CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
Post time 4-6-2009 11:57 AM | Show all posts

Balas #198 duquesne\ catat

best citer ni...
mmg dejavu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #201 cikputeh82's post

Thanks.. but part yang takleh lupa sesangat tu, bab orang tua kasik warning tu.. kalau diingatkan balik memang terasa seram sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 10:29 PM | Show all posts
duken, citer la lg, bapak best giler citer k0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 02:54 PM | Show all posts
Kalau ada cerita lagi, boleh la sambung kat sini.. buat sementara ni tak ada ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 07:06 PM | Show all posts
kalau xde, k0 nak aku d0akan tak supaya k0 de mengalami ape2,
s0 leh la citer, hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 11:56 PM | Show all posts
Sronoknya bc citer duken ni... Smbung laa lg!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #205 f_zal's post

Ada ke plak...   Sampai la ati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 09:54 PM | Show all posts

Balas #207 duquesne\ catat

haha
sapa suruh k0 wat aku xtd0 mlm menunggu citer,
tp kan, just imagine,
dah lepas write p0st n then p0s,
tetiba datang satu c0mment dr 'ahli' yg xdikenali,
dia p0st, 'Kalau Cik Duquesne nak tahu, saya la lembaga yang kacau famili awk, trima kasih citerkan kat sini',
ambik!!!! Musti chuak tahap 7 petala langit k0 duquesne

[ Last edited by  f_zal at 12-6-2009 21:55 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 06:08 PM | Show all posts
cerita kakak ni memang menarik sgt...best! teringat pulak dekat akak bosan yang terkenal dgn cerita hantu kat banglo colonial dia tuh..agaknya mana pergi akak bosan - sorry off topik kejap..

by the way, ada lagi tak sambungan koleksi kakak? tak sbr nak tunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 11:02 AM | Show all posts

Reply #208 f_zal's post

Alahai... sorry la kalau ko tertunggu-tunggu cerita dari aku..

Kalau cerita aku ni cerita fiksyen, gerenti tiap-tiap hari ada cerita terbaru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 11:03 AM | Show all posts

Reply #209 Pygmalion's post

Itu saja buat masa ni.. sorry ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 15-6-2009 11:02
Alahai... sorry la kalau ko tertunggu-tunggu cerita dari aku..

Kalau cerita aku ni cerita fiksyen, gerenti tiap-tiap hari ada cerita terbaru....


hehe...cite fiksyen pon wokey gak...
wat melayan kebusanan

anway duken..aku mmg suke bc story ko...selalu jenguk2 kot2 ada update...
aku rasa yg len pon sama gak kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 11:07 AM | Show all posts

Reply #212 chicmushroom's post

Hi chicmushroom,

Hehehe... macam tak best plak nak buat cerita fiksyen... haha... anyway.. mintak mintak benang ni mod tak clearkanlah.. so kalau ada je cerita yang aku dengar, boleh je update kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 04:03 PM | Show all posts

Pengalaman waktu aku kerja

Dah lama aku tak tulis cerita. Kena ingatkan semula pengalaman yang aku rasa pelik. Takde la banyak pun, cuma sebab dah lama berlaku kan, so memori tu dah tersimpan dalam arkib memori.. nak korek tu yang ambik masa sikit.

Cerita ni berlaku beberapa tahun sudah. Masa tu aku involve dengan satu projek sebuah jabatan kerajaan di KL ni. Projek tu berkaitan dengan backup system. Jadi, aku tak kerja siang-siang, cuma malam-malam, sebab namanya pun backup system. Orang buat backup bila takde sapa-sapa pakai system tu kan.  Projek ni sebenarnya nak upgrade database, nak pindah data dari server lama ke server baru. Selalunya, kerja pindah-memindah ni start pukul 9 malam, lepas semua data pada hari tu dah di-backup.

Kerja ni aku buat ngan sorang officemate aku masa tulah (skang ni aku dah tak keje situ lagi). Sebelah jabatan kerajaan tu pulak ada la 2 kakitangan junior, dua-dua tu lelaki, baru grad. So kitorang berempat ni la mengerjakan server tu tiap-tiap malam. Tempat server lama dengan server baru adalah berbeza sebab jabatan kerajaan tu sedang dinaiktaraf masa tu. So kalau nak berhubung pakai telefon ajelah.

Malam tu, macam biasa, kitorang buat kerja-kerja yang sepatutnya ikut jadual projek. Masa tu dah around 11 malam. Aku tengah pindah data dari server lama ke server baru. Sementara tengah tunggu habis proses tu, aku sembang ngan officemate aku tu, macam-macam ceritalah. Gelak-gelak sekali. Tiba-tiba phone berbunyi. Aku angkat, rupanya si Jamal, salah sorang budak jabatan tu. Dia suruh aku abort keje pindah data sebab dia detect macam ada problem kat network. Sebenarnya kerja pindah data ni tak boleh stop-stop sebab kalau stop, kena buat right from the start, again. So, kalau la tengah-tengah pindah data tu, tiba-tiba sangkut, sebab network ke, data ke apa ke, kena stop dan restart.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 04:11 PM | Show all posts

Pengalaman waktu aku kerja - sambungan

So, daripada tunggu sampai system tu sendiri abort proses tu, kitorang buat dulu, jadi takde la membazir masa kan.

