CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183201|Reply: 1331

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 23-5-2009 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

..........................................................................................................

Dengan airmata bergenang, Hani melipat pakaian yang baru diangkat dari jemuran. Hati nya sebal. Otak
buntu. Kenapalah Along kena pergi Qatar?Mana aku nak tinggal masa cuti nanti? Bengong betul bos Along tu, hantarlahorang lain. Cewahh... macam lah aku ni VVIP sampai bos abang aku kena ambil kira jadual aku, dia menegur diri sendiri.

" Hani tinggal dengan Acik Mah bila cuti semester nanti.Kalau tak pun balik kampung duduk rumah Mak Tok" cadang abangnya Harissemasa menelefonnya sebentar tadi. " I have no choice. Project ni behindschedule. Kalau tak siap , company Along rugi besar"

" Kak Ina pun pergi sama?" Hani bertanyakan kakak iparnya. Kalau Kak Ina tak pergi , aku boleh tinggal berdua dengannya. Kakak iparnya best, sekepala. Maklumlah Kak Ina kakak angkat Hani di sekolah dulu. Dialah yang memperkenalkan abangnya pada Kak Ina. Terhutang budi habis kedua nya pada aku. He..he...Perasan kejap. Hani terbayang ketika mereka berdua di sandingkan setahun lalu.

" A'ah. Dia yang nak ikut Along. Takut Along mengurat perempuan Arab. Sampai sanggup ambil cuti tanpa gaji. " Haris berjenaka di susuli jeritan kecil. Mesti kena luku dengan bini dia. Padan muka.

"Boringlah macam ni. Acik Mah duduk di rumah boss dia kat Ulu Langat, takkan Hani nak tumpang sama. Kalau nak duduk dengan Mak Tok, sorry banyak banyak. Hani lagi rela duduk merempat kat tepi jalan." Hani mendengus. Sejak kecil dia memang tak sebulu dengan neneknya yang garang macam singa lapar. Semua yang di buatnya serba tak kena.

" Hani, tak baik cakap macam tu. Mak Tok garang bersebab. Okay, camnilah. Along telefon Acik Mah tanya dia boleh tak Hanitinggal dengan dia. Bukannya lama. Dua bulan saja. Hani tolong lah buat kerja apa apa yang patut. Takkan boss dia tak benarkan " pujuk Haris. Cuba menyedapkan hati adiknya.
Hani terpaksa setuju. Tak ada pilihan lain. Mulalah hatiny amelagukan balada anak yatim piatu. Be strong , Hani... kuatkan semangat. Macam kata arwah Mak pada nya dan Haris, bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan asyik bandingkan diri dengan orang lain dan menyalahkan takdir. Walaupun aku yatim piatu, aku masih ada Along dan Acik Mah. Mak Tok tu tolak tepi lah. Ada atau tak ada sama saja, bukan dia sayang aku dengan Along pun. Duit peninggalan Mak pun cukup,
dan aku masih dapat sambung belajar.Sungguh aku patut bersyukur, tapi aku cuma manusia biasa yang masih dangkal. Astaghfirullah.

Tugas mengemas pakaian selesai sudah. T shirt dan jeans di letak dalam almari kayu dua pintu. Baju kurung dan blaus di sangkut dengan hanger. Kemas dan teratur. Tapi taksampai dua tiga hari mesti rupa macam tempat kucing beranak. Dia menggeleng kepala dan tersengih sendiri. Hani membancuh Milo dan mengambil dua keping biskut Jacob dari Tupperware. Sambil mengunyah, dia menyelak buku teks Management Theory. Peperiksaan akhir akan bermula minggu depan. Tahun dua pengajian Pengurusan Perniagaan taklah teruk sangat.Cuma perlu siapkan dua kertas project dan buat latihan amali
selama 4 minggu. Peperiksaan akhir menyumbang 40% markah sahaja. Kalau semua beres, insyaallah boleh lulus. Kalau tak tersangkut, setahun lagi aku tamat belajar. Tak sabar aku nak berkerja,bisik hatinya.

Baru dua muka surat sempat di baca, pintu bilik di kuak.Teman sebiliknya Aina masuk diiringi aroma minyak wangi Coco Chanel yang semerbak menusuk hidung. Bilik mereka tak perlu air freshener sebab Aina punya koleksi perfume yang banyak macam di kedai SASA. Aina dengan minyak wangi dan alatmekap bagai irama dan lagu, tak boleh di pisahkan.

