CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
 Author| Post time 27-2-2014 05:20 PM | Show all posts
Nizamm posted on 27-2-2014 01:53 PM
weh, part 3 takde pun.

Wahah.. aku tepek citer tu dah berkurun dah... tak perasan pulak ada part tertinggal.. jap.. nak tepek kat post baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2014 05:20 PM | Show all posts
Cerita Cousin aku

Cousin aku ni muda sikit dari mak aku.. Ye la zaman dulu dulu kan orang kawin awal. So bila dah beranak ramai, anak yang sulung pun kawin awal, masa tu mak masih muda lagi, boleh beranak lagi. At one time, boleh jadi, mak beranak, anak pun beranak. Cousin aku ni housewife pada mulanya, tapi since dia ni memang pandai masak, and jiran-jiran dia pun puji everytime dia masak masa kenduri kendara semua, so dia pun tergerak ler nak start business kedai makan, at least dia boleh cover sikit duit belanja, masa tu pun husband dia pun dah pencen.

So dia buka la kedai makan dekat dengan rumah dia (kat Port Klang), kat satu tanah lapang sebelah sebuah rumah. Kedai makan dia ni kat tepi main road betul betul kat simpang masuk kawasan perumahan dia. Mula mula memang maju ler, ramai yang datang makan kat situ, especially driver lori yang lalu lalang kat main road situ, budak budak kolej, atau pekerja kilang yang tinggal kat area dia la. Memang masa tu dia tak menang tangan ler sebab ramai sangat orang. Bila time cuti sekolah, anak-anak buah dia akan datang tolong dia sekali.

Lepas beberapa bulan, perniagaannya dah start merosot. Dia pun hairan jugak tapi dia ni jenis yang percaya, rezeki tu datang dari Allah, bila bila masa Allah boleh tarik rezeki nak uji hamba-Nya. So dia tak kisah, tetap jugak teruskan business dia. Tapi makin lama makin takde orang. Ada sekali tu, dia tunggu lori ais lalu sebab dia nak beli ais. Lori tu lalu depan kedai dia tapi tak singgah macam selalu. Cousin aku ni ingat maybe lori tu dah habis ais kot. So dia tak kisah jugak ler, maybe esok lori tu akan singgah.

Tapi perkara yang sama jugak berlaku. Dia pun naik heran. Tapi dia buat tak reti aje la.. dia suruh anak lelaki dia, Mat, pegi beli ais sendiri kat kedai. Sampai kat kedai, Mat tu nampak driver lori ais tu tengah punggah ais masuk kedai yang lagi satu. Dia pun pegi la kat driver tu dan tanya apsal dia tak singgah kat kedai. Driver lori tu cakap "Ini hari kedai ada bukak ka? Suda dua hari saya lalu tengok tutup saja. Sebab tu tak singgah." Mat ni terkejut abis la terus sound driver ni suruh pegi kedai makan cousin aku ni hantar ais. Lepas tu Mat terus balik semula kat kedai nak bagitau mak dia la pasal ni.

Bila dia sampai aje kat kat kedai makan tu, dia nampak ada satu lembaga hitam, macam gorilla, berbulu tebal, bermata merah, tengah menyeringai (ni Mat yang describe) duduk mencangkung atas tembok pagar rumah sebelah tu. Member dah terkejut besar terus berlari masuk kedai suruh mak dia tutup kedai dan balik rumah terus. Cousin aku ni terpinga-pinga tapi ikut aje cakap Mat sebab nampak Mat dah panik semacam dan macam marah-marah. Sampai aje rumah, Mat cerita la apa yang dia sembang dengan driver lori ais dan apa yang dia nampak kat tembok pagar sebelah kedai makan tu.

Cousin aku terkejut besar bila dengar cerita Mat. Patut ler kedai dia dah makin kurang pelanggan. Rupa-rupanya orang ingat kedai dia tutup, padahal dia bukak macam biasa 7 hari seminggu. Dia pun pegi ler berubat dan macam yang dia duga, ada orang dengki kat dia, hantar entah segala makhluk nak tutup periuk nasi dia. Lepas tu business dia ok balik ler, sampai satu ketika, cousin aku ni jatuh sakit.

Cousin aku ni bila bangun pagi macam kena migraine. Lepas tu emotional terlebih.. nak marah marah aje sampai anak-anak dia ada yang merajuk dengan dia sebab kena marah tak tentu pasal. Sampai satu peringkat, cousin aku ni langsung tak tidur for a few nights macam kena insomnia. Dia kata kalau dia tidur macam tak selesa dan tak lena, macam ada benda yang tak bagi dia tidur. So bila dia tak cukup tidur, dia jadi kurang bertenaga la nak buat kerja.

