CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2009 12:30 PM | Show all posts
thanks smiley....kalau free...post n3 lagi ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 12:35 PM | Show all posts
hari ni kurang2 5-7 entry... dah lama puasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 02:04 PM | Show all posts
betul tu produkherba....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 03:48 PM | Show all posts
Waaa,,..dah ada n3 baru. Best2.Suka sangat cite2 sang Arjuna.
Nanti tepek ler Kali Kedua kat sini. X sempat baca kat TS.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 04:24 PM | Show all posts
best dah ada n3... letaklah bebanyak...
dah lama sangat tunggu nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2009 08:37 PM | Show all posts
244# ruby76

tenkiu ruby
Kali Kedua tu panjang
kalau tepek kat sini ntah bila nak habis sbb tenet slow & susah nak masuk forum,
sori ye

ni dia link KK kat teratak http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&showtopic=5311
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2009 10:46 AM | Show all posts
hehe bestnye..nanti update panjang2 lagi tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 11:49 AM | Show all posts
bila nak letak N3 nie, tak sabarnya nak tau pasal percetian diorg kat langkawi...
cepat2 la post N3...heheheheh, Tak sabar nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 01:56 PM | Show all posts
sambungan please......tak sabar nak tahu kisah selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 02:38 PM | Show all posts
n3 pls.....windu dgn hani
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 02:56 PM | Show all posts
alaaaaa...nk n3 lggggg.......
best3x:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:08 PM | Show all posts
usik le hani sangat-sangat...terlepas baru putih mata nazrin          
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 08:59 PM | Show all posts
arjuna kat TS takde citer Hani ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 08:42 AM | Show all posts
ala... xde n3 lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 09:44 AM | Show all posts
smiley sayang......  hari ni ekk new n3 nye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 10:43 AM | Show all posts
bila..nak sambung..
smlm dh search kat TS xde pun cite HAni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2009 11:43 AM | Show all posts
256# juneazry

smiley tak letak citer ni kat TS
sowiiii

nanti kalau ada citer baru pasni smiley post kat TS plak, insyaallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 11:49 AM | Show all posts
Feri ke Langkawi  menyusur laut yang bergelombang. Hani menekan pelipisnya. Matanya di pejam.  Rasa pening dan loya tak juga hilang, malah makin teruk. Nak minta minyak angin pada Mak Tok pun tempat duduknya jauh. Aduh! Peningnya! Tangannya meraba beg galas di sisi mencari sesuatu yang boleh mengurangkan rasa mual.

" Hani, you okay tak? You nampak tak sihat." suara lelaki menerjah. Siapa lagi kalau bukan Nazrin. Masa muka aku dah kehijauan mabuk laut dia nak ajak berbual.

" You seasick kah? Nak muntah?"

Eee...mamat ni! Aku benci kalau orang sebut muntah sebab kepala aku akan bayangkan isi perut yang terkeluar. Gross!. Nasib baik ada gula gula dalam beg . Dengan mata tertutup, Hani membuka balutan plastic dan mengulum Hacks. Lega sikit rasa.

Hani membuka mata perlahan lahan. Jantungnya berkejaran bila menatap wajah Nazrin di sisi. Dekat bebenor! Sampai terasa hembusan nafasnya.

" I'm okay" Hani bersuara sambil menginjak sedikit. Di sebelahnya Nadia sedang ralit mengulit mimpi.  Feri agak kosong sebab masih awal pagi. Lagipun hari Rabu, bukan hujung minggu. Mak Tok dan Tok Putih cadangkan mereka keluar rumah selepas Subuh lagi. Tak panas dan tak ramai orang, kata mereka. Tapi hakikatnya kedua mereka tak sabar nak shopping. Terkejut juga bila malam tadi Mak Tok memberitahunya mereka akan bercuti ke Langkawi bersama keluarga Tok Putih. Resah ada, seronok pun ada. Mungkin sebab itu dia tak lalu nak makan breakfast, sampai perut masuk angin.

" You nak tahu macam mana nak elak seasickness? Meh I ajar" kata Nazrin. Tangan Hani di capai.  Jari telunjuk Hani di letak ke pangkal hidung. Gadis itu terpinga pinga di  buatnya. " Tekan kuat kuat. Lepas tu  tarik nafas dan kembung kan pipi. Cuba pandang jari you dengan kedua belah mata sekali. Kira sampai 10 kemudian lepaskan nafas perlahan lahan."
Hani cuma menurut. Apa apa jerlah, janji aku tak mabuk laut. Rasa bodoh pula dengan pipi kembung dan mata dijulingkan. Dua anak kecil yang duduk berdekatan memandangnya dengan hairan. Kemudian berbisik sama sendiri dan menutup mulut menyembunyikan tawa. Pelik sangat ke rupa aku?

