CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

(MERGED) SEMUA MENGENAI PDRM

[Copy link]
Post time 5-6-2007 06:13 PM | Show all posts
Keadaan jenayah di Sarawak lbh terkawal. Rempit-merempit takder, polis trafik pun byk masa free (cuma time peak hours baru bz).

Paling teruk pun kes gengster bergaduh ... tp jarang sgt la.

Yg depa bising bukan pasal apa, sbb public ada komplen, time midnite jer, kalu ada pegi balai mau bikin repot, polis bertugas skit sgt, IO nan AIO tah pegi mana. Tp skrg dah OK skit la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 10:16 AM | Show all posts
Menyamar jadi pemburu untuk berkas kumpulan kongsi gelap

Oleh: SUFFIAN ABU BAKAR



BAHAGIA...Soh Hock Sing bersama isteri, Tan Giok Hong.

BAGI mana-mana pegawai polis di negara ini, sudah pasti menjadi satu kebanggaan apabila hasil kerja mereka diiktiraf serta dijadikan bahan kajian untuk rujukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Demikianlah yang terjadi kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Deputi Supritendan Soh Hock Sing, 48, apabila kejayaannya menumpaskan satu kumpulan kongsi gelap kini dijadikan bahan kajian di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku pada bulan November 1994 itu mengingatkan beliau bahawa dalam tugas anggota polis, setiap maklumat yang diterima penting untuk dibongkar bagi mencari jawapannya.

Kenyataan beliau itu membuatkan penulis tertanya-tanya apakah maksudnya dan setelah soalan itu diajukan, bapa kepada dua orang anak itu memulakan kisah kejayaannya itu yang berlaku sewaktu beliau bertugas di IPD Kota Tinggi, Johor.

Ketika itu Hock Sing bertugas sebagai pegawai penyiasat berpangkat Inspektor di cawangan Anti Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) di IPD itu. Beliau mendapat satu maklumat bahawa akan diadakan satu upacara mengangkat sumpah anggota kongsi gelap.

揗aklumat yang saya terima begitu ringkas, lebih kurang begini bunyinya: 慉da Cina hendak menyanyi dalam hutan pada tengah malam antara 1 hingga 15 haribulan kalendar Cina
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #65 bayo's post

Encik/Cik Bayo, sila pindahkan posting anda ke dlm topic SALAH LAKU PASUKAN KESELAMATAN. Sekian Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 11:31 AM | Show all posts
Apa nak jadi ni ...nasib baik pegawai cekap.


N E W S
   
[table=98%]
Nation
Sunday July 22, 2007

Supplier tries to pass off imitation spare parts as genuine
By LOURDES CHARLES
[table=164]
lourdes@thestar.com.my  KUALA LUMPUR: The police have been duped into paying RM5mil for imitation spare parts for their patrol cars and police vehicles.  Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan is not amused and has ordered a full investigation into the matter.  Police Logistics Department deputy director Deputy Comm Datuk Mahsuri Zainal said the IGP has ordered that those involved be dealt with severely.  He added that Musa also wanted a thorough review of all police purchases.  
Tan Sri Musa Hassan
揥e want to know how long these activities (cheating) have been going on and if any police officer or personnel is involved.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 09:20 AM | Show all posts
慡oldier on even if public sees you as a nuisance
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 09:55 AM | Show all posts

Reply #77 mmc's post

huyooo......... nih maunyer untung kaw2 nyer nih......... 21000 kenderaan tuh........... lum masuk supplier kat jab lain.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2007 08:12 AM | Show all posts
Dulu budak kampung, kini 'pakar judi'

Oleh Norhana Salashar Basharuddin


Mohamad Ra抋yim Jemakir.

Niat pemuda ini ketika mula menyertai pasukan polis 12 tahun dulu cuma satu, menabur bakti terhadap nusa dan bangsa serta dalam masa yang sama, meringankan beban kedua ibu bapa.

Walaupun sedia maklum dengan tugas hakiki seorang pegawai polis yang sentiasa sibuk dan diancam bahaya, namun kerana minat, cita-cita murni itu diteruskan juga tanpa mengetahui tugas dan tanggungjawab yang berat menanti di hadapan.

Mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan berstatus anak bongsu tidak bermakna anak muda ini akan duduk diam tanpa membuat apa-apa, lantas memohon untuk menceburkan diri dalam pasukan polis.

