CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17253|Reply: 183

Perjalanan Mencari Dia....

 Close [Copy link]
Post time 2-5-2009 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera,

Terlebih dahulu, aku nak bagitau, aku dah bersedia dengan tohmahan dan kejian korang. Aku bukak thread ni di board Personal Problem ni sebab aku nak dapatkan pandangan tulus ikhlas dari korang. So aku harap moderator tak pindahkan thread ni ke board Muslimin Muslimat. Aku percaya di sana, aku akan dapat automated reply seperti robot dan jawapan-jawapan itu aku dapat je baca dari mana-mana buku atau laman web agama. Aku nak reply dari sudut seorang manusia.

First sekali, aku ni seorang Muslim. Aku masih lagi buat benda-benda asas yang seorang Muslim buat seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Tapi dalam diri aku ni, aku tak percaya Tuhan ada memainkan peranan dalam hidup aku. Contohnya, aku berdoa, tapi benda yang aku doakan tu aku usahakan sendiri. Dan aku sentiasa keseorangan bila aku memerlukan Dia. Masalah-masalah aku, aku selesaikan sendiri, tanpa Dia. Aku sedih, gembira, senang, susah, semua tanpa Dia.

Aku masih lagi sembahyang, puasa etc bukan sebab aku nak sangat. Tapi sebab aku tak nak ibu bapa aku tahu yang aku ni dah separuh tidak beragama. Sebenarnya ayat 'tidak beragama' tu terlalu ekstrem? Sedangkan aku percaya Tuhan wujud, tapi cuma Dia tak berbuat apa-apa, hanya sekadar menonton sahaja. Kadang-kadang aku rasa Dia macam majikan yang kurang ada timbangrasa. Kutip hasil di akhir waktu je. Siapa yang kurang membuat kerja, akan dihukum. Tiada penghargaan diberikan. Tiada unsur kasih sayang dalam semua ini.

Aku bukak thread ni sebab nak mintak tolong kat korang. Aku masih lagi berharap untuk menjadi seorang Muslim. Jadi tolong, tolonglah sedarkan aku bahawa pegangan aku ni salah.

Terima kasih.

[ Last edited by  Chabad at 3-5-2009 22:37 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 07:50 PM | Show all posts

Reply #1 Chabad's post

erm. bawak mengucap bro. sblm tu bro kena tau apa konsep manusia-tuhan.

seperti bro cakap apa yg bro buat tu semua atas usaha bro kan?

bro yakin ke? tuhan bukan seperti majikan. konsep tuhan dalam Islam si far beyond that.

unthinkable. apa yg berlaku di dunia mahupun atas ciptaannya adalah kehendaknya.

tuhan mendengar dan melihat semua makhluknya. x terlepas satu pun.

DIA lebih dekat dgn kita di ibaratkan lebih dekat dari pembuluh darah dalam badan kita sendiri.

konsep berdoa. kebanyakan dari kita bila berdoa sekerap manapun tp x termakbul akan secara x langsung menyalahkan DIA. kan?

sebenarnya jika kita menyangkakan begitu. kita ibarat menyuruh tuhan itu melakukan apa kehendak kita.

konsep dah terbalik. apa pun yg aku cuba sampaikan. teruskan berdoa dan yakin pada rukun iman. mengucap bro.

tuhan akan makbulkan doa setiap insan yg beriman.

hanya pandangan dari insan yg x seberapa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 07:51 PM | Show all posts

Reply #1 Chabad's post

ko aku dan semua adalah hamba yang sgt hina di sisi Allah....tiada kuasa melainkanNya..seharusnya ko lah yang berusaha untuk mendapatkan nya...Cth sperti seorg boss dengan pekerja...

satu lagik macamane ko tau apa yang ko buat tuh bukan dengan izin Dia....bukan semua perkara kita boleh pikir dgn akal logik kita....siapa kita nak pikirkan Zat Tuhan yang begitu tak terjangkau...

Kalau benar ko percaya Allah tak pernah tolong ko...pikir lah mcmane ko leh bernafas dan terus idup...mcmane terjadinya pokok2...kalo bukan dengan Kekuasaannya..

ko bukan nya tak percaya pada Tuhan..tapi ko dalam kekeliruan...sebaiknya ko menimba ilmu agama..dan bykkan bertanya....

