|
Post Last Edit by tangopapa at 28-9-2009 10:51
10 minit 'layan' toman gergasi
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
[email protected]
JAMALUDDIN (kanan) bersama Shamsudin dan Ayub (kiri) menunjukkan ikan tangkapan
masing-masing di Zoo Negara semalam.
KUALA LUMPUR - Ketangkasan Jamaluddin Saidin, 48, menjinakkan seekor ikan toman seberat 9.1 kilogram membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjuarai Karnival Memancing Zoo Negara anjuran Celcom (M) Berhad di sini semalam.
Jamaluddin menggunakan sepenuh tenaga dan pengalaman 20 tahun memancing ikan untuk 'bertarung' dengan ikan itu selama kira-kira 10 minit sebelum ia mengalah dan berjaya dinaikkan.
Kemenangan itu membolehkan Jamaluddin membawa pulang wang tunai RM2,000, peralatan memancing serta sebuah telefon bimbit.
"Nak menjinakkan (ikan) toman ini kena banyak bersabar. Lepas itu tarik tali pancing tak boleh kuat sangat. Senang cerita kena 'layan' ikan toman ini dulu,'' katanya.
Jamaluddin sebenarnya layak untuk membolot hadiah kedua dan ketiga selepas menjinakkan dua lagi ikan toman dengan berat 7.2 kilogram dan 7.4 kilogram.
Namun, pihak penganjur telah menetapkan peraturan untuk mengira ikan toman paling berat bagi setiap peserta.
Ia membolehkan tempat kedua dimenangi oleh Shamsuddin Kasdi, 46, dengan toman seberat 7.1 kilogram manakala tempat ketika oleh Ayub Kazali, 34, yang menjinakkan ikan toman seberat tujuh kilogram.
Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 serta RM1,000, peralatan memancing dan telefon bimbit.
Kesemua ikan yang dipancing kemudian diserahkan kepada pengurusan Zoo Negara untuk dilepaskan semula.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_14.htm |
|
|
|
|
|
|
|
bapak besar...10 minit jer..cpt gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pancing haruan tak sampai 5 minit dah daratkan ikan tu......
tak merasa pancing kat laut lagik...... tepi laut dah.... pancing dpt obor²....... |
|
|
|
|
|
|
|
toman kolam buleh la...
try toman ori kat tasik kenyir sana tuhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 z3t_ex\ catat
jgn kita yg jadik umpan dah laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 zairizain's post
river monster tu pun kecik lagi, ade lagi besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Acong's post
kat empangan batu pun diorang citer macam tu...dengar cerita jugak, ade pakcik dah bawak naik ikan tu, tapi tak nak bergambar atas sebab2 yang tak diketahui. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah try mancing kat kenyir
hajat nak cari toman tapi tak dapat lagi
tapi lesen kelah dah dapat la |
|
|
|
|
|
|
|
lesen terbang boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 anakomar's post
bolehhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Acong\ catat
10 minit....tak der ler lama...member aku layan toman dekat 20 minit...
main2 celah2 pokok mati lagi....giler tol .... kalu aku kantoi dah...... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni nak dapat toman besar kat kenyir dah susah dah... kalau dapat 4-5 kilo tu kira orait ler tu...
lesen toman aku sendiri dulu pun setakat 700 gm je yg aku dapat mula2 tangkap... tapi liat jugak ler sekejap.. x sampai 2 minit pon liat mangkuk tu dah dapat bawak naik... hehehe...
tahun lepas yang aku dengar toman yang paling besar dapat bawak naik kat kenyir ada la dalam 14.5 kilo... tapi ni dengar dari cite mulut boatman la... bukan aku tgk dgn mata aku sendrik... |
|
|
|
|
|
|
|
tasek zoo negara tu memang byk toman... dah jadi habitat semula jadi da.. kita boleh mancing kat sana.. ada bayaran dikenakan.. tapi hari biasa la..cuti umum diorg tak bg.. dengan syarat ikan takleh bawak balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|