Berbekalkan minat dan keinginan untuk menyarung pakaian seragam biru itu, Cif Inspektor Mohamad Ra抋yim Jemakir, 33, nekad melapor diri di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur berbekalkan doa dan restu kedua orang tuanya walaupun 13 kakak dan abangnya membantah keras keinginannya.

揗ereka halang keputusan saya untuk menyertai pasukan polis kerana kata mereka saya sepatutnya cari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang saya miliki,拻 kata beliau ketika ditemui di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Siapa sangka seorang pemuda kampung yang dahulunya sering menghabiskan masa lapang membantu kedua orang tua bercucuk tanam dan berniaga di pasar, kini akhirnya bergelar 憄akar judi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 08:24 AM | Show all posts

Reply #80 yipun78's post

aduh!!..ni kalau tau dek 'puak2 yang berkenaan' ni kang..dorang kata plak polis ni ada ramai kaki judi sampai ada leh jadi pakar plak.....

tunggu dan lihat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 08:36 AM | Show all posts

Reply #81 Periuk_api1209's post

sib baik ler artikel ni x obvious sangat kan   wa jumpa pon dalam arkib Polis & Tentera Utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 08:39 AM | Show all posts
70 peratus polis diberi alat pembaca MyKad
Oleh Mohd Hamizar Hamid dan Haika Khazi

PUTRAJAYA: Kira-kira 70 peratus daripada 90,000 anggota polis kini dilengkapi alat pembaca butiran MyKad, sekali gus meningkatkan keupayaan dan keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan MyKad palsu yang dimiliki rakyat asing.



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz (gambar), berkata PDRM kini sudah menerima 66,230 alat berkenaan dan merancang untuk membekalkannya kepada 90 peratus anggota dan pegawai polis.

"Dengan alat itu, kita boleh periksa sama ada MyKad yang dipegang warga asing palsu atau tidak, secara tidak langsung kita dapat menangani kes terbabit," katanya pada sidang media selepas menerima 25,000 lagi alat pembaca MyKad daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad, di sini, semalam.

Alat pembaca berbentuk rantai kunci (KRR) itu akan diagihkan kepada pegawai dan anggota polis bertugas di balai, cawangan trafik, jabatan siasatan jenayah, jabatan narkotik dan pasukan kereta peronda.

Dalam perkembangan lain, Mohd Najib berkata, PDRM akan menubuhkan pusat latihan baru polis di Langkawi, Kedah dan Bentong, Pahang, selain mempertingkatkan keupayaan maktab sedia ada di seluruh negara untuk menampung sehingga 6,000 pelatih setahun berbanding 3,000 sekarang.

Beliau berkata, langkah itu bagi menambah kekuatan anggota PDRM dengan 60,000 pengambilan baru termasuk inspektor, sarjan dan konstabel sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Kita berharap pengambilan anggota baru dapat dibuat mulai awal tahun depan apabila semua prasarana siap sepenuhnya," katanya.

Mohd Najib berkata, menerusi pengambilan anggota baru itu, anggota berpangkat konstabel akan ditugaskan melakukan rondaan, menjaga lokap, menjadi pengiring serta detektif dan menjalankan tugas am lain.

Katanya, anggota berpangkat sarjan pula akan dilantik terus sebagai penolong pegawai penyiasat pada usia lebih muda, bukan ketika hampir kepada usia pencen seperti sekarang, supaya mereka cergas ketika melakukan siasatan.

"Pegawai pula akan diambil daripada pangkat inspektor dan bukan lagi Kadet Penolong Penguasa Polis (ASP) kerana kita mahu mereka belajar dan menimba pengalaman daripada peringkat bawahan termasuk aspek penyiasatan.

"Kenaikan pangkat kepada ASP juga adalah berdasarkan pengalaman, mutu kerja dan selepas diperakukan ketua masing-masing," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:29 PM | Show all posts
so apa beza gelaran Diraja antara ATM dan PDRM yang korang heboh2 ni

Seri Paduka rasmi perbarisan diraja


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memeriksa kawalan kehormat di Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR: Perbarisan Diraja dan Perarakan Panji-Panji Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena 50 tahun anugerah gelaran Diraja kepada pasukan itu disempurnakan dengan penuh istiadat kepolisan di lokasi sama penganugerahan itu dibuat pada 24 Julai 1958 di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, semalam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat, sebelum memeriksa perbarisan. Lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia serta laungan ‘Daulat Tuanku’ bergema.

