerbang
   dilahirkan di pintu gerbang..sek rendah sekolah kebangsaan dendang
skolah men kat smkrs..
mak aku pun ade tanah kat sana..
kami bela rabbit untuk mkn boleh..utk main leh ..ade mcm2 la, kambing,ayam
sejarah beruas sebenarnyer sgt panjang..
wktu aku kecik2 sll ikut mak pegi noreh atas bukit...klu sepak2 tanah leh nmpak byk cengkerang..mmg betullah dulu situ laut..
penah nampak kura2 setinggi trekta...usia pun org jangka beratus2 thn..tp x report sbb xnk dia ditangkap.. sian dia dh tua kene kurung..
askar/tentera sll buat camp kat blkg umh aku..umh aku agak terpencil..tp sebenarnyer ramai yg x sedar ade byk lg yg terpencil..
ermmm...byk lalat kat situ sbb ade org bela ayam besar2...geli jugakla tp xde tindakan diambil..
raya aku msti blk sana wlupun aku merajuk, sbb itu tumpah darah aku...
ade sorang pakcik leh cerita tentang sejarah beruas lebih terperinci bile dia x sedar..org ckp dia di rasuk..
penceritaan dan bahasanyer spt org dulu2 tp berpantun.sgt indah sebenarnyer..
dia ade kata klu semua kawasan beruas bersatu perak akan jatuh..beruas  nk percaya? xnak? aku pun x tau tp aku tau tanah situ agak keras...nk cerita byk sgt sebenarnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 11:15 PM | Show all posts
aku pernah mengikut satu kajian sejarah dulu di kaw. ini ( atas ajakan kawan) di penghujung tahun ***...kajian ini sebenarnya tidak melibatkan mana2 pihak cuma perasaan ingin tahu seorg Abang@Pak Cik nie..... sebelum timbul muzium...mini muzium dll nie...kita org dah "teroker" dulu kaw. nie..( maknanya dah lamaaa sangat..) ...kaedah kami musuk ...cari bukti...bahan2...& ...interview org.2 lama dan **** di Beruas nie....tapi2 apa sebelum "masuk" buat report polis dulu...gi balai...takut jadi apa2 tapi polis tu kata x perlulah...

aku nk bercerita panjang sangat ...tapi aku ringkskan shj.

1. intro :korg pernah dengar x kisah dlm buku Sejarah Melayu klu x silap ...ramai & kepadatanya penduduk di Beruas nie samalah seperti klu seekor kucing yg melompat dp satu bumbung rumah ke bumbung rumah yang lain...selama 7 hari - 7 malam ( x ingat rasanya 70hari) ...maka barulah ia menjejaki tanah = maknanya kota @ "Negeri Beruas" ini sangat luas & ramai orang...@ Kerajaan "Gangga Negara" ...tetapi semuanya telah "lenyap dimuka bumi" sebabnya macam2 versi ada...tapi aku lebih percaya Allah swt. telah menlenyapkan kerajaan dan tamadun Beruas ini....semuanya telah "tenggelam"...

2.Bahan2 sejarah - sebenarnya apa yg dijumpai dan dilihat di muzium hanyalah kurang dp 1% shj. dp beribu-ribu yg masih lagi tertanam di bumi Beruas...masa kami masuk dulu macam2 barangan...yg kami jumpai...x der lahh sampai nk korek2 tanah dalam2...org kg x kasi ambik ...takut jadi apa2...so dpt tgk je lahh...termasuklah 2-3 batu bersurat berbentuk bujur sebesar bola tenis...ada 1-2 kawasan nie memang penuh dgn artifak2 sejarah nie...aku rasa org2 lama Beruas & peneroka kg.  byk menyimpa  rahsia penemuan2 artifak2 ini...semuanya disembunyikan dp "orang luar"....kami hanyalah 2-3 org yg bernasib baik untuk melihat semua ini...itu pun setelah dipujuk..atuk nie...byk kesah atuk ini yg susah nk diceritakan di sini..

3. Satu kisah merungkai kisah yang lain...atuk ini jugalah yg mencadangkan kami berjumpa dengan seorg org tua yg lain @ nenek di salah sebuah rumah di kg. @ Beruas nie...berkaitan dgn kisah "Sultan" di Beruas dahulu & Makamnya yg terdapat di Bukit **** yg hanya akan ditemui oleh org2 ...tertentu @ sesat shj. di kawasan tanah lapang berumput atas bukit tersebut...balik kpd kisah nenek nie...sampai je kat rumahnya kami di sambut oleh anak p'puanya.. ... setelah menerangkan hajat kami...nk bertemu-bual...malanngnya nenek nie x mahu bertemu kita org...kata anaknya neneknya x berapa sihat dan "tak boleh" nk berjumpa dgn org luar...ada kisah misteri nenek nie ...jap lagi aku samb.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:05 PM | Show all posts
1. First Period Gangga Negara
Negeri jajahan - Dinding , Bruas, Manjung


bukan ke nama Manjung ni nama baru Dinding??
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:06 PM | Show all posts
Reply 13# Afrin

so, mana sambungannya??
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:23 PM | Show all posts
dulu dlm buku Tamarjalis ada cerita pasal atok dia mimpi satu peperangan zaman dahulu kala dimana raja chola dari india menyerang bruas dan puteri lindungan bulan di tawan.....samada atok TJ tu kuat ilmu sampaikan peristiwa ratusan tahun di jelmakan kembali atau bruas tu masih berdarah segar dan anker.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 12:51 AM | Show all posts
dulu dlm buku Tamarjalis ada cerita pasal atok dia mimpi satu peperangan zaman dahulu kala dimana ra ...
bioessence Post at 13-12-2010 22:23


pehhhh

buku fantasi dibuat rujukan.. cleaver sungguh.. hahahaaa

anyway... sejarah bruas was stated not in malaya.. but far north in sri lanka..

lebih2 tu. carik sendiri k.. {:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 01:48 AM | Show all posts
dulu dlm buku Tamarjalis ada cerita pasal atok dia mimpi satu peperangan zaman dahulu kala dimana ra ...
bioessence Post at 13-12-2010 22:23


ni pulak salah satu cerita psl datuk tamar jalis  ... teman sorang org putih  - Mr Brown cari kerajaan lama bruas ...

“Puteri itu  telah membawa aku ke mari, ” kata datuk, “menurutnya Raja Gangga  Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat  kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja  Suran.” Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah.  Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.
Kawasan  itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari  tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari  dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat  harta karun Raja Gangga Negara.


http://azmanjalaludin.wordpress.com/2010/10/06/10-mencari-harta-karun/
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 02:04 AM | Show all posts
masuk laa skali bab2 jin jun julai tuuu... bleh aku gelak lagi.. heheeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 01:43 PM | Show all posts
bukan ke nama Manjung ni nama baru Dinding??
kawaq83 Post at 13-12-2010 13:05


dulu Manjung then tukar ke Dinding  ..tapi 1982 ditukar semula ke Daerah Manjung  ( termasuk sekali Beruas dgn Setiawan )

walaupun dipangil manjung ...tak silap daerah yg merangkumi  berlainan  -  ada daerah2 yg dulu jadi tanah jajahan Melaka ..selepas 1935 klu tak silap  - serah semula ke Perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070121 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list