CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
Post time 19-5-2009 05:25 PM | Show all posts
duquesne..

the way ko describe hostel ko cam sejibik sejibun hostel aku...
ngan tangki air ujung bloknye....agknye standard sume hostel cmni kot..
anway...citela lg....ske n seram bc cite n xprience ko.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 06:24 PM | Show all posts

Balas #38 duquesne\ catat

sama2..........crite best konpem ada kedit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 09:34 AM | Show all posts

Reply #30 duquesne's post

Duquesne...akhirnya kawan nama dee tu mcmana..sambung belajar kat sekolah sama atau tukar sekolah..

Ada kesan apa2 tak selepas kena buatan org yg berdengki tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 10:26 AM | Show all posts
suka cara tuan rumah olah cerita
khusyuk jer membacanya
takde la buat orang ternanti
teruskannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:41 AM | Show all posts
wooo,seramm siot ..tp best la,tuan umah citer la lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:44 AM | Show all posts
ada ke kisah seterusnya dr tuan tanah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2009 12:23 PM | Show all posts
tuan umah,

mmg betul apa yang ustaz cakap pasal mimpi mak tuan umah tu.
anjing yang totally hitam, tapi atas matanya (dahi) ada tompok putih tu mmg syaitan.
ini rasulullah sendiri cakap dalam satu hadis pasal kena letakkan penghadang di depan kita semasa solat. saya tak ingat tapi baru baca few days ago. kalau terjumpa anjing macam ni di mana2, kita boleh bunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by ea208964 at 20-5-2009 09:34
Duquesne...akhirnya kawan nama dee tu mcmana..sambung belajar kat sekolah sama atau tukar sekolah..

Ada kesan apa2 tak selepas kena buatan org yg berdengki tu..


Dee tu cuti for the rest of the school term. Masuk term baru, dia sambung belajar semula. Sampai la tamat form 5.

Masa dia sambung balik tu, tengok dia ok, tapi kurang lincah sikit tapi lebih matured.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2009 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 20-5-2009 11:44
ada ke kisah seterusnya dr tuan tanah...


Ada ada... sorry la. .terlebih busy with meetings etc.. nanti cerita lagi... but ada satu tu memang seram.. tengah kuatkan hati nak taip and edit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:39 PM | Show all posts

Cerita cousin aku - part 1

Cousin aku ni muda sikit dari mak aku.. Ye la zaman dulu dulu kan orang kawin awal. So bila dah beranak ramai, anak yang sulung pun kawin awal, masa tu mak masih muda lagi, boleh beranak lagi. At one time, boleh jadi, mak beranak, anak pun beranak. Cousin aku ni housewife pada mulanya, tapi since dia ni memang pandai masak, and jiran-jiran dia pun puji everytime dia masak masa kenduri kendara semua, so dia pun tergerak ler nak start business kedai makan, at least dia boleh cover sikit duit belanja, masa tu pun husband dia pun dah pencen.

So dia buka la kedai makan dekat dengan rumah dia (kat Port Klang), kat satu tanah lapang sebelah sebuah rumah. Kedai makan dia ni kat tepi main road betul betul kat simpang masuk kawasan perumahan dia. Mula mula memang maju ler, ramai yang datang makan kat situ, especially driver lori yang lalu lalang kat main road situ, budak budak kolej, atau pekerja kilang yang tinggal kat area dia la. Memang masa tu dia tak menang tangan ler sebab ramai sangat orang. Bila time cuti sekolah, anak-anak buah dia akan datang tolong dia sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:45 PM | Show all posts

Cerita cousin aku - part 2

Lepas beberapa bulan, perniagaannya dah start merosot. Dia pun hairan jugak tapi dia ni jenis yang percaya, rezeki tu datang dari Allah, bila bila masa Allah boleh tarik rezeki nak uji hamba-Nya. So dia tak kisah, tetap jugak teruskan business dia. Tapi makin lama makin takde orang. Ada sekali tu, dia tunggu lori ais lalu sebab dia nak beli ais. Lori tu lalu depan kedai dia tapi tak singgah macam selalu. Cousin aku ni ingat maybe lori tu dah habis ais kot. So dia tak kisah jugak ler, maybe esok lori tu akan singgah.

Tapi perkara yang sama jugak berlaku. Dia pun naik heran. Tapi dia buat tak reti aje la.. dia suruh anak lelaki dia, Mat, pegi beli ais sendiri kat kedai. Sampai kat kedai, Mat tu nampak driver lori ais tu tengah punggah ais masuk kedai yang lagi satu. Dia pun pegi la kat driver tu dan tanya apsal dia tak singgah kat kedai. Driver lori tu cakap "Ini hari kedai ada bukak ka? Suda dua hari saya lalu tengok tutup saja. Sebab tu tak singgah." Mat ni terkejut abis la terus sound driver ni suruh pegi kedai makan cousin aku ni hantar ais. Lepas tu Mat terus balik semula kat kedai nak bagitau mak dia la pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:48 PM | Show all posts

Reply #49 duquesne's post

hopefully duquesne siap menaip..tak sabar lak nak tahu cerita seram ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:50 PM | Show all posts

Cerita cousin aku - part 4

Cousin aku ni bila bangun pagi macam kena migraine. Lepas tu emotional terlebih.. nak marah marah aje sampai anak-anak dia ada yang merajuk dengan dia sebab kena marah tak tentu pasal. Sampai satu peringkat, cousin aku ni langsung tak tidur for a few nights macam kena insomnia. Dia kata kalau dia tidur macam tak selesa dan tak lena, macam ada benda yang tak bagi dia tidur. So bila dia tak cukup tidur, dia jadi kurang bertenaga la nak buat kerja.

