CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aku_komeng

kekerapan baca Al-Quran...

  [Copy link]
Post time 10-5-2009 09:58 PM | Show all posts
sy adalah seorg hamba Allah yg ego 1 ketika dulu.

sy jahil sgt2, sy x percayakan sihir & x percayakan jin, dsbbkan x sukakan bab2 agama sy lupa Rasulullah sendiri prnh disihir & sy lgsg x tahu dlm Al-Quraan ada 1 surah berkenaan Jin... mmg sy seorg muslim yg hanyut sgt2...

bila ada org yg dakwa disihir, sy akn ketawakan. bg sy mana ada sihir nie zmn moden... jin ker apa ker tu seme x wujud.

masa tuh yg sy buat hanya semayang 5 waktu & puasa di bln ramadhan ajer. aksesori2 sunat lgsg tarak... Al-Quraan x sentuh & x bc.. bc pun seminggu skali surah yaasin utk arwah abah tu pun kdg2 wat kdg2 x.. ikut mood ler... bg sy tu seme membosankan.

tiba 1 masa, sy x bole sujud masa solat, sentiasa pening, menangis sorg2 diri & bila duduk dlm bilik sy rasa duduk berdua, bila lampu dipdm masa nk tdo sy nampak ada lelaki di sebelah sy.

apa yg sy x percaya selama nie jd pd sy..

masa tuh baru la terangkak2 nk sujud, terkial2 nak bukak Al-Quraan. akhirnya yg sy abaikan selama ini lah yg jd penyelamat sy. iaitu Allah & Kitab-Nya.

moga2 kisah sy nie jd pengajaran pd kwn2 di sini, jgn jd mcm sy... hampeh sgt2...

selagi bole bc lah Al-Quraan & sembahlah Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 11:42 PM | Show all posts
alhamdulillah kisah awak berdua ni patut boh kat thread hidup ni satu ujian tu gak...bersyukur tuhan beri kesempatan utk kita....buatnya penyesalan tu datang waktu dah sampai nyawa di hujung halkum?

kepada yang lain2 dan diri saya sendiri semua ni iktibar dan elok dijadikan panduan...thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:06 AM | Show all posts
jarang sgt baca Quran....

tapi baca Yaasin tuh kerap juga.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:17 AM | Show all posts
tadi pensyarah kelas usuluddin cerita..tok guru dia dulu satu hari blh baca 15 juzuk...sbb dia hafal quran kan smbil ajar anak2 murid pun mulut dia sentiasa kumat kamit baca quran...bila tanya tok guru hari ni berapa juz dpt? tak banyak hari ni dpt lah 15 juzuk??

pastu dia cerita ada orang penebar roti canai kat kedai mana tah ...kg dia lah..kalau tgk mulut dia sentiasa kumat kamit..sambil tebar roti sambil baca quran surah2 yang dia hafal..

then sorang kawan dia..sama2 berguru dgn dia dulu..sekarang ni pun sama2 bertugas di ukm..setiap kali solat di masjid ukm selalu jumpa katanya..habis jer solat dia pegang quran minta tlg ust ni semak bacaan dia kut ada salah...mana ada salah kata ust ni..setiap waktu solat dia spend 20 minit..habis satu juz...selalu nampak kawan dia tu lepas solat aja pegang quran..

mengaji ni sebenarnya sempat bila2 kita nak baut pun..dlm traffic jam tu blh jer..masa driving tu sesekali buka cd surah2 lazim ke ikut lah sama..saya pun ada suntikan baru sekarang bila dgr orang lain dok beramal ibadat..kita dok loklak lagi merapu sana sini..ni pun sambil buka orang mengaji ni...he he dgr dulu nanti kita baca pulak kan..dgr pun dpt pahala gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah stkt ni baca tiap2 hari...kecuali uzur...
tp kadang2 kalau sha dlm perjalanan ke mana2, mmg x sempat nk baca Al-Quran..
Tp still amalkan Al-Mathurat

InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 02:48 PM | Show all posts
Dulu ms blm kawin, selalu baca al-quran except uzur baca mathurat tp bila dah kawin, kurang betul baca al-quran except ms pregnant, tiap2 hari baca. Makin hari mcm makin jauh btl dr al-quran. Terasa diri ini x menghargai apa yg Allah berikan. Tiap2 bln selalu berazam, lps period nak baca at least selembar slps maghrib atau lps subuh tp skg ni bila rs tertekan atau kepala cam nak pecah brlah gi amik al-quran dlm lemari baju dan mula membaca kat mana yg kita stop last bacaan.