Nazrin terus ketawa berdekah dekah. " Comelnya muka. Macam puffer fish pun ada juga. Dah lah tu, I main main saja"

" Hantu! Debik baru tahu" gertak Hani lalu meraup wajah. Letih melayan mamat ni.

" Janganlah marah. Sebenarnya, I saja nak cari peluang pegang tangan you" bisik Nazrin antara dengar dan tidak. Rasa mual tadi  di ganti dengan rasa lain yang menggelodak sukma Hani. Buat tak dengar sajalah.  

" Nanti sampai sana apa plan kita?" tanya Hani untuk menutup gugup. Rasa loya beransur hilang. Petua Nazrin mujarab juga rupanya. Atau mungkin sebab laut semakin tenang. Alhamdulillah.

" Kita jalan jalan kat Kuah dulu lah. Biar senior citizens puas shopping. Lepas lunch baru pergi ke hotel sebab hotel tu di Pantai Cenang. Kalau dah sampai sana nanti penat pula nak drive balik ke Kuah." terang Nazrin.
Hani mengangguk. Ini kali kedua dia ke Langkawi, kali pertama dulu mengikut rombongan sekolah ketika di Tingkatan Tiga.
" Besok kita pergi island hopping nak? Kat hotel  boleh sewa bot. Kita pergi Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Payar. Hani pernah pergi sana?"

" Tak pernah. Masa ke Langkawi dulu, kita pergi melawat tempat bersejarah saja, macam Makam Mahsuri, Beras terbakar, Telaga Tujuh. Cikgu  tak berani nak bawa kami naik bot sebab  takut haru biru, ada lebih 40 orang students. Best gila bercuti dengan kawan kawan sekolah. Memang seronok waktu itu, riuh rendah kami dalam bas. Hotel pun kami yang conquer. Memang jakun habislah masa tu" Rancak Hani bercerita.  

Nazrin mengangkat kening.  " Sekarang dah tak jakun dah?"

"Dah kurang sikitlah." balasnya selamba. Lesung pipitnya terserlah.

" Mesti ada cinta monyet masa you sekolah dulu kan? Macam happy sangat bila you bercerita"

" Tak adalah. Kita selalu pindah ikut Mak , tak sempat pun nak mengorat" nafi Hani. Kalau aku pernah bercinta monyet atau kera ke haper dulu, mesti sekarang aku tak kalut semacam bila bersama Nazrin. Cinta pertama orang lain masa belasan tahun. Aku ni dah tertinggal LRT. Sekarang baru nak merasa bibit bibit manis er.... cinta orang-utan kot.

" Tak sangka you ni becok juga. Masa di Ulu Langat dulu, macam ada emas dalam mulut. I sangka you ni sombong."

" Masa tu I belum warm up lagi. Kawan kawan kata I ni jenis introvert. Kalau baru kenal I tak selesa nak berbual panjang. Lagipun masa tu awak  angin semacam... takutlah!" Tawa kecil terletus dari mulut Nazrin. Kena sebijik.

" Ooo... tak kenal maka tak cinta lah. So, maknanya sekarang dah jatuh...." Nazrin membiarkan ayatnya tergantung.

Hani memalingkan mukanya yang merona ke arah  laut yang semakin tenang. Hatinya merusuh bila di tenung Nazrin.  Nafasnya terhenti sejenak bila bahu mereka berlaga tatkala feri bergolak sebelum berlabuh di jeti.  Jangan  mengada nak feeling feeling, buat kesekian kalinya Hani membanteras perasaan halus yang menjalar di lubuk hati. Dia cuma anggap aku sebagai adik, bahan untuk di usik dan sakat. Tak lebih dari itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 11:54 AM | Show all posts
Tangan masing masing penuh dengan beg plastik. Ralit betul Hajjah Mariam dan Hajjah Putih membeli belah sehingga tak sedar waktu Zuhur sudah hampir ke penghujung. Mereka cuma berhenti sebentar untuk makan tengahari, itu pun sekadar untuk " pit stop" sebelum meneruskan aktiviti.