[ Last edited by  pressor at 2-5-2009 19:52 ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 07:57 PM | Show all posts

Reply #1 Chabad's post

Muslim sbb keturunan mmg lah camtu.....

aku rasa tak perlulah cerita panjang2 pasal kewujudan Allah, kebenaran Islam, sifat 20 dan 99 Asma Alhusna sbb aku pasti kau dah sedia maklum since ko lahir sebagai Muslim...cuma mungkin dari penghayatan tu agak kurang.........aku rasa bkn ko sorang je yg rasa mcm ni kat msia ni tp ramai lagi...cuma diaorg tak nak ckp....(harap2 tanggapan aku ni salah...Nauzubillahiminzalik)

mcm ni lah.....salah satu penyelesaian yg paling berkesan utk ko ialah pergi berjumpa dgn alim ulama yg asalnya bkn Muslim ttp dah memeluk Islam sehingga dah jadi pakar rujuk Islam kat Msia ni....tak pun ko pergi ke JAKIM...

sbb aku mintak ko pergi berjumpa golongan Muallaf  ni ialah diaorg tu lbh besar cabarannya berbanding kita yg dilahirkan sebagai Muslim....perlukan satu "booster" utk menerima Islam yg sejak lahir lagi begitu asing kpd diaorg.....so ko blh bertanya kat diaorg mcmmana Islam menambat hati diaorg......mcm yg aku ckpkan kat atas td....golongan yg lahir sebagai Muslim tak semestinya ada penghayatan ttg Islam sebaik Muallaf yg memeluk Islam....

My 2 cent...sekian TQ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 07:58 PM | Show all posts
haduih.....semua buat karangan ni......

aku dpt tp ke tiga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:07 PM | Show all posts

Reply #2 FreeMen's post

Terima kasih saudara Freemen.

Aku dah banyak kali memujuk hati aku untuk percaya apa yang kau tulis ni. Tapi masalahnya, manakah bukti semua itu? Manakah bukti Dia tu wujud dengan aku seperti rapatnya pembuluh darah dalam badan sendiri? Aku tak merasakan kasih sayang Dia, yang aku rasakan cuma, mungkin perasaan takut je sebelum ni?

Tak pernah aku rasa Tuhan sayangkan aku. Apa yang pernah terlintas dalam fikiran aku, kalau mati, masuk neraka. Itu je. Sedangkan dalam agama-agama lain, konsep berkasih sayang ditekankan. Dalam agama aku ni? Mati, neraka, api, balasan neraka, matahari sejengkal. Itu je yang aku tau.

Tentang usaha tu. Contohlah, Kalau aku usaha, aku dapat. Kalau aku tak usaha, aku tak dapat. Maksudnya, Tuhan tak berperanan dalam apa yang aku buat tu. Semua pun aku buat sendiri.

Tapi terima kasih bro atas pandangan kau ni. Mungkin doa kau lebih makbul, jadi doakan aku kembali ke pangkal jalan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2009 08:10 PM | Show all posts

Reply #3 pressor's post

Bagaimana aku nak tau kalau betul-betul pokok tu wujud sebab Tuhan? Bukan sebab alam semulajadi atau reaksi kimia?

Aku bukan tak percaya Tuhan wujud. Aku percaya. Cuma aku tak percaya Dia ada bantu apa-apa dalam apa aku buat. Dia cuma ada untuk ada je. Dan persoalan mengapa tak boleh fikir zat Tuhan sebab tak terjangkau tu. Aku haruslah menolak. Sebab kalau aku membuta tuli percaya pun, tak guna jugak Anggaplah ini ekspidisi aku untuk mencari Tuhan sebenar. Dan dimanakah Dia bila aku memerlukan Dia.

Terima kasih Pressor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:14 PM | Show all posts

Reply #4 matamata's post

Terima kasih. Aku tak taulah, kalau penghayatan aku kurang. Aku rasa, aku ada banyak membaca hal-hal agama. Tapi semakin banyak aku baca, semakin tertanya-tanya aku, di mana Tuhan sebenarnya? Apa Dia buat untuk jadikan hidup insan lebih bahagia? Mengapa Dia seringkali tak muncul bila insan memerlukan Dia?

Aku tak bukak topik ni dekat board Muslimin the same reason kenapa aku tak tanya pada alim ulamak. Aku nak tanya pendapat korang. Supaya aku boleh relate dengan hidup aku. Alim ulamak kebanyakan akan beri jawapan berdasarkan apa mereka baca dan belajar, bukan atas apa yang mereka percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 08:14 PM | Show all posts

Balas #1 Chabad\ catat

mgkin segala pandangan org lain ko amat susah utk menerima nya...........
sebab ko dah set diri ko cam ni...............

try la ubah pandangan ko ni.......
kenape kau diwujudkan??
betul ke Allah tu tak tolong ko??
ade kah sumer tu dr usaha ko sendiri??

hanya satu je.......
ingat Allah menguji kita semampu dengan keupayaan kita.........
ak bersoa semoga ko kembali ke pangkal jalan........
Islam itu indah..............
amin.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:17 PM | Show all posts

Reply #9 miyoma's post

aku dah agak akan ada orang tulis macam ni.

Aku nak tukar mind set aku. Aku perlukan satu, dua atau tiga pendapat yang betul-betul dapat mengubah pandangan aku. Sebab tu aku bukak thread ni. Aku mohon pertolongan sangat.

Kalau tak ada, terpaksalah aku akur.