Harap2 azam kali ni akan berjaya dilaksanakan tanpa rasa mls dan byk alasan lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2009 09:43 AM | Show all posts
Baru2 ni ustaz aku bercerita.... begini kisahnya..

Umpama CEO dari tempat kita kerja, tiba2 bagi surat direct attention to us.  Surely kita bangga dan akan follow whatever the instruction given in the letter.  We will read the letter carefully, making sure that not even one word slip from our eyes.  We will make sure we understand and read it twice and thorough making sure we understand the content.

Next, is we will jot down all the important details and put in our diary so that we will keep track with the instruction and will not miss any single detail of it.  Making sure all are updated and none will be left unattended.

That letter is from Allah - Al Quran Nur Karim.

It was given to us through Malaikat Jibrail yang gagah pekasa, ketua bagi segala malaikat, kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw kepada semua manusia seluruh alam.

Surely you have received your copy isn't it?  Well....???? Have you read it?  Complete it?  Understanding it?  And take action on all the instructions in it?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 08:02 PM | Show all posts
biasanya akn disimpan jd perhiasan lps 2 dibiarkan berabuk2... ( pengalaman sendiri ler nie..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 09:52 PM | Show all posts
salam,
tadi saya pegi mengaji..setiap mlm jumaat ada kelastajwid..then one of the student bawa satu email dari pensyarah UIAtentang quran terjemaahan secara harfiah ( word by word)...
sebenarnya q ...
sunsuria Post at 8-5-2009 23:38


Salam semua,
Saya rujuk kepada posting di atas.

Sayarasa kita perlu berhati2 bila buat posting sebegini kerana"consequence"nya amat besar. Teman saya yang hendak membeli buku tafsirini utk diedarkan kpd kawan2 sempena bulan Ramadan, telah terhenti dgnniatnya kerana terbaca satu posting negatif ini dari berpuloh postingpositif yg lain.

Saya telah bertanyakan kpd. kenalan yg adakenal dng pensyarah d UIA, dan difahamkan bahawa hanya seorangpensyarah yg tidak bersetuju dgn "baris" yg dimaksudkan - saya bericontoh: Dalam ayat2 tertentu, perkataan "Allah" dibariskan dgn tandaharakah panjang sedangkan musyhaf M'sia tandakan dgn. bacaan satuharakah (tetapi bacaan masih tetap dgn. 2 harakah). Saya jugadifahamkan ini adalah cara yg digunakan dalam Al-quran yg lama2 dantidak bercanggah dgn resam Othmani. Juga tidak ada kesalahan mahupunpercanggahan dalam hukum berikutan dari itu.

Buku tafsir tersebut telah ditapis dan melalui jawatankuasa/pihak berkuasa ugama Islam di sana sebelum dikeluarkan.
RAmai guru2 agama Islam di Malaysia yg mengajar menggunakan Syamil Al-Quran tersebut tanpa sebarang masalah mahupun was-was.

Ungkapan:
"... so lebih baik di bakar dan ditanam/hanyutkan ke laut" ;dan
" ... so kalau sesapa terbeli hati2 lah lebih baik di musnahkan..tak boleh dibuat rujukan atau di baca.."

adalah amat dikesali dan amat berat hukuman terhadap penerbitan tersebut.


Kita perlulah berhati2 apabila menyebarkan kata2 orang lain.

Saya mohon maaf kiranya saya sendiri salah faham dan salah menyampaikan mahupun tersalah cara penyampaian saya.
ADa baiknya yg berminat, hubungi pihak2 yg lebih afdhal dgn perkara ini.

WAsalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:25 AM | Show all posts
Syamil Al-Quran itu, saya pun baru beli satu, adalah mengikut cara satu resam quran lama, atau dipanggil sesetengah orang Quranul Majiid. Tidak ada sebarang cacat cela dengan cara ianya membuat baris.