" Hani, malam nanti teman aku keluar, boleh?" tanyaAina sambil merebahkan diri  atas katil bujang bercadar warna merah berbunga putih disebelah kiri bilik.
Tak nampak ke aku tengah tension ni, cik kak oi. Ni mesti nak suruh aku jadi pak pacak. Nur Aina Azman siswi tahun dua jurusan Komunikasi ialah antara gadis paling ngetop di kampus Universiti Darul Ridzuan. Menjadi buruan pelajar lelakidari tahun pertama hingga ke tahun akhir. Yang muda nak jadi adik angkat, yang tua tapi dah berpunya nak jadi abang angkat,
baki nya nak jadi teman istimewa. Kadang kadang best juga, selalu dapat tumpang sekaki makan di restoran, tengok wayang, pergi berkelah. Tapi hari ini Hani memang tak ada mood. Bosan! Sedih! Bengang!

" Aku kena study. Aku dah janji dengan Izzah dan Dinanak pergi library malam ni" Jawab Hani dengan muka kelat.

"Jomlah Hani. Kejap saja. Aku malas nak keluar berdua dengan Shamil tu.Dia tu poyo, perasaan bagus. " rungut Aina sambil mencapai majalah InTrend di sisi bantalnya.

" Habis tu, kenapa kau nak keluar dengan dia? Entah apa apa lah kau ni. Gatal!"

Memang kena buku dengan ruas, Shamil dengan Aina. Siapatak kenal Shamil Marzuki? Jejaka terhangat di kampus , berkereta Proton Gen 2, pelajar kursus Kejuruteraan dan juga pemain rugby universiti. Hani sendiri terpegun waktu pertama kali melihat si Shamil masa Minggu Orientasi dua tahun lalu. Tapi siapalah aku, macam enggang dengan pipit.Tak menepati piawaiannya langsung. Lagi pun kalau nak pilih pasangan hidup, aku nak orang yang sederhana. Tak payah yang glamour dan top. Jauh sekali yang jadi rebutan ramai. Memeningkan kepala aku. Asalkan beriman, berilmu, ada kerja tetap dan pandai menjaga hati sudah memadai. Arwah bapa aku dulu segak dan bergaya orangnya ( dari gambar yang aku lihat)
tapi emak cukup menderita.

Aina tergelak kecil. " Saja suka suka. He is not my type, kau pun tahu. Lagipun boring lah kalau tak keluar malam ni. Makanan kat hostel mesti tak sedap. " Memang betul kata Aina, kalau hujung minggu menu dewan makan mesti gulai ayam pencen dan sayur kangkung tawar hebeh.

"Aku tak ada selera nak makan lah."

" Kenapa pula? Kau ada problem kah? Ceritalah kat aku" Aina menarik kerusi di meja studi dan duduk di sebelah Hani. Aina ni macam ada sixth sense, dia mudah meneka mood rakan sebiliknya. Sebab mereka rapat sejak pertama kali menjejak kaki ke kampus ni agaknya. Macam adik beradik.

" Along kena pergi Qatar selama 6 bulan. Aku kenatinggal dengan Acik Mah masa cuti nanti" kata Hani sambil berpura pura membaca nota. Tidak mahuairmatanya yang bertakung melimpah. Hatinya tersayat lagi.

" Oh... patutlah. Kesian kau. Kalau parents aku takpergi Haji boleh kau duduk dengan aku. Tapi cuti kali ni, aku pun kena tumpangrumah kakak aku." Selama ini pun,Hani selalu menumpang rumahnya di Ipoh kalau cuti pendek dan dia malas balik kerumah abangnya di KL. Keluarganya sudah menganggap Hani macam anak angkat.

" Its all right, Na. Aku faham." Tak patut aku bebankan Aina. Kesian dia.

" Cheer up lah. Apa kata kita pergi makan laksa di kedai MakTom? Kau mesti suka kan?" Aina mengerling nakal.
Hishh... Aina nih. Kecur airliur aku di buatnya. Laksa asam Mak Tom bukan main sedap lagi. Gerainya tak pernah kering dengan pelanggan hingga ada pesaingnya yang menyebar khabar angin kononnya Mak Tom meletak ramuan " haram" dalam kuah laksa.Dengki lah tu!