Bila Jamal ni suruh aku abort, aku pun ikutlah. Dia kata tiba-tiba network macam kena traffic jam. So dia kena siasat dulu. Aku pun bagi la cadangan suruh dia check kat mana-mana. Tengah discuss over the phone tu tiba-tiba Jamal menjerit. Terkamjat aku sebab kuat sungguh dia menjerit. Lepas tu aku dengar bunyi bising macam benda jatuh, lepas tu hentakan kuat, macam Jamal ni melepaskan gagang telefon dan terhentak kat sesuatu yang keras macam meja ke apa ke.. aku panggil-panggil Jamal, cakap hello hello… takde jawapan. Aku dah cuak.

Office yang aku duduk ni sebelah bangunan tempat Jamal tu berada. So aku suruh officemate aku standby kat situ, sambil cuba call officemate Jamal yang lagi satu, si Sofian. Aku terus ke bangunan sebelah. Sampai je kat office Jamal tu, aku tengok dia terduduk dalam keadaan mencangkung atas sofá kat depan reception, menggigil dan pucat. Jamal nampak aku, dan dia mula bertenang. Aku terus masuk ke dalam, nak carik Sofian, tapi Jamal tegah aku. Tapi dia tak cakap kenapa. Aku call officemate aku tadi, dia kata dia tak dapat Sofian. Aku tanya Jamal, mana Sofian. Jamal kata Sofian turun pegi kedai mamak beli supper. Aku geleng kepala. Sempat lagi mamat ni.

Aku duduk sebelah Jamal, tanya dia kenapa dia menjerit dan menggigil pucat macam tu. Dia geleng kepala takmau cerita. Oklah aku tak paksa. Aku jenguk-jenguk ke dalam, tapi Jamal kata, jangan jenguk-jenguk, tunggu sampai Sofian balik. Aku call officemate aku, suruh dia “tutup kedai” – pack barang aku, bawak ke office Jamal. Aku tak rasa kitorang boleh continue keje malam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 04:12 PM | Show all posts

Pengalaman waktu aku kerja - sambungan

A few minutes later, officemate aku sampai. Sofian masih tak nampak batang hidung lagi. Heran gak aku. Lamanya pegi kedai mamak beli supper. Aku cuba call Sofian, tak berjawab. So, kitorang cuba la bersembang bertiga, just nak tenangkan Jamal yang masih lagi pucat.

Setengah jam kemudian, baru la nampak kelibat si Sofian. Apa lagi, berdas-daslah dia kena ngan aku. Rupa-rupanya sempat gak dia mengular. Aku cerita kat dia apa yang terjadi. Dia senyum je. Boleh tu!! Tapi dua-dua ni keras kepala takmo cakap apa cerita sebenarnya. Dah kitorang berempat tu, ramai-ramai masuk ke dalam office semula dan pack barang, balik. Aku pulak dah sibuk prepare script nak report kat boss apa status kerja malam tu, siap ngan cover line lagi. Adeh laa…

Keesokan harinya, aku pegi ke office Jamal. Sofian kata dia MC. Demam. Pulak dah. Terus aku tanya kat Sofian pasal kejadian tu. Kata Sofian, memang macam macam hal kat situ. Bangunan tu bangunan lama, office tu pun dah berpuluh tahun kat situ. Dia kata silap dia juga sebab tinggalkan Jamal sorang-sorang lama sangat. Sofian cerita, sebenarnya dia pun pernah kena sebelum ni. Apa yang Jamal nampak tu dia boleh tau apa dia, sebab dah selalu sangat terjadi. Macam siaran ulangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2009 04:12 PM | Show all posts

Pengalaman waktu aku kerja - final part

Server room tempat Jamal dan Sofian kerja tu sejuk. Sangat sejuk sebab server kan panas selalu, so kena balancekan suhu kalau tak nanti server overheated. Server room ni macam akuarium. Boleh nampak apa yang berlaku kat luar. Depan server room ni ada satu bilik. Bilik ni penuh dengan segala backup tape. Dari format lama sampai la ke format terbaru. Kata Sofian, kejadian tu bermula dengan susunan tape jatuh ala ala domino effect. Lepas tu akan nampak kelibat orang pakai baju putih lalu dalam bilik tape tu lepas tu terus ke luar tingkap bangunan (luar tingkap bangunan tu ada macam koridor so orang boleh jalan atas koridor tu) dan masuk ke dalam server room dan bertenggek atas server yang ada. Time ni bilik tu akan jadi macam berkuap. Korang imagine la kalau office dah tutup aircond.. lepas sejam macam berkuap kan.. So, kalau tak cepat lari keluar, memang akan kenalah – ikut balik ke, apa ke…

Sofian cerita, bukan takat bilik tape tu je, kat pantry yang terletak kat corok, bahagian belakang office tu pun kena hati-hati sebab situ pun tempat favorite dia. Time orang sibuk ambik air kat dispenser, dia boleh dok berdehem-dehem kat belakang. Hujung pantry tu ada pintu kecemasan yang selalunya berkunci, tapi kalau silap haribulan, orang boleh dengar bunyi tapak kaki turun naik tangga.

Bila aku dah tau cerita tu, aku pun ubah jadual kerja pindah data ke waktu yang lebih awal dan buat tak lebih dari sejam. Aku pastikan by 10pm semua dah selesai. Memang payah jugak la nak justify kat boss, tapi aku terpaksa sebab aku rasa lebih baik buat macam tu supaya takde sapa terkena lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 04:30 PM | Show all posts
sian jamal....dia encem x?hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:38 AM | Show all posts

Reply #218 chicmushroom's post

duhhhhhhhhhhhhh. heheheeheh... manis laa... tak tau la sekarang apa cerita dia kan... masa tu dia bujang lagi ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:39 AM | Show all posts

Balas #219 duquesne\ catat

bkn pe...utk tujuan imagine je....
nk imagine jamal yg encem tgh takut mgegel2...hehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.091123 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list