CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
Post time 18-5-2009 08:07 PM | Show all posts
tak lokek ko berciter.takde sambung sambung pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 12:18 AM | Show all posts
lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:40 AM | Show all posts
salam tuan rumah...dh takde citer ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:23 AM | Show all posts

Balas #23 mimi77\ catat

aah nyer..share lah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:23 AM | Show all posts
menarik gak ceritanyer....
ade cerita lagi x...?
syok baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 12:07 PM | Show all posts
Salam semua.. sorry... busy sikit hari ni.. ni kejap nak letak cerita lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2009 12:09 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 1

Masa ni aku dah form 5. Dah jadi akak dorm. Dalam dorm aku, ada 3 orang form 5, 2 orang form 4, 2 orang form 3, 2 orang form 2, dan 3 orang form 1. Sorang form 4 tu, Sue jadik ketua dorm. Budak form 5 takleh jadi ketua dorm sebab nak SPM, budak form 3 nak PMR, budak form 1 & 2 junior sangat, so yang "free" budak form 4 laa.. adik dorm aku yang form 3 ni yang aku nak cerita ni, nama dia Dee. Dia ni memang bijak orangnya. top student in her class. Happy go lucky.. memang satu kepala ler dengan aku.. Dia banyak share cerita dia dengan aku so aku kira rapat la dengan Dee ni. Dee ni satu kelebihan dia, dia pandai mengurut.. and very sensitive pada paranormal.. dia paling cepat rasa kalau ada apa apa yang paranormal around kitorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 12:10 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 2

Satu malam tu (malam Jumaat), Dee decided nak study kat prep room, dengan classmate dia, masa tu dah nak trial PMR dah. Yang lelain ni prep kat dorm la macam biasa. Prep habis dalam pukul 10:30 camtu, pukul 10, tetiba dia masuk dalam dorm, pegi kat katil dia (tingkat bawah tepi pintu dorm), pekup muka kat bantal terus menangis tersedu-sedu. Bebudak ni pelik la.. apsal dia ni.. tetiba aje menangis.. frust pasal abang angkat dia ke, atau gaduh dengan classmate dia ke.. so aku pegi la kat katil dia pujuk dia.. macam macam ler aku cakap kat dia.. dia buat tak peduli. Lagi menangis ada la. Last-last macam tak jalan je, Sue pun datang join aku pujuk dia. Tetiba dia pusing badan menelentang lepas tu tergelak terkekeh-kekeh macam geli hati ler sesangat. Aku pun start ler panas hati sebab ingatkan dia main-mainkan aku. Aku pun terus bangun balik ke meja study aku. Tetiba Sue panggil aku and lagi 2 orang batch aku - si Ani and si Ipah. Sue bisik kat kitorang kata bukan Dee yang gelak nak mainkan kitorang, tapi "orang lain". Terus aku seram sejuk, duduk balik kat meja study. Si Ipah terus keluar panggil warden. Warden datang, aku nampak ustazah (warden) ni pegang dahi Dee, lepas tu Dee mengeluh menjerit. Aku macam terpaku kat situ sebab terkejut sesangat. Warden ni terus suruh bawak ke sick bay. So bebudak ni bawak Dee pegi kat sick bay, and Sue letak Quran kat atas katil Dee.

Kat Sick Bay, Dee meronta-ronta sampai kena panggil pengawas lelaki tolong pegang dia. Punya la kuat minah ni.. aku keluar dari sick bay tu tak sanggup tengok. Tapi aku dengar ler suara dia bertukar jadi garau, lepas tu gelak mengilai, lepas tu menangis. Masa tu memang kelam aje aku rasa sick bay tu. Aku ajak adik2 dorm aku naik ke musollah, lepas tu panggil semua classmate dia, baca Yassin. Kitorang baca Yassin kat atas. Lepas tu, sambung baca lagi sekali kat dalam sick bay. Dah nak pagi baru settle.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 12:11 PM | Show all posts

Reply #27 duquesne's post

lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 12:14 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 3