" Nak ke si Shamil tu pergi tempat yang tak ada class macam kedai Mak Tom ?" duga Hani. Susah nak bayangkan si Shamil dengan pakaian berjenama duduk di kedai yang tak ada penghawa dingin. Habislah baju mamat tu bau ikan dan belacan.

" Kalau aku yang ajak, mesti dia kena turut cakap aku. Dia yang nak keluar sangat dengan aku." jawab Aina dengan penuh konfiden.Dia bangun ke meja solek yang di kongsi mereka berdua walaupun alat kecantikankepunyaan Aina memenuhi 70% ruang. Bagi Hani memadai dengan berus rambut, losyenbadan, pelembab muka Nivea, lip gloss dan pewangi Silky girl.

Aina menyisir rambutnya yang cokelat keperangan. " Kau ikut lah" rayunya

" Okaylah. Tapi kalau dia melencong ke tempat lain,siap kau. Lagi satu, aku nak balik sebelum pukul 9. " dengus Hani. Goyahnya pendirian aku. Baru kena rasuah dengan laksa Mak Tom dah jadi pak turut.

" Thanks Hani" Aina tersengih gembira sambil memaut bahu sahabatnya. " Kau lah sahabat aku dunia akhirat."

" Yalah tu" Hani mencebik. Tapi dia akui, Aina sahabat yang baik. Sahabat susah dan senang, kata orang.

[ Last edited by  sang_arjuna at 23-5-2009 13:36 ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 01:41 PM | Show all posts
ap ni..aku ta phm..mls nk bace smpai abes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2009 01:51 PM | Show all posts
Selesai solat Maghrib, Hani bersiap ala kadar. T shirt lengan panjang warna pink dengan jeans di sarungkan. Rambut nya yang lurus dan lebat melepasi bahu di siputkan dengan klip "butterfly" besar. Bahang panas malam mula terasa. Nak hujan agaknya. Dia menelefon Izzah memberitahu yang dia akan keluar makan.

" Jangan tunggu aku. Kau dengan Dina pergi lah dulu ke library. Bila aku balik aku join korang" pesannya. Henfonnya di simpan dalam poket jeans. Dompetnya pula mengisi poket lagi sebelah.

" Hani, you ni cantik. Kenapa lah kau malas bergaya? Pakai lah sikit lip gloss, bedak, blusher. Biar berseri sikit. Ni macam orang sakit je aku tengok. Baju tu, perlu kah pakai T shirt yang longgar gelobos? Apa salahnya sekali sekala tayang shape kau yang slim tu." bebel Aina sambil menyapu mascara ke bulu matanya yang lentik. Seperti biasa, dia bergaya hebat dengan blaus merah tanpa lengan dan seluar hitam bawah lutut. Macam nak pergi clubbing. Tapi itulah identiti  Aina. Sentiasa bergaya, tak kira di mana berada.

" Kita nak pergi makan laksa jer, bukannya nak pergi dinner kat 5 star hotel. Lagi pun, aku ni setakat jadi bodyguard engkau. Tak ada siapa nak tengok aku lah" tukas Hani. Sudah biasa menjadi " dayang" Tuan Puteri Nur Aina. Takkan hero nak pandang dayang kalau Tuan Puteri di depan mata. Hani sendiri pun tak pernah berangan nak mencari pasangan hidup semasa masih belajar. Buat serabut kepala yang dah sedia berselirat dengan teori pengurusan , pemasaran dan kewangan. Kalau pelajar perempuan lain takut tak laku, Hani pula takut nak kahwin. Lagipun takkan nak main tangkap muat saja. Pengalaman arwah ibunya yang lebih banyak pahit dari manis, membuat dia sentiasa berhati hati dengan makhluk bernama lelaki.

" Hani! Berangan lagi! Jom turun cepat. Shamil dah call cakap dia ada di bawah. " gesa Aina

Kereta Proton Gen 2 warna hitam sudah sedia menunggu di perkarangan Asrama Kenanga. Shamil melemparkan senyuman bila Aina memperkenalkan Hani padanya.  Senyuman 5000 megawatt yang boleh mencairkan ramai gadis. Tapi gadis berhati salju itu cuma memandang tanpa riak. Hani segera mengambil tempat duduk di belakang. Nasib baik Shamil tak bawa rakan lelakinya. Pantang betul kalau lelaki yang nak mengorat Aina membawa teman untuk di pasangkan dengannya. Bermacam macam spesis terpaksa di layan selama ini. Mat skema, mat jiwang, mat rempit.... semua ada.

