CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

(MERGED) SEMUA MENGENAI PDRM

[Copy link]
Post time 5-12-2013 01:11 PM | Show all posts
Polis Marin Dan Polair Tingkat Kerjasama Cegah Penyeludupan Di Sempadan Negara

Tawau, 23 Nov - Pasukan Gerakan Marin dan Polis Air (Polair)Indonesia akan terus mempertingkatkan kerjasama bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah dan manusia di sempadan perairan kedua-dua negara.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun berkata antara kerjasama yang akan jalankan ialah daripada segi meningkatkan pertukaran maklumat.

"Untuk membanteras aktiviti penyeludupan dadah dan manusia adalah sukar dan mendatangkan banyak cabaran kepada kami. Oleh itu kami perlu mempertingkatkan kerjasama bagi menjalankan tugas dan operasi di kawasan sempadan perairan kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Polair di kapal peronda di sempadan Pulau Sebatik dan Nunukan dekat sini, semalam.

Pihak Polair diketuai Pengarah Polair Kalimantan Timur Komisaris Besar Polisi Bastumy Sanap. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah dan beberapa pegawai kanan polis.

Sementara itu Bastumy berkata dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia, pihaknya telah beberapa kali mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar dadah di sekitar kawasan sempadan kedua-dua negara.

"Kami tidak akan berkompromi dengan anasir pemusnah masyarakat dan negara itu kerana dadah merupakan musuh utama di mana-mana negara di dunia ini," katanya.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga akan berkerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia bagi memantau penyeludupan barang larangan lain seperti minuman keras.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:13 PM | Show all posts
Pengusaha Lerai Kereta Curl Di Premis Terpakai Ditahan

Tindakan seorang pengusaha premis barangan lusuh dan terpakai mengaut keuntungan dengan membeli serta menjual alat ganti kenderaan curi mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Tangkapan terhadap suspek wanita berusia 43 tahun itu dibuat selepas polis menyerbu premis seluas satu hektar tersebut yang terletak di Mukim Labu di sini pada pukul 9 pagi. Turut ditahan 11 lelaki termasuk enam warga India dan seorang pembeli yang berusia 30 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membantu melupus harta curi yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Sumber : Keratan Akhbar Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:14 PM | Show all posts
21 Pelayan Wanita Warga Vietnam Ditahan

Seramai 21 pelayan wanita (GRO) warga Vietnam ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah pusat hiburan karaoke di Sungai Besar baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan kira- kira jam 12.30 turut menahan tujuh pekerja premis bagi membantu siasatan dan 39 pelanggan lelaki diambil keterangan lanjut .

Siasatan awal mendapati wanita-wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di premis terbabit selain dipercayai ada yang turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.



Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:15 PM | Show all posts
3,300 Anggota Polis Terengganu Akan Bantu Mangsa Banjir

Kuala Terengganu, 23 Nov - Seramai 3,300 anggota polis di Terengganu diletakkan dalam keadaan bersedia untuk membantu mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kesemua anggota polis itu akan digerakkan sebaik banjir berlaku di negeri ini.

Sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, polis kini membuat pemantauan empat jam sekali kenaikan paras air sungai khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Hamzah mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya membuat persediaan awal untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat jika paras air sungai telah melebihi paras bahaya.

"Kami minta orang ramai agar mematuhi arahan jika diminta berpindah. Selain itu buat persediaan awal dengan mengutamakan dokumen-dokumen penting dan barang berharga ketika berpindah," katanya.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:16 PM | Show all posts
12 Termasuk Tiga Wanita Warga China Ditahan Positif Dadah

Seremban, 24 Nov - Seramai 12 orang termasuk lima wanita ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam serbuan di beberapa pusat hiburan di Taman AST, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman berkata, kebanyakan ditahan adalah rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30 tahun serta tiga warga China.

"Seramai 159 orang termasuk pekerja dan pengunjung di beberapa pusat hiburan serta rumah urut yang terdapat di kawasan itu diperiksa.