Kadang-kadang bila dia sampai kat kedai aje, dia macam lemah sendi sampai payah nak berjalan. Kadang-kadang dia macam day-dreaming sampai ada makanan yang dia masak terlebih masin atau hangus sikit..  macam dia ni khayal atau macam tak focus la apa yang dia buat. Kadang-kadang macam orang bingung.

Anak-anak dia dah cuak. Lepas episod hari tu, takut this time orang yang sama (diorang tau siapa yang buat tapi diorang takmo pulangkan balik apa yang orang tu dah buat kat business mak diorang) target cousin aku plak. So anak-anak dia pegi bawak mak diorang berubat lagi. Betul! This time cousin aku yang jadi target. Lepas berubat, cousin aku dah ok sikit, tapi belum 100% pulih la.. sampai ler sekarang, dia makin kurus dan kadang-kadang nampak pucat.

Cousin aku ni tak mau tutup business sebab seteruk-teruk dia kena pun, ada jugak orang datang kat kedai dia. So dia cuba bertahan la. Pasal makhluk berbulu tu, memang dia ada lagi kat situ. Mat kekadang ada jugak ternampak makhluk ni dok melepak atau merayau rayau sekitar kedai makan tu. Sekarang ni cousin aku tengah berusaha untuk memulihkan semangat dia, dan jugak siapa-siapa yang boleh bawak keluar makhluk tu dari kedai makan dia.

Note: Due to certain reasons, cousin aku ni dah tutup kedai makan dia. Tapi gangguan tu masih ada lagi….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 05:22 PM | Show all posts
Nizamm posted on 27-2-2014 03:22 PM
kenapa bapak n tak jumpa makcik n untuk ubatkan s?

Macam yang aku dah taip kat post sebelum ni... apa yang aku cerita adalah apa yang S cerita... since cerita ni pun dah lama.. and aku cuma pihak luar yang menyampaikan cerita ni.. apa jua detail yang takde dalam cerita aku, tak dapat la aku jawab.. minta maaf... so end of story...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 05:22 PM | Show all posts
Nizamm posted on 27-2-2014 10:45 AM
orang dengki2 ni yang susah
kesian family kau

Nama pun manusia.. macam-macam ragam... ni semua dugaan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:05 AM | Show all posts
duquesne posted on 27-2-2014 09:20 AM
Wahah.. aku tepek citer tu dah berkurun dah... tak perasan pulak ada part tertinggal.. jap.. nak t ...

ahahaha. aku pun baru je terstumble on this benang. baca2 sekali turn off sebab part 3 takde. hahahaahah

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:08 AM | Show all posts
duquesne posted on 27-2-2014 09:20 AM
Cerita Cousin aku

Cousin aku ni muda sikit dari mak aku.. Ye la zaman dulu dulu kan orang kawin a ...

baru aku puas hati. hahahaha
terima kasih!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2014 09:11 AM | Show all posts
Nizamm posted on 28-2-2014 09:08 AM
baru aku puas hati. hahahaha
terima kasih!

Sama-sama...

Am so sorry about the missing part... sungguh tak perasan.. but I hope everyone ok lah .. dah dapat cerita yang sepenuhnya..

And thanks @Nizamm sebab tolong aktifkan balik benang ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:14 AM | Show all posts
duquesne posted on 28-2-2014 01:11 AM
Sama-sama...

Am so sorry about the missing part... sungguh tak perasan.. but I hope everyone ok ...

hahaha. aku rasa semua org okay, tapi nye tak puas lah baca sekerat kan?
nasib complete jugak.
takde cerita lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2014 09:35 AM | Show all posts
Nizamm posted on 28-2-2014 09:14 AM
hahaha. aku rasa semua org okay, tapi nye tak puas lah baca sekerat kan?
nasib complete jugak.
t ...

Kalau ada.. aku tepek lagi lah.. setakat ni takde pun... nak ingatkan balik apa yang berlaku dolu-dolu bukan senang.. cerita dah lama.... kalau ada.. nanti aku tepek ler.. ;)

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:36 AM | Show all posts
duquesne posted on 28-2-2014 01:35 AM
Kalau ada.. aku tepek lagi lah.. setakat ni takde pun... nak ingatkan balik apa yang berlaku dolu- ...

okay, nnt tag ler aku. leh ler aku membacanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 04:56 PM | Show all posts
WAAHHH dari tahun 2009.. hg sekrg... best2 citernyer.. tapi akak lum abis baca... nanti sambung... nak balik lah... kt rumah x leh baca.. takooootttttt....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 04:00 PM | Show all posts
seronok baca cite kat thread ni.. thanx Duquesne
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2014 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ada cerita baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 02:01 PM | Show all posts
abis dah merempit citer tt... best2... nak lagiiii..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt.... tiada lg citer2menarik ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087785 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list