"Okay, where shall we go? You all rasa nak makan apa?" Shamil membuka bicara sambil menekan minyak.

" I teringin nak makan laksa di Kedai Mak Tom dekat Bank Islam tu. You know, the famous laksa that everybody talks about" jawab Aina dengan manja.

" Nak makan laksa saja? Tak nak pergi  KFC? Makanan di sana lagi banyak choice. Tempat pun selesa."

Huh, aku dah agak dah. Anak orang kaya ni mana suka makan kedai biasa biasa yang tak ada aircond, getus Hani dalam hati. Aina , kau jangan lupa janji kau. Kempunan aku nanti.

" Sorry Shamil. Kita kena balik awal malam ni.  KFC  jauhlah" Aina memberi alasan. Hani tersenyum. Lega aku. Hidung aku dah terbau kuah laksa. Itulah aku dah kata, Aina ni sahabat yang tak pernah mungkir janji.

" Ok then, no problem" suara Shamil agak kendur. Kereta di pandu laju membelah  malam menuju ke kedai laksa Mak Tom.
.........................................................................................................................

Seperti biasa kedai Mak Tom penuh. Selain laksa, mee Jawanya juga popular. Mereka bertiga terpaksa duduk di meja yang tersusun di kaki lima kedai. Berpasang pasang mata mengerling ke arah mereka bertiga.  Dengan T shirt Hard Rock Cafe dan jeans hitam, Shamil memang nampak kacak. Tubuhnya tinggi dan tegap tapi tidak terlalu sasa. Dia menarik kerusi untuk Aina dan Hani dengan gaya gentleman.  Aina melambai tangan dan berbalas sapa dengan beberapa orang kenalan nya. Macam superstar bertemu peminat. Siapa tak kenal Aina.  Bukan pelajar sekampus saja tapi pekerja pejabat dan pekedai di bandar Tanjung Malim pun ada yang nak masuk jarum. Riak bosan mula terpapar di wajah Shamil. Hani tersenyum. Itulah sebabnya orang kata perempuan cun tak boleh berkapel dengan lelaki hensem; ego masing masing macam Gunung Everest dan Gunung Kilimanjaro.

" Hani selalu makan di sini?" pertanyaan Shamil membuat Hani tersentak.

" Er.. selalu. Eh, tak lah selalu sangat. Adalah sekali dua dalam sebulan. " kalut Hani menjawab.

" Selalu datang dengan siapa?"

" Er... dengan kawan" Bodohnya jawapan aku. Takkan datang dengan musuh kot. Hani menjeling kepada teman sebiliknya yang masih berbual dengan dua rakan sekursus di meja hujung. Isyarat mata di beri. Cepatlah Aina. Tak reti aku nak layan si Shamil berbual.

Anak dara sunti Mak Tom  sudah berdiri di sisi meja untuk mengambil pesanan. Mereka  memesan laksa dan sirap limau. Tak sampai 10 minit, makanan pun tiba. Perut yang berkeroncong segera di isi.

Mata Shamil terpaku pada wajah yang mulus dan polos di hadapannya. Sudah lama dia mencari peluang untuk mengenali Hani, gadis  yang telah mencuri hatinya. Sorry Aina, I terpaksa guna you, desis Shamil. Lagipun dia tahu Aina bukannya ada perasaan terhadapnya. Semua  tahu, kalau gadis popular itu tak minat lelaki yang mengajaknya keluar, Hani akan di bawa sekali untuk menemaninya. Inilah peluang aku untuk berkenalan dengan Hani.  Mulutnya melayan perbualan Aina tapi matanya mencuri pandang Hani yang sedang kusyuk menikmati laksa. Bibir Hani yang munggil dan hidungnya merah menahan kepedasan. Sekali sekala dia tersenyum bila Shamil atau Aina berlelucon, dan lesung pipit yang terserlah di kedua belah pipinya amat memikat.

" Aina, mana kampung you?" tanya Shamil

" Family I tinggal di Taman Canning, Ipoh. You orang mana?"