"Hasilnya, 12 pengunjung terdiri daripada tujuh lelaki warga tempatan, dua wanita warga tempatan dan tiga wanita warga China yang didapati positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:18 PM | Show all posts
Syabu 4.8 KG Dirampas Di Pulau Pinang

Georgetown – 25 Nov 2013, YDH Senior DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi mengadakan sidang media kejayaan pihak polis dari Jabatan Narkotik Bukit Aman dan Kontinjen Pulau Pinang dalam serbuan di beberapa kawasan di Pulau Pinang berkaitan jenayah dadah.

Dalam serbuan berasingan tersebut, pihak polis berjaya menangkap 3 lelaki Cina dan 2 perempuan warganegara China. Antara yang dirampas ialah 4.8 kg dadah syabu, 42.7 gram dadah ketamin, 2 gram dadah heroin, bahan-bahan kimia dan alat-alat memproses dadah syabu. Anggaran nilai harga pasaran dadah yang dirampas ialah RM 1.1 juta.

Turut disita ialah sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah kereta Honda Civic, wang tunai RM9,730.00 dan barang-barang kemas beserta jam tangan berjenama. Jumlah nilai sitaan adalah RM212,000.00.








Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 01:23 PM | Show all posts
SEMINAR 'INFLUNCE 247' TRANSFORM PERSPEKTIF KEPIMPINAN PDRM

BUKIT AMAN, 23 Okt – Satu Seminar 'Influence 247 – Win People Over' telah berlangsung di Dewan Mess Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman, petang tadi.

Seminar ini dikendalikan oleh Miss Karen Leong, seorang pakar berpengaruh untuk membantu golongan eksekutif korporat mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya. Bersama beliau adalah Mr. Mukul Deva, seorang pakar jurulatih dalam budaya kerjaya berpasukan serta pakar di dalam menyelesaikan masalah konflik di dalam kerjaya.

Objektif utama seminar ini untuk melihat transformasi yang boleh dicapai oleh para peserta melalui gambaran identiti diri mereka, memupuk kesedaran moral, mengamalkan nilai-nilai murni dan seterusnya dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Antara keunikan seminar itu adalah tidak memfokuskan kepada sesi ceramah biasa, bahkan menggunakan pendekatan aktiviti bengkel. Di dalam bengkel itu, para peserta dapat dilatih secara teori, mengembangkan kemahiran berfikir secara teknikal serta dapat berkongsi pengalaman kalangan peserta.

Seminar itu dilihat turut dapat membentuk PDRM (Polis Diraja Malaysia) menjadi sebuah pasukan keselamatan yang progresif, dinamikdanresponsif untuk melengkapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan masyarakat, di samping memperkukuhkan semangat setia kawan serta kerjasama padu di kalangan Pegawai dan anggota melalui perkongsian pengalaman, pendapat dan pengetahuan.

Antara yang hadir adalah YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik PDRM selaku Pengerusi Penganjur Seminar 'Influence 247 – Win People Over', YDH Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan PDRM dan Pegawai Kanan Polis.



Ketibaan YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman


Pendaftaran peserta


Ketibaan YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik PDRM selaku Pengerusi Penganjur Seminar 'Influence 247 – Win People Over'


Ketibaan YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara


Ketibaan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman


Ketibaan YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara






Antara yang hadir


Miss Karen Leong, Master Trainer Improving Human Permormance (ASTD)



Sekitar bengkel 'What makes us influential'



Mr. Mukul Deva berkongsi pendapat daripada peserta yang hadir


Mr. Mukul Deva, Executive coach and international Best-Selling Author



Sekitar bengkel 'What makes us influential'



Sekitar bengkel 'The conversations we have'






Perkongsian pendapat kalangan peserta


Juruacara Majlis



Sumber:
http://www.rmp.gov.my/
Last edited by robotech on 5-12-2013 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:28 PM | Show all posts
KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI DEMI TUGAS

Kuala Lumpur, 26 Okt – "Saya ingin mengingatkan anda bahawa 'Policing is not a job, it is a profession' dan ia merupakan satu amanah serta tanggungjawab kepada negara di mana seorang pegawai polis itu haruslah bersedia mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi masyarakat dan negara,” ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalam Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) , hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala-gejala yang negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kegiatan jenayah atau kelakuan yang tidak bermoral yang bertentangan dengan peraturan dan etika seorang penjawat awam.