Pagi tu pegi sekolah macam biasa. Dee ni kat sick bay lagi. Warden tak kasi sapa sapa jumpa dia. Family Dee datang pagi tu, tapi tak boleh bawak Dee balik rumah lagi, sebab ada lagi sorang adik Dee pun kena jugak. Rupa-rupanya ada sedara diorang dengki dengan family Dee sebab adik-beradik Dee ni pandai-pandai semua. Ada jugak orang macam tu. So family Dee discuss dengan Warden. Warden kata biar dia tengokkan Dee dulu. So malam tu kitorang baca lagi Yassin kat sick bay. Masa tu Dee dah lemah betul sebab tak makan tak minum. Dia tidur aje. Kalau dia jaga, mula la meracau bagai segala. Kalau aku tak sanggup tengok dia, aku akan pegi bilik tv.. layan tv kat sana.. aku tak larat nak tengok.

Pagi Sabtu tu, Dee dah beransur pulih dah boleh makan minum.. hari tu, ada program sekolah kat dewan sekolah, so semua budak form 3 and form 5 kena pegi. Warden bagi ler Dee pegi sebab dia dah ok and warden suruh kitorang tengokkan dia. Program tu sampai petang, so around pukul 3 tu dah abis, kitorang pun balik ler ke hostel. Sampai kat dewan makan, Dee berhenti berjalan. Dia kata dia takmau balik hostel sebab dia kata langit hostel gelap pekat dilitupi awan tebal macam nak ujan ribut. Padahal masa tu kitorang tengok terang benderang. Kitorang pujuk dia balik. Dia takmau. Si Ani lari pegi panggil warden sementara yang lain dok seret Dee. Dia masuk aje kat pintu pagar hostel, dia menjerit mengilai segala. Langsung kitorang heret dia masuk ke sick bay - budak lelaki tolong lagi sebab dia kuat sangat. Masa tu aku dah tak larat nak tengok dia. Aku naik ke dorm. Sue ada kat dorm tengah menangis. Dia kata Dee memang kena teruk. Benda tu kuat. Warden panggil family Dee datang. Family Dee datang bawak dia balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 12:15 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 4

Malam Sabtu tu, takde prep, tapi budak budak Form 3 ni rajin gak ler study kan. Ye lah diorang yang exam dulu. Macam kitorang ni, lepak lagi..hehehe.. dok layan tv lagi. So prep malam ni, budak perempuan akan prep di hostel, budak lelaki di kelas. 2 jam prep dari 8:30 sampai 10:30.

Dalam pukul 10 camtu, dari prep room form 3, ada sorang budak menjerit. Tak tau kenapa. Lepas tu berjangkit satu prep room. Warden keluar pegi tengok. Terus dia panggil semua dalam bilik tv tolong. Memang teruk ler.. kitorang bawak sorang sorang pegi naik musolla (tingkat atas), lepas tu start baca Yassin.

Tapi ada jugak yang tak perasan apa yang berlaku especially kat dorm yang hujung, so diorang lepas prep biasanya akan turun ke bilik mandi (kitorang nyer tangki air kat tingkat bawah kat hujung tepi pagar sekolah). Then tetiba ada budak menjerit kat bilik air, Warden turun bawah, bawak budak ni naik musolla dibantu oleh a few others. Langsung malam tu, satu hostel duduk kat Musolla.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 12:24 PM | Show all posts

Reply #31 duquesne's post

lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 12:27 PM | Show all posts
pengalaman2 mistik nie byk blaku pd skolah2/asrama kan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:19 PM | Show all posts
Credit bonanza pada tukang cerita. Jalan cerita yang menarik...teratur...tak pening kepala baca... ...dan serammmmmmmmmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 01:37 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 5 (sorry lambat post sebab pegi makan)

Budak lelaki yang tak tau cerita, balik hostel tengok semua lampu dorm gelap habis. Makcik dewan makan heran apsal budak perempuan tak turun ambik kuih sebab selalunya budak perempuan yang dulu sampai. Diorang ingat blackout, so diorang inform warden lelaki pasal ni. Warden lelaki pegi ler... terserempak dengan ustazah warden ni yang baru nak keluar pegi panggil warden lelaki ni. Dia sendiri terkejut tengok satu bangunan except musolla gelap gelita sedangkan masa dia dok suruh semua orang naik musolla tu, lampu dorm semua terang benderang. So semua warden naik ke musolla, lepas habis baca Yassin semua, ustaz warden tu bagi tazkirah sikit nak tenangkan semua orang. Malam tu semua tidur kat musolla ramai ramai sebab takde sorang pun berani balik ke dorm.