" My parents orang utara tapi sekarang tinggal di Bangsar kat KL. What about you?" tanya Shamil sambil menoleh pada Hani yang tidak banyak bersuara.

Hani kurang pasti sama ada Shamil menujukan soalan kepadanya. Selalunya tugasan sebagai pak pacak tidak memerlukan aku berinteraksi. Seluruh perhatian boleh di tumpukan pada juadah kegemaran.  Laksa dalam mulut di kunyah perlahan.  Lepas ini, entah bila pula aku dapat makan laksa Mak Tom. Cuti dah dekat. Dah berkali kali aku cuba dapatkan resepinya tapi tak berjaya. Acik Mah yang ada diploma masakan itu pun tak boleh buat laksa sesedap ini. Yummmy!

Aina menyiku Hani sambil menjegil mata. Kening Hani terangkat.
" Kenapa?" tanya Hani

" I tanya, you orang mana?" ulang Shamil dengan senyuman. Comel sangat wajah  Hani yang blur. Walaupun mereka sebaya, Hani nampak jauh lebih muda dengan gaya sempoinya.

" Oh.. sorry. Saya tak dengar tadi. Saya asal dari Sungai Petani, Kedah" jawab Hani perlahan tanpa memandang Shamil.  Dia menyisip sirap limau untuk mengurangkan pedas.

Shamil tersenyum lebar " Oh, orang Utara. Sama lah kita. Mak I orang Alor Star. Bapa I orang Perlis. You selalu balik Kedah?" Slang KL nya berubah pada loghat utara.

Hani cuma mengangguk. Malas nak layan. Tak payahlah nak tahu sejarah hidup aku. Korang dua orang berborak sama sendiri jerlah. Jangan kacau aku, hatinya berkata. Perasaan sayu mula melanda bila bercakap pasal kampung. Aku tak ada tempat nak balik masa cuti.... huhuuuuuuu!

" I dahaga lah. I nak order another drink." Aina melambai ke arah seorang pelayan. " You all nak minum?"  Mereka memesan teh tarik.  
Aina dan Shamil makin rancak berbual, manakala Hani berkali kali menjeling pada jam di tangan. Tapi kedua nya buat tak peduli, terlalu leka mengenali hati budi masing masing. Muncung Hani semakin panjang seiring dengan waktu. Sudah pukul 9.30, pakcik ni tak habis habis lagi bercerita pasal tournament rugby antara IPTA tahun lepas. Yang si Aina ni pun satu, tersengih manja sambil jarinya memintal rambut, manalah pakcik tu tak rancak bergebang. Kata tak suka konon, entah entah dah jatuh hati. Sampai dah lupa janji nya nak balik sebelum pukul 9.  Citt!

" Hani dah mengantuk kah?" tanya Shamil dengan suara garau nya yang romantic. Mata mereka bertatapan. Hani mengangguk. Dah banyak kali aku menguap, takkan tak faham lagi kot.  Kebanyakkan meja sudah pun kosong. Jalan raya pun makin lengang. Mak Tom sudah berdiri sambil mencekak pinggang di tepi kaunter. Macam nak halau  pelanggan yang masih tinggal.

" Jomlah , I kena balik. Dah lambat ni" Aina kelamkabut mencapai beg tangan. Baru teringat pesan aku tadi agaknya. Hani menjegil mata tapi Aina  melarikan pandangan. Buat buat tak nampak. Jaga kau Aina. Lain kali aku tak nak jadi pak pacak dah.

[ Last edited by  sang_arjuna at 24-5-2009 16:00 ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:00 PM | Show all posts
nak lagikk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:04 PM | Show all posts
  citer baru....confirm bakal meletup jugak..

cepat2 sambung ye arjuna..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 02:13 PM | Show all posts
bestnya, sambunglah lagi ya. sambunglah cepat2 ...
thks sang-arjuna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 02:47 PM | Show all posts
yer hani datang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 01:40 AM | Show all posts
bestt..!!!!citer baru arjuna pasti tak menghampakan....!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 09:38 AM | Show all posts
wah..citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 11:02 AM | Show all posts

Reply #3 sang_arjuna's post

yesssss yesssssszaaa......tq tq smiley...ada gak cite baru ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 01:19 PM | Show all posts
janganlah tinggi sgt harapan.... takut lah
sebenarnya smiley ada dua citer tp dua dua tergantung
bila dah paste citer yg ini dapat plak idea utk yg lagi satu ..... pening pening

tapi smiley harap semua sudi baca & bagi kritikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 01:51 PM | Show all posts
" Hani ! Hani!" suara lelaki sayup sayup melaung.