Perbarisan Perarakan Panji-Panji bermula jam 9 pagi, membabitkan 39 pegawai dan 605 anggota lain pangkat diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Deputi Superintendan Shafie Mat Jatim, manakala Inspektor Nazrul Azuan Nazeri sebagai Pegawai Panji Utama.

Kumpulan Panji-Panji PDRM mendahului perarakan diikuti kumpulan Kawalan Kehormatan dan pelbagai pasukan serta unit dalam PDRM, termasuk Unit Udara dan Unit Berkuda Polis.

[ Last edited by  mmc at 23-10-2008 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:47 PM | Show all posts
polis nih cakap tak serupa bikin ke?

tapi memang dah perangai individukan , bukan sebab dia itu polis
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:07 PM | Show all posts
sang saka biru hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 01:30 PM | Show all posts

Reply #84 mmc's post

laporan penuh.

[quote] Perbarisan penuh nostalgia

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my


KEBERANGKATAN Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Perbarisan Diraja dan Perarakan Panji-Panji Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena 50 tahun anugerah gelaran Diraja kepada pasukan itu di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), Jalan Semarak, Rabu lalu mengimbau kembali detik bersejarah perbarisan penganugerahan gelaran itu pada tanggal 24 Julai 1958.

Di lokasi sama 50 tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Almarhum Tuanku Muhamad berkenan mengurniakan gelaran Diraja kepada pasukan itu.

Majlis itu diadakan pada perbarisan khas terdiri daripada 700 pegawai dan anggota. Serentak penganugerahan itu, nama Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika itu ditukar kepada Polis Diraja Persekutuan atau `The Royal Federation of Malayan Police'. Nama itu kemudiannya ditukar kepada PDRM apabila terbentuknya Malaysia pada 1963.

Gelaran Diraja diberikan sebagai menghargai taat setia, kegigihan, perjuangan dan pengorbanan pegawai dan anggota polis, terutama dalam menghadapi pemberontakan bersenjata anggota komunis sepanjang 10 tahun negara berhadapan darurat pada 1948 hingga 1960. Ia juga tanda pengiktirafan dan penghormatan tinggi kerana pada ketika itu hanya tiga pasukan polis dalam Komanwel menerima gelaran Diraja.

Sebagai pasukan keselamatan terbesar pada ketika itu dengan kekuatan 161,281 anggota iaitu 31,164 anggota tetap, 44,117 Polis Khas (SC) dan 86,000 Polis Tambahan (AP), pasukan polis diberi peranan utama menentang percubaan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menegakkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu dengan kekerasan senjata. Perjuangan kental pasukan itu berjaya menghapuskan 5,972 pengganas.

Bagaimanapun, dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara serta mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara, seramai 1,346 anggota pasukan itu turut gugur, manakala 1,601 lagi cedera.

Apa yang pasti, semangat dan disiplin ditunjukkan pegawai dan anggota polis ketika perbarisan sambutan Jubli Emas penganugerahan gelaran itu Rabu lalu begitu tinggi.

PDRM yang usianya kini 201 tahun, juga jauh berkembang dan rencam sifatnya dengan pelbagai pasukan dan unit ditubuhkan berbanding ketika menerima gelaran Diraja 50 tahun lalu.

Perbarisan yang diadakan dengan penuh istiadat kepolisan di padang kawad sama turut mendatangkan nostalgia kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Wira Abdul Rahman Ismail kerana beliau adalah antara pegawai yang menyertai perbarisan 24 Julai 1958.

Perbarisan bersejarah yang menjadi acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-50 penganugerahan itu turut dihadiri Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar. Acara bermula jam 7.40 pagi dengan perarakan masuk Panji Utama dan Panji-Panji Unit PDRM ke medan perbarisan.

Selepas Seri Paduka Baginda memeriksa perbarisan serta bacaan doa, Perbarisan Perarakan Panji-Panji bermula jam 9 pagi, membabitkan 39 pegawai dan 605 anggota lain-lain pangkat, diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Deputi Superintendan Shafie Mat Jatim, manakala Inspektor Nazrul Azuan Nazeri sebagai Pegawai Panji Utama.