Aku perlukan pendapat selain dari 'kalau Tuhan tak wujud, macamana kau diwujudkan' sebab bukan jawapan atau persoalan itu yang aku cari.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by Chabad at 2-5-2009 20:14
Aku tak bukak topik ni dekat board Muslimin the same reason kenapa aku tak tanya pada alim ulamak. Aku nak tanya pendapat korang. Supaya aku boleh relate dengan hidup aku. Alim ulamak kebanyakan akan beri jawapan berdasarkan apa mereka baca dan belajar, bukan atas apa yang mereka percaya.




Alim ulamak jugak manusia....ada mcm2 karektor, ada mcm2 perangai...dan yg paling penting diaorg jugak tak "maksum"....ada ahli ulamak yg berilmu ttp tak pandai mengajar....setiap dari diaorg ada pendekatan masing2....ada yg mengajar berdasarkan kitab...ada yg gunakan praktikal (cara hidup)...ada yg pakai pendekatan psikologi......
ada ulamak besar yg mampu patahkan hujah paderi Kristian tanpa rujuk Al Quran.....dia gunakan Bible yg jadi bahan bacaan seharian paderi tu utk patahkan hujah2 paderi tu sendiri......

byk baca tak semestinya paham.....byk baca tak semestinya dpt penghayatan....yg penting kaedahnya kena...tak perlu baca byk2 pun dah blh dpt penghayatan....sbb tulah aku mintak ko pergi jumpa dgn Muallaf...cara yg bg aku agak cepat lagi berkesan utk ko dpt penghayatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:24 PM | Show all posts

Reply #11 matamata's post

Terima kasih Akan dipertimbangkan jika menemui orang dan masa yang sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 08:27 PM | Show all posts

Reply #12 Chabad's post

aku harap ko dpt bersabar dgn jawapan2 typical yg bakal dihujani terhadap ko....maklumlah ini porem terbuka.....masing2 nak berhujah...kadang2 lupa tanggungjawab dan kaedah yg baik utk buat sebarang huraian...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 08:28 PM | Show all posts
erm.. anon nk terangkan lebih2 x pndai... tp anon terangkan dlm bhsa paling mudahh.....

cuba kamu wat satu patungg..... adakah patung yg kamu wat tu bergerakk...?? mcm ner kamu nk bg dier gerakk??? klo dier nk gerak... ke kanan.. maka.. kamu akan gerakkan patung tu kekanan... dan sebagainyer.. smua kamu gerakan....

ianyer sama consep..... setiap pergerakan kamu...DIA yg gerakan..dgn izinNYA.... bukan kamuuu......

dan bnyk bnda yg kene paham n tahu tuk releatedkan dgn setiap perbuatann....salah satu dr nyer.. adalah kenal dgn sifat 13 atau 20.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:31 PM | Show all posts

Reply #13 matamata's post

tak kisah bro dah ready mental dan fizikal dah

cuma aku harap, aku tak dilaporkan pada pihak berwajip sebab berterus terang di forum ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:34 PM | Show all posts

Reply #14 anonymous's post

maksud kamu, usaha tu semua adalah dengan izin Tuhan? Dan Tuhan yang gerakkan aku untuk berusaha?

kalau macam tu, apa peranan doa dalam hidup, kalau setiap gerak geri kita Dia yang tentukan, Dia yang laksanakan? Kalau ikut pendapat kamu, hidup kita umpama patung je lah Dan kalau dia yang gerakkan kita, kenapa ada insan yang hidup menderita di muka bumi ini? Kenapa tak bagi semua orang hidup bahagia? Kenapa ada orang yang berusaha, tapi masih tak dapat apa yang dia nak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by Chabad at 2-5-2009 20:31
tak kisah bro dah ready mental dan fizikal dah

cuma aku harap, aku tak dilaporkan pada pihak berwajip sebab berterus terang di forum ini


Aku dah fowardkan cerita anda ke ustaz yang membimbing saya.. insyaAllah dia jawab nanti saya akan paste disini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:37 PM | Show all posts
Dan kenapa dakwah-dakwah dalam Islam harus diletakkan unsur yang ngeri? Kalau tak percaya tengok TV, atau risalah? Mengapa harus diremindkan pasal kematian, pasal neraka, pasal hukuman akhirat? Kenapa tak cerita pasal betapa Allah tu Maha Penyayang, betapa seronoknya bila mati menghadap Tuhan? dan sebagainya?

Membuatkan aku tertanya-tanya. Yang berdakwah ni adakah faham dengan agamanya sendiri atau sekadar melaksanakan tanggungjawap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 08:38 PM | Show all posts

Reply #17 dunhill20red's post

Terima kasih atas usaha saudara
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 08:39 PM | Show all posts

Reply #16 Chabad's post

aku dpt hidu sesuatu ttg diri ko ni...(betulkan kalau aku salah).....

Ko sdg alami satu kehidupan yg payah/ tak begitu baik sekarang ni..dah agak lama sampai ko rasa dah tertanggung serta helpless....?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.084814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list