Hani mempercepatkan langkah menuju ke library tanpa menghiraukan si pemanggil. Menoleh ke belakang pun tidak. Dia memang malas melayan pelajar lelaki yang suka mengusik. Menghabiskan  boreh jer ! Lagipun dia sudah terlambat untuk study group dengan Dina dan Izzah. Matilah kena maki dengan dua orang kawan sekursus aku itu. Nak buat macam mana , aku terlelap. Itulah akibatnya menonton CD Ayat Ayat Cinta dengan Aina semalam. Layan  si Fahri yang cute itu sampai tak sedar dah pukul 1 pagi. Minggu peperiksaan pula tu!

Pintu library di tarik. Nun jauh di bahagian buku rujukan, kelihatan Dina dan Izzah sedang kusyuk mentelaah.  Bila Hani menarik kerusi barulah mereka perasan kehadirannya.

" Sorry , aku terlambat" bisik Hani dengan senyum sumbing.

Dua muka mencuka menyambut sapaannya. Hani buat  bodoh saja. Memang dia yang bersalah. Ingatkan nak lelapkan mata sekejap tapi terus tertidur sampai sejam. Nota  fotostat di agihkan kepada dua teman sekursus. Barulah muka mereka nampak ceria. Hampir dua jam mereka mengulangkaji subjek Psychology yang di ambil sebagai elektif. Subjek yang agak susah untuk mereka fahami tapi berguna dalam dunia perniagaan. Kena pandai tafsir tingkah laku dan naluri dalaman kawan dan lawan,  kalau tak nak di telan hidup hidup.

" Hani, aku nak pergi kantin. Tak tahan lah. Nanti kena gastric" Izzah bersuara sambil mengusap perut

" Aku pun nak balik. Dah nak masuk Asar" kata Dina sambil menjeling jam nya. " Jom kita jemaah kat surau"

" Aku cuti" balas Hani. " Korang pergi lah dulu. Aku nak cari buku Philip Covey yang latest."

Buku yang di cari tiada di tempatnya. Hani mengeluh. Silap aku juga, tak booking awal awal buku pemasaran terbaru dari penulis dan penceramah hebat itu. Mesti laku macam goreng pisang panas. Dia  terus kembali ke meja untuk mengambil barang. Baik aku join Izzah kat kantin. Terbayang karipap sardine Kak Sidah yang rangup.

Mata nya terbeliak sebaik saja ternampak seorang lelaki di meja yang di tinggalkan sekejap tadi. Apa mamat ni buat disini? Sini bahagian rujukan Business Studies. Setahu aku dia ambil Engineering. Buku Engineering di tingkat atas.

" Hi Hani" tegur Shamil perlahan. Tak mahu menganggu penghuni meja bersebelahan.

" Hi" balas Hani sambil menyusun semula nota ke dalam fail. Alat tulis di masukkan ke dalam bekas berzip dengan gambar Hello Kitty. Dia bersedia untuk beredar.

" Hani ada berapa paper lagi?" Soal Shamil sambil menyelak rambang buku Psychology for the Workplace yang di gunakan Hani tadi.

Hani mengangkat jari telunjuk dan jari hantu.

" Dah habis belajar kah?"

" Cukuplah untuk hari ni. Otak dah tepu. Saya pergi dulu" Tak selesa berbual panjang bila orang di sekeliling tengah mengulangkaji. Tambahan pula library ni terkenal sebagai tempat pasangan cari peluang berdating sambil belajar. Tak pasal pasal aku kena cop sebagai ahli fanclub Shamil.

Shamil turut bangun dan berjalan bersaing dengan Hani. Susah betul nak  bercakap dengan Hani. Ada sesuatu yang perlu di leraikan. Sejak dua hari ini fikirannya agak terganggu.

Hani mengerling jejaka di sebelahnya. Eh, kenapa mamat ni nak berbaik dengan aku.? Hatinya rasa tak senang. Nak tanya pasal Aina ke? Minah tu memang dah tangkap syok kat Shamil. Asyik berangan. Tersenyum sorang sorang. Kadang kadang menyanyi lagu cinta. Orang sibuk nak exam , dia sibuk  jiwang.