The next day tu, masa turun balik ke dorm. Semua aktiviti macam biasa. Yang kena histeria pun dah ok.. Ada yang keluar pegi pekan.. then diorang balik cerita. Masa budak lelaki balik dari prep tu, diorang ada nampak something kat area corridor tingkap yang mengadap dewan makan.. tapi diorang takmo cakap apa.. sebab diorang pun macam tak berani nak cakap.. takut nanti tak settle plak cerita tu. Tapi diorang ada bagi nasihat, buat gotong royong bersihkan apa patut (ye la kekadang adik dorm form 1 ni tak gak reti reti nak bersihkan pad). So petang ahad tu, kitorang buat gotong royong sesama sendiri. Malam tu alhamdulillah semuanya ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 01:37 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - part 6

Masa ni dah nak akhir tahun dah. Dalam a couple of months lepas episod dulu tu. Masa tu dah tengah malam, ada jugak budak form 3 prep dalam gelap kat dorm. Pakai torchlight. Lampu dorm kena padam pukul 11. So diorang ni jenis nak stayup akan stayup kat dalam dorm study pakai torchlight.

Kitorang punya dorm ni, locker kat tepi pintu, first locker is tempat simpan segala kasut, lepas tu baldi timba segala, atas locker ni tempat simpan cerek ke, makanan ke, lepas tu baru locker pakaian each student. Ada 2 public locker untuk simpan common stuff for dorm. Celah locker sebelah locker kasut tu kitorang letak penyapu mop semua la.

So sambung cerita tadi, student yang stay up ni, nama dia, Ita, dia ni memang kuat study. Dia takut tak cover banyak lagi subject.. ye la dia nak PMR and memang dia antara top student form 3 la. So masa tengah malam tu, dia nak buat kopi. Masa tu pintu dorm bukak lagi sebab dia nak bagi cahaya dari lampu corridor masuk. Tiba-tiba dia terjerit, mug kat tangan dia jatuh. Dormmate dia terkejut, bukak lampu, tengok dia terduduk kat tepi locker baldi tu sambil menggigil. Tepi dia penuh kaca mug yang pecah dengan tumpahan air kopi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2009 01:38 PM | Show all posts

Cerita masa form 5 - final part

So ketua dorm dia, Ina, tanya la dia apa sebab jadik macam tu. Dia tak tercakap, tunjuk kat luar aje. Si Ina ni tengok takde apa. So Ina ni tutup pintu, bawak Ita ni kat katil, and diorang terus decide baca ayat suci dan baca Yassin sebab Ina ni dah boleh agak apa yang sebabkan Ita jadik camtu.

The next morning, Ita ni cerita, masa dia tengah buat kopi tu, dia perasan macam ada orang tengah lalu kat corridor tu, so dia pandang la nak tengok siapakan tengah tengah malam tu. Dia nampak orang perempuan pakai baju putih berjalan, lepas tu berhenti betul betul kat depan pintu dorm tu. Masa tu la dia terkejut, terus menjerit. Dia tak mau cerita rupa orang perempuan tu sebab dia tak mau ingat dah. Ngeri katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 19-5-2009 13:19
Credit bonanza pada tukang cerita. Jalan cerita yang menarik...teratur...tak pening kepala baca... ...dan serammmmmmmmmmm...



Jutaan terima kasih pada mod medangmru!!!

Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 02:00 PM | Show all posts
penceritaan yang mudah difahami..dan amat menyeramkan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:17 PM | Show all posts
banyak betul pengalaman seram duquesne .... menarik ... citerla lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.172652 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list