Kumpulan Panji-Panji PDRM mendahului perarakan melakukan lintas hormat kepada Seri Paduka Baginda, diikuti kumpulan Kawalan Kehormatan.

Detasmen yang menyertai perbarisan pula terdiri daripada Detasmen Tugas Am Lelaki, Pasukan Gerakan Am, Unit Udara Polis (UUP), Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Berkuda dan Pancaragam Pusat.

Tiga helikopter jenis Ecueruil AS355N yang diketuai Deputi Superintendan Noorsham Md Jani turut melakukan lintas hormat di udara.

Acara diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan taat setia diketuai Komander Briged Tengah PGA, Datuk Rosli Mohd Nizam.

Ia diikuti tiga kali laungan `Daulat Tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 11:20 AM | Show all posts

sb boleh confirm cite nih?

ANY COMMENT BETUL KE CITER NIE ?????

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia . Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.
Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 慽ndividu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:55 PM | Show all posts
Upacara Pelancaran Bot Ronda WaterCat M14, Perisytiharan Unit Gempur Marin (UNGERIN) & Perisytiharan Pemakaian Beret Baru Pasuka


Kemaman, Terengganu - 24 November 2008. Pada pagi yang bersejarah ini, tiga upacara yang bermakna dan signifikan telah berlangsung di Pangkalan Polis Marin Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu. Upacara-upacara ini melambangkan usaha ke arah pembaharuan, pemantapan dan pemodenan organisasi Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia.

Upacara yang disempurnakan oleh YDH DIG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara melibatkan Upacara Perisytiharan Pemakaian Beret Baru Pasukan Polis Marin, Perisytiharan Unit Gempur Marin (UNGERIN) dan Upacara Pelancaran Bot Ronda Kelas PSC ( WaterCat M 14 ).

Hadir sama di upacara tersebut ialah YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH P/DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang, YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan serta anggota PDRM.

Sejak penubuhan Pasukan Polis Marin pada 1 September 1947 hingga kini, Pasukan Polis Marin telah banyak menabur jasa dalam memelihara keselamatan dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman sama ada di perairan negara, tugas-tugas bantuan semasa musim banjir dan juga di daratan.

Dari era Kesultanan Melaka hingga ke era penjajahan, kemudiannya ke pasca kemerdekaan dan daripada ekonomi berasaskan pertanian hingga ke era perindustrian, dengan pengalaman sepanjang 201 tahun yang dilalui itu telah membina Polis Diraja Malaysia menjadi agensi penguatkuasaan utama undang-undang negara lebih kukuh dan teguh dalam menghadapi cabaran yang akan datang.

Ke arah menjamin keselamatan negara dalam era dunia yang semakin kompleks ini, Pasukan Polis Marin telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan menubuhkan Unit Gempur Marin (UNGERIN). UNGERIN telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan sehingga kini, terdapat seramai 52 keanggotaan dari seluruh wilayah marin. Mereka akan didedahkan dengan latihan berterusan bersama unit elit di dalam atau luar negara dan dilatih oleh Komando 69, Pasukan Gerakan Khas, US Navy Seal dan US Coast Guard. Dengan tertubuhnya UNGERIN serta perubahan yang bakal dilaksanakan oleh Pasukan Polis Marin, maka ia dapat memantapkan lagi pasukan ini dengan lebih berintergriti, profesional dan bitara serta bertindak sebagai pasukan pemangkin utama di dalam memastikan perairan negara, kawasan pantai dan juga pulau-pulau selamat serta bebas dari sebarang ancaman maritim.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 212 juta kepada Pasukan Polis Marin untuk mempertingkatkan keupayaan aset-asetnya. Dengan sokongan padu pucuk pimpinan PDRM, Pasukan Polis Marin telah bergerak seiiring dengan kemajuan teknologi industri maritim. Sejumlah 10 buah Bot Ronda Kelas PSC (WaterCat M 14) akan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada Polis Diraja Malaysia. Projek pembinaan dan pembekalan Bot Ronda Kelas PSC (WaterCat M 14) ini adalah pengantian kepada bot-bot ronda kelas yang sama, yang telah lupus dan usang.