" Aina ada kat bilik. Nak suruh saya call dia ?" tanya Hani sebaik saja mereka melepasi pintu library. Bodoh punya soalan. Bukankah dia ada nombor telefon cik kak tu?

" Tak payahlah. Dia tengah study. Jom kita ke kantin." pelawa Shamil. Langkahnya turut di panjangkan bila Hani mempercepatkan langkah. Macam nak lari dari aku jer. Tapi kali ni aku takkan lepaskan, Shamil bertekad.

Hani  serba salah. Perut memang minta di isi. Tapi aku taknak pergi dengan Shamil. Kalau Aina silap sangka nanti , tak bestlah. Takper.. takper... aku beli something pastu bawa balik ke bilik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 02:01 PM | Show all posts
Sampai di kantin dia  terus tuju gerai Kak Sidah. Goreng pisang, goreng keledek dan karipap yang fresh from the kuali menjadi sasaran.

" Kita duduk kat meja sana ya. Awak nak minum apa?" tanya Shamil

" Er.. sorry. Saya nak tapau. Aina kirim goreng pisang. Kalau saya minum di sini, kesian dia tunggu lama" Hani memberi alasan sambil mengisi plastic dengan 2 biji pisang goreng dan  2 karipap. Padahal Aina tak sentuh makanan bergoreng. Takut jerawat. Kembung lah perut aku nak makan semua ni.

Wajah Shamil berubah. Hani pula rasa bersalah. Tentu ada sebab kenapa dia beria ria nak jumpa  aku?  Mungkin ada hal tentang Aina yang dia nak diskus. Kot kot dia nak buat surprise untuk kawan aku tu. Lagipun apa salahnya kalau dia nak belanja. Rezeki jangan di tolak beb.

" Sekejap pun tak boleh kah?" dia merayu.
Hani berpura tengok jam tangan. Kemudian dia mengangguk dan meletakkan failnya di meja terdekat. Sementara Shamil membeli minuman, Hani menghantar SMS pada Aina. Takut pula kalau ada yang jadi "pembawa". Hani potong line - tajuk berita. Tak kuasa aku bergaduh dengan best friend aku sebab seorang lelaki.

Tak sampai 5 saat, lagu Aku Stacy yang menjadi ringtonenya  berbunyi. Nama Aina tertera di skrin.

" Kenapa Shamil ajak kau minum?" suaranya tegang. Hani menarik nafas. Minah ni hangin ke?

" Entah. Aku terserempak dengan dia kat library. Dia nak korek cerita pasal kau kot. Apa kau nak upah aku so that aku tak pecah rahsia kau?" Hani  berjenaka.

" Mengadalah kau ni. Kau kat  mana?"

" Kantin sebelah library lah. Jomlah datang sini. Serius aku mati kutu. Tak tahulah nak borak dengan dia"

" Ok. Aku datang sekarang"

Hani tersenyum lega. Tapi Aina kalau nak keluar bilik, busuk busuk pun mesti ambil masa 15 minit untuk bersiap. Shamil menatang dua gelas berisi teh tarik dan terus melabuhkan punggung di kerusi depan Hani. Untuk mengelak dari bertentang mata dengan Shamil, matanya di fokuskan pada buih teh tarik.

" Thanks" ucap Hani lalu terus membasahi tekak. Masih panas. Lidahnya terbakar. Gelojoh sangat aku ni.

" Er.. Hani. I nak tanya you. Siapa lelaki yang datang jumpa awak dua hari sudah? Yang bawa kereta Suzuki Swift tu" Persoalan yang menghantuinya terluah sudah. Mungkin Hani sudah berpunya.

Apasal sibuk sangat pakcik ni?  Kebetulan Along datang kelmarin dulu untuk mengucapkan selamat tinggal. Kak Ina tak dapat ikut sebab balik ke rumah ibunya. Hari ini mereka akan berlepas ke Qatar.

" Kenapa?" Hani mendongak dagunya yang runcing. Ala ala gaya samseng gitu.

" Saja tanya. Mana lah tau kot kot itu boyfriend atau tunang awak?"