"Kesilapan yang anda lakukan ini bukan sahaja akan menghancurkan masa depan kerjaya anda, bahkan turut mencemarkan imej pasukan," tegasnya.

Upacara perbarisan pada hari ini telah menyaksikan seramai 594 orang Kadet Inspektor telah menamatkan latihan kepolisan selama 9 bulan yang bermula sejak 28 Januari tahun ini.

Dalam tempoh tersebut, Kadet-kadet Inspektor ini telah diberikan dengan pelbagai pendedahan penugasan di lapangan berdasarkan sukatan atau silibus untuk menjadi pegawai kanan PDRM.

Upacara pada hari ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah PDRM,YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1 Tahun 2013, Komandan-komandan Maktab dan Pusat Latihan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.




Ketibaan Ketibaan YDH CP Datuk Wira Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.



Ketibaan YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara





Pemeriksaan Baris.



Persembahan Kawad.





Lintas Hormat.



Persembahan Gerak Tangkas Polis.



Persembahan Stomb The Yard.







Penyampaian sijil dan penghargaaan.


YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalam Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.




Sekitar majlis berlangsung.






Detik-detik indah setelah tamat perbarisan.






Bergambar kenangan bersama ahli keluarga.






Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara.










Sekitar Majlis berlangsung.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 07:04 PM | Show all posts
Kepulangan Misi Pengaman UNAMID
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Sepang,13 Disember 2013 - "Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengalu-alukan kepulangan tuan-tuan ke tanah air pada petang ini, melaksanakan tanggungjawab yang penting bagi menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di negara Sudan", ucap YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) ketika membaca teks ucapan mewakili Ketua Polis Negara.

"Sebagai duta kecil, PDRM dan juga kerajaan, merasa bangga kerana tuan-tuan telah mengharumkan nama pasukan dan negara dengan memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik kepada salah sebuah negara yang bergolak di dunia ini, demi keamanan sejagat", tambah beliau lagi.

Seramai 22 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di United Nations African Union Mission In Darfur (UNAMID), diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh 15 bulan berada di Darfur, mulai 12 September 2012 hingga 12 Disember 2013.

Sehingga kini, seramai 26 orang lagi pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia masih berkhidmat di Darfur Sudan dan Republik Selatan Sudan.

Turut menyambut kepulangan mereka ialah Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM serta Pegawai Kanan PDRM.






YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali menyambut kepulangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dari Darfur, Sudan.


Bersama Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM.




Sekitar majlis di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Ucapan oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan)


Ucapan  oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah


Cenderahati kepada YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali


Bergambar kenangan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:07 PM | Show all posts
Semangat Sazali Terus Membara

Anak jati kelahiran Batu Pahat Johor ini mempunyai cara tersendiri mengharumkan nama negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Hampir 26 tahun berkecimpung dalam dunia bina badan dan merangkul juara sembilan kali Mr. Universe dalam Kejohanan Bina Badan Dunia meletakkan Sub Inspektor (SI), 46, terpilih buat kali ketiga membawa Jalur Gemilang bagi sukan SEA di Myanmar pada 11 Disember ini.

Penglibatan beliau dalam sukan bina badan ini bermula dengan 'suka-suka' ketika berkhidmat dalam PDRM. Hasrat diteruskan apabila mendapat galakan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga muncul juara buat pertama kali dalam Kejohanan Bina Badan Malaysia pada tahun 1991 dalam kategori (bantamweight).

Disiplin dalam mengikut jadual pemakanan harian antara rahsia Badang Malaysia ini berjaya mengekalkan berat dan bentuk badan yang dinilai oleh barisan hakim setiap kejohanan yang disertainya.

Walaupun sentiasa dicabar dengan kemunculan orang-orang baru dalam sukan bina badan, namun SI Sazali Samad sentiasa positif dan mensasarkan emas dalam setiap kejohanan yang beliau sertai.

Walaupun telah melewati usia 40an, ia tidak sesekali merencatkan usaha dan semangat beliau untuk terus menggalas tanggungjawab membawa pulang pingat emas di sukan SEA Myanmar yang akan berlangsung minggu hadapan.

Kali pertama SI Sazali Samad meraih gelaran Mr. Universe adalah pada 1996, di New Delhi dan mengekalkan kejuaraan yang sama pada 1998, 1999,2000, 2004,2009, 2010 dan 2012.



Sumber: Keratan Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:09 PM | Show all posts
Polis Selangor Tahan 10 Anggota Sindiket Dadah, Rampas Heroin RM1.38 Juta

Shah Alam, 3 Dis - Polis Selangor menahan 10 orang termasuk seorang wanita dan merampas 37kg dadah disyaki heroin bernilai RM1.38 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk memproses dadah itu di Ara Damansara pada Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ketika serbuan itu, lima lelaki sedang memproses dadah.

"Hasil siasatan lanjut, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita di sekitar Puchong, Cheras dan Sentul keesokannya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dua daripada suspek lelaki merupakan warga India manakala suspek yang lain warga tempatan, mereka berusia antara 22 dan 50 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Lima lelaki tempatan itu memiliki rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Shukri berkata selain dadah, polis juga merampas peralatan, bahan dan ramuan menghasilkan heroin seperti serbuk kafein, serbuk eno, pati perasa pandan, ibu heroin serta menyita wang tunai, barang kes dan kenderaan bernilai RM505,181.

Beliau berkata sindiket dadah itu beroperasi kira-kira tiga bulan dan dadah itu adalah bagi pasaran Lembah Klang.

Mohd Shukri juga memberitahu pemberita, polis sedang memburu beberapa suspek yang terlibat dalam kes kehilangan barangan tembaga seberat 100 tan bernilai RM2.3 juta baru-baru ini di Klang.

Beliau juga mengesahkan penahanan dua anggota polis berumur 29 dan 31 tahun yang memainkan peranan sebagai 'pemudah cara' dalam jenayah itu pada 23 Nov lepas.

Ditanya perkembangan kes pembunuhan pegawai Ambank Norazita Abu Talip, beliau berkata suspek dikenali sebagai Joemar masih belum dapat dikesan.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:11 PM | Show all posts
Dua Penjenayah Geng Topeng Diberkas, Tiga Lagi Diburu

Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal(URB) nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli 'Geng To-peng' di Jalan SS14/5D, baru-baru ini.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.

Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November Ialu.

Suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. Manakala, tiga lagi suspek yang melarikan sedang giat diburu dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



Sumber: Keratan Akhbar Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:12 PM | Show all posts
Dua Lelaki Ditahan Kes Pecah Rumah

Polis berjaya menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan curi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Farhana, Cherang Tuli baru-baru ini. Hasil serbuan, polis menahan pemilik rumah berkenaan berusia 45 tahun serta seorang remaja berusia 19 tahun untuk membantu siasatan.

Antara barang yang dirampas ialah peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, beberapa unit kunci kereta, pelbagai jenis telefon bimbit dan pengecas bateri, sepasang kasut kulit, sebuah televisyen 32 inci dan set audio home teater jenama Philips.

Hasil ujian air kencing terhadap dua-dua suspek menunjukkan mereka positif dadah jenis pil kuda. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Sumber: Keratan Akhbar Harian Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:14 PM | Show all posts
38 Warga Myanmar, Bangladesh Terselamat

Polis berjaya menyelamatkan sebanyak 38 lelaki warga Myanmar dan Bangladesh yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh satu sindiket pemerdagangan manusia.

Kesemua mangsa yang berusia sekitar 20-an hingga 40-an itu dikurung di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Raja Uda.

Lima lelaki warga Myanmar dan Bangladesh berusia sekitar 20-an dan 40-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung tersebut. Kes itu kini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, manakala kesemua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di balai polis buat sementara waktu untuk membantu siasatan polis.



Sumber : Keratan Akhbar Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:15 PM | Show all posts
Tiga Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM15,000 Di Permatang Pauh Dirampas

George Town, 4 Dis - Polis menahan tiga lelaki dan merampas serbuk dadah jenis heroin serta syabu seberat 136 gram bernilai RM15,000 dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Permatang Pauh, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu polis turut menemui sepucuk pistol semi automatik jenama Smith & Wesson Spring Field MS USA berserta dua butir peluru hidup.

"Kita telah menghantar senjata api itu untuk ujian balistik bagi mengetahui sama ada ia pernah digunakan atau tidak sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya hasil risikan polis selama sebulan mendapati suspek berusia antara 25 dan 41 tahun itu telah berada di hotel berkenaan selama dua hari dan motif mereka menginap di situ masih disiasat.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Pulau Pinang dan Kedah itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah selama tiga bulan dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah.

Menurut Abdul Rahim kesemua lelaki terbabit ditahan reman sehingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan memiliki pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 kerana mempunyai peluru hidup.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis Pulau Pinang bersiap siaga menghadapi ancaman banjir yang dijangka berlaku di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah pada bila-bila masa.

Katanya seramai 450 anggotanya termasuk pegawai kanan dan ketua balai ditugaskan untuk menyelia banjir dan sebanyak 80 bot disediakan bagi kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

"Kita nasihatkan penduduk yang terpaksa berpindah tidak bimbang keselamatan harta benda mereka kerana polis akan mempergiatkan kawalan keselamatan di kawasan terlibat," katanya.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:16 PM | Show all posts
Heroin RM1.38 Juta Dirampas

Serbuan pada jam 6 petang Khamis lalu, pihak polis berjaya menahan lima lelaki yang sedang memproses dadah di sebuah rumah kayu di kawasan ternakan kambing dan lembu.

Polis turut menyita pelbagai peralatan memproses dadah, wang tunai dan kenderaan bernilai RM 505,181. Hasil siasatan polis berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita di Puchong, Cheras dan Sentul.

Semua suspek berusia antara 22 hingga 50 tahun ditahan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 07:17 PM | Show all posts
47 Pati Warga Indonesia Ditahan Cuba Seludup Keluar Dari Kota Tinggi

Kota Tinggi, 4 Dis - Seramai 47 orang pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi Pantai Temalah, dekat Sedili Besar, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata kesemua 35 lelaki dan 12 wanita itu ditahan kira-kira pukul 12.15 malam tadi oleh sepasukan tujuh anggota polis.

"Kesemua mereka berjaya ditahan selepas polis melakukan intipan selama seminggu di belukar berhampiran pantai berkenaan yang menjadi tempat persembunyian rakyat Indonesia terbabit," katanya di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata siasatan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) kerana keluar dari negara ini melalui pangkalan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:20 PM | Show all posts
Sepucuk Pistol Dan 19 Butir Peluru Dirampas

Polis telah menahan seorang lelaki berumur 38 tahun di kawasan Setia Indah, Johor Bahru dan berjaya merampas sepucuk pistol jenis Glock 26 dan 2 magazine yang berisi 19 butir peluru 9 mm.
Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Johor Bahru pada tahun 2008.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat 1971), jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6 sebatan. Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.






Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:21 PM | Show all posts
Polis Tahan Empat Warga Asing Cuba Edar Dadah Di Johor Bahru

Johor Bahru, 5 Dis - Polis memberkas empat warga asing termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dua suspek lelaki warga Nigeria dan wanita Vietnam serta Indonesia terbabit ditahan pada pukul 7.15 pagi.

"Polis merampas sekilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM500,000 daripada suspek," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Mohd Mokhtar, siasatan awal mendapati dua lelaki Nigeria berkenaan terbabit pengedaran dadah di ibu negara dan dipercayai cuba meluaskan pasaran di luar Lembah Klang.

Seorang suspek lelaki dan wanita Vietnam itu mendakwa mereka pelajar kolej swasta di Ampang, Selangor, manakala seorang lagi suspek lelaki mendakwa bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan di Pelabuhan Klang sementara wanita Indonesia terbabit tidak bekerja, katanya.

Kesemua suspek yang berusia antara 22 dan 27 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah di negara ini dan ditahan reman sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Menurut Mohd Mokhtar dua daripada suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:22 PM | Show all posts
Lari Lintang-Pukang Lihat Polis

Seorang lelaki yang sedang melepak lari lintang-pukang sejurus melihat kehadiran polis, di rumahnya di Kampung Kolam Mangabang Telipot, baru-baru ini.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu seberat 155 gram, Yaba (33.1 gram), heroin (40 gram) dan pil domi (4.6 gram) selain turut menyita sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dianggarkan bernilai RM4,000 dan wang tunai RM1,200 yang dipercayai hasil jualan dadah.



Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.090167 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list