CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8728|Reply: 5

Selamat Hari Menuai (Pesta Kaamatan) 30/31 May

[Copy link]
Post time 21-5-2009 11:43 AM | Show all posts |Read mode
nak kongsi perayaan kat negeri chy..

A bit explanation about the perayaan for yg x taw..

Hari Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'.

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia,  Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'

Pesta Kaamatan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.


KOTOBIAN TADAU TOGAZO DO KAAMATAN KEPADA KADAZAN DUSUN FORUMERS!

[ Last edited by  Chynez at 21-5-2009 11:44 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 03:48 AM | Show all posts
ini sambutan keagamaan ker ? ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 05:37 PM | Show all posts

Reply #2 sandra_iskandar's post

bukan,perayaan tuk salah satu kaum kat sbh...mcm kat srwk hari gawai tuk kaum iban..
kaamatan kat sbh tuk kaum kadazan dusun...x kira islam atau non islam..bezanya yg islam akan bukak open house mkn2,yg non muslim akan open house dan d tmbh ngan air tapai (rice wine)..

yg chy tepek atas 2,kepercayaan kaum 2 sebelum kedatangan agama2 skrg..ader yg stil amalkan,ader yg x..kire perayaan ne tuk raikan hasil tuai dan permulaan menanam padi semula..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 12:01 AM | Show all posts
kotobian tadau tagozo do kaamatan

maksudnya....

selamat menyambut pesta kaamatan.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 06:13 PM | Show all posts

SELAMAT MENYAMBUT HARI MENUAI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 02:19 AM | Show all posts
selamat aku ucapkan walaupun dah lama lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071559 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list