So what? desis hati Hani. Kalau aku tunang orang atau bini orang pun, apa kena mengena dengan Shamil.

" Abang saya. " jawabnya ringkas

Kelegaan terpancar di muka Shamil. Selamat! Dia tergelak kecil " Oh, I see.  he! he! I tengok you... you macam tak suka  lelaki, kan?" sambung Shamil

" What do you mean?" Muka Hani merona. Dia ingat aku songsang kah? Eee.. kembang tekak.

" Sorry.. sorry.  I silap cakap. " Shamil berdehem . Tak pernah aku rasa gelabah depan perempuan " I tengok you selalu dengan kawan kawan perempuan saja. Jarang betul I tengok you bergaul dengan pelajar lelaki."

" Apa yang peliknya? Course I memang ramai perempuan. I bukannya pilih kawan. Salah kah? " Hani tak selesa. Apa motif Shamil tanya aku soalan soalan yang berbaur peribadi? Dosa besar kah kalau pelajar perempuan tak terhegeh hegeh nak mencari kawan lelaki?

" Tak salah. Cuma I rasa pelik kalau pelajar perempuan cantik macam awak tak pernah keluar dengan lelaki. I tanya sebab ada orang minat kat awak. Budak Engine"

Hani tersenyum... bangga dan perasan sekejap. Tak sangka aku yang low profile  ni ada peminat. Senyuman nya lenyap bila terpandang Shamil sedang memerhati. Terus dia buat muka selamba.

" Tak nak tanya siapa secret admirer awak itu?" duga Shamil.

Geleng. " Tak payah lah. Biarlah rahsia" Hani bercanda sambil mengunyah karipap.

Pelik betul budak ni. Mati kutu Shamil dengan jawapan Hani. Next question.

"You .. you dah ada somebody kah? I mean ..steady boyfriend? Atau tunang?"

Amboi mak! Directnya pakcik ni. Kenapa dia sibuk sangat? Nak jadi mak comblang ke? eh....silap Pak comblang.

" Saya rasa awak tak perlu tahu." Hani menjawab penuh sopan dengan senyuman yang paling manis mampu ukirkan. Muka Shamil  macam nak telan orang.

" Hi Shamil" Aina datang tepat pada waktunya.Tangan di letak ke bahu Shamil. Shamil menoleh pantas.  Gadis yang memakai baby T warna putih dan skirt denim paras lutut itu tersenyum manja.

" I balik dulu. Thanks for the drink Shamil" Hani mengambil peluang untuk menghilangkan diri. Adegan ini tak perlukan pak pacak. Laksamana dan tuan puteri boleh berdua duaan tanpa dayang.

" Eh, duduklah kejap. Tak habis lagi berbual ni. Aina,  kawan you ni antisocial lah. " usik Shamil

"Dia memang macam tu." kata Aina dengan muka kelat. Hani tak senang melihat ekspresi wajahnya. Come on lah, takkan dengan aku pun kau nak cemburu. Bukan dia tak tahu, Shamil jenis yang lembut gigi dari lidah. Peramah dan ringan mulut. Pantang jumpa perempuan, semua nak di ayatnya.

Hani terpaksa mencari helah. Muka di kerutkan dan perut di tekan. " Aahh... sakit perutlah. Teh tarik ni pakai susu basi kot. See you later."

[ Last edited by  sang_arjuna at 24-5-2009 14:09 ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 03:30 PM | Show all posts

best2x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 03:39 PM | Show all posts
juna.... best la citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 03:58 PM | Show all posts
eeeee sukernya, citer ni best arrrrrrr...
nak lagi...nak lagi...
smiley kalau blh jgn perap thread ni lama sgt ek , apa2 pon thks smiley
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 05:48 PM | Show all posts

Reply #11 sang_arjuna's post

ala smiley...ko tepek jer dua dua ciite...dont worry...part komen mengkomen...ramai yg ringan jari jemari...tuk taip komen komen..terutama otai komen tu..cik puan Jaza...

kalo penin penin..pasti ramai yg leh beri petua petua hilang fenin fenin..petua aku senang je lah....telan panadol...gerenti hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:33 AM | Show all posts
thx arjuna.. cerita yang menarik..
macam cinta 3 segi saja.. he he..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:54 AM | Show all posts
best..best..best..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 09:17 AM | Show all posts
bestnya...nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067177 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list