Kadang-kadang bila dia sampai kat kedai aje, dia macam lemah sendi sampai payah nak berjalan. Kadang-kadang dia macam day-dreaming sampai ada makanan yang dia masak terlebih masin atau hangus sikit..  macam dia ni khayal atau macam tak focus la apa yang dia buat. Kadang-kadang macam orang bingung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:51 PM | Show all posts

Cerita cousin aku - final part

Anak-anak dia dah cuak. Lepas episod hari tu, takut this time orang yang sama (diorang tau siapa yang buat tapi diorang takmo pulangkan balik apa yang orang tu dah buat kat business mak diorang) target cousin aku plak. So anak-anak dia pegi bawak mak diorang berubat lagi. Betul! This time cousin aku yang jadi target. Lepas berubat, cousin aku dah ok sikit, tapi belum 100% pulih la.. sampai ler sekarang, dia makin kurus dan kadang-kadang nampak pucat.

Cousin aku ni tak mau tutup business sebab seteruk-teruk dia kena pun, ada jugak orang datang kat kedai dia. So dia cuba bertahan la. Pasal makhluk berbulu tu, memang dia ada lagi kat situ. Mat kekadang ada jugak ternampak makhluk ni dok melepak atau merayau rayau sekitar kedai makan tu. Sekarang ni cousin aku tengah berusaha untuk memulihkan semangat dia, dan jugak siapa-siapa yang boleh bawak keluar makhluk tu dari kedai makan dia.

Note: Due to certain reasons, cousin aku ni dah tutup kedai makan dia. Tapi gangguan tu masih ada lagi….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:53 PM | Show all posts

Reply #52 ea208964's post

Yang tu lambat sikit kot.. tapi akan ada cerita-cerita before that one..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 05:43 PM | Show all posts

Reply #55 duquesne's post

tak pe take ur time.... terima kasih sbb sudi berkongsi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 06:00 PM | Show all posts

Balas #55 duquesne\ catat

silala...
(tnpa malu2 aku jmput tuan umah bercite kt umahnye sndiri.... )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:24 PM | Show all posts

Cerita abang aku

Perkara ni berlaku pada abang aku masa dia balik dari rumah cousin aku kat Ulu Klang - dekat dengan sekolah rendah.

Abang aku datang rumah cousin aku ni, Kak L, lepas Asar. Biasalah kitorang kat KL ni, kekadang akan pegi kat rumah Kak L yang kitorang anggap macam kakak sendiri, sebab masa Kak L kecik kecik dulu, parents kitorang ambik dia bela sekejap - sekolahkan dia semua la.. sebab tu kitorang rapat. Petang tu, Kak L buat cucur udang yang memang jadi favorite abang aku. Lepas minum petang tu, tetiba hujan panas. So abang aku tak jadi ler nak balik awal sikit, konon nak tunggu hujan reda.

Tapi makin lama makin lebat, tapi tetap hujan panas. Abang aku give up, so dia pun lepak ler sekejap, ambik bantal, tido. Dalam pukul 6 camtu, Kak L tengok abang aku ni tak bangun bangun lagi, so dia pegi ler kejutkan. Abang aku terus bangun, basuh muka and nak balik la ke rumah dia kat AU2. Kak L tahan dia, cakap kalau nak balik, balik la lepas maghrib, skang ni tengah rembang petang (keadaan waktu senja di mana suasana macam nampak kekuningan). Kak L sambung lagi, tengah rembang petang tak baik keluar, mana la tau kot kot tersalah langkah nanti.. maklum la.. cahaya kuning banyak sangat, takut tak nampak apa yang patut nampak.. punya la beralas cakap Kak L ni.. Abang aku pulak, dengan bestnya, cakap balik, alah Kak L, apa yang dirisaukan.. biasa la rembang petang ni, don't worry la.. takde apa yang berlaku punya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:25 PM | Show all posts

Cerita abang aku.. sambungan..

So Kak L dah malas nak bertekak, dibiarkan aje abang aku balik. Abang aku pun balik ler kat rumah dia kat AU2. Masa dia lalu kat simpang yang kat masjid Ulu Klang masuk ke AU3 tu, yang kat bengkel banyak banyak tu depan kilang DBP tu, tiba-tiba enjin kereta dia mati. Tapi lampu, radio semua on. Heran jugak dia sebab dia ni memang jenis tau pasal kereta and kereta dia memang sentiasa tip top.

Puas ler dia nak restart enjin tak jadi jadi.. masa tu dah nak masuk maghrib dah. Kebetulan takde pulak kereta yang lalu, bengkel kat situ pun tutup.. masa tu henfon besar radio bimbit (yang telefon ATUR tu).. mana ada orang pakai sangat. So dia dah tak tau nak mintak tolong siapa.. lama jugak la dia stuck kat situ. Dia keep on trying nak restart enjin kereta. Lepas aje dia dengar sayup-sayup azan maghrib, tiba-tiba enjin kereta dia start balik.. Apa lagi, terus la dia drive laju sampai rumah.

Sampai je rumah, terus dia call Kak L, bagitau hal ni.. Kak L just jawab, kan Kak L dah cakap tadi... tu ler degil taknak dengar cakap, lepas tu cakap besar plak tu.. kan dah!

Abang aku sejak hari tu, tak penah lagi kalau nak balik masa nak dekat maghrib..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:49 PM | Show all posts

Balas #59 duquesne\ catat

wah... banyak nyer cerita baru...
semuanya best2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.124803 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list