Quran versi ini masih banyak diguna di negara-negara seperti India dan Pakistan, dan popular di Malaysia zaman sebelum 80-an. Di Mekah dan Madinah sendiri, ada versi Quran ini dijual dan diletakkan di almari2 Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk dibaca oleh orang2 yang biasa dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:14 PM | Show all posts
69# KakRoz

email rakan mengaji saya tu dari pensyarah UIA yg memang bidang nya dlm al quran..nanti kalau saya jumpa dia jumaat ni saya minta dia fowardkan nama penuh pensyarah tu..
saya sekdar berkongsi maklumat kalau maklumat pensyarah tu salah maka salah lah juga saya
baru ni ke jakarta pun saya teringin sgt nak beli kitab ni sb harganya di sana tak sampai rm50...saya cuma beli kitab tafsir ibni katsir yg ust zahazan popularkan di rancangan tafsir tu sahaja..sb takut dgn dakwaan pensyarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:42 PM | Show all posts
70# always_typo
setahu saya di masjidil haram hanya quran resam othmani dan dikilangkan di arab sahaja dibenarkan diletakkan di dlm masjid...kalau letak al quran lain sekejap aja hilang dari rak quran tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:21 PM | Show all posts
Mungkin pensyarah tersebut boleh feedback kepada pejabat ugama untuk ambil tindakan. Dan kalau boleh dapat contoh2 kesalahan itu boleh dikongsi lagi baik, boleh kita sama-masa belek dan amat-amati kesalahannya.

Tentang resam uthmani di masjidil haram itu, itu tidak benar. Saya sendiri menyaksikan quran versi Majid di sana. Juga ada dijual di kedai-kedai di sana. Mungkin satu masa dahulu, mereka strictly control (dengar cerita, dulu-dulu, naskah yasin pun depa tak bagi bawa kerana dikata bid'ah), tapi sekarang tidak lagi.

Tentang quran yang hilang dari rak itu, memang dari masa ke semasa, pekerja2 akan kumpul quran2 yang berlebihan (ramai orang sedekah quran so jadi banyak) untuk (sefaham saya) didistributekan ke masjid-masjid lain sekitar bandar. Semua jenis quran depa kumpul, othmani ataupun tidak.

So kalau sesiapa nak niat sedekah quran ke masjidil haram itu, perlu ingat quran itu tidak semestinya akan kekal di situ tapi mungkin dibawa ke masjid-masjid lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:33 PM | Show all posts
73# always_typo
lain2 pulak versionnya..sbb ust yg beri ceramah masa kursus haji dan umrah bg tau sesapa nak wakafkan quran jgn beli di luar sbb takut quran version lain ...beri duit aja nanti diaorang belikan...katanya hanya quran version resam othmani aja dibenarkan dlm masjid...guru mengaji saya pun pesan nak bawa quran ke mekah bawa version othmani aja quran version lain tak dibenarkan langsung..

berbalik pada quran terjemahan syamil tadi...sesiapa yg ada naskahnya tu eloklah rujuk pada pakar yg lebih baik pihak jakim ke..masa kawan saya bawa ke kelas mengaji tu pun kami sempat selak beberapa baris dan dgn mudah jumpa baris2 ayat yg tak sama dgn quran yg biasa kita guna..kami ni tak mahir bab ni setakat tgk dan compare aja ...
saya tanyakan pada pensyarah saya pun dia kata tak penah tgk quran ni..tapi kalau betul spt dakwaan pensyarah UIA tu ada percampuran antara resam othamni dan majid memang tak dibenarkan...dlm email tu antara lain dakwaan pensyarah UIA tu ada percampuran antara dua resam ni...dia pun ada terangkan tentang resm majid yg byk digunakan oleh india dan pakistan..mereka cuma ada 26 juzuk sahaja sbb byk dah dipendekkan dari segi wakaf..sebb tu katanya kalau solat terawih di india dan pakistan malam ke 26 dah khatam dah satu quran..baca surah2 lazim aja..sb itu tidak dibenarkan percampuran resam majid dan othmani..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:59 PM | Show all posts
baru teringat tentang hadith ni

Daripada Abdullah bin Abbas r.a telah meriwayatkan, sabda Rasullullah s.a.w: “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (kosong)”.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 05:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 11-8-2009 17:16

Tak dibenar? urban legend semua tu..

tentang wakaf quran kat masjidil haram tu, fyi, saya agak beribu2 quran diwakafkan di sana setiap hari, so realitinya, memang tak dak tempat nak letak, terpaksa bawa keluar ke tempat lain. Saya ada wakafkan utk pak sedara saya dua  tiga naskah, tapi berdasarkan estimate saya, dalam dua tiga hari sahaja quran tu dok kat dalam masjidil haram sebelum di bawa keluar.

actually quran majid ni macam quran biasa, tak adalah 26 juzuk, sama saja 30 juzuk. Saya belajar quran majid ni masa kecik-kecik dulu, itulah quran yang diapproved majlis ugama masa tu, tapi sekarang di Malaysia dah susah nak dapat kerana generasi baru semua guna resm Uthmani, orang lama pun terpaksa touch base resm Uthmani ni...

