CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dainese

pawang diraja

  [Copy link]
Post time 24-5-2009 10:32 AM | Show all posts
setiap negeri ada pawang diraja ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 10:54 AM | Show all posts
brapa agaknyer gaji/elaun pawang diraja ni agaknyer yer?....mesti lumayan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by pedypak at 23-5-2009 21:01
salam dainese..keje kat situ ker...

aku pun keje sana gak...hehehehe...

wehhh..salam yop..ade jugak org kuale nak melabun...
teman pun idak berape tau pasai pawang2 nih..kebetula.n ada event perasmian wisma mpkk, Tuanku datang..
tema pun dapat tau yg die nih pawang dari org lain..
tuh yg teman teruja ngikut aje dier nih..

tapi tok nih baik..aku tengok semua org2 atasan kenai dia..kebanyakkan yg salam ngn dier semua cium tangan..malam semalam selesai sudah event tuh..alhamdulillah, berjalan lancar lancar..Tuanku pun heppy..
p/s:yopp..mike kenai bebenor le dengan tok yg teman tempek tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:03 AM | Show all posts
dkt2 kg aku pun ada sorang pakcik nih dia dulu pawang diraja..
tp aku lupe ngn negeri mana..
laaa ni dah bersara dah
mengurut org pun pakcik nih terer..nama pun pawang diraja
dia nih pun x-komando dulu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:40 AM | Show all posts
Belum naik takhta dah terlibat dengan jin...
camana nak jadi ketua agama.... itulah pasal dulu2 orang melayu ingat raja memang ada daulat, sebenarnya jin punya kerja... kuasa direstui oleh jin... bukan ke satu kerja syirik tu?

tanyalah mana-mana ulamak besar terlibat dengan jin dah gerenti neraka....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 09:48 AM | Show all posts

Reply #61 sweet_charcoals's post

yang dok terbaca

perak
kelantan
pahang

tu blom lagi yang mcm alphawolf dok ckp

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2009 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 25-5-2009 08:40
Belum naik takhta dah terlibat dengan jin...
camana nak jadi ketua agama.... itulah pasal dulu2 orang melayu ingat raja memang ada daulat, sebenarnya jin punya kerja... kuasa direstui ole ...

nko kene ingat..tak bermakna kehidupan Tuanku nih terlibat dan bergantung dengan Jin..gunakan pawang nih serupa la macam orang2 kebanyakkan jumpa bomoh untuk itu ini..
sama macam kita perlukan doktor..tapi bezanya Istana perlukan pawang untuk menjaga hal ehwal kemistikan nih..nko tak boleh cakap benda2 mistik nih tak wujud..syirik tuh semua..
tengok jugak apa aktiviti depa yg menjurus kearah kesyirikan tuh...bukannya depa memuja pawang2 tuh semua..
itu pendapatan aku laa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:42 PM | Show all posts

Reply #52 dainese's post

aku rasa pak hor laa ni....mmg ingat2 lupa laa sbb sekali je jumpa dia...nnt aku balik kg aku tunjuk kat mak aku gambo ni sbb mak aku mmg kenal pak hor nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 03:10 PM | Show all posts
muka sempoi jer....tapi .....
diam2 berisi............
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 03:36 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by pedypak at 23-5-2009 09:11 PM

kalau nak cite...nak kena pi benang lain lah pulok...

cepat laaa buat benang baru   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by dainese at 25-5-2009 09:51

nko kene ingat..tak bermakna kehidupan Tuanku nih terlibat dan bergantung dengan Jin..gunakan pawang nih serupa la macam orang2 kebanyakkan jumpa bomoh untuk itu ini..


ko baca balik pos Syd No. 18... kalau bukan bergantung pada jin apa maknanya upacara tabal jin tu? bukan bergantung lagi tu mintak RESTUI dari jin... ko rujuk surah Al-Jin ayat 6, aku yang cakap ke Tuhan yang berfirman?  Yang bersekongkol dengan jin tukang2 sihir aje... di Malaysia ni raja2 ketua agama dan adat istiadat betul tak?

sama macam kita perlukan doktor.. tapi bezanya Istana perlukan pawanguntuk menjaga hal ehwal kemistikan nih..nko tak boleh cakap benda2mistik nih tak wujud..syirik tuh semua..