"Abang nak ke surau di Jetty point dengan Ajin." Haji Aziz memberitahu isterinya yang sedang tekun membelek kain batik Jawa.

"  Bang Aji, nanti boleh jamak solat. Kita kan musafir" Alasan Tok Putih di sambut dengan dengusan suaminya. Perempuan tak kiralah  tua atau muda mesti gila shopping.Waktu shopping, tak pula terasa sakit lutut, sakit belakang. Kalau sembahyang , komplen susah nak rukuk dan sujud. Hairan sungguh!

" Lepas solat, kita pergi ke hotel.  Kesian tengok budak budak tu. Depa dah penat. Besok lusa boleh datang lagi. Insyaallah kedai kedai di pekan Kuah ni ada lagi. " perli Tok Aziz sambil memandang penuh simpati pada Hani dan Nadia.  Hani segera memaniskan muka meskipun tangannya macam nak lekang dari soket bahu. Beratnya kotak berisi set pinggan mangkuk yang di beli Mak Tok. Nadia memuncungkan mulut. Barang barang yang di jual di Kuah tidak menarik perhatiannya. Maklumlah orang bercitarasa tinggi.  Hani sendiri cuma membeli beberapa helai pareo dan T shirt untuk Acik Mah, Kak Ina dan Aina. Untuk kenalan lain, dia bercadang membeli keychain atau cokelat saja.

" Cepatlah Tok. Nadia dah letih lah. Kita boleh datang lagi besok."

" Betul tu. Kesian cucu awak tu  Teh. " sokong Tok Aziz .

Selesai sembahyang, Nazrin memandu Nissan Serena yang di sewa menuju Pantai Cenang. Jalan  agak sesak memandangkan musim cuti sekolah. Tiba di Hotel Seri Langkawi, mereka di sambut Pengurus nya sendiri, Mr Jeremy Sim. Lelaki awal 40an itu  pernah di rawat Dr Aminuddin beberapa tahun dulu dan cukup terhutang budi dengannya. Harga bilik di beri kadar istimewa dan layanan yang first class menanti keluarga Haji Aziz.

" Ini dia tiga bilik untuk keluarga Pakcik Aziz. Nombor 512, 513 dan 515. Semuanya mengadap laut. " pesannya sambil membuka pintu bilik 512. Bilik yang luas di muatkan dengan dua katil bujang dan sofa.  Dekornya di rias dengan rona biru lembut. Sedap mata memandang.

"Kalau ada apa apa yang Pakcik  perlukan , telefon saya. Jangan segan segan. Saya harap pakcik dan keluarga selesa di sini"  Dia berjabat tangan dengan Haji Aziz sebelum meninggalkan mereka.

" Yaya nak kongsi bilik dengan Kak Hani" Dengan cepat  Nadia bersuara lalu menerpa masuk. Begnya di humban  atas katil.

"  Teh dengan  Yam. Ajin dengan Tok Ki. Nah, ambil kunci masing masing."  kata Haji Aziz.

" Eh, mana boleh Yaya dengan Hani. Bahaya tau, mana tahu kalau ada orang kacau. Kena ada bodyguard. Biar abang tidur sekali. Atas sofa pun boleh." Sempat Nazrin mengusik. Hani menjegil mata. Woit.. nak bergurau pun tengoklah tempat. Buat malu jer .

" Hang jangan nak gatai, Ajin. Kalau dah tak sabar sangat , Tok Ki boleh pergi cari Tok Kadi Langkawi." gertak Hajjah Putih sambil mencubit lengan cucunya. Loklak betul! Macam manalah Hajjah Mariam nak terima Nazrin jadi cucu menantu.

"Alaaa...Ajin melawak sajalah Tok. Ajin pun tak ingin. Dua orang ni pot pet pot pet tak berhenti...nak tidur pun susah. Tapi dengar cakap abang tau. Jangan pandai pandai nak keluar merayau. Bagi tahu abang atau Tok dulu. Kalau jadi apa apa , susah. " pesan Nazrin. Hajjah Mariam dan Hajjah Putih mengangguk tanda setuju sebelum beredar ke bilik sebelah.

" Abang ni lebih lebih lah. Ini Langkawi lah, bukannya New York. Lagipun Kak Hani kan ada" balas Nadia

" Itu yang buat abang risau tak tidur malam "

Hani menggeleng. Ada ada saja lah Nazrin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:04 PM | Show all posts
adoiii lamanya tak masuk sini..hehehe..nak lagi boleh..habis rin baca semuanya hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092183 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list