Ada kawan2 saya yang masih menggunakannya, tak selesa nak tukar ke resm uthmani, so masa tadarrus quran (terutama bulan posa) depa akan bawa dari rumah quran majid ni dan baca bersama2 org yang guna resm Uthmani. Tak ada masalah apa, cuma bila kita alih ke page baru, depa belum alih kerana page division tak sama.

Beza antara keduanya cuma sedikit, iaitu dari segi font size dan bagaimana cara perkataan dieja (baris permulaan, tanda, dengung dll) .  Kalau tak tahu mungkin rasa banyak bezanya tapi tidaklah major.

Contoh -

Kalau resm uthmani moden, huruf nun atau mim mati yang dengung pada hukum tajwidnya (seperti ikhfak haqiqi, ikhfak shafawi dsbgnya) tidak diletak tanda mati pada hurufnya, jadi pembaca tahu kat situ kena dengung. Tapi dalam versi majid, diletakkan tanda mati, jadi pembaca tak boleh tahu sekadar dari tanda samada perlu dengung atau tidak.

Pak sedara saya tak reti /lancar baca quran resm uthmani, so dia guna versi majid masa di mekah. Saya pun ada juga tersilap terambil versi majid dari almari,  kemudian kenalah balik untuk tukar ke versi resm uthmani kerana saya lebih familiar resm uthmani.

Kalau tengok kat masjid mekah dan madinah, puak2 yang dok baca quran berjam-jam tu ramai sungguh geng pakistan/india, so versi majid ni agak popular bagi depa. Tak percaya pi tengok sendiri, hmm...

Tengok jawapan Yahoo Answer

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080402091320AAmLAGa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 07:43 PM | Show all posts
saya memang tak ada ilmu tentang resam othmani or majid ni sb tu tanya pada pensyarah itulah explanation yg dia beri..kalau salah explanation dia salah lah saya...

semua yg saya tulis pun adalah hasl dari kelas2 ceramah or tanya pada orang yang pakar..
dan sbg orang yg tak cukup ilmu saya pun tak berani beli quran terjemahan syamil tu..dan saya belajar dari guru ada join kelas bahasa al quran secara harfiah kaedah yg dicipta dr seorang tok guru dari kuala pilah...dan juga join group bahasa al quran..di internet...cuma di internet ni dah lama moderatornya tak post new ayat..filenya mudah sb dlm bentuk power point presentation lbh kurang sama juga mcm quran syamil tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 08:53 AM | Show all posts
maaf saya tidak berniat nak salahkan sesiapa, cuma nak explain apa yang saya tahu dan faham untuk tujuan perkongsian. Pengetahuan dan pemahaman saya itu tak semestinya tepat, jadi orang lain boleh betulkan.

Teruskan perkongsian ilmu puan yang pastinya memberi manafaat tak terhingga kepada pembaca..  If you find me rambling, just ignore me..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:08 AM | Show all posts
Alhamdulillah..saya masih ada masa membaca al-Quran..
skrg pn sdg mengajar 2 org anak sedara baca iqra'...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:36 AM | Show all posts
mcm dah byk minggu jer tak sentuh quran, tatau kenapa...keinginan ada to lose myself in it, and find the much-needed solace from all the madness surrounding my life, tapi tangan tak tercapai2 wlhal ada depan mata   
normally i make it a habit utk baca dlm 20 ayat sehari, ambik masa berbulan juga nak abis sbb baca sekali dgn tafsirnya
seronok baca dgn tafsir...sbb kekadang dlm gundah-gulana, dgn seribu persoalan...akan TERjumpa sesuatu yg bulih tenangkan kita balik
kadangkala juga diberi peringatan..."janganlah kamu mengulangi perbuatan itu, jika kamu org yg beriman"...tapi aku insan yg lemahhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.127120 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list