Aku tak pernah kata pun benda mistik ni tak wujud.   Doktor dengan pawang lain jangan samakan, tamadun perubatan awal dunia orang Islam yang mulakan... Bukan aku yang kata syirik tapi yang kata tu ada dalam hadis Nabi... pawang, bomoh dukun orang arab panggil kahin, kita pegi jumpa dia je dah 40 hari solat tak terima, kalau kita percaya apa yang dia ramal terus jatuh syirik (tak payahlah bawak turun hadis kita semua kena ambik tau juga).  Raja perlukan restu Tuhan tak perlukan pawang.
[/quote]tengok jugak apa aktiviti depa yg menjurus kearah kesyirikan tuh...bukannya depa memuja pawang2 tuh semua..
itu pendapatan aku laa..[/quote]

Aktiviti tabal jin tu dah terang2 kerja syirik... kalau mintak pendapat SS Mufti besar Perak tentulah dia tak berani keluar fatwa sebab dia pun cari makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 04:14 PM | Show all posts

Balas #68 sepaileman\ catat

betui tuh yop..memang name dier pak hor..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:30 PM | Show all posts
ssaya bersatu pendapat dengan en kupia dalam hal ini.Dari apa yang diterangkan tentang upacara tabal jin nih,memang jelas bahawa perbuatan ini SYIRIK.Jelas dalam upacara ini mereka memberikan kepercayaan kepada golongan jin untuk menentukan sama ada sultan tersebut akan lama atau tidak menaiki takhta.Mengapakan upacara ini perlu diadakan semasa senja?Tahukah anda bahawa jin/syaitan mula melakukan perbuatan jahat mereka ketika senja menjelang? Banyak perkara yang dilakukan ketika upacara mengundang persoalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 04:30 PM | Show all posts

Balas #71 kupia\ catat

betul tuh..aku pun tak berani nak cakap la pasal benda2 nih..nampak memanf seakan dah syirik...meh kita baca bersama pasal istiadat2 tabal jin nih...

ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN)

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN  masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan....)

[ Last edited by  dainese at 25-5-2009 16:31 ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by exclusive_vvip at 24-5-2009 10:54
brapa agaknyer gaji/elaun pawang diraja ni agaknyer yer?....mesti lumayan...



ada tapi elaun macam org lain lah........sbb bila aku tanya member aku..dia dok sengih jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 04:33 PM | Show all posts
sejarah asal usul pasal jin2 nih...

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pad tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) satelah kejatuhan Melaka ketangan Portugis pada tahun 1511.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai kekawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun aalut tetap bergelora. Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yag sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah ;
      " Sekiramya tuanku hendak bersemayam dan
         memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku
         buangkan Mahkota tuangku kedalam laut
         terlebih dahulu...."

Sultan Muzzaffar serta merta mengambil mahkota baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapar belayar semula saperti sediakala.
Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan di
tabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda. Maka
baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah di
ambil olih Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato'Mahkota Si Raja Jin.. Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'. Sahingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri dan mengingati peristiwa sejarah tersebut. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by dainese at 24-5-2009 12:49

wehhh..salam yop..ade jugak org kuale nak melabun...
teman pun idak berape tau pasai pawang2 nih..kebetula.n ada event perasmian wisma mpkk, Tuanku datang..
tema pun dapat tau yg die nih pawa ...


salam yop...hehehehe...ada gak aku kawan nak berlabun kat sini....

huhh bukan main lagik korang berpesta ya... ......nanti jemputler ke majlis perasmian..tarikh aku lupa tapi bulan julai...tuanku rasmi gak..biasalah tempat aku ni ibarat baby tuanku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 05:02 PM | Show all posts

Balas #77 pedypak\ catat

galeri ke yop???
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by dainese at 25-5-2009 16:33
sejarah asal usul pasal jin2 nih...

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pad tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah di ...


Sorry la yeop aku ni mengaco je thread kamu ni, kalau tak di kacau tak seronok la pulak...

teruskan cerita pasal pawang di raja ni, bagus jugak dapat tau fungsi2 dia, tapi jangan terpengaruh sangat...

kalau ikutkan istiadat tabal jin tu aku rasa jauh lebih dulu dari tahun 1528 kot, jelas sangat masih tebal dengan pengaruh hindu datuk nenek dulu2... sepatutnya sekarang ni dah diubahsuai biar tak bercanggah dengan Islam. Ulamak tak berani mengur gamaknya...  Kalau ikut ulamak dulu2 banyak yang kena penjara bila menegur pemerintah ni...  Islam yang mula-mula sampai di sini pun salah satunya dari Yamen, masa tu Islam Yamen pun dan banyak menyeleweng...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 10:13 PM | Show all posts

Reply #79 kupia's post

tak ngape...boleh diskas bersame..memang kalo nak percaya nampak macam pelik..tapi rasa aku la, kalo betul la asal usul nih bermula semenjak sultan Perak yg pertama dulu, agaknya benda nih macam terpaksa diwarisi dari turun temurun..
ibarat kata orang semacam saka... tapi tak tau la istilah ape yg sesuai...ada yg cakap jin Islam..tuh camana..
tuh ada yop sorang lagi tuh, harap boleh membantu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 1.014053 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list