Kontrak penjanjian ini melibatkan di antara Kementerian Dalam Negeri dan Geliga Slipway Sendirian Berhad dan bagi penyerahan fasa pertama sebanyak 4 unit Bot Ronda Kelas PSC (WaterCat M 14) telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2008. Ianya merupakan penggantian kepada PGR 18 yang berpangkalan di Kuala Terengganu, PSC 35 di Pengkalan Kubur, Kelantan, PSC 17 di Pangkalan Polis Marin Bukit Malut, Langkawi dan PAR 6 di Pangkalan Polis Marin Tampoi, Johor.

Dengan kos RM 4.95 juta sebuah, panjang keseluruhan Bot Ronda WaterCat M 14 ialah 15.4 meter, kelebaran 4 meter, kedalam draf 0.8 meter dan berat kasar ialah 17,000 kilogram. Dengan dilengkapi 2 unit enjin diesel Caterpillar C12 Acert dan setiap satunya berupaya mengeluarkan tenaga sebanyak 525 kw, sistem pendorong kuasa FF410S Kamewa Roll-Royce Waterjet, Bot Ronda WaterCat M 14 ini berupaya mencapai tahap kelajuan maksima 45 knot. Tangki bahan apinya boleh menampung sebanyak 1500 liter minyak diesel dan boleh belayar sejauh 200 batu nautika. Bot ronda ini juga boleh membawa 4 orang krew dan seramai 16 orang penumpang.

Antara intipati ucapan oleh YDH DIG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, beliau berharap pelan pemodenan Pasukan Polis Marin ini akan mampu membawa Pasukan Polis Marin melangkah ke suatu tahap yang lebih cemerlang selari dengan agensi maritim negara-negara yang lebih maju seperti Japan Coast Guard dan Korea Coast Guard.

"Pasukan Polis Marin hendaklah sentiasa dapat memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat maritim sama ada dalam atau luar negara serta terus berkekalan sebagai agensi penguatkuasaan maritim yang terunggul dalam negara kita" kata YDH DIG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, mengakhiri ucapannya.

Acara kemuncak di upacara hari ini ialah pemakaian beret baru marin, berwarna biru muda kepada Komander Pasukan Polis Marin dan juga penyerahan beret baru marin kepada 5 Ketua Polis Marin Wilayah, penyerahan bayonet kepada Ketua Platun UNGERIN, persembahan demonstrasi Botronda Kelas PSC (WaterCat M 14) dan demonstrasi oleh UNGERIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 10:09 PM | Show all posts

C/Insp Hazri bin Zakaria, Ketua Platun Unit Gempur Marin menerima bayonet dari YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar


Tangkas....Unit Gempur Marin (UNGERIN)


Kawalan Kehormatan di ketuai oleh P/ASP Mirkair bin Abdul Rasul

from: http://www.rmp.gov.my/


[ Last edited by  yusri191090 at 26-11-2008 10:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:16 PM | Show all posts

'Beaching' atau merapat bot ke pantai. Hatch pada troop area dibuka dan pintu ramp diturunkan bagi membolehkan anggota yang berada dalam bot keluar kedaratan.


Demonstrasi...'Crash Stop' belayar pada tahap kelajuan maksimun 45 knot dan berhenti serta merta dalam tempoh kurang dari 3 saat ataupun jarak 1 bot (15 meter). Pergerakan ini biasanya dilakukan sekiranya terdapat halangan di hadapan bot ronda dan tiada ruangan untuk mengelak.

from:http://www.rmp.gov.my/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2008 03:41 PM | Show all posts

Millions spent to make sure criminals don抰 escape

KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian police has bought 25 high-powered Mitsubishi Lancer Evolution cars to catch criminals and speed hogs.

The cars, worth several millions of ringgit, would be fitted with safety gadgets and would sport the looks of police patrol cars.

Sources said the police had al?ready taken possession and were testing the cars before sending them to the Road Transport Depart璵ent for registration and approval.

揟he cars are to be used in high-speed car chase, especially in cases of carjacking, kidnapping and hi?jacking.

揟he speed of the cars would enable the police to catch up with criminals who often used modified turbo charged cars to escape,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2008 03:42 PM | Show all posts
dapat Evo-X tuh......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.122071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list