CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12471|Reply: 11

Pokok Kabung : Sumber Gula Utama Masa Depan?

[Copy link]
Post time 22-4-2009 03:04 PM | Show all posts |Read mode
'Pokok Pelik' Sumber Gula Utama Masa Depan?









Sirapnira kabung (Arenga Pinnata Syrup). Pengurus Besar Kebun Rimau Sdn Bhdyakin ianya akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini kerana ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi penghidap kencing manis. Ia juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Foto: Rayner MajantimOleh Nashir Mansor

TAWAU, 17 April (Bernama) -- Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah dibahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudahhampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

BUNGA JANTAN

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira di LadangSungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

"Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

"Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.
Kalau tidakdibuat begini air nira tidak akan keluar", kata Nurdin Baddusa, 49,yang telah menjalankan kerja mengutip air nira sejak tujuh tahun lepas.

SECARA BERHATI-HATI

Menurut Nurdin, ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar", kata Nurdin kepada Bernama ketika ditemui di Ladang Sungai Balung, kira-kira 60km dari sini.

Beliau adalah seorang daripada kira-kira 20 pekerja pemungut air nira di ladang berkenaan.

Menurut Nurdin amalan berkenaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berterusan sehingga bunga pada tandan pokok Kabung kembang.

"Apabila bunga pada tandan berkenaan sudah kembang, tandan berkenaan bolehlah dicantas dan jika aliran air niranya sudah agak deras ia boleh ditadah dengan bekas yang direka khas.

"Jika belum deras, bahagian hujung tandan yang dicantas itu perludihiris sebaiknya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang sehingga aliran niranya deras", katanya.

DUA KALI SEHARI

Nurdin berkata nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antarapokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Katanya nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Arenga Pinnata Syrup).

"Kami memproses kira-kira 700 kg nira kabung sehari", kata Masriani Mansor, ahli teknologi makanan di kilang pemerosesen sirap nira kabung berkenaan.

Sementara itu Pengurus Besar Kebun Rimau Sdn Bhd K.Arunagirinathan yakin sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.

Menurutnya gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

SIRAP NIRA KABUNG

"Kami sudah menanam kira-kira lebih 5,000 pokok kabung daripada jenis benih bermutu tinggi meliputi kawasan seluas kira-kira 809 hektar diLadang Sungai Balung.

"Dalam tempoh 10 tahun dari sekarang mungkin kami perlu membina kilang memproses sirap nira kabung atau gula merah yang lebih besar.

"Saya juga yakin suatu hari nanti sirap nira kabung ini akan menjadi sumber gula utama di negara ini malah mungkin juga menjadi pilihan utama penduduk dunia kerana kebaikannya dari segi kesihatan", katanya.

Arunagirinathan berkata sirap nira kabung yang dikeluarkan syarikat berkenaan yang kini sudah dalam pasaran tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna atau perasa tiruan sebaliknya keasliannya dikekalkan.

Katanya idea penanaman pokok kabung berkenaan secara besar-besaranbermula sembilan tahun lepas apabila pengerusi syarikat berkenaan DatukHarris Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah membawa benih pokokberkenaan dari Indonesia.

Menurutnya sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang populardengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campurdan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.

  -- BERNAMA

[ Last edited by  Syd at 22-4-2009 15:07 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2009 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 04:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 09:36 PM | Show all posts
Buahnya pun sedap dimakan, terutamanya kalau dimasukkan dalam licikang ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 10:35 PM | Show all posts

Balas #6 Syd\ catat

Buat aku terliur ajer ...... ni nak pekena ABC
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:25 AM | Show all posts
Teringat pulak salah 1 juadah raya dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2009 10:26 AM | Show all posts

Reply #8 alifinara's post

mak aku buat benda nih
tiap kali hari nak raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:29 AM | Show all posts

gambo hiasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:24 AM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

Kat tempat sy ni dah susah nak dapat bekalan bahan mentah. Kalau ada mahal sangat pulak harganya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 12:21 PM | Show all posts

Reply #11 alifinara's post

ye ker..

heheheh umah saya sentiasa ada buah nih

infact dalam peti ais banyak lagi

